Iklan

Jun 9, 2010

Memenuhi masa2 terluang

Bismillahirrahmanirrahim...

Bukan bekerja keras sehingga bila malam jer, baring terlentang atas katil akibat keletihan. Tak. Tidak benar sama sekali. Malah, apabila pulang malam, selepas menyalin pakaian, membasuh muka, makan atau minum kalau lapar dan dahaga, rileks2 depan tv menonton cerekarama atau movie sehingga jam 12. Kekadang, mengambil kesempatan membelek2 majalah yg dah 3 minggu dibeli tapi selalu lupa utk dibawa bersama ke kedai, ketika iklan bersiaran. Kemudiannya, sebelum memejamkan kelopak mata, sempat lagi melayan sudoku di hp.

Ianya lebih kepada memenuhi masa2 yg dirasakan agak banyak terluang. Yer la kan, nak tunggu masa2 itu dipenuhkan dengan aktiviti belajar menjahit, aerobik, mengarang novel atau macam2 perancangan lagi, nampaknya tak terbuat2. Jadi, bila dah memulakan langkah itu, teruskan sahaja lah. Anggap sahaja ianya rezeki atau ketentuan Tuhan pada hamba-Nya.

Bukan tidak terkejar ke sana ke mari. Kekadang, begitu juga. Pagi di Jalan Hiliran, petang di Kuala Ibai, atau sebaliknya. Tapi sudah terbiasa pun. Sejak dulu, kerja aku jarang sehari suntuk seharian di pejabat menadah air-cond. Lebih2 lagi masa projek sedang rancak berjalan. Tambah satu lagi sekarang, malam di Wakaf Mempelam.

Tipu la kalau kata tidak letih langsung. Ada waktu2nya apabila terlalu banyak kerenah boss, sakit kepala jugak. Lebih2 lagi, ada 2 boss yg kedua-duanya berperangai lebih kurang sama. Hahaha...

Cuma, lebih seronok menikmati waktu kerja apabila kita suka buat apa yg kita lakukan. Stress.. kena pandai2 la mengawalnya, kan. Sesekali layan shopping menghabiskan duit pun menghilangkan stress.. :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...