Saya masih ingin bercerita. Tetapi tiada topik yg terfikir buat masa ini. Jadi, ayat2 ini hanya mengikut rentak jari jemari sahaja.
Teringat dulu2, semasa menggunakan mesin taip untuk menaip. Mesin taip elektrik, yg dah canggih sikit. Kepunyaan abang semasa dia belajar di Polisas. Zaman dia dulu, mana ada lagi budak2 Uni atau Poli pakai komputer2 sumer ni. Boleh pakai mesin taip elektrik tu pun, dah canggih amat dah. Lepas tu, bila dia dah habis belajar, dan mesin taip tu tersadai tidak berguna dirumah, saya kadang2 sajer2 menaip ntah2 aper. Saja ikut rentak jari jemari.
Oh yer.. saya sejak kecik suka menulis. Saya tulis cerita, nak kata cerpen, tak habis2. Nak kata novel, pun tak habis2. Saya tulis sajak. Kadang2 mengarang pantun. Ingat lagi, pernah tulis lirik lagu, dan menyanyi sorang2 tepi tingkap. Masa tu masih di sekolah rendah.
Tapi kalau cerita, semua buku2 tulis lama (kepunyaan abang dan kakak dan sendiri punya) dipenuhi dengan cerita2 yg saya reka. Macam2 cerita ada. Dan ada la kot yg sampai tamat. Tapi merata2 la, tak tersimpan.
Sejak ada komputer, dalam komputer lak ada personal folder penuh dengan cerita2 saya. Tapi, pc jem. Rosak. Habis hilang sumer cerita2 yg saya sayang itu. Sekarang, dah lama sungguh tak mengarang cerita.
Sorry, cerita di sini tak der kena mengena ngan tajuk. Bateri laptop nak habis!! Bye.
No comments:
Post a Comment