Ada seorang perempuan itu, sudah agak lama dan acap kali juga menghantar 'request' utk menambah saya dalam senarai kenalan dia di facebook. Sudah sekian kali juga saya menolak permohonan dia. Err.. saya bukanlah sombong sangat. Tapi, saya juga bukanlah seorang yg peramah sangat utk langsung tidak dianggap sombong. Mungkin yg tidak kenal saya, ada yg menganggap saya sedemikian.
Saya menolak, sebab ada beberapa perkara yg kurang saya jelas, tentang dia.
Juga, sebab saya juga tidak berniat utk menambahkan kenalan baru di facebook. Saya membuka akaun facebook kerana hendak mencari kawan2 lama sahaja, dan kemudiannya alasan lain menyusul iaitu utk bermain game. :D
Saya ada 3 major group of friends di facebook. Satunya, kawan lama. Yang kedua, kawan sekarang dan yg terakhir kawan bermain game. Itu sahaja.
Yg saya kurang jelas tentang dia (perempuan itu), sebab di antara senarai kawannya, ada kawan2 saya yg tidak kenal antara satu sama lain. Oh, yg ini saya yakin sangat mereka don't know each other. Kawan saya berkerja sekarang manalah kenal kawan saya masa sekolah atau uni dulu. Adik saya, lagi la tak kenal kawan2 itu. Jadi macamana pula agak ramai kawan2 saya boleh berada dalam list of mutual friend antara kami?? Agak confuse disitu, tapi saya kurang mengambil endah.
Ignore sahaja.
Hari ini, dia menggunakan gambar dan nama lain. Tapi bila saya check profile picture dia, saya tahu dia adalah orang yg sama.
Err... maaf. Setakat ini saya tidak berniat nak tambah kenalan baru, lebih2 lagi melalui facebook.
errmmm.......
ReplyDelete