Iklan

Oct 13, 2011

Semangat Tergugat Pada Hari Kejadian

Pagi ini, tekan sahaja butang power kat radio dalam kereta jam lapan lima belas minit pagi, suara pertama yang berkumandang ialah Pansha Ungu mendendangkan lagu Tercipta Untukku yang ada featuring Rossa tu. Kemudiannya mengikut senarai, lagu-lagu yang menyusul adalah Tanpa Kekasihku dan Teruskanlah oleh Agnes Monica, Tegar daripada Rossa, Entah dendangan Afghan, dan seterusnya sehingga aku sampai parkir kereta di hadapan pejabat.


Sudahlah malam tadi aku tidak berapa lena tidur, terganggu oleh cahaya lampu mainan Aisya yang sekejap sekejap menyala sendiri dalam gelap walaupun setelah beberapa kali aku bangun menutup suis mainan itu. Akhirnya aku letak sahaja mainan itu ditempat yang terlindung dari pandangan mata.


Kemudian tidurku diganggu pula mimpi yang pelik, seorang lelaki yang entah siapa-siapa tidak ketahuan apa yang diinginkan, tetapi mengganggu hidup aku, menyebabkan aku menangis tersedu-sedu, aku lari tak ada arah tuju. Jumpa pulak dengan seorang yang aku rasa boleh bergantung harap, tetapi tiba-tiba dia hilang tak sempat di tangkap. Bila aku cari Aisya tak jumpa, aku seolah-olah berkata, 'Ishh.. tak nak lah terus berada dalam mimpi ni'.. Terus aku terjaga dari tidur.


Jaga aku, tapi mimpi itu masih dalam minda. Biasanya kalau begitu, aku jadi kurang bersemangat. Tambah kurang mood bila ditabur lagu-lagu mendayu itu. :(


Sepanjang hari minda aku masih dapat membayangkan mimpi yang tidak enak itu.


Mood aku teruk sungguh hari ini..


P/s : Terima kasih 'kamu' yang bisa menyelitkan sedikit senyuman pada hari muramku ini. ;)

4 comments:

  1. assalam suraya

    Ingatkan pada 19 oct. dah terlewat ... he33

    Happy belated birthday. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Nya.

    ReplyDelete
  2. wsalam wachak..

    aik.. camner bleh ingat2 lak, pastu tersasar lak tu.. hehe..

    Aminnn.. semoga diperkenankan-Nya.

    ReplyDelete
  3. aku pernah rasa mcm tu jugak. mimpi yang kelam...

    buat mood kita swing satu hari....

    ReplyDelete
  4. ikar, thanks berkunjung ke sini.. biasanya aku jer rasanya hari2 duk ngadap blog rasa hati ngko.. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...