Iklan

Apr 15, 2010

Dah lama tak bengang, tup2 petang td dilanda angin bengang!

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi macam okay jer. Okay walaupun ada juga benda tak kena. Perasaan kurang selesa, tetapi masih dalam kawalan. Membawa ke tengahari, dan petang jam 3 lebih kurang.
.
.
.
Aku sedang melawan mengantuk di sapa angin petang Bukit Depu sepoi2 bahasa sambil menunggu si kancil siap di tukar minyak hitamnya. Menguap2 aku selepas makan pulut kuning berlaukkan gulai ikan aya yg mak masak dibantu nenek, kat kedai tadi. Seronok juga tadi, kawan2 pun cam puashati ngan makanan disediakan. Cuma sayangnya, aku lupa nak ambik gambar padahal kamera ader jer dlm beg. Ishhh.. sokmo la gitu.

Handphone dalam beg bergegar2 sambil melagukan irama aper ntah (aku lupa hp aku setkan lagu apa). Nama boss naik. Ahh..sudah! Apekehal plak en.boss cari aku petang2 ni? Semalam bukan main lagi beria2 bagitau dia sibuk ari ni beli barang preparation utk majlis cukur jambul cucu sulung dia ari sabtu ni.

Dengar2 citer boss, telinga aku dah berasap2 dah. Hati dah sedikit menggelegak. Aku tepon Nur. Cakap2 kejap, boss tepon semula. Aku sms engineer, boss tepon lagi. Nur tepon. Aku sambung taip sms. Boss tepon lagi. Bayangkan la, dalam masa hampir 20 minit jer tu, boss tepon 4 kali. Duhhhhh... ini yg aku tk suka sgt2 tentang boss. Ade prob jer skit, selang 5 minit dia call.

Bengang.

Memang bengang petang khamis hari ini.

Dan ini sungguh2 membuatkan keinginan aku utk berenti kerja yg melonjak2 2 bulan lepas, kembali bergelombang.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...