Bismillahirrahmanirrahim...
Petang semalam, saya tidak pasti waktu yg tepat, anak seorang kawan yg dilahirkan pramatang (maklumat daripada seorang kawan kami yg sedang mengandung anak sulung), meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun...
Semoga kawan saya itu redha dengan ujian Tuhan. Ketika ber'chit-chat' melalui sms dengan kawan kami yg mengkhabarkan berita kelahiran bayi pramatang tapi sudah sihat selepas beberapa minggu itu, saya sungguh2 ingatkan yg sekarang dia sedang melalui fasa berbahagia dengan baby baru disamping keluarganya. Almaklumlah, kami (ramai kawan yg saya kenal) sudah berusia 30-an dan ada sedikit risiko bagi kelahiran pertama. Alhamdulillah, masa saya mendapat perkhabaran itu, saya juga bersyukur kerana dia dan babynya telah selamat.
Tapi, begitulah. Tiada siapa dapat menduga apa yg telah Tuhan aturkan dalam perjalanan hidup kita seterusnya. Lain perancangan kita, mungkin yang lain Tuhan titipkan sebagai penemuannya. Yang penting, kita kena redha dan tidak pernah curiga dengan ujianNya. Memang saya juga terkedu membaca sms kawan saya (si penyampai cerita) pagi tadi. Ya, berat sungguh ujian ini bagi ibu yg baru sahaja bertarung nyawa memberi kelahiran.
Semoga dia tabah. Semoga dia kuat. Ujian yg Tuhan berikan pada insan2 pilihannya tidak sama. Kekuatan dalaman kita juga tidak sama. Biasanya, saya memujuk diri dengan ayat2 seperti 'saya insan yg Tuhan pilih utk menerima ujian ini, sebab tidak semua atau tidak ramai yg menerima nasib yg sama seperti kita'.
InsyaAllah, dia yg masih suci dari dosa, akan terus ditempatkan di syurga. Dan semoga suatu ketika nanti dia juga akan menolong kedua orang tuanya di sana. Aminn..
Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment