Bismillahirrahmanirrahim...
Sejak awal puasa, saya hilang selera makan dengan teruk. Walaupun hari-hari masak macam-macam, sup tulang, gulai terung, daging goreng kunyit, sotong, ketam, udang, dll, tapi hampir beberapa hari juga saya menyentuh nasi kurang daripada satu senduk. Sahur, sekeping roti. Aisya, dua keping. Hanya makan buah sahaja, saya rasa sedap sikit. Tembikai, rock melon (tembikai susu yang warna kuning tu), mangga, epal hijau, oren sunkist, itulah yang saya hadap malam-malam. Potong-potong dalam 2 biji (campur la apa-apa buah tu), letak dalam piring, makan dengan Aisya.
Sudahnya, siang hari saya sangat-sangat-sangat tidak bertenaga.
Dan, hilang 2 kg di dua minggu pertama Ramadhan memang sesuatu yang tidak pelik. Dan mungkin lagi 2 kg menjelang Syawal nanti. Ramadhan kali ini mak menakluki dapur. Ramadhan kali ini saya jadi malas masak sebab asyik-asyik mak suruh masak ikut selera ayah. Ramadhan kali ini, saya masuk dapur tapi mak dah hampir siap masak, jadi saya ke bilik sahaja, mandi dan sembahyang. Sedih....
Tapi.. Ramadhan kali ini, saya bersyukur diberi peluang beribadat semahunya. Cuma, penghalangnya antara rajin dengan malas sahaja. Huhuhu...
Alhamdulillah bagaimanapun.
Iklan
Jul 31, 2012
Jul 29, 2012
Alhamdulillah
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,
walaupun saya tidak dapatpun 1/2 bulan gaji sebagai bonus raya sebagaimana kakitangan awam, gaji bulan lepas masih berbaki apabila tiba di hujung bulan.
Alhamdulillah,
walaupun untuk hari raya nanti saya masih tidak ada sehelaipun baju baru untuk di pakai dipagi raya, baju raya untuk Aisya sudah pun saya setelkan.
Alhamdulillah,
walaupun saya masih menyambut raya dengan status yang sama semenjak 9 tahun yang lalu, saya masih rasa selesa begini.
Alhamdulillah,
walaupun setiap kali bulan Ramadhan selera makan saya menjadi tawar dan berat badan saya berkurang, mungkin selepas raya kain-kain baju kurung saya kembali longgar. :D
Alhamdulillah,
walaupun apa yang saya inginkan, hampir menjadi menjadi kenyataan, saya gembira dan senang hati dengan keputusan yang saya buat (buat masa ini).
Alhamdulillah,
walaupun orang yang pernah saya sayang (dan masih diingatan), bertemu jodoh dengan orang lain, saya rasa diringankan bebanan perasaan
Alhamdulillah,
walaupun saya banyak berbuat silap dalam kehidupan ini, Dia masih memberi peluang kepada saya untuk membanyakkan taubat.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
"Ada beribu alasan untuk kita bersyukur, jadi kenapa harus hidup dalam pengkhianatan kepada diri sendiri.. menafikan nikmat"

Jul 25, 2012
Aku Mau
Bismillahirrahmanirrahim...
"Kau boleh acuhkan diriku.. dan anggap ku tak ada.. tapi takkan merubah perasaanku.. terhadapmu.. "
Buat masa sekarang, apa yang sering bermain dalam fikiran saya ialah keinginan itu. Ianya berputar-putar, sering datang dan tidak mahu pergi. Tidak susah sebenarnya untuk memahami. Ianya ringkas dan mudah untuk dijelaskan. Maka, marilah dengar penjelasan saya.. hehe..
Apa yang membuak-buak itu ialah keinginan hendak membuat rumah sendiri. Dalam diam, saya asyik mengira duit simpanan dan berfikir di mana saya boleh mendapatkan duit lebih. Tak banyak, sikit jer lagi bagi menambah modal sediada. Saya bukannya nak rumah besar, saya cuma nak rumah batu. Hehe..
"Masa saya kecil dulu, rumah batu tu, kategori untuk orang kaya sahaja. Kawan-kawan yang duduk dirumah batu, dianggap anak orang kaya. Begitu juga kalau rumah dua tingkat. Rumah batu tu, rumah yang dibuat dari brickwork la. Kan ke dulu-dulu banyak rumah papan jer.. "
Sebab saya nak rumah batu, ialah nak cat dinding rumah dengan kaler merah atau hijau epal. Kalau rumah papan, tak sesuai la kan. Hehe... Rumah tu tak perlu besar, saya akan duduk dengan Aisya sahaja. Kalau boleh dan mampu, buat 3 bilik dengan satu bilik dijadikan bilik perpustakaan. Ini impian saya yang tidak pernah pudar, memiliki my own library.
Ayah baru siap buat rumah sepupu mak. Rumah batu 3 bilik. Tak besar manapun. Dalam beberapa bulan sahaja, raya ni memang diaorang dah boleh beraya di situ. Saya rasa ada dalam 3, 4 bulan sahaja ayah buat rumah tu. Jadi, agaknya kalau saya suruh ayah buat lepas raya ni, tahun depan dapatlah saya duduk di rumah sendiri (berangan!).
Ok, keinginan kedua. Selepas menonton Dejavu di Kinabalu yang semakin membosankan saya itu, saya masih menyimpan satu impian itu. Menjelajah Sabah. Negeri itu satu sahaja yang belum saya jejak di Malaysia ini. Saya berkira-kira nak pergi dah ni (nak booking flight jer ni).. tapi, saya tak der kawan untuk temankan!
Sadisnya, saya memang tak ada ramai kawan.. :((
"Tapi... saya tetap nak pergi ke Penang lepas raya nanti. Maksud saya sebelum tahun hadapan. :) Sorang pun sorang la. Harap member saya disana berbesar hati menerima saya sebagai tetamu. Hehe.. "

Jul 24, 2012
Hari Ke-4 Ramadhan
Bismillahirrahmanirrahim...
"Sebenarnya saya tak reti twitter, saya tak tahu pun nak tekan apa bila buka twitter. Saya buka akaun twitter sebab nak join peraduan jer. "
Ramadhan ke-4 di sini, selera sedikit ada dengan nasi goreng tom yam yang saya buat sendiri. Kebiasaan saya, selera akan berkurangan yang amat bila masuk sahaja Ramadhan. Masaklah apa pun, makan dua tiga suap, suapan seterusnya adalah seperti dipaksa makan. Suapan kelima mungkin yang terakhir. Jarang sangat saya berselera makan di bulan puasa.
Mujurnya hari ini, mak tidak lagi menunggu saya (pulang dari kerja) untuk menyuruh saya masak gulai atau masak lemak. Hari ini mak menyambut saya dengan ungkapan yang mengembirakan saya, 'Nasi sejuk ada banyak, buat nasi goreng sajer lah'. Yes, nasi goreng is my favourite. Dengan berbesar hati jam 6.30 petang saya sibuk di dapur memotong lobak merah, kobis bunga, dan semuanya. Siap dan duduk menunggu azan sambil menonton 'Dejavu di Kinabalu' yang semakin menjengkelkan saya.
"Kenapa nak selitkan jugak penglibatan bomoh-bomoh dalam citer moden begitu? Pastu lak, ada plak bab-bab nak bunuh diri plak! Ishhh... bencinya!"
Oh, hari pertama berpuasa, ayah seperti tahun-tahun yang lepas, siap-siap membeli daging dan menyuruh mak gulai daging. Menu sama setiap tahun setiap kali masuk Ramadhan. Sehinggakan adik ipar pun (yang nun di KL) dapat meneka menu kami dengan tepat. Gulai daging. Hahaha... Daging di sini (di rumah ini) hanya akan menjenguk dapur kami pada bulan Ramadhan dan musim haji sahaja. Hari-hari biasa, sangat-sangat jarang. Sebulan sekali pun susah nak berjumpa daging gulai mak di dapur ini. Kalau ada pun, yang dikirim / diberi oleh orang kenduri kahwin. Ayam? Lagi la.. setahun, sekali sahaja kot menjenguk periuk / kuali kami. Menu pagi raya, sebab saya lebih pandai masak ayam daripada daging, dan menu itu pula bergantung pada saya. Hehe..
"Sebenarnya mak tak makan ayam dan daging. Mak hanya makan ikan. Sebab itu di rumah kami jarang masak daging atau ayam"
Hari kedua, ayah bawa balik ketam dari pasar. Kata ayah, masak la apa-apa pun, ayah nak makan gulai daging semalam (yang masih ada). Jadi mak masak lemak cili api ketam. Ayah makan juga, sebab nak habiskan ketam tu. Saya tak suka makan ketam, sebab leceh makan ketam ni. Hahaha...
Hari ke-3, ayah suruh gulai kari pulak. Tak boleh jadi ni mak, hari-hari masak lemak. Saya membebel pada mak sambil masak. Empat ekor ikan selar kuning yang kecil-kecil itu, habis waktu bersahur. Mujur. Saya tidak sentuh sedikitpun.
Jadi, memang mujur sungguhlah bila nasi goreng yang boleh saya jamu pada hari ke-4 ini. Itulah yang mak, saya, adik dan Aisya makan. Ayah makan nasi putih dengan kuah ikan singgang dan lauk-lauk lain yang mak masak dalam portion yang kecil.
Alhamdulillah.

Kesabaran Yang Diuji
Bismillahirrahmanirrahim...
Kita sendiri memilih untuk menjadi seorang yang menguji kesabaran orang lain (penguji kesabaran atau tukang uji) atau yang diuji kesabarannya. Dan yang pastinya, di dunia, tukang uji itulah yang akan menang, sentiasa. Selagi yang diuji (semoga diberi pahala) bersabar dan terus bersabar. Si tukang uji pula akan terus menjadi penguji kesabaran dan meraih kemenangan (atas perbuatannya). Di dunia sahajalah tapinya. Di alam kekal sana, belum tahu lagi.
Bulan yang mulia ini, bulan yang banyak berkat dan di sana sini ramai yang berlumba-lumba berbuat kebajikan sebanyak mungkin bagi mengumpul pahala, penguji kesabaran masih menang. Dan yang diuji, alhamdulillah.. dapat mengumpul pahala insyaallah. Dengan beristighfar banyak-banyak.
Astaghfirullahal 'Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih

(Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya)." (HR. at-Tirmidzi). (sumber : iluvislam)

Jul 19, 2012
Buat Masa Ini
Bismillahirrahmanirrahim...
Setelah apa yang berlaku seminggu yang lalu, ada satu hikmah yang saya nampak di situ iaitu, saya sudah berani membuat keputusan dan yakin dengan apa yang saya inginkan (buat masa sekarang).
Dan buat masa ini.. saya hendak memastikan Ramadhan nanti menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup saya. Insya-Allah.
Selamat Menyambut Ramadhan semua. Semoga amalan-amalan baik yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini, akan terus berpanjangan sepanjang hidup kita yang seterusnya, jika kita masih dipinjamkan nyawa olehNya.
Assalamualaikum. :)

Jul 8, 2012
Tertekan
Bismillahirrahmanirrahim....
1. Ahad, hari pertama bekerja memang sedikit tekanan. Dan di sini, tekanan lebih terasa sebab rasanya seperti sudah berminggu ada banyak kerja yang belum selesai.
2. Bila banyak kerja, nak sentuh yang mana satu dulupun, sudah tidak tahu. Pegang yang itu, ingat yang ini. Pegang yang sini, ingat yang sana.
3. Bila tertekan, terasa ingin meluahkan perasaan, dan mula akan mengarut disini.
4. Kerja banyak, buat yang itu tidak kena. Buat yang ini tidak jadi. Akhirnya, di sini saya melepak.
5. Masa ini juga, banyak pula hal personal nak kena fikir. Rasa macam banyak pula hati nak kena 'ambil hati' dan jaga.
6. Berhenti kerja? Tolong berhenti dengan bermaruah dan jaya, bukan dengan meninggalkan 'sisa' pada orang lain dan nama yang buruk. Di Kuala Terengganu yang kecil ini, dalam bidang ini pula (di mana kalau pergi site visit atau seminar, asyik nampak muka yang sama), sesuatu yang tidak elok itu lebih baik dielakkan. Ya, rezeki di tangan Tuhan, siapa kita manusia untuk menentukan rezeki orang. Tapi kita kena berusaha, kan.
7. Pada masa keadaan (kerja) menekan ini juga, mulalah teringat betapa kekadang saya sangat memerlukan 'a shoulder to cry on' ataupun lebih tepat, menghamburkan segala ketidakpuasan hati. Hahaha..
8. Ya, akhir-akhir ini saya rasa hidup saya sangat membosankan (teringatkan perbualan dengan wani, teman yang 'sekepala').. terutamanya hujung minggu saya!
9. Saya masih menyalahkan cuaca (dalam diam-diam dan dalam hati), kerana cuaca ini (mendung) mempengaruhi mood saya (suram)..
10. Ok, saya berhenti bersungut di sini. Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)