Iklan

Apr 18, 2010

Banyak idea, tapi tak sempat nak buat!

Bismillahirrahmanirrahim...

Semoga Tuhan bekalkan aku dengan otak yg sentiasa cergas dan tubuh badan yg sihat. Banyak ajer idea yg sedang berlegar2 kat ruang fikiran aku. Itupun, dalam keadaan aku yg ke sana ke mari mencari bolt nut di kedai hardware kemudian memandu ke kolam renang. Sepagi suntuk mengeluarkan peluh di sana, hampir jam 12 tengahari, baru teringatkan si perut yg hanya di isi air milo yg mak buat pagi tadi.

Petang pula, berteleku depan laptop menyiapkan tender dokumen dengan penuh ketelitian. Well, kerja QS, full of detailing works.

Then, jam 5 petang terus pulang ke rumah. Idea yg melambak2 dalam fikiran still tidak ke mana. Not on paper, even to laptop. Begitulah, kadang2 betul la. Kita terfikir, kalau kita tidak sesibuk sekarang, mungkin banyak benda kita boleh buat dengan idea kita yg melambak itu. Jadi, masa itu mungkin ada terfikir utk berhenti kerja dan mengerjakan idea kita sehebat2nya. Tapi mampukah kita, sedang masa depan bukannya boleh diandai2.

Betul la, pada aku, ini bukan masanya. Lagipun, bukan ke kita kena latih diri memberikan kepercayaan dan keyakinan pada orang lain juga, yg dapat kita harapkan. Kalau kita duk fikir, orang tu bukannya boleh dipercayai sangat, orang ni bukannya boleh diharap sangat. Sampai bila? Mampukah kita berbuat sendiri semuanya?

Ataupun, mampukah kita percaya diri sendiri sahaja, sedangkan hidup kita dikelilingi manusia yg baik buruknya tidak mampu kita tilik.

Bersangka baik, adalah lebih baik. Kan. ;D

1 comment:

  1. u r correct.... sangka baik.... think better

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...