Iklan

Jun 29, 2010

Masak lemak kuning umbut nyor

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. kenyang makan nasi berlaukkan masak lemak kuning umbut nyor. Sedap. Lebih2 lagi yg mak masak. Mak kalu bab masak2 lauk pauk sayur lemak memang terror. Ni kalau jantung pisang pun sedap.

Umbut nyor ni dari pokok kelapa yg ditebang oleh sepupu di sebelah rumah. Sepupu tak nak masak, bagi kat mak. So, jadi la lauk pauk kitaorg yg disukai ramai. Kakak pun dah bawak balik semangkuk tadi.

Err.. Aisya makan sayur yg dimasak camni. Kalau tak, jangan harap dia nak makan sayur.

Jun 27, 2010

Tahu tak majalah roda-roda?

Salam...

Sejak kecik, saya ni suka membaca. Dan antara tabiat saya, membaca dengan suara yg kuat. Akibatnya saya selalu ditegur kakak, abang, dan kawan2 masa tinggal di asrama. Err.. bukan tabiat buruk saya itu yg nak saya ceritakan di sini. Ianya tentang bahan bacaan saya.

Abang saya dulu minat motor2 besar. Biasa la, lelaki remaja. Tapi disebabkan tak mampu, apa yg mampu hanyalah berangan sahaja sambil membelek majalah2 yg menceritakan tentang motor. Masa tu, majalah roda-roda tengah hangat dipasaran. Kekadang tu, dapat plak poster2 motor yg berkuasa tinggi tu yg besar2 tu. Apalagi, penuh la dinding dengan poster motor. Tu belum lagi tengok buku2 teks yg dibalut plastik, siap ada gambar motor depan belakang. Hahaha....

Haa.. pasal majalah tu jugak la aku (masa tu la!) kenal macam2 jenis motor. Mula2 tu, sekadar tgk gambar, lama2 baca skit2. Makin lama, aku geledah semula yg majalah2 yg bertimbun2 tu sebab nak baca. Tertarik punya pasal.

Dan, part yg paling aku suka, yg kisah diaorg mengembara dengan motor ke oversea tu. Siap dengan gambar2 di tepi jalan dengan background gunung diliputi salji. Penceritaan pula sgt menarik. Membuatkan aku pula yg tertunggu2 keluaran seterusnya utk baca sambungan pengembaraan diaorg.


Gambar kulit majalah yg aku jumpa kt wikipedia. Thanks En. Wiki!

Tu sekitar aku sekolah rendah hingga tingkatan 3. Dari tahun 1987 (err.. aku google dan jumpa tahun ianya mula diterbitkan) hingga 1991 (selepas tu aku duk asrama).

Then, bila aku google tadi, rupa2nya majalah itu still alive! Ada lagi! Aku tak pasti yg last ada sehingga tahun berapa, tapi bila semua abang2 dah besar panjg, diaorg tk beli dah majalah tu. Adik yg lelaki lebih suka komik2 wira hitam la, pedang setiawan ke apa lagi la. Errr.. yg tu pun aku tumpang baca gak. Hehe...

Tapi teringat majalah roda2, teringat pula kat angan2 aku dulu. Bila baca bab pengembaraan tu, aku selalu berangan2 nak pergi juga tempat diaorg... tk kisah la dengan kereta ker, motor ker, jalan kaki ker, terbang ker. Yg pasti, sampai la ni, angan2 tu hanya tinggal angan2 jer.. hahaha...

Jun 26, 2010

Kenduri? Malas la...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sambil menggodek2 facebook, menerima dan menghantar gift kt farmville, dan juga menjenguk google reader, melayan laptop yg lembap ini, sempat lagi mengeksplorasi ke folder my personal document yg lama tidak dijenguk. Err.. banyak la pulak perkara yg dibuat dalam satu2 masa ni. Tadipun sama, memasak tomyam while watching 'Dhoom' kat tv sehingga tak sedar jam dah hampir 2.30. Ayah yg baru balik dari bandar, melepas lelah atas tangga kt dapur dan bertanya 'Aisya tak sekolah ker hari ni?'. Dan dengan selambanya aku bertanya, 'Dah kul berapa ayah?' dengan sangkaan dan keyakinan lambat lagi jam 2.30 ptg. 'Dah 2.15 dah!'. Apa lagi, kelam kabut suruh Aisya bersiap utk ke sekolah. Woman, always like that. Hahaha... I mean, suka buat byk benda dalam satu2 masa.

Ok, back to cerita awal tadi, menggodek my personal folder. Jumpa la satu karangan yg sumber asalnya tidak diingati dari mana. Baca2 dan teringat perbualan dengan kawan beberapa hari lepas.

Perbualan pertama tentang;
Kenduri kendara yg acap sgt akhir2 ni. Ramai sungguh yg nak kahwin, bertunang, menyambut menantu dan yg seangkatan dengannya. 'Aku dah malas nak hadir kenduri2 ni, mengiring pengantin atau menghantar rombongan. Kalau aku kawin pun, tak adernya semua2 tu. Tu pun kalau kawin..'. Kata kawan aku itu. Eh eh.. sama la apa yg aku rasa akhir2 ni.

Perbualan yg lain (dengan orang lain) tentang;
Nak pergi berjalan2 atau ke mana2. Kawan ini pula berkata, 'Masa sorang2 ni la senang nak ke mana2. Kalau dah berdua, nak tunggu dapat keizinan tu, sekian hal la plak, kan.' Eh, eh.. sama la fikiran kita. Hehe...

Kesimpulan yg dapat dibuat disini, nampaknya perkahwinan itu sudah jatuh yg nombor ke berapa dah bagi golongan yg agak lambat jodoh, ataupun yg sama status dengan aku, ibu tunggal. Sekarang, baru aku faham kenapa mereka2 ini tidak berapa nak fikir tentang kahwin dan jodoh. Bukannya tak mahu kahwin, tapi mungkin seperti tidak mahu mengharap seterusnya terkecewa. Mungkin juga lebih kepada banyak perkara lain yg boleh dibuat selain memikirkan tentang itu.

Dulu2, aku rasa hipokrit mereka2 yg sering cakap, tak fikirkan tentang kahwin, malas nak fikir la, tak kisah la, dan macam2 lagi la. Sekarang, bila aku sendiri seperti itu, baru aku faham. Dan kenal pula golongan2 yg sama bergelar ibu tunggal, lagi aku mengerti.

But still, wanita masih memerlukan lelaki. Itu yg aku jumpa dalam folder tu tadi. 'Benarkah wanita memerlukan lelaki?'. Ya.. Itu kenyataan yg tidak boleh dielakkan. Dan sebaliknya juga adalah benar. Lelaki juga memerlukan wanita. Tuhan mencipta manusia berpasang-pasangan itu untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kan.

Jun 25, 2010

Mendung yg muram

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini mendung. Bila hari mendung, dengan aku dan mood aku pun jadi mendung. Nak hujan, tak turun sampai ke petang. Matahari pun segan jer nak keluar. Tapi kalau nk ke mana2 ok la, tak panas. Jadinya, sejak pagi merancang nak ke Giant, bila mak, ayah dan cik ke rumah mokteh utk membaiki bumbung rumah mokteh yg rosak. Berdua di rumah bosan la pulak.

Lepas bersiap2, baru nak breakfast, dengan nasi dagang yg nampak sedap plak pagi ni. Err.. pagi2 pun dah jam 10. Breakfast sambil nonton tv citer Panggilan Sangkakala. Eh.. Rita Rudaini la. My fav actress. Tengok la kejap. Akhirnya melekat depan tv, sampai habis cerita. Kul 11, baru bertolak ke Giant, bila cik dah balik rumah tp mak dan ayah lum balik.

Best lak drive on friday jalan tak sibuk. Sekejap sahaja, dah sampai dan parking pun senang. Kononnya nak shopping makanan jer, dan bahan2 nak masak. Tapi tu la, kita hanya mampu merancang. Hahaha..

Err.. still under control walaupun sedikit terlajak. Cuma beli sehelai legging dan sehelai baju utk Aisya jer. Yg lain, makanan la.

Oh yer.. malam semalam balik dari kedai, makan biskut crackers yg square tu cicah milo. Sedap plak. Teringat masa kt Taiping tahun 1994 dulu. Itu la yg aku makan almost every night bila lapar kat asrama. Kekadang ngan instant nestum tu. Aku rasa la, sebab makanan tu la aku jadi gemuk dulu.. hmmmm..

Jun 23, 2010

Siapa pendampingmu?

Saka?


Sihir?


Atau jin?


Yang nyata dan jelas, tak yah habaq la. Aku pun tahu saper pendamping aku. Yang berambut kerinting pendek, suka main basikal tu la. Tidur melintang pukang malam2... duhhh...

lintang pukang pun, tetap lena.. aku yg tk bleh tdonya!

Jun 21, 2010

Rindu Penang..

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama kali ke penang, dengan ayah. Naik bas yg terus membawa ke USM. Ayah menunggu sehingga selesai pendaftaran, kemudian menolong mengangkat beg yg berat dan besar ke bilik di tingkat paling atas, tingkat 3. Kemudian, ayah pulang sendiri. Tak tahu macamana ayah pulang, tapi bila call rumah keesokan hari, ayah sudah sampai. Alhamdulillah, walaupun risaunya aku tuhan sahaja yg tahu. Itu masa matrikulasi tahun 2.

Masuk tahun pertama, aku seorang diri ke Penang walaupun mak ayah risau dan hendak menemani. Aku tak nak menyusahkan mereka kerana aku sudah biasa dengan Penang, walau risau memikirkan Desa Kembara yg jauh daripada school HBP, dan kawan2 rapat tidak lagi bersama di asrama yg sama. Tahun pertama juga, aku tidak pulang untuk menyambut aidiladha bersama keluarga. Hanya makan KFC bersama teman2.

Dua tahun seterusnya, aku sebati dengan Penang. Aku biasa bersendirian ke mana2. Ke Komtar, Kompleks Bukit Jambul, Pulau Tikus, kekadang ke Seberang Prai, sama sebagaimana di dalam kampus. Ke kuliah, ke library, studio, ambil angin atas bukit USM, menjenguk kawan2 di asrama (aku tinggal di luar masa 2nd and final year), lone ranger sungguh!

Dah 11 tahun aku tinggalkan Penang. Kali terakhir masa convocation day tahun 1999. Selepas itu aku tidak kembali lagi.

Sekarang ada kawan baik (semenjak 1st year) orang kelantan yg berkerja dan menetap di sana. Suaminya juga 'geng' kitaorg dulu. Pelawaan dia sangat menarik hati, 'Bila nak mai Penang?'.

Kena plan betul2 ni bila nak gi sana.

Jun 20, 2010

Mujur Terengganu menang SUKMA 2010

... kalau tak, aku pasti sangat..


... kes kolam renang dan stadium runtuh kembali menjadi isu hangat..


... dan sah2 la ianya berjangkit pada kerja aku..


Alhamdulillah...

Jun 19, 2010

Laptop lembap giler la plak...

Sakit kepala ngadap laptop yg jadi lembap giler sejak lepas format baru ni... err, sebelum format pun. Nampaknya kena tambah RAM kot ni. Nak bercucuk tanam pun dah jadi malas.

Hari ini hari terakhir cuti sekolah. Esok dah start sekolah. Err.. sepatutnya tak ada peduli la bukan. Bukannya aku ni cuti kerja waktu cikgu2 bercuti kerja. Hari ini juga kenduri-kendara adalah yg terakhir sepanjg 2 minggu cuti sekolah. Ada 2 undangan ari ini, tapi aku pergi satu jer. Tu pun sebab dekat ngan rumah, rumah mak sedara lak tu. Sepupu aku la tu yg kawin. Semalam rumah pengantin pompuan, aku tak gi pun. Rasa tak berminat sungguh. Tak tahu naper.

Cuaca panas nak hujan. Kepala lak cam berdenyut2. Bosan la weiii...

Jun 15, 2010

Eksplorasi blog masakan.. oh, sungguh mengasyikkan!

Bismillahirrahmanirrahim...
Semalam petang selepas dirasakan diri ini bebas dari tekanan final report yg telah diselesaikan dan coordination meeting yg baru habis, saya telah menghidangkan diri sendiri dengan pemandangan2 yg sungguh menyelerakan. Oh.. begitu indah sekali.

Kalau perasan, ada beberapa blog masakan disenaraikan di sebelah kiri blog ini. Sungguh, saya jarang punya waktu secukupnya utk menjelajah ke sana. Jadi, semalam saya berkunjung ke sana tanpa salam dan sapaan. Saya pengunjung misteri tanpa suara. Dari situ, saya terbang pula ke blog2 yg ada dilinkkan di blog mereka. Oh.. sungguh seronok sekali.

Selain mencuba resepi baru, saya juga sangat suka mengumpul majalah2 resepi, membaca resepi dan menonton rancangan yg berkaitan dengan resepi. Contohnya disini, saya biasanya akan membeli majalah rasa, saji, mingguan wanita dan pelbagai lagi yg menghidangkan banyak resepi. Biasanya keluaran ramadhan dan syawal. Saya juga masih menyimpan buku2 dan majalah resepi yg berabad dulu dirumah saya, termasuk resepi2 yg dipotong dari suratkhabar dan majalah. Dulu, rancangan masakan di tv jarang saya ketinggalan. Sekarang channel AFC pula menjadi santapan mata. Mencari resepi mudah, oh buka sahaja internet. Di youtube atau diblog masakan, banyak diberikan tips2 masakan. Oh... begitu mudah sekali.

Dah tiga 'oh' disini.. siap dihighlightkan lagi. Sebelum saya menambah lebih banyak 'oh', baik saya berhenti dulu. Saya hendak menjamukan selera tekak saya dan mengisikan perut saya dengan breakfast berat pagi ini. See you.

Lihatlah contoh ini. Betapa berselera mereka makan, lebih2 lagi sebab makanan itu free.

Jun 14, 2010

Patut la...

..ramai yg sokong german.

yg lain, 1-0, 0-1.. dpt kt germany.. tu dia... 4-0!!!

jatuh terduduk australia.

errr... tumpang lalu yer, ulasan pendek world cup skit.

:D

Jun 13, 2010

Tarrraaaa!!

Salam...

Hari ni, masuk2 jer blog, terus dihidangkan dengan new design template. View2 jap, then choose one. Ok la.. Sesajer tukar design baru.

Yer la, cam meja kat opis yg kita duk hadap setiap hari bekerja la jugak kan. Sesekali kena kemas segala kertas2 yg bersepah, buang apa yg patut, ubah kedudukan meja or pc. Baru cam ada semangat baru walaupun project baru tak der pun.. hahahaha..

So, cam tu la blog ni. Sesekali kena bagi new look gak. Tukar background. Tambah dan tolak apa yg patut.

Err.. kat rumah pun sama. Kena tukar langsir, cadar, ubah kedudukan perabot sesekali. Baru cam semangat nak hidup!

Cam sumer orang tgh semangat ngan world cup sekrg ni la. Tiba2 jadi cam minat bola, padahal sebelum ni, kalau kt tv1 ada perlawanan Terengganu ngan Selangor (misalnya), cepat2 tukar channel lain. Saper Zakuan pun tak tahu.. (err.. aku kenal pun sebab dia husband Rita Rudaini, pelakon favourite aku.. hehe). 4 tahun sekali, baru nk jadi peminat bola. Sanggup tu, tak tidur mlm, tampal schedule kat dinding. Semangat sungguh!!

Err.. termasuk aku gak skit2. Skit jer la, sebab aku cuma nk tahu saper lawan saper, saper menang saper kalah, tapi nak tidur lena malam hari sebab esok keja. :D

Jun 9, 2010

Rindunya nak berkaraoke!

Hari ini layan rossa.

Dan lagu ini disini, membuatkan aku rindu sungguh nak berkaraoke.

Dulu ada kawan, la ni masing2 sibuk. Dah tak der masa dah nk layan karok2 ni.

Lagu ini juga pernah aku ulang2 acap kali masa karok.

Errr... touching skit kan.

Memenuhi masa2 terluang

Bismillahirrahmanirrahim...

Bukan bekerja keras sehingga bila malam jer, baring terlentang atas katil akibat keletihan. Tak. Tidak benar sama sekali. Malah, apabila pulang malam, selepas menyalin pakaian, membasuh muka, makan atau minum kalau lapar dan dahaga, rileks2 depan tv menonton cerekarama atau movie sehingga jam 12. Kekadang, mengambil kesempatan membelek2 majalah yg dah 3 minggu dibeli tapi selalu lupa utk dibawa bersama ke kedai, ketika iklan bersiaran. Kemudiannya, sebelum memejamkan kelopak mata, sempat lagi melayan sudoku di hp.

Ianya lebih kepada memenuhi masa2 yg dirasakan agak banyak terluang. Yer la kan, nak tunggu masa2 itu dipenuhkan dengan aktiviti belajar menjahit, aerobik, mengarang novel atau macam2 perancangan lagi, nampaknya tak terbuat2. Jadi, bila dah memulakan langkah itu, teruskan sahaja lah. Anggap sahaja ianya rezeki atau ketentuan Tuhan pada hamba-Nya.

Bukan tidak terkejar ke sana ke mari. Kekadang, begitu juga. Pagi di Jalan Hiliran, petang di Kuala Ibai, atau sebaliknya. Tapi sudah terbiasa pun. Sejak dulu, kerja aku jarang sehari suntuk seharian di pejabat menadah air-cond. Lebih2 lagi masa projek sedang rancak berjalan. Tambah satu lagi sekarang, malam di Wakaf Mempelam.

Tipu la kalau kata tidak letih langsung. Ada waktu2nya apabila terlalu banyak kerenah boss, sakit kepala jugak. Lebih2 lagi, ada 2 boss yg kedua-duanya berperangai lebih kurang sama. Hahaha...

Cuma, lebih seronok menikmati waktu kerja apabila kita suka buat apa yg kita lakukan. Stress.. kena pandai2 la mengawalnya, kan. Sesekali layan shopping menghabiskan duit pun menghilangkan stress.. :D

Jun 8, 2010

Maaf

Ada seorang perempuan itu, sudah agak lama dan acap kali juga menghantar 'request' utk menambah saya dalam senarai kenalan dia di facebook. Sudah sekian kali juga saya menolak permohonan dia. Err.. saya bukanlah sombong sangat. Tapi, saya juga bukanlah seorang yg peramah sangat utk langsung tidak dianggap sombong. Mungkin yg tidak kenal saya, ada yg menganggap saya sedemikian.

Saya menolak, sebab ada beberapa perkara yg kurang saya jelas, tentang dia.

Juga, sebab saya juga tidak berniat utk menambahkan kenalan baru di facebook. Saya membuka akaun facebook kerana hendak mencari kawan2 lama sahaja, dan kemudiannya alasan lain menyusul iaitu utk bermain game. :D

Saya ada 3 major group of friends di facebook. Satunya, kawan lama. Yang kedua, kawan sekarang dan yg terakhir kawan bermain game. Itu sahaja.

Yg saya kurang jelas tentang dia (perempuan itu), sebab di antara senarai kawannya, ada kawan2 saya yg tidak kenal antara satu sama lain. Oh, yg ini saya yakin sangat mereka don't know each other. Kawan saya berkerja sekarang manalah kenal kawan saya masa sekolah atau uni dulu. Adik saya, lagi la tak kenal kawan2 itu. Jadi macamana pula agak ramai kawan2 saya boleh berada dalam list of mutual friend antara kami?? Agak confuse disitu, tapi saya kurang mengambil endah.

Ignore sahaja.

Hari ini, dia menggunakan gambar dan nama lain. Tapi bila saya check profile picture dia, saya tahu dia adalah orang yg sama.

Err... maaf. Setakat ini saya tidak berniat nak tambah kenalan baru, lebih2 lagi melalui facebook.

Jun 7, 2010

I've alone all along...

"My Immortal"

I'm so tired of being here
Suppressed by all my childish fears
And if you have to leave
I wish that you would just leave
'Cause your presence still lingers here
And it won't leave me alone

These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

[Chorus:]
When you cried I'd wipe away all of your tears
When you'd scream I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have
All of me

You used to captivate me
By your resonating light
Now I'm bound by the life you left behind
Your face it haunts
My once pleasant dreams
Your voice it chased away
All the sanity in me

These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

[Chorus]

I've tried so hard to tell myself that you're gone
But though you're still with me
I've been alone all along

Tiba-tiba dalam tidak melayan perasaan kerana memenuhkan setiap waktu dengan bermacam2 perkara, pagi ini 'syahdu' mengundang apabila mendengar lagu ini, disini..

Ianya seperti menarik aku untuk kembali menerima dan menghadapi kenyataan, daripada kelekaan..

Jun 4, 2010

RM50 utk 15 minit?

Bismillahirrahmanirrahim...

Ok la tu kot, utk kerja yg sedikit tetapi memerlukan penelitian dan pemahaman dan juga menggodek2 maklumat sedia ada dlm laptop ni, markup serba sedikit, dan done! :D

Laptop dh pulih.

Laptop kurang sihat. Dijangkiti virus daripada pendrive. Disalahkan pula pc di pejabat kedua. Dengan pc cik sekali termasuk virus tu, sebab ingtkan dah tak der virus.

:((

Kena format semula. Dah la sibuk. Ada BOMBA inspection lagi kt kolam. Pastu final checking lagi dengan JKR dan MBKT. :((

Final report lum siap. Sedikit pening walaupun hati riang. Err.. kurang buleh berfikir utk perkara2 luar jangka seperti sebutharga yg kawan 'minta tolong' isi. Ari khamis dia nak, esok baru nak bagi semula kat dia. Tak isi satu haper benda pun lagi ni.

Mata plak cam menggoda sungguh utk lena. :((
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...