Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, Irma Hasmie sudah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya. Saya tahupun gara-gara membuka facebook dan ada seorang kawan berkongsi gambar istimewa di bawah. Comel bukan? Nampak seiras jer.
Ramai yang berkongsi kegembiraan, kebahagiaan (komen pada gambar di facebook). Berlebih-lebih lagi, cerita tentang pertemuan jodoh di tanah suci. Ramai juga memasang angan-angan, ingin bertemu jodoh di sana. Berdoa semoga perkara yang hampir sama berlaku.
Terngiang pula kata-kata seorang kawan yang pernah rapat, kawan yang hampir menjadi teman istimewa, (tapi persahabatan jadi renggang gara-gara ada 'rasa' itu), "Jika mengimpikan seorang ustaz, kita sendiri hendaklah menjadi seperti seorang ustazah". Ya, sila bayangkan ustaz yang betul-betul ustaz yer, bukan ustaz atau ustazah Youtube atau Facebook. Hehe...
Iklan
Jun 30, 2012
Jun 28, 2012
Langkawi, Pertama Kali.
Bismillahirrahmanirrahim...
Ianya, pertama kali dalam hidup yang dipinjamkan ini. Dulu-dulu, masa duk Penang 4 tahun, tak pernah terfikir pun hendak ke sana. Kawan ramai-ramai pakat pergi pun, saya buat tidak peduli sahaja. Yer... masa tu, tiada dalam perancangan langsung hendak berjalan berkeliling Malaysia, apatah lagi dunia. Ntah apa yang saya fikir, saya sendiri tidak tahu.
Bila sudah berkerja, ada duit sendiri, mendengar pula cerita orang berjalan ke sana sini, samada tujuan shopping atau makan angin, timbul juga keinginan begitu. Apatah lagi sekarang zaman tiket murah, ke Bandung atau Vietnam dah macam dari Terengganu ke Kuala Lumpur pula. Ataupun lebih dari itu. Saya juga yang masih macam 'katak bawah tempurung'. Ke Langkawi, ini baru pertama kali. :D
Tapi, Lan.. seorang yang baik. Sangat. Katanya dulu, abangnya duduk di Kuah, ada kedai di sana. Langkawi mengingatkan saya pada seorang kawan baik, tapi entah di mana dia sekarang...
Rupanya pula, makanan di Kuah tidak sedap. Restoran melayu di sekitar Pekan Kuah yang kecil, hampir tidak ada. Balik-balik nampak restoran china, thai yang tiada tanda halal dan restoran western food, yang juga kebanyakan pengunjungnya adalah china dan tiada logo halal di mana-mana (ada seorang dua sahaja muslim (bertudung) makan disitu). Makanan melayu dan dianggap halal semestinya, hanya boleh didapati di warung yang kecil belakang kedai Haji Ismail Group, dan satu lagi juga warung (besar sedikit) dekat dengan pusat jualan minyak gamat.
To be continued... (akan bersambung sebab masih ada cerita yang hendak saya bebelkan tentang pertama kali di Langkawi)..
Ianya, pertama kali dalam hidup yang dipinjamkan ini. Dulu-dulu, masa duk Penang 4 tahun, tak pernah terfikir pun hendak ke sana. Kawan ramai-ramai pakat pergi pun, saya buat tidak peduli sahaja. Yer... masa tu, tiada dalam perancangan langsung hendak berjalan berkeliling Malaysia, apatah lagi dunia. Ntah apa yang saya fikir, saya sendiri tidak tahu.
Bila sudah berkerja, ada duit sendiri, mendengar pula cerita orang berjalan ke sana sini, samada tujuan shopping atau makan angin, timbul juga keinginan begitu. Apatah lagi sekarang zaman tiket murah, ke Bandung atau Vietnam dah macam dari Terengganu ke Kuala Lumpur pula. Ataupun lebih dari itu. Saya juga yang masih macam 'katak bawah tempurung'. Ke Langkawi, ini baru pertama kali. :D
De Baron Beach Resort, memang cantik. Persekitarannya juga. Tetapi tidak pada makanannya. :(
Kata orang kampung yang selalu mengikuti rombongan ke sana sini, di Langkawi barang murah. Pinggan mangkuk kalau ke sana, tidak dibeli semacam tidak sah. Kata orang bandar pula, Langkawi tidak seperti dulu. Coklat sahaja pun yang murah, yang lain-lain pinggan mangkuk, periuk belanga, lebih kurang sahaja harganya dengan di Sogo, atau sekiranya dibeli secara online. Kata orang banyak duit pula, baik ke Guangzhou atau dekat sikit, Vietnam. Ya... sikit-sikit Vietnam. Boss juga baru balik dari Vietnam minggu lepas, dapatlah saya dua pasang sutera vietnam untuk baju raya nanti. Hehe..Kerusi baring di tepi kolam, berbaris teratur. Di hujung itu, ada timber deck sepanjang kawasan resort di sebelah pantai. Siap ada kerusi baring disediakan. Bagus untuk berborak malam-malam sambil berbicara dari hati ke hati, di bawah bulan purnama, dimamah angin sejuk laut.
Langkawi, memang pulau yang cantik pada mata saya. Cantik dengan pulau-pulaunya yang unik. Cantik kerana pekan Kuah yang tidak sesak. Cantik kerana susunatur jalannya yang mudah dicam walaupun pertama kali memandu di sana. Bukan pada Haji Ismail Group yang penuh sesak dengan lautan manusia pada musim cuti sekolah. Bukan pada makanannya yang susah di cari yang halal dan sedap. Lebih-lebih lagi, bukan pada jeti atau ferinya yang sangat tidak memberikan keselesaan, malah menakutkan! Juga bukan pada manusia penghuni Langkawi yang sangat tidak ramah mesra! (Atau saya berbual atau bertanya pada orang yang salah, mereka berkerja di Langkawi, bukannya orang Langkawi!)Tapi, Lan.. seorang yang baik. Sangat. Katanya dulu, abangnya duduk di Kuah, ada kedai di sana. Langkawi mengingatkan saya pada seorang kawan baik, tapi entah di mana dia sekarang...
View from our room, Subhanallah...sangat cantik. Nampak pulau-pulau dan kapal-kapal yang berlabuh.
Sejak di Jetty Kuala Kedah lagi, terngiang-ngiang pepatah 'indah khabar dari rupa'. Untuk sesuatu yang 'sebagus' Langkawi, kenapa dihidangkan jeti yang sebegitu rupa? Terus semangat jatuh bergolek ke hujung kaki. Dalam kesesakkan dan keributan manusia di situ, saya yang berperut menyanyi lagu keroncong hampir kecundang menyembah bumi. Ya.. saya pernah begitu, pengsan dalam kesesakan. Seingat saya dua, tiga kali juga ketika zaman belajar dulu-dulu.Rupanya pula, makanan di Kuah tidak sedap. Restoran melayu di sekitar Pekan Kuah yang kecil, hampir tidak ada. Balik-balik nampak restoran china, thai yang tiada tanda halal dan restoran western food, yang juga kebanyakan pengunjungnya adalah china dan tiada logo halal di mana-mana (ada seorang dua sahaja muslim (bertudung) makan disitu). Makanan melayu dan dianggap halal semestinya, hanya boleh didapati di warung yang kecil belakang kedai Haji Ismail Group, dan satu lagi juga warung (besar sedikit) dekat dengan pusat jualan minyak gamat.
Kata saya pada adik, kalau tak pergi ke Dataran Helang, tak sah la kot rombongan cik kiah ke Langkawi. So, here we are, with Helang Langkawi. :D
Langkawi, bukan tempat yang sesuai untuk shopping, tapi sesuai untuk berkenal mesra sepasang suami isteri yang tidak pernah bercinta (cinta selepas kahwin) misalnya. Itu pendapat saya. Mungkin boleh beramah mesra sambil menikmati keindahan pulau-pulau di sana. Hehe...To be continued... (akan bersambung sebab masih ada cerita yang hendak saya bebelkan tentang pertama kali di Langkawi)..
Ketika Waktu Mendatangkan Cinta
Ketika waktu mendatangkan cinta
aku putuskan memilih dirimu
setitik rasa itu menitis
dan semakin parah
Bisa kurasa getar jantungmu
mencintai apa lagi aku
jadikanlah diri
pilihan terakhir hatimu
Pernah rasa cinta begitu? Saya pernah, dulu. Yang betul-betul punya. Cinta sejati mungkin. Dah lama tak rasa getar cinta. Lama sungguh. Tapi saya tak pernah lupa, getar cinta begitu. Lebih-lebih lagi bila tengok Aqasha dan Tiz Zaqyah. Macam real jer. Terer sungguh diaorang berlakon. Agaknya apa yang ada dalam hati diaorang ketika itu yer...
Psstt : Tengah asyik masyuk dengan 'Dejavu di Kinabalu'. Semalam sampai rumah jam 6.45 petang dari Paka, berkejar mandi dan solat asar. Dalam telekung, menonton Dejavu. Ketika iklan berkejar solat maghrib. Tak.. tak tergesa-gesa bersolat. Tak baik. Hehe... Tapi ajar Aisya mengaji selepas jam 8 malam. :P
Jun 26, 2012
PLUS Highway - Pertama kali
Bismillahirrahmanirrahim...
Saya mengambil lesen memandu kereta di Kuala Lumpur sekitar Mac tahun 2000. Ketika itu, saya sedang dalam proses mencari kerja baru. Masuk dua bulan di tempat kerja baru, saya lulus ujian memandu dan dapat lesen. Memandangkan kesulitan yang dihadapi untuk ke pejabat setiap hari (dekat tapi jauh), maka saya meminjam duit kakak untuk buat advance payment dan slow talk dengan boss baru yang baik untuk buat slip gaji selama 3 bulan, bagi mendapatkan seekor.. ehh... sebiji kancil.
Maka.. mengaumlah kancil itu di MRR2 setiap pagi dari Pandan Jaya ke Taman Melawati, sesekali menderu ke Kuala Terengganu melalui jalan lama (LPT belum wujud). Dua tiga tahun kemudian, kancil itu gagah membelah lebuhraya ke Skudai, Johor dari Kuala Lumpur. Lima tahun selepas itu, kancil itu juga yang berjasa membawa saya ulang alik dari rumah sewa ke universiti di Skudai, dan ke Skudai dari Kuala Terengganu melalui Mersing sebulan atau dua bulan sekali selama setahun. Ke Kuala Lumpur melalui LPT.. jangan cakaplah, sudah acap kali sangat.
Bukan mahu bercerita tentang Kancil coklat muda yang sudah bertukar kulit menjadi putih itu, yang sudah tua dan sering sakit-sakit selepas 9 tahun dihenyak, tapi tentang laluan perjalanan tuan punya kancil. Lebuhraya itu.
Saya tidak pernah memandu sendiri ke utara semenanjung semenjak pandai memandu. Ke utara, paling jauh pernah saya memandu adalah ke Kg. Gajah, Perak ketika perkahwinan bapa saudara dengan orang sana. Perjalanan pendek dari Tanjung Malim itupun, sudah cukup menyenangkan saya dengan kekuningan bendang di kiri kanan sayup terbentang menuju ke Kg. Gajah. Saya, jadinya sangat teruja.
Saya sudah agak bosan dengan permandangan bukit bukau dan kelapa sawit dan getah di lebuhraya. Bosannya! Dan saya sudah lama teringin hendak membelah highway PLUS ke utara semenanjung. Akhirnya.. awal jun yang lalu..

Aisya tidak pandai mengambil gambar dari dalam kereta. Selalunya, begitulah. Bukit-bukit batu kapur ketika lalu di sekitar mana ntah (lupa dah!) sebelum masuk terowong yang lebih panjang dari terowong kt Karak highway. Siap nampak gua dan air terjun lagi! Rasa macam nak berhenti sekejap ambil gambar tapi tak berani.
On the way balik ke KL, sekitar jam 7 petang.. sebelum berhenti di R&R Gurun. Sawah pagi di kiri kanan, terbentang luas! Siap nampak jentera pembajak yang jenis lama tu. Teruja.. tapi sebab cuaca kurang baik (nak hujan) dan memang dah gelap (nak maghrib) teruskan ajer perjalanan. Macam lalu jalan kampung jer.. best betul la.
Teruja macam orang bandar sangat, padahal memang orang kampung yang masa kecik tiap-tiap hari turun berkubang di bendang, tolong mak menanam padi. Tapi lain padang lain belalang woi.. Hahaha..
Jun 22, 2012
Dejavu di Kinabalu
Bismillahirrahmanirrahim...
Baru bercuti ke Langkawi dua minggu yang lalu (pertama kali), saya sudah teringin pula ke sini selepas 'ter'menonton siaran Akasia (kot) 'Dejavu di Kinabalu' jam 7 malam (kebetulan minggu saya cuti solat!) episod satu. Kalau dah menonton episod satu, semacam wajib la pulak menonton episod seterusnya.
Ye.. saya hendak ke sana (azam untuk kumpul duit.. datang lagi)....
Harap-harap impian kali ini menjadi. Aminn.

Gambar ambil kat facebook Tiz Zaqyah, dan kat sini, http://tizzaholic.tumblr.com
Rupanya Tiz Zaqyah pandai melukis! Oh.. boleh menyanyi, berlakon, melukis, ambil gambar cantik-cantik.. Betul-betul orang seni.. (jatuh cinta!)
Jatuh cinta dengan Tiz, dan dengan Aqasha juga, juga tempat yang sangat menarik itu. Saya tak sebut Gunung Kinabalu, sebab saya tidak rasa stamina yang ada sekarang cukup untuk sampai ke puncak. Hanya mampu berangan kat kaki gunung dah la.
Oh.. masih adakah orang yang bisa buat saya jatuh cinta (hmm..)
Dan oh ya, sebelum itu, ianya selepas saya mendapatkan ini...

Ini gara-gara melihat seorang kawan (arkitek) menyangkut benda alah kecik ni di leher dia masa site visit last week. Sangat kecik dan comel! Dan saya jatuh cinta juga.. Err.. cuma saya tak pasti sebenarnya GF berapa yang dia guna tu, dan terlupa pula untuk bertanya. Yang pasti saya nak dapatkan yang boleh captured gambar full moon dengan cantik!
Harap-harap impian kali ini menjadi. Aminn.
Jun 13, 2012
Puding Nangka
Bismillahirrahmanirrahim.....
Ada banyak isi nangka hari tu. Besar-besar, manis dan sedap. Tapi siapa nak habiskan sebesen besar tu! Kita buat puding nangka la mak, aku bagi idea lain selepas mak dah beberapa hari asyik duk buat pengat pisang cam nangka. Yang seronoknya kali ini, adunan puding yang saya buat cukup-cukup untuk acuan klasik sejak aku sekolah rendah. Dah berpuluh tahun tu! Seronok tengok hasilnya, cantik.
Dan sedap juga, sejuk-sejuk turun kat kerongkong pada tengahari yang panas. Cuma tidak halus sangat teksturnya sebab saya terlupa nak tapis. Bahan-bahanpun saya main campak jer dalam blender. Langsung tak tengok resepi mana-mana. Akibatnya, terlupa nak letak sedikit mentega, mengikut resepi yang biasa saya ikut. Saya sebenarnya tak tahupun tujuan mentega tu, tapi biasanya saya ikut jer resepi.
Nyum!
Ok.. ni sebenarnya episod bulan lepas. Saja nak bercerita sebab macam dah lama tak bercerita di sini. Jumpa lagi dalam entri cerita-cerita baru nanti.
Assalamualaikum.. :)
Ok.. ni sebenarnya episod bulan lepas. Saja nak bercerita sebab macam dah lama tak bercerita di sini. Jumpa lagi dalam entri cerita-cerita baru nanti.
Assalamualaikum.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)