Iklan

Jun 14, 2009

Restu ibu bapa dan keputusan peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Membaca blog seseorang (i'm a silent reader) tentang result examnya yang cemerlang dan cerita2nya tentang bagaimana dia boleh mendapat result yang sebegitu, mengingatkan aku tentang alam universiti dan persekolahan yang pernah aku lalui. Keperitan, kesedihan dan kesukaan. Aku menyokong sepenuhnya (ikut suka la nk letak berapa ratus peratus pun) tentang bagaimana sidia ini (blogger tersebut) beralasan bahawa dia mendapat result yang sebegitu kerana tambahan restu dan doa ibunya, selain dia of course juga berusaha. Alasan aku pula kerana menyokong dia? Kerana aku pernah berada disituasi sedemikian.

Ok. Ini cerita penuh pengajaran. Hahaha. Ye la kot.

Aku bukan orang yg tergolong dikalangan bijak pandai sangat. Sejak sekolah rendah, biarpun antara top ten biasanya tidak pernah (rasanya) mendapat tempat pertama hingga ketiga. Naik ke tingkatan 1 juga, aku ke sekolah menengah agama biasa.

Orang kampung dulu2 tidak seperti orang kampung zaman la ni. Dulu, anak2 kena tolong mak masak. Sejak sekolah rendah, sekurang2nya masak lauk2 yg simple mesti dah pandai. Sebab, masa mak turun ke baruh, kita yang kena masak utk keluarga. Jadinya, walaupun dah masuk sekolah menengah, setiap jam 5.30 petang adalah waktu untuk aku memasak. Walaupun masa itu tengah mengadap homework yang bertimbun.

Ya. Aku ingat lagi. Adakalanya bengang juga sebab tengah duk syok2 buat homework, mak panggil tolong dia kat dapur. Tapi, aku tetap kena tolong. Dan begitulah rutinnya. Result exam? Well... agak cemerlang la masa tu. Aku pernah mendapat tempat ke-2 dalam ranking subjek Matematik keseluruhan kelas form 2. Aku adalah top 3 dalam kelas. Masa tu la kan. Masa form 1 hingga form 3.

Naik form 4, tukar sekolah, duduk asrama, tak der dah tolong mak masak aper sumer tu. Kecuali masa cuti jer la. Duk asrama bina badan, perah otak aper sumer, result kurang memberangsangkan. Salah satu sebabnya, itulah. Kurang dah tolong mak ayah. Jadi, kurang dah berkat tu kot. Yer la. Masa tu mana ada tepon. Apalagi handphone macam budak sekolah zaman la ni.

Sampai aku masuk uni, ambik degree, kerja dan sambung master.. result exam selalu tidak memuaskan hati. Dan aku pasti kini, biarpun aku berusaha macam nk pecah kepala, tanpa doa dan berkat menolong ibubapa, kurang sedikit la kecemerlangan disitu. Kejayaan itu memang ada.. kalau tak, takkan ler aku sampai boleh dapat master kan. Hehe..

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...