Iklan

Jun 27, 2010

Tahu tak majalah roda-roda?

Salam...

Sejak kecik, saya ni suka membaca. Dan antara tabiat saya, membaca dengan suara yg kuat. Akibatnya saya selalu ditegur kakak, abang, dan kawan2 masa tinggal di asrama. Err.. bukan tabiat buruk saya itu yg nak saya ceritakan di sini. Ianya tentang bahan bacaan saya.

Abang saya dulu minat motor2 besar. Biasa la, lelaki remaja. Tapi disebabkan tak mampu, apa yg mampu hanyalah berangan sahaja sambil membelek majalah2 yg menceritakan tentang motor. Masa tu, majalah roda-roda tengah hangat dipasaran. Kekadang tu, dapat plak poster2 motor yg berkuasa tinggi tu yg besar2 tu. Apalagi, penuh la dinding dengan poster motor. Tu belum lagi tengok buku2 teks yg dibalut plastik, siap ada gambar motor depan belakang. Hahaha....

Haa.. pasal majalah tu jugak la aku (masa tu la!) kenal macam2 jenis motor. Mula2 tu, sekadar tgk gambar, lama2 baca skit2. Makin lama, aku geledah semula yg majalah2 yg bertimbun2 tu sebab nak baca. Tertarik punya pasal.

Dan, part yg paling aku suka, yg kisah diaorg mengembara dengan motor ke oversea tu. Siap dengan gambar2 di tepi jalan dengan background gunung diliputi salji. Penceritaan pula sgt menarik. Membuatkan aku pula yg tertunggu2 keluaran seterusnya utk baca sambungan pengembaraan diaorg.


Gambar kulit majalah yg aku jumpa kt wikipedia. Thanks En. Wiki!

Tu sekitar aku sekolah rendah hingga tingkatan 3. Dari tahun 1987 (err.. aku google dan jumpa tahun ianya mula diterbitkan) hingga 1991 (selepas tu aku duk asrama).

Then, bila aku google tadi, rupa2nya majalah itu still alive! Ada lagi! Aku tak pasti yg last ada sehingga tahun berapa, tapi bila semua abang2 dah besar panjg, diaorg tk beli dah majalah tu. Adik yg lelaki lebih suka komik2 wira hitam la, pedang setiawan ke apa lagi la. Errr.. yg tu pun aku tumpang baca gak. Hehe...

Tapi teringat majalah roda2, teringat pula kat angan2 aku dulu. Bila baca bab pengembaraan tu, aku selalu berangan2 nak pergi juga tempat diaorg... tk kisah la dengan kereta ker, motor ker, jalan kaki ker, terbang ker. Yg pasti, sampai la ni, angan2 tu hanya tinggal angan2 jer.. hahaha...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...