Terengganu, semua sediamaklum ada banyak pulau, samada di laut ataupun di darat. Borak-borak dengan kawan di pejabat, terdetik di fikiran untuk mensasarkan beberapa destinasi 'berjalan-jalan' bagi tahun ini. Biasanya asyik ke Kuala Lumpur beberapa kali dalam setahun, apa kata tukar destinasi pula. Tapi... shopping, tetap kena pergi KL, sebab kat sana lebih murah berbanding dekat sini. Tak percaya? Cubalah. Tapi janganlah pula di cari baju sutera batik dekat Terengganu, kemudian cakap aku tipu lak. Yang tu, aku rasa la (sebab aku bukan penggemar batik atau sutera) memang murahlah di sini berbanding di sana sebab di sini pengeluar.
Maksud aku kalau nak shopping beg, kasut, jeans, baju atau blouse, kain baju kurung yang cantik-cantik dan up to date, tudung juga, adalah lebih murah di sana. Sungguh ni, aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri dan bukan sebab dengar-dengar orang kata.
Ok, berbalik kepada cerita asal. Melancong, atau merehatkan minda dalam erti kata sebenar, yang shopping adalah aktiviti yang tidak tersenarai di dalamnya. Hehe.. Pulau di darat di sini, tidak perlu termasuk dalam senarai kerana setiap hari pun boleh pergi ke pulau-pulau itu. Pulau Rusa, Pulau Kambing, Pulau Bahagia, Pulau Duyung, adalah diantara yang terkenal. Yang selalu aku pergi ialah Pulau Kambing sebab kadangkala mengelak jalan sesak di atas Jalan Bukit Kecil ke bandar, atau nak ke Chabang Tiga dari bandar. Pulau Bahagia, dulunya dikenali dengan nama Pulau B.a.b.i.. kena eja, Aisya marah kalau sebut, tak baik katanya.
Yang termasuk dalam senarai, paling dekat Pulau Kapas, pun tidak pernah aku jejaki. Memang sah-sah tidak layak menjadi pemandu pelancong di sini. Hahaha... Hanya Pulau Perhentian sahaja yang pernah aku pergi. Pulau Redang, dari tahun lepas merancang hendak ke sana tapi masih belum terlaksana. Ayah ke sana tahun lepas, cemburu dengan ayah. Hehe.. Pulau Bidong, aku tahupun sebab seorang kawan pernah 'menyelam' di sana. Pulau apa lagi yer?
Pulau Jerjak.. eh, itu di Penang la! Hahaha.. rindu Penang. :')
Okay, kita mula kumpul duit dan bulan tiga atau empat ni bila cuaca sangat baik, kita ke sana yer.. Tata..
Pulau Yu laaa
ReplyDelete