Iklan

Feb 16, 2011

Kehidupan adalah tentang membuat pemilihan

Life is all about making choices.. saya terjumpa ayat ini dalam ruangan komen salah satu blog yang akhir-akhir ini sering saya hadap, di mana ianya salah satu komen pemberi komen yang bukan anonymous. Kehidupan memang sering berhadapan dengan pilihan. Dan apabila begitu keadaanya, mesti ada deretan pilihan seperti menjawab soalan peperiksaan lagaknya. Harus pilih A kah, atau B kah, ataupun antara A, B, C, D dan E. Apabila dua atau tiga telah dipangkah sama sekali, maka harus memilih antara dua atau tiga yang tinggal. Pangkah lagi, hinggalah membulatkan tekad memilih satu yang terakhir. Jarang berlaku suatu keadaan di mana, tiada pilihan. Kalau 'ya' mesti bersebab, kalau 'tidak' ada alasannya.

Apa yang berlaku selepas membuat pilihan?

Itu yang menjadi persoalan sebenarnya, kerana tepat atau tidak tepat pilihan yang dibuat, bukan lagi sama seperti dalam peperiksaan. Jika jawapannya sebetulnya A, maka yang membulatkan B atau C atau yang lain-lain, tetap SALAH. Tiada sebab perlu diberikan dan tiada tindakan lanjutan perlu dilakukan. Bilamana kehidupan ini bukanlah begitu lagi. Pada perkiraan saya, BETUL atau SALAH pilihan yang kita ambil, hanya diri kita sendiri yang boleh membuat keputusan. Kerana kita, tiada yang sempurna dalam kehidupan. Sekiranya tersilap membuat pilihan, masa tidak boleh kita putarkan kembali ke tempat asal, dan tidak kita boleh berpatah balik untuk membuat pembetulan. Apa yang perlu dilakukan, hanyalah kekuatan kita untuk menghalakan yang SALAH itu, ke arah yang kita pasti BETUL.

Kehidupan ini adalah tentang membuat pilihan, tetapi pilihan kita sebenarnya telah ditetapkan oleh-Nya. Perjalanan hidup kita, telah diatur-Nya mengikut apa yang dikehendaki-Nya.

Rumusnya, tiada yang SILAP dalam membuat pilihan, kerana samada A atau B atau C yang dipilih, sebenarnya itulah yang telah Tuhan tentukan untuk kita. Kita hanya perlu meneruskan kehidupan dengan memBETULkan perjalanan ke hadapan yang panjang.




BETULkah atau SALAHkah?



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...