Iklan

May 31, 2011

Where Are You

Sedang aku masih di sini
Tercegat, bagaikan patung bernyawa
Patung bernyawa, bagaikan tiada apa-apa
Apa-apa itu hati dan perasaan



Hati tawar
Tiada perasa
Perasaan sepi dan kosong,
Berongga



Sepi itu indah
Sepi itu aku
Kosong itu payah
Kosong itu juga,
aku



Pergilah kamu perasaan,
aku benci,
rasa itu.

May 28, 2011

Kelakuan tidak senonoh di tempat terbuka


Anda kenal chicken wings di atas? Atau perlu dikenalkan dahulu, "Saya nama Lina, awak siapa yer?" Lina perkenalkan diri sambil tersenyum sumbing, makanya dengarlah balasannya"Saya Chicken Wings". Dan Lina jadi marah, "Saya tahulah awak chicken wings, dan saya bakal ngap awak sekejap lagi". Chicken wings pun jadi takut. Hahaha.. Okay, okay, cukup-cukup lah mengarut sedikit-sedikit dalam entri yang kononnya saya tak nak panjang-panjangkan ini.

Ya, chicken wings di atas sangat kurus dan kecut ibarat sudah bersedia takut-takut untuk di ngap kan, oleh Lina. Hahaha..

Berbanding dengan chicken wings versi sama, direstoran yang sama nama cuma ditempat yang berbeza, ibarat jauh langit dengan bumi. Sungguh berkilat, gemuk dan tak sabar-sabar untuk di ngap oleh Lina. Lina lagi.. hehe..



Ini pula pai tee (betul dah kot rasanya ejaanku di sini) yang di isi separuh penuh dan banyak ruang kosong antara isi-isinya itu. Pai tee ini adalah my favourite apabila berkunjung ke restoran nasi ayam terkenal ini. Sedap, tapi mestilah lebih sedap yang dekat tempat yang berbeza itu. Isinya lebih banyak dan padat!

Yang ini, Lina makan pun tak kenyang. Lina jugak yang kena... :P




Yang ini pemandangan paling menyedihkan, seperti di kedai-kedai atau gerai tepi jalan la plak. Bayangkan anda sedang makan kat meja sebelah sini (tempat kamera berada, sebelah sahaja, tak jauh pun). Di meja itu, pelanggan baru sahaja melabuhkan punggung yang penat baru sudah shopping di kerusi yang baru dikosong oleh pelanggan lain. Meja belum sempat dibersihkan lagi, ada pinggan mangkuk sisa makanan apa semua tu, kerana ini bukannya tempat kenduri kahwin yang kena bawak pinggan kotor ke besen pinggan-pinggan kotor.

Kemudian datanglah pekerja restoran membawa besen pinggan-pinggan kotor, diletakkan di atas meja, didepan pelanggan yang baru duduk, dan mula meng'clear'kan meja itu. Bayangkan... Ya, ini restoran nasi ayam terkenal, punya banyak cawangan hampir disetiap negeri di seluruh malaysia.


Bayangkan.


Lina pun tak lalu nak makan. Eiiii....



Nota kaki penting : Lina hanyalah nama samaran semata. Hehe... Tetapi kepada yang bernama Lina dan meminjam duit mak ribu riban, tolong bayar. :D

Ini lah entri yang kononnya nak buat pendek-pendek, tapi cam terlebih panjang dah. Ishh..

May 26, 2011

Terima kasih, pada kamu yang pernah bergelar sahabat

Sungguh, terima kasih yang sangat. Biarpun ianya cuma pertolongan kecil, yang tidak apa-apa. Sedikit, ianya tetap menyentuh naluri sahabat ini yang pernah meminjam bahumu tempat menangis.



Memang, tempoh itu bukannya pendek. Kita berkongsi cerita, berkongsi rasa. Lima hari seminggu, aku mengadap muka kamu. Kamu bosan dengan aku. Barangkali.



Kehilanganmu sahabat, sebenarnya sangat mengesankan aku. Terkilan, sungguh. Kerana aku percaya yang amat. Kerana aku hanya ada kamu, tempah meluah rasa, berkongsi segala. Dan sekarang, aku tidak punya sesiapa, aku takut untuk percaya.




Yang aku percaya, orang yang paling banyak menyimpan rahsia kita dan kita percaya, adalah sebenarnya adalah orang yang paling perlu kita berwaspada.




Maafkan aku sahabat.

What Hurts The Most



Apa yang paling melukakan

Pabila masa mendekatkan kita

Dan banyak untuk diluahkan

Kemudiannya hanya untuk melihat dirimu berjalan pergi


Dan tanpa mengetahui,

Apa yang bakal terjadi

Menyintaimu, dalam diam

Itu yang cuba kulakukan

May 24, 2011

Mokcek dan KWSP

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini cerita petang tadi. Duduk di desa, dengan mak ayah pula, balik kerja di petang hari mesti bancuh teh dan makan keropok yang mak goreng, panas-panas. Sedap! Sambil bercerita tentang apa sahaja, orang itu meninggal ker, orang ini sakit ker, saudara itu, saudara ini. Tentang lembu beranak, ayam, itik dan pepohon juga termasuk dalam penceritaan sekiranya ada yang menarik. Biasalah, orang-orang tua punya cerita kan.


Kemudiannya keluarlah cerita pasal mak saudara, yang juga duduk sekampung. Usia mak saudara saya yang dipanggil mokcek itu rasa-rasanya dah hampir 60 tahun. Kalau kerja kerajaan dah pencen la. Tapi mokcek tidak bekerja, dia ditanggung sepenuhnya oleh suami yang bekerja menjual ikan di pasar dan anak-anak yang sudah bekerja. Sambil-sambil juga dia menghulur bantuan kewangan kepada anaknya yang sudah berkahwin dan beranak pihak. Memang tidak patut. Err.. bukan tidak patut dia menghulurkan bantuan, tidak. Tetapi sangat tidak patut tindakan anaknya yang itu.

Mokcek bercerita kepada mak, dia ke pejabat KWSP beberapa minggu yang lalu. Kononnya hendak menutup akaun KWSP dan mengeluarkan kesemua simpanan yang ada. Ceritanya pada mak, dia pernah bekerja sekejap dahulu selepas kematian suami. Jadi, adalah sedikit wang KWSP yang dia sendiri tidak pasti berapa.


Bila diperiksa, wang KWSPnya berjumlah ringgit malaysia seratus lima puluh sahaja. Dan dia memang hendak mengeluarkan semualah bukan. Duitnya sikit sahaja! Nak simpan-simpan kat situ buat apa. Tetapi dia diberitahu oleh pegawai yang bertugas, hanya dibenarkan mengeluarkan cuma lima puluh sahaja! Huhh.. terkejut betul dia. Usia yang hanya tunggu masa tu pun, masih tidak boleh mengeluarkan wang sendiri untuk kegunaan sendiri. Mokcek akhirnya tidak mengeluarkan satu sen pun, sebab katanya hendak dibuat apa setakat duit lima puluh ringgit itu. Sekelip mata, lenyaplah ia.


Haa.. sekarang, cuma anda bayangkan, anda berada di tempat mak saudara saya itu. Hahahaha...


Ini omongan kosong saya dengan mak. Juga pendapat peribadi saya sebenarnya. Kenapa hendak ditahan-tahan duit orang? Memang la duit itu untuk simpanan masa depan, untuk hari tua kononnya. Tapi, satu hal plak macam mak saudara tu, dah tua-tua begitu pun tidak boleh dikeluarkan habis lagi. Sama la dengan orang lain kan. Kalau begitu, duit itu untuk siapa sebenarnya? Untuk anak-anak atau cucu-cucu atau untuk kita yang bekerja dari muda sampai tua?


Keduanya, dah tua-tua begitu hendak dibuat apa lagi duit banyak-banyak? Takkanlah baru hendak beli rumah, buat rumah, duduk sekejap dirumah besar-besar, 'rumah' kekal disana dah memanggil. Hendak pergi jalan-jalan pusing dunia, tak larat dah.


Ketiga, duit KWSP banyak-banyak itu juga, akhirnya bila tuan empunya tidak boleh keluarkan, akan menjadi rebutan anak beranak pula. Anak-anak berebut, isteri nak, mak dan ayah sebut hak. Eh, ada tahu kes macam ni. Susah-susah.


Keempatnya, bila mak bapak banyak harta termasuk duit KWSP, anak-anak pun akan berjoli sakan. Tidak perlu bersusah payah mengumpul harta lagi. Harta yang ada tujuh keturunan pun tak habis makan. Maka, tak anak-anak tak perlu belajar tinggi, kerja kuat-kuat. Duit banyak, joli jer la. Mak gelak sakan bila saya sebut tujuh keturunan tak habis makan. Hahahaha...


Ok.. itu sahaja untuk kali ini. Itu pendapat saya secara sembang-sembang kosong dengan emak di petang hari. Jangan peduli sangat. Mungkin ada benarnya, mungkin ada salahnya. Anda fikir sendiri. Hehe..


Babai.

May 23, 2011

Warna pelangi itu

... indahnya seketika cuma
bila hujan bertemu matahari
berhenti hujan, hilanglah pelangi


apa aku merepek ni....

May 22, 2011

Pesta Buku Antarabangsa yang lalu

Bismillahirrahmanirrahim...



Untuk kali ini, aku rasa aku membeli terlalu banyak buku. Jauh daripada apa yang aku senarai pendek untuk dicari dan dibeli. Untuk Aisya sahaja, selain buku Puteri Santubong yang memang telah lama didambakannya iaitu semenjak berjumpa teks dan lagu Puteri Santubong dalam buku teks Bahasa Malaysia Darjah Tiga miliknya, banyak pula buku-buku lain yang aku belikan untuk dia. Tujuan aku lambakkan buku cerita untuknya, supaya dia menjadi sedikit macam aku dulu-dulu. Berulang-ulang membaca buku cerita milik kakak, termasuk buku yang dipinjam di library kerana memang suka sungguh membaca! Err.. buku cerita la kan. Hahaha.... Sehinggakan aku boleh bermimpi menjadi penyiasat seperti lima sekawan tu, atau ke sekolah Seri Melur bersama-sama Fauziah (watak dalam cerita itu). Itu semua buku Enid Blytons, versi melayu of course. Aku tidak macam kakak yang terror English!


Ok, antara buku yang aku beli untuk Aisya;
1. Puteri Santubong (paling mahal sebab hardcover)
2. Wafiya Puteri Kota Cinta (dibeli kerana risau tak jumpa Puteri Santubong, untuk dijadikan galang ganti.. hehe), keluaran PTS.
3. The Wishing Tree, A Friend In Need
4. Mindy and Mandy, the Twins - Mad About Magic (kedua-dua buku ini, satu berharga RM1.50 sahaja, dan mempunyai bahasa English yang simple, mudah difahami).
5. Heidi (my favourite story)
6. Hansel and Gretel (kedua-dua buku ini juga mempunyai bahasa yang ringkas, disamping cerita yang menarik)





Mine? Hehe.. Langsung lari dari senarai pendek. Aku cari novel Salina yang ditulis A.Samad Said, cetakan semula yang kononnya akan dijual mulai tarikh pesta buku itu bermula, tetapi sayangnya apabila ditanya di booth PTS, belum dikeluarkan. Sedihnya juga sekejap. Aku kena cari online juga nampaknya.



Seperti movie yang akan aku tonton apabila membaca review yang menarik sahaja, begitu juga dengan buku. Aku akan tidak jemu mengulang baca sekiranya sesebuah buku itu memenuhi citarasa aku, dan aku akan cari untuk dijadikan koleksi. Begitulah bagaimana aku boleh akhirnya membeli buku-buku Khadijah Hashim iaitu Merpati Putih Terbang Lagi dan Badai Semalam. Dan aku terpengaruh dengan review buku-buku di sebuah blog yang aku subscribe di Google Reader aku, menyebabkan aku membeli Tuesdays With Morrie iaitu sebuah buku International Best Seller yang diterjemahkan ke bahasa melayu dan dikeluarkan oleh PTS. Juga Tiga Kali Seminggu daripada Dr. Faisal Tehrani . Aku teringin sudah lama untuk membaca novel tulisan Penerima Anugerah Seni Negara ini.





Kemudian dua buah buku travelog tarbiah juga aku sambar, bagi mengisi niat hendak membaca dan melihat apakah travelog sebenarnya. Kelihatannya menarik, tambahan pula ianya adalah tulisan Hasrizal Abdul Jamil, iaitu penulis buku best seller AKU TERIMA NIKAHNYA (yang ini aku tidak beli, belum masanya.. hehe), maka dalam deretan buku-buku yang belum dibaca, ada Rindu Bau Pohon Tin dan Secangkir Teh Pengubat Letih.



Tiga buah novel Norhayati Berahim yang terbaru, juga tersusun antara yang belum dibaca. Tebal-tebal semuanya. Adik punya itu. Hehe... Dia pengumpul novel NB Kara, dan aku tumpang baca. :D





Baru habis baca Damai (lamanya baru habis!), dan baru memulakan travelog tarbiah pertama, Rindu Bau Pohon Tin. Akan menghabiskannya secepat mungkin, Insyaallah.


Salam.

Ini sebuah pengalaman

Bismillahirrahmanirrahim...



Petang Ahad, seperti biasa empat staf di sini termasuk aku akan membuat persiapan awal, dari pagi lagi. Memasukkan semua pakaian seperti seluar track, t-shirt, stocking dan kasut siap-siap ke dalam beg dan boot kereta. Menyiapkan semua kerja (hampir) untuk hari itu dengan cepat supaya nanti tiada suara sumbang yang bising-bising. Dan mengisi perut supaya nanti perut tidak terlalu kosong juga tidak terlalu penuh.


Solat asar sebaik sahaja azan berkumandang, seboleh-bolehnya begitulah. Dan bersiap-siap menukar baju apabila jam tepat 5 petang. Begitulah rutinnya ahad dan rabu, sejak beberapa minggu yang lepas.


Memanjat Bukit Besar menggunakan jalan tar ke puncak bukit, turun dan panjat lagi sekiranya larat. Bertegur sapa dengan yang sudah sering ke temu, biarpun sekadar anggukan atau senyum mesra.


Kemudiannya hari ini, keseronokkan memanjat melupakan aku pada umur yang dipertengahan tiga puluh, serta stamina yang semakin kurang seiring dengan umur. Apabila dijemput join jungle trekking ke bawah bukit dan naik semula nanti, aku tidak teragak-agak untuk turut serta. Macam budak-budak! Err.. cikgu yang aku baru kenal itu pun sempat bertanya, belajar dimana? Hahaha.. kitaorang macam budak-budak barangkali.


Separuh jalan, sudah semput, nafas turun naik dan penglihatan mula kabur. Rasa nak pitam! Arghhh!!! Kononnya nak panjat Kinabalu?? Hai, berangan sahajalah nampaknya! Hahahahaha.....


Serius aku tidak puas hati. Aku kena memperbanyakkan aktiviti-aktiviti begini nampaknya supaya stamina bertambah. Err.. betulkah? Dua kali seminggu tidak cukup barangkali. Dah la sejak pulang dari Kuala Lumpur ari tu, aku tidak jenguk lagi taman rekreasi Batu Buruk pada hari jumaat kerana kononnya membasuh kereta sudah cukup mengeluarkan peluh. Ishh...


Memang tak puas hati. Lepas ni, aku nak pergi lagi jungle trekking tu, tapi selepas aku rasa cukup stamina la. Hehe..

May 20, 2011

Rutin hujung minggu


Menyapu muka dengan masker. Aku lebih suka masker yang perlu disapu ke seluruh muka, bila dah kering menjadi topeng, daripada masker yang instant tu, tampal sahaja pada muka tanpa perlu mengotorkan tangan. Rasa lebih puas hati guna masker krim ni.



Sambil menunggu masker kering, relaks2 sambil baca majalah, dan menunggu sms di jawab. Hahaha...
Maybe i don't miss the person, but i miss the routine... Ayat pujuk hati yang baru dapat masa blog surfing sat ni.. :P




Selepas kering dan dibasuh, terus jadi muda.. Hahaha... Ok ini muka peneman setia yang dipaksa study sebab next week exam..

Babai sekarang. The younger version of me tu nak makan mihun goreng. Kena pegi buat kejap.

Selepas 'Kukatakan Dengan Indah'

..bulan mengambang malam itu, menyimbahkan sinarnya melalui cermin tingkap yang sengaja diikatkan langsir tinggi supaya mudah bangun pagi. Sunyi sepi malam ini, tiada bunyi motosikal merempit di jalan yang lengang seperti biasa. Mungkin mereka bertukar angin malam ini, memberi ruang untuk orang kampung yang rumah-rumah di tepi jalan kesempatan lena awal dan tenang. Lagipun bukankah bulan sangat cantik, langit terang dan bintang bergemerlapan.



Yang gelisah cuma aku barangkali.



Tiba-tiba.




Ya, tiba-tiba ada lintasan di fikiran. Kenapa susah sungguh yer, untuk aku membuat satu keputusan? Ya, aku baru perasan, aku tiada perasaan cinta rupa-rupanya. Tiada perasaan rindu. Cuma sesekali rasa kehilangan menjenguk kerana suatu rutin yang berubah. Baru aku tahu. Baru aku sedar.

May 18, 2011

Kukatakan Dengan Indah



Kukatakan dengan indah
Dengan terbuka
Hatiku hampa
Sepertinya luka
Menghampirinya

Kau beri rasa
Yang berbeda
Mungkin kusalah
Mengertikannya
Yang kurasa cinta

Tetapi hatiku
Selalu meninggikanmu
Terlalu meninggikanmu
Selalu meninggikanmu

Kau hancurkan hatiku
Hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu

Kau terangi jiwaku
Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu

Membuatku terjatuh
Dan terjatuh lagi

Membuatku merasakan
Yang telah terjadi
Semua yang terbaik
Dan yang terlewati
Semua yang terhenti
Tanpa kuakhiri

Kau hancurkan hatiku
Tak tertahan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu

Kau terangi jiwaku
Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu ..

May 15, 2011

Terhenti seketika

Bismillahirrahmanirrahim...

Aktiviti membaca novel sedikit terbantut selepas menghabiskan 'Untuk Awak Teja Aulia' itu hari. Kerana, 'Damai' tidak sehebat dan mendamaikan seperti tajuknya. Semangat untuk menamatkannya agak kurang, tersekat dan hanya membaca beberapa minit diwaktu pagi ketika menunggu Aisya sampai giliran diajar mengaji Quran. Paling lama pun 20 minit sahaja. Kemudiannya bersambung lagi keesokkan harinya, terhenti pada hari jumaat dan sabtu pula, menyebabkan dah seminggu lebih, masih belum habis lagi.


Bosan.


Rasa cinta dalam diri yang hilang, dihidupkan semula dengan menonton Korean drama, Full House!


Yer, cerita lama. Saya ketinggalan zaman, dulu tengok sikit-sikit sahaja, dan tidak tahu juga macamana kesudahannya. Winter Sonata juga, pun tengok sikit-sikit. Sekarang tengah hendak menghabiskan kesemua episod Full House. Dalam gelak tawa, rasa hendak menitis juga air mata. Sedih bahagian mana entah.


Buku-buku tersusun yang dibeli ketika Pesta Buku lepas, sabar sedikit dalam deretan. Nanti saya akan hadap kamu satu persatu, dan sekiranya mendamaikan, saya seperti biasa sanggup tidak tidur malam.


Senyum.

May 11, 2011

Laptop Sudah Berchanel

Seketika laptop di pejabat, download dan update segala yang perlu. Hehe..


Bismillahirrahmanirrahim...

Ingat tak tentang lappy yang rosak ari tu? Ceritanya bermula di sini dan disini. Aper yang rosak adalah keyboard nya. Terpaksa ditukar dengan yang baru. Budget lari disitu. T__T


Yang sedihnya, selepas siap dibaiki, ketika diambil di kedai, terdapat calar yang agak teruk di atas permukaan luar laptop. Bukan sahaja agak teruk, malah agak banyaklah jugak. Entah bagaimana mereka menjaga komputer pelanggan yang dihantar ke situ. Err.. mungkin juga langsung tidak di jaga sebab calar itu seolah-olah diseretkan sesuatu di atasnya. Kalau tidak, takkan sedalam itu calar itu. Teruk betul.



Akibat sakit mata melihat calar balar itu, maka saya telah selimuti laptop saya itu dengan chanel kuning. Tarraaa... hehe..





Cantik tak? Cantik tak? Tak kisah la korang cakap tak cantik pun, saya tak ada la nak peduli sangat sebenarnya. Janji, calar balar sudah dibaluti, dan potongan cover chanel itu kemas. :D



Tentang kedai membaiki komputer itu, sungguh menyedihkan sekali. Ianya adalah antara kedai membaiki komputer yang tersohor di Kuala Terengganu. Biarpun perkhidmatan yang diberi agak cekap, hantar hari sabtu (tengahari), hari ahad dapat call bagitau kena tukar keyboard dan bertanya samada mahu tukar atau tidak, isnin dapat call bagitau dah siap dan boleh diambik. Tapi, hari selasa baru saya pergi ambik. :D Kemudiannya pula, receptionist yang lelaki itu pula sentiasa ada di meja depan tanpa kita perlu terjenguk-jenguk mencari sesiapa untuk bertanya. Sayangnya, begitulah. Harta orang yang dipinjamkan seketika tidak dijaga seeloknya. :(
Terpaksa di tolak dua bintang disitu, menjadikan tiga bintang sahaja yang boleh diberikan pada mereka.


Oh yer, saya juga akan pastikanlah, lainkali kalau terdesak saya tidak ke situ lagi. Sorry guys...


Babai.

May 10, 2011

Hari Hari Adalah Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim...


Petang semalam, sepulangnya saya dari pejabat, saya tengok ada benda ni atas kerusi yang mengadap meja studi dalam bilik. Tersenyum lebar saya dibuatnya. Memang pandai betul dia buat suprise kat mama dia.


Err... abaikan kesalahan ejaan di situ. Ini bukan dewan peperiksaan. Hehe.. Memandangkan ada sedikit pujian berbau permintaan di situ, maka saya penuhi permintaan dia malam tadi. Saya buat Peppermint Chocolate Cake, yang saya rasa sedap, berangin macam makan gula-gula mentos tetapi rupanya tidak menjadi peppermint sangat. Rupanya macam cake chocolate sepenuhnya. Hehe..


Yang berbalut itu adalah ini.. bekas telur yang cantik, yang merupakan buah tangan masa kenduri biras saya baru-baru ni. (saya tidak hadir kerana ketika itu berada di KL).


Tapi, kosong! Hahaha.. Balik dari sekolah, dia isikan pin-pin tudung mama ke dalamnya. Soooooo sweetttt...


Tapi saya bagitau dia, hari ibu adalah setiap hari sepanjang hayat kita, di mana ibu adalah orang sentiasa perlu kita sayang setiap detik dan saat, perlu kita hormati dan peluk cium sentiasa!

I love u too Dania Aisya, with all my heart and soul.

May 9, 2011

Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Bismillahirrahmanirrahim...


Bukit Besar yang terletak di Kuala Terengganu boleh dikatakan salah satu simbol negeri Terengganu yang gah dan terkenal dengan signboard besar 'Allah Peliharakanlah Terengganu'. Pada waktu malam, signboard yang bernyala itu mencantikkan lagi pemandangan malam di Terengganu berlebih-lebih lagi ianya tepat mengadap ke Jambatan Sultan Mahmud. Selain lambang gah negeri Terengganu, jangan tak tahu, Bukit Besar juga menjadi tempat rekreasi rakyat Terengganu yang mementingkan kesihatan. Yer la, takkan tak pasal-pasal nak pergi panjat bukit tu kalau bukan untuk sihat kan? Letih wooo... peluh meleleh memang mengkuyupkan baju.


Gambar pada ketinggian berapa tak tahu la.. tapi dah sesuku jalan la naik ni.

Saya sudah lama teringin nak panjat bukit itu. Kaki saya ini mungkin memang ada 'nyawa' kalau bab panjat memanjat ni. Sejak kecik lagi, suka panjat pokok kat sekeliling rumah hinggakan pokok kelapa pun pernah cuba panjat. Tapi, separuh jer la.. hehehe.. Bukit dekat-dekat rumah tokwan dan dekat-dekat kampung pun pernah hiking ngan kawan-kawan dan adik-beradik masa kecik-kecik dulu. Masa duk Taiping setahun, seingat-ingat saya dua kali pi panjat Bukit Larut yang cuma di belakang sekolah sahaja, dekat sangat. Tapi kitaorang ikut jungle trekking, lebih mencabar dan menyeronok dan tidak memenatkan berbanding melalui jalan tar yang dilalui kenderaan ke atas.


Kemudiannya masa duk Penang, Bukit Bendera pula menjadi mangsa. Pun seingat-ingat saya, dua kali jungle trekking ke puncak dan tidak pernah naik tren yang tersohor apabila menyebut Bukit Bendera. Itu kali terakhir juga, sebab selepas itu saya tidak lagi aktif mengikut geng memanjat mana-mana bukit lagi. Saya lebih selesa menyedut angin Penang menaiki bas ke Bukit Jambul, errr.. maksud saya, Kompleks Bukit Jambul. Hehe...


Bila dah bekerja dan menetap di kampung halaman ayah bonda, keinginan untuk memanjat Bukit Besar timbul apabila sering melihat ada sahaja manusia yang berjalan mengikut jalan tar ke puncak bukit yang ada pencawang TNB itu. Setiap hari, pagi dan petang, memang tak sah la kalau tak ada sesiapa yang berjalan lain atau turun. Dengar-dengarnya, bukit itu menjadi tempat mereka beriadah. Ajak orang itu, orang ini, tiada pun yang sama bersemangat macam saya. Nak pergi sendiri, macam tak selesa pula. Akhirnya keinginan terperuk begitu sahaja.


Sehinggalah baru-baru, nampaknya kawan-kawan yang sekarang memang bersemangat menjaga kesihatan. Rajin jogging, menjaga makan minum. Bagus sungguh! Hingga hari ini, kami sudah berpakat menjadi aktiviti memanjat sebagai rutin mingguan, 2 kali seminggu setiap ahad dan rabu (asalnya isnin dan rabu tetapi ditukar sebab ada sorang lagi kawan nak join sekali), manakala hari jumaat aktiviti bebas. Nak memanjat boleh, jogging boleh, senamrobik boleh, kuak lentang atas katil pun boleh.. hehe... Errr, biasa saya pula join senamrobik jer, atau membasuh kereta atau ke pasar tani atau pasar borong..

Pencawang kat puncak.

Setakat ini, sudah beberapa minggu aktiviti memanjat Bukit Besar berjalan lancar. Orang-orang yang turun naik pun, adalah kebanyakannya orang yang sama sahaja, dan kitaorg sudah boleh bertegur sapa dah dengan diaorg.


Pemandangan di puncak kinabalu.. eh.. silap, puncak bukit besar, hahahaha... berangan nak naik gunung kinabalu konon, yang berpuluh mungkin beratus kali ganda tingginya dari bukit besar. Bukit Besar ni, first time naik ambik masa sejam juga naik dan turun. Sekarang mungkin dah 20 minit jer kot turun naik. Biasanya orang-orang yang biasa naik turun tu, tiga atau dua kali naik turun untuk satu-satu sesi. Sebabnya, bila dah biasa, tak rasa puas sangat. Saya pun pernah, tapi kali kedua separuh jalan jer la, dah pancit. Hahaha...


Haa.. itu kawan-kawan memanjat saya. Syukur tau, dapat kawan yang membawa kita ke arah kebaikan ni. Hahaha.. Yer la, kawan yang makan kawan, dah kena dah. :(


Ini saya suka, pemandangan yang menghijau ini. Tenang jer rasa jiwa.

Ok, saya sudahi cerita saya yang saya rasa panjang ini dengan ucapan, jom jaga kesihatan! Yeay!!

Assalamualaikumm.

May 3, 2011

Selepas sepuluh hari

Bismillahirrahmanirrahim...

Tiba-tiba keinginan untuk bercerita di sini datang lagi selepas sepuluh hari menyepikan diri dari dunia blog sendiri, tetapi tidak dengan blog-blog yang biasa dikunjungi. Tetap mencuri masa menjengah dan terpaku di blog-blog yang tersenarai di google reader dan akan merasa sedikit frust apabila google reader kosong. :(

Selain itu, sebenarnya banyak pula aktiviti real yang bukan maya, dilakukan sepanjang 10 hari ini. Itulah gunanya sahabat yang baik (alhamdulillah untuk ini), yang sama-sama bersemangat mengajak kita membuat aktiviti sihat. Maka disamping kita dapat menyihatkan badan, minda juga tenang. Syukur.

Saya buat apa sebenarnya?

1. Keluar jogging atau lebih tepat lagi join kumpulan senamrobik di taman reakreasi awam apabila tak larat jogging, telah hampir berjaya saya jadikan rutin mingguan. Saya memang dari dulu, tak larat jogging sebenarnya. Lebih suka bersenam dan aerobik. Dan ternyata, senamrobik dari awal hingga akhir selama sejam setengah adalah sangat berbaloi mengeluarkan peluh daripada berlari-lari anak kemudian berjalan-jalan, kemudiannya berlari lagi, berjalan lagi. Ntah apa-apa..

2. Kemudiannya, mendapat aktiviti baru yang telah lama saya ingin buat tetapi tiada semangat dan kawan-kawan yang sama-sama bersemangat melakukannya. Panjat Bukit Besar. Saya akan bercerita tentang ini nanti. Syukur sekali lagi, mendapat kawan yang sama-sama suka melakukan aktiviti sihat ini.

3. Betul juga kata seorang kenalan, bersenam atau melakukan aktiviti mengeluarkan peluh ini salah satu cara melepaskan tekanan. Malah, ianya juga bererti kita telah menghabiskan waktu kita dengan aktiviti sihat. Bila sudah penat badan, tidur juga menjadi nyenyak. Nikmat, bukan?

4. Sebagaimana perancangan dulu, saya telah ke PWTC bagi meramaikan lagi orang ramai yang berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di sana baru-baru ini. Dan kunjungan saya adalah sebanyak dua kali bersamaan dua hari di mana sehari (jumaat) adalah selama hampir 5 jam (orang tidak terlalu ramai) dan sehari lagi adalah hampir satu jam sahaja (ahad, last day), kerana orang terlalu-lalu sesak.

5. Bercuti selama empat hari (termasuk jumaat dan sabtu), dengan 12 jam adalah memandu sendiri berseorangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur (sepatutnya 6 jam pergi dan 6 jam balik), ditambah hampir satu jam kerana kereta yang bersusun dan berderet dari Kemaman ke Kuala Terengganu, tidur yang kurang nyenyak selama tiga malam di rumah adik (biasa la apabila bertukar tempat tidur) dan menghabiskan sehari-hari di luar dengan shopping adalah sangat sangat sangat meletihkan, dan keletihan itu hanya terasa dan disedari apabila mulai isnin lepas, pagi adalah waktu yang sangat susah untuk membuka mata dan tengahari di pejabat adalah waktu yang kalau boleh hendak melelapkan mata. Ok, ayat terlalu panjang tanpa noktah. Maaf. :D

6. Tapi, pencinta buku ini, kalau sudah mengadap buku/novel, keletihan dan mengantuk itu terus berlalu pergi, hilang entah ke mana. Kalau diikutkan nafsu, sampai pagi boleh bersengkang mata demi buku/novel.

7. Ok, nak sambung baca novel Syud, 'Untuk Awak Teja Aulia'.


Babai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...