Dialog ini kedengaran ketika sedang menunggu Aisya pulang dari sekolah. Lokasi adalah di luar pagar sekolah dengan aku berada di dalam kereta yang dimatikan enjin sebab minyak petrol hampir habis, cermin kereta diturunkan dan motor-motor mak-mak dan bapak-bapak budak berkerumun di depan, tepi kiri kanan dan belakang kereta.
Tidaklah jelas sangat perbualan mereka, tambahan pula aku bukannya jenis yang suka jaga tepi kain dan seluar orang apatah lagi memasang telinga pada perbualan orang kerana lebih baik sumbat telinga dengar lagu hindi, lagu citer 3 Idiots misalnya. (seminggu channel fiesta duk asyik ulang cerita 3 idiots hinggakan lagu yg tak best tu, dah kedengaran best pulak!).
Entah apa yang mereka bualkan, tapi rasanya mestilah perihal anak masing-masing.
Tiba-tiba terdengar suara agak kuat berkata.
'Dah padam muka mu tu, dok belajar sangat!'... dan bicara seterusnya bersambung. 'Mu' di situ ditujukan pada anaknya kerana dia nampaknya sedangkan menceritakan tentang anaknya pada yang lain-lain. Dan kata-kata itu adalah kononnya apa yang dia katakan pada anaknya apabila anaknya mungkin mengadu sesuatu.
Perbualan selanjutnya sudah tidak berasa jelas lagi. Tetapi apa yang aku dengar itu, cukup tidak aku gemari.
Tak baik sungguh seorang emak mem'padam muka'kan anaknya. Sedangkan itu anaknya dan sepatutnya mereka berkata yang baik-baik sahaja kerana bukankah kata-kata itu adalah suatu doa, dan doa seorang emak sangat mujarab.
Nauzubillah. Semoga kata-kata yang keluar dari mulut untuk satu-satunya anak aku, adalah yang baik-baik belaka. Aminn.
No comments:
Post a Comment