Iklan

Oct 20, 2011

Sebulan Sekali - Perpustakaan Awam Kuala Terengganu

Beberapa hari yang lepas, saya sudah menaip secara bersungguh-sungguh cerita yang ingin saya kongsikan ini. Dah cukup panjang dah saya taip. Biasalah... waktu kerja, curi-curi menaip cerita apabila bosan atau sudah penat melihat microsoft excel menaip Summary of Tender. Jadinya memang tidak menumpukan perhatian sangat untuk menekan save now, untuk preview atau apa-apa sahaja. Sekadar taip semata-mata. Tup-tup bila nak close tab, tekan save now macam hang plak. Ingatkan dah automatic save, tapi bila buka semula langsung tak ada apa yang ditaip. Hampeh sungguh!


Memandangkan saya rasa cerita ini menarik untuk dikongsi, maka saya nak bercerita lagi sekali di sini, tapi dalam versi pendek dan cepat. Hehe..

Sejak beberapa bulan yang lepas, aktiviti wajib saya anak beranak (saya dengan Aisya ajer pun) adalah mengunjungi Perpustakaan Awam Kuala Terengganu yang terletak sebelah kiri jalan nak naik ke Jambatan Sultan Mahmud. Kunjungan berulang kerana, dah pinjam buku, maka kena hantar. Alang-alang hantar, pinjam lagi. Begitulah seterusnya.

Satu kad boleh pinjam 4 buku. Maksimum tempoh pinjaman adalah 4 minggu. Jadi biasanya hari sabtu awal bulan, samada saya atau Aisya akan menyandang beg besar free gift masa beli Ribena, yang mengandungi 8 buah buku. Berjalan dari parking area samada tempat parkir atau kawasan padang berumput sebelah tu sekiranya tempat parkir penuh. Ya, tempat parkir kereta tidak banyak, untuk sebuah bangunan sebesar bangunan public library itu. Ada beberapa petak tempat parkir bas, yang biasanya kereta sahaja yang diletakkan disitu dan tempat parkir motor yang sentiasa penuh pada hari Sabtu.

Melalui tepi bangunan yang ada bangku tempat duduk, yang biasanya diduduki oleh remaja-remaja yang saya agak dalam persekolahan menengah. Satu yang saya suka buat bila ke library ialah melihat gelagat remaja-remaja ini dengan fesyen mereka yang macam-macam. Kalah kita yang berkerja dan bergaji tiap-tiap bulan ni! Dengan legging atau high waist skirt, baju yang macam-macam, paling hebat tang tudung la... Dengan segala macam kerongsang juntai-juntai panjang-panjang, dipin atas atau tepi kepala dan bawah dagu, lilitan shawl itu pula segala jenis lilitan boleh kita jumpa. Baru-baru ini saya menemani Aisya ke tandas, 3 orang anak remaja dengan fesyen-fesyen 'up-to-date kononnya' itu sedang sibuk menilik cermin, membetulkan selendang barangkali. Masa kami keluar, mereka masih lagi duk menilik diri. Aduhhh... apa nak jadi dengan budak-budak sekarang.


Kalau dah namanya library memang la kena bercerita tentang buku kan. Sayang seribu kali sayang, library sebegitu besar tetapi buku tidak sebanyak mana. Kalau ke tingkat dua (buku-buku kategori dewasa), kawasan luas, tetapi rak buku dah la tidak banyak, buku atas rak pula kebanyakkan jika disusun betul-betul separuh penuh sahaja untuk setiap barisan rak. Dulu-dulu saya jenguk juga ke rak-rak mengikut kategori itu, tapi kemudiannya saya belajar sesuatu yang baru. Rak buku-buku yang dipulangkan adalah tidak kurang menariknya apabila masa yang diperuntukkan tidak lama. Biasanya saya disitu sahaja, memilih buku dan menggunakan perkhidmatan self service untuk meminjam buku. Yang itu saya suka, sangat mudah dan cepat.


Kalaulah ada lebih banyak buku macam di library-library universiti, kan best. Aduhhh.. rindunya saya pada Perpustakaan USM, Minden dan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), UTM, Skudai.



Ok, kita akhiri entri dengan sebuah lagu lama. Lagu dulu-dulu masa kononnya tengah bercinta. Masa muda. Lagu best, tapi bercinta masa itu, tidak best. :(




Bunga kenanga semerbak mewangi
Pokok selasih tumbuh setaman
Bukan hendak terkenangkan memori
Kekadang sahaja ianya mengundang...

4 comments:

  1. assalam suraya

    * Lagu best, tapi bercinta masa itu tidak best :(

    Putus cinta yg tak best. masa mula2 jatuh cinta yg itu paling best kan ... ha33

    Bunga kenanga semerbak mewangi
    Pokok selasih tumbuh setaman
    Tidak salah mengenangkan memori
    Dijadikan iktibar sepanjang zaman

    ReplyDelete
  2. wsalam..

    Tapi... bila diingat2 balik, mesti terfikir 'eeiii.. tak matangnya aku masa tu'.. cam kita duk tgk budak2 zaman la ni bercinta, mesti kita terfikir, ishh... budak2 ni, tak reti bercinta tp nak bercinta jugak.. haa, begitulah kita dulu2 kt tempt diaorg.. hehe..

    ReplyDelete
  3. rajin betul pinjam buku dan baca...


    mesti banyak pembendaharaan kata ni..


    ajar anak tu sekali... sayang kalau nanti dia tak ikut hobi mak dia.. :)

    ReplyDelete
  4. sayangnya wahai ikar, tidak byk pembendaharaan kata tersebut digunakan.. minat sastera sgt2, tapi keja lgsg tk der kaitan ngan sastera. makanya.. byk yg hilang begitu sahaja.

    err.. Aisya, fuhhh.. susahnya nak suruh membaca. tgh duk asah tajam2 ni!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...