Iklan

Feb 7, 2011

Tenang ke Rantau Panjang dan mangkuk tingkat

Perancangan awalnya adalah mengikut rombongan pengantin ke rumah pengantin lelaki di Dabong, Jeli. Kemudiannya dari sana kononnya hendak ke Rantau Panjang untuk aktiviti menghabiskan duit. Hehe... Itu sebelum tahu keadaan sebenarnya, di mana rupa-rupanya Dabong itu merupakan sebuah tempat yang sangat jauh sehingga memakan masa 5 jam dari sini sekiranya tidak bertembung dengan kesesakan yang melampau di Bukit Bunga, yang menjadikan perjalanan adalah seperti pergi ke Kuala Lumpur singgah sebentar dan pulang semula!

Dan sekiranya aku ikut rombongan itu pun, sah-sah aku akan berpatah balik dan berjalan-jalan ke mana-mana menghabiskan cuti sehari daripada 'join' kesesakan itu. Hahaha... Yer, aku bolehlah berbuat demikian sebab yang berkahwin hanyalah biras aku sahaja. Kalau ipar duai, sah-sah bermasam muka ibu mertuaku. Hahaha.. Sekiranya ada la kan.

Jadi untuk tidak membiarkan pembaziran berlaku kepada cuti yang sehari cuma, aku bersama seorang kawan jalan-jalan mengambil angin dan menghabiskan serba sedikit duit kepada peniaga-peniaga di Rantau Panjang. Sebenarnya tak mahu kempunan hendak ke sana sebab dah beberapa hari rancang nak ke sana. Mak dan adik hanya mampu berpesan macam-macam sahaja la. Itupun mujur aku ingat nak beli kain gebar (selimut), dan mak pula cakap (bila aku balik dan bagitau harganya cuma RM16 sehelai), apesal tak beli banyak2? Eh eh, mak aku ni, nak jual ke aper? Hahaha...

Tak ada apa sangat di sana sebenarnya sebab baju-baju dan blouse adalah out-dated belaka. Nak cari baju up-to date, baik beli kat pasar malam kat area office aku. Lagi banyak. Tak terfikir pula aku baju-baju sekarang adalah kebanyakannya dari China / Korea dan bukannya dari Siam! Tapi, dalam begitu pun, aku sempat membeli beberapa helai blouse dan bila testing di rumah, tak ada la perasaan menyesal kerana membeli baju-baju tersebut. Yang menarik, mestinya periuk belanga, mangkuk tingkat atau tenong, dan peralatan dapur begitu, sebab memang murah juga la dekat sana.

Nak beli baju, baik lagi ke KL, ke Jalan TAR atau Jalan Masjid India, kemudian SOGO. Baru puas hati shopping!


Nota kaki 1:
Bila adik sebut suruh beli 'tenong', aku tanya balik 'Menda ek tenong?' sambil garu-garu kepala. Sungguh, aku kekadang lupa benda-benda simple macam tu, seperti aku terpinga-pinga bila budak-budak opis sebut 'kuih bekang', langsung aku tak terbayang kuih bekang yang mana satu.
'Alaaa... tiffin la! Tiffinbiru!'.. 'Ooooo... ok ok, hahahaha!'
Kitaorang memang peminat blog Matgebu, dan selalu bercakap pasal resepi2 kat situ. So, bila sebut tiffin jer baru terbayang tiffin biru mat gebu, dan tahu apa itu tenong. Hehe...


Nota kaki 2 :
Perjalanan pergi dan balik sangat tenang. Kenapa ya?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...