Iklan

Jun 21, 2010

Rindu Penang..

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama kali ke penang, dengan ayah. Naik bas yg terus membawa ke USM. Ayah menunggu sehingga selesai pendaftaran, kemudian menolong mengangkat beg yg berat dan besar ke bilik di tingkat paling atas, tingkat 3. Kemudian, ayah pulang sendiri. Tak tahu macamana ayah pulang, tapi bila call rumah keesokan hari, ayah sudah sampai. Alhamdulillah, walaupun risaunya aku tuhan sahaja yg tahu. Itu masa matrikulasi tahun 2.

Masuk tahun pertama, aku seorang diri ke Penang walaupun mak ayah risau dan hendak menemani. Aku tak nak menyusahkan mereka kerana aku sudah biasa dengan Penang, walau risau memikirkan Desa Kembara yg jauh daripada school HBP, dan kawan2 rapat tidak lagi bersama di asrama yg sama. Tahun pertama juga, aku tidak pulang untuk menyambut aidiladha bersama keluarga. Hanya makan KFC bersama teman2.

Dua tahun seterusnya, aku sebati dengan Penang. Aku biasa bersendirian ke mana2. Ke Komtar, Kompleks Bukit Jambul, Pulau Tikus, kekadang ke Seberang Prai, sama sebagaimana di dalam kampus. Ke kuliah, ke library, studio, ambil angin atas bukit USM, menjenguk kawan2 di asrama (aku tinggal di luar masa 2nd and final year), lone ranger sungguh!

Dah 11 tahun aku tinggalkan Penang. Kali terakhir masa convocation day tahun 1999. Selepas itu aku tidak kembali lagi.

Sekarang ada kawan baik (semenjak 1st year) orang kelantan yg berkerja dan menetap di sana. Suaminya juga 'geng' kitaorg dulu. Pelawaan dia sangat menarik hati, 'Bila nak mai Penang?'.

Kena plan betul2 ni bila nak gi sana.

3 comments:

  1. kak su..lepas tu boleh lajak mai perlis..heheh...bole la kita jumpa..;)

    ReplyDelete
  2. Ila... oohh, nak sgt tu.. tp tak tahu lg bila ni.. nk kena plan betul2 ni.. lama dh tk pi jln2 belah utara semenanjung.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...