Malam tadi layan novel, sebelum melelapkan mata. Bab Fahri melawan panasnya cuaca hingga jatuh pengsan di depan rumah sewaannya bersama kawan-kawan seperjuangan. Jam 12 lebih, menutup lampu kerana jika di layan novel itu, sampai pagi pun tak apa-apa. Tapi, tidur asyik terjaga, kerana sejuknya cuaca. Sungguh, aku selalu begitu. Tidak dapat tidur lena sekiranya terlalu sejuk. Sekejap-kejap terjaga, sekejap-kejap celik.
Hari ini, panasnya cuaca sungguh. Cuma mungkin tidak seperti panasnya cuaca di Mesir, yang mengundang sakit pada Fahri. Mata yang berspek mata, hanya mampu di buka sepet sebaik selesai mesyuarat jam 11.30 pagi. Kalau semalam, boleh juga melindungi mata dengan spek hitam kerana ber'contact lense'.
Panas yang sedikit ini pun sudah tidak mampu diredah, apalagi panas di padang mahsyar yer. Saya manusia biasa, serba sedikit sungutan tentang cuaca terlepas juga dari bibir. Walau saya sukakan langit terang benderang membiru, dengan sedikit-sedikit tompokan awan, atau malam yang bertaburan bintang bergemerlapan, sedikit-sedikit keadaan itu memberi kesan juga pada kesihatan saya.
Hari ini terasa tenaga habis walau jam baru 2.30 petang.
No comments:
Post a Comment