Iklan

Jun 21, 2009

Kawan dan rindunya.

Bismillahirrahmanirrahim...

Seorang teman datang bercerita, tentang perasaannya yang kesunyian di tengah2 gelak tawa teman2 yang lain. Dia keliru, dia gelisah. Dan aku, tidak tahu apa yang perlu dikata. Bukan kelu, bukan keliru, tetapi kerana memahami. Things easier said than done.

Bahagia tidak datang sendiri, perlu dicipta dan dicari. Cinta boleh dipelihara dan dibentuk. Mungkin akan datang selepas perasaan sayang mengetuk. Tapi, hakikat hati dan perasaan kita, hanya kita yang tahu. Samada kita hendak memujuk hati untuk menerima atau menolak, ataupun sejujurnya berterus terang tentang perasaan kita. Sukar, bukan.

Kerana itu, aku hanya menjadi pendengar. Dan aku tahu temanku itu juga memahami. Things easier said than done. Aku juga mengalami. Aku juga mengerti. Kerana aku juga sukar meluahkan.

Cinta. Terlalu subjektif. Sukar ditafsir.

Rindu?
Suatu ketika, hampir setiap rutinnya dalam pengetahuan. Paginya sebelum tidur kerana bekerja night shift. Bangun dan bersiap utk pergi kerja. Malam di tempat kerja, dan begitulah sehari-hari. Ada waktu2nya semua itu hadir diingatan. Dan rindupun bertandang.

Tapi, itu semua hari semalam. Jadikan pengalaman. Esokpun belum pasti. Yang pentingnya hari ini, yang akan menentukan hari esok.

Betullah. Things easier said than done. Tiba2 aku terasa keseorangan. :(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...