Iklan

Jan 1, 2011

Ada apa pada 1.1.11

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 1.1.11, setepatnya sekitar jam 2.30 petang, Aisya mencapai umur 8 tahun walaupun akan menduduki kelas 3 Arif pada hari lusa. Tarikh tersebut yang jatuh pada hari sabtu juga membuatkan segalanya boleh dibuat dan dirancang dengan teliti. Tetapi minggu sebelum itu yang sangat sibuk dengan kerja yang perlu diselesaikan ditambah pula dengan kesesakan bandar Kuala Terengganu dengan ibubapa yang membuat persiapan terakhir persekolahan anak-anak membuatkan hadiah tidak sempat dibeli. Dan menambah pada alasan tersebut, setiap hari hujan turun dengan lebatnya, jadi cubaan untuk keluar ke bandar pada malam hari asyik terbantut.

Sehari sebelum itu, iaitu hari terakhir dua ribu sepuluh, aktiviti bermula sedari pagi dengan membasuh dua buah kereta hitam dan putih di tengah-tengah hujan yang sederhana lebat. Kemudiannya keluar ke Mydin Mall membeli serba sedikit yang keperluan tambahan membuat kek. Petang berehat-rehat dan malamnya memulakan aktiviti masak memasak.

Aktiviti memasak berlarutan sehingga 1.1.11 seawal jam 8 pagi, terus ke sekitar jam 2.00 petang tanpa sedar tidak keluar sedikitpun dari dapur. Entah masak apa yang jadi sebegitu lama. Hahaha...

Ok, saya buat ini..



Kek coklat dengan topping, cubaan pertama membuat triffle, puding roti marble, malam sebelumnya kek lapis karamel, mak masak pulut kuning, dan saya masakkan ayam beriani istimewa mama (reka sendiri, jadi nama lauk pun kena reka jugak la), air oren mak buat, gula-gula beli kat mydin mall, dan itu saja. :P

Hadiah? Opss.. kena beli esok atau lusa. Sorry sayang mama yer.

I love u.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...