Iklan

Jan 8, 2011

Tiada lagi hujan di luar

Yang ada cuma angin yg bertiup agak kencang dalam cuaca yang sangat mendung dan sejuk. Petang tadi, hujan tumpang lalu sekejap, agak lebat tetapi sebentar cuma. Awal pagi tadi, angin tiba-tiba bertiup sangat kencang hingga mengejutkan aku dari tidur. Sangat kuat ok, hinggakan aku berdoa-doa dalam hati supaya pokok kelapa yang tinggi melayut paling dekat dengan rumah, tidak tumbang dan menghempap rumah. Itupun, aku perasan tentang pokok itu bila baru-baru ini ketika berbual-bual kosong dengan mokteh (jiran depan rumah), dia menyebut tentang pokok nyor itu. Katanya, takut tengok pokok itu setiap kali angin kencang.

Sambil berdoa, sambil terbayang sesuatu yang buruk itu bagaimanakah sekiranya ianya benar-benar berlaku. Akan matikah aku dan Aisya? Yang itu memang susah untuk dielak, suka berimagina perkara yang bukan-bukan.

Oh yer, aku masih ingat akan bunyi pokok nyor terbalik akibat angin kencang berpuluh tahun yang dulu. Masa itu aku masih kecil dan pokok nyor itu punya akar yang timbul tinggi atas permukaan tanah, seperti busut yang besar. Bunyi akar itu terbongkas dari tanah sungguh kuat hinggakan semua terjaga dari tidur, tapi sambung tidur sebab dah agak mesti ada pokok nyor tumbang lagi.

Dulu memang banyak sungguh pokok nyor keliling rumah, tapi banyak yang dah ditebanglah. Yang itu pun ayah ada perancangan dah nak tebang tapi belum kesampaian lagi.

Semua yang dulu, aku masih ingat, seperti rumah ini yang ditolak (dialih dari tempat asalnya), yang mana asalnya tanah dibelakang rumah adalah lebih luas, dan kami tanam bermacam-macam di tanam yang aku rasa dulu adalah sangat luas hinggakan dari hujung ke hujung dah lenguh kaki berlari. Tapi mungkin sebab masa tu langkah pendek-pendek sebab masih kecik, dan pandangan juga tidak jauh, jadi rasa luas. Sebab sekarang rasa macam sempit jer tanah belakang rumah ni.

Yang aku tak ingat, Busu buat apa yer masa aku tengah seronok menikmati zaman budak-budak dulu? Hahahaha....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...