Iklan

Jun 12, 2009

Minggu yang sangat sibuk

Salam sejahtera ke atas semua..

Agak kurang sihat sebenarnya. Selsema masih tidak mahu berundur jauh. Sudah beberapa hari begini. Badan juga terasa sedikit tidak larat. Ya, kerana minggu ini yang terlalu sibuk.

Sejak hari jumaat lepas, kerja tidak berhenti-henti. Sangat sedikit masa rehat. Aktiviti pada siang hari sangat padat. Dengan kerja, dengan kenduri kahwin, dengan melayan kerenah Aisya, dan macam2 lagi. Sehingga kereta tidak sempat dibasuh. Ya Allah, kotor yang teramat sebb sejak balik dari KL 2 minggu lepas tidak sempat basuh lagi. Tapi, dah basuh tadi, dan dah licin berkilat. :D

Ya, semuanya kerana bumbung stadium yang runtuh. Hampir semua kontraktor di sini mungkin menerima kesannya, biarpun kesan yang sangat kecil. Tapi untuk kami, agak besar jugak impaknya. Jumaat, sabtu dan ahad (yang cuti kerana cuti agong jatuh pada ari sabtu), aku banyak menghabiskan masa dengan kerja. Bersambung pula ke hari2 seterusnya. Mana aku tak rasa nk demam!

Tidur malam juga termimpi2 kolam, jkr, dan consultant, dan farm town. Sayangnya.. tidak pula bermimpi orang yg berkerja dengan consultant itu. ;D

3 comments:

  1. Biasanya apa yang kita amat impikan.. susah untuk kita perolehi, sebaliknya, apa yang kita nak jauhi, itulah yang selalu datang menimpa.

    ReplyDelete
  2. Hmm.. yer kot, En. Dar.
    Tak per la, tk nk mimpi dah la. hehe.

    ReplyDelete
  3. Jangan diminta berhenti bermimpi. Sebab mimpi yang indah akan memberikan kesan yang indah dalam hidup kita. So, mintalah mimpi yang indah, tak salah meminta. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...