Hari ni, masa dihabiskan dengan bermeeting sahaja. Dari rumah terus menghala ke JKR utk meeting jam 9 pagi. Mujur ada parking kat tepi stadium, kalau tak dijamin dapat tambah bilangan helaian pink MBKT (saman parking). Dah la bilik meeting kecik, duduk plak betul2 di hadapan air-cond! Menggeletar aku kesejukan selama 3 jam!! 3 jam tu... tak pernah2 lagi meeting pusat akuatik meleret sebegitu lama. 2 jam pertama tak rasa lagi sejuk sebab duk sibuk buat presentation. Sejam terakhir, aku dah tak tahan dah. Hampir2 jer aku keluar tak masuk2 masa keluar sekejap ke bilik air. Mujur la tak ader orang yg aku kenal kat tingkat 11 tu, so segan la nak berlama2 di luar bilik meeting. Jadi, penuh sopan santun aku masuk semula ke bilik beku itu. :D
Lepas meeting, perut aku dah menyanyi2 dah. Bukan setakat lagu keroncong, lagu rock, dangdut, balada semuanya bercampur aduk. Makanan disediakan, tapi malu plak nak makan sebab diaorg sumer (consultant dan jkr) bersambung utk meeting stadium lak, dan aku tak terlibat. So, dengan penuh hampa, aku keluar dan menunggu sekejap utk sedikit perbincangan dengan org jkr kl. Jam 1.15, aku menggelepar memandu mencari nasi. Beli bungkus, dan makan sorang2 di opis ditemani nur.
Jam 2.30, bergegas lak ke opis lagi satu. Opis tempat aku buat partime. Boss sana tepon nak ajak discuss sebab dia tak der for 3 days. Drive ke sana dalam 7 minit dah sampai. Bincang2 jap, then dia ajak ikut dia ke opis arkitek. Ada discussion skit sebab our tender report ada perubahan. Discuss.. discuss.. discuss.. jam 5.15 petang baru balik semula ke opis. Terus aku berkejar ambik laptop kat opis, dan drive back home. Fuhhh... lega.
Huhhh.. ada 6 missed calls!!!
Rupa2nya hp yg aku silentkan sejak meeting pagi tadi, lupa utk aku kuarkan bunyi balik. Patutlah sunyi semacam jer hidup ini aku rasa. Hahaha...
Well, that's all folk. Boleh bersurai sekarang. :D
hmm patutlah...
ReplyDelete