Iklan

Apr 10, 2010

Luahkan simpati anda di tempat yg sepatutnya.

Bismillahirrahmanirrahim...

Semoga Tuhan ampunkan dosaku.

2 hari lepas, aku ada menerima sepucuk surat .. eh, eh, bukan..bukan.. private message daripada seorang sahabat lama di fesbuk. Sepucuk surat tu, pada zaman dulu2. Menerima sepucuk surat daripada kawan, atau teman lelaki (ecehh!!) adalah sesuatu yg sangat mengujakan. Siap kumpul setem lagi. Hahaha...

Ok, ok. Berbalik kepada message daripada sahabat lamaku itu. Beberapa bulan lepas, kami juga pernah berbalas message. Tapi, aku menjadi sedikit pelik bila setiap soalan yg aku ajukan tidak berjawab sedangkan dia banyak pula bertanya tentang kehidupan aku sekarang. Oh yer, utk makluman, sejak tamat SPM pada tahun 1994, kami tidak pernah berhubung dan kami cuma rapat sekitar tahun 1992 sahaja.

Aku bercerita dengan selambanya kehidupan aku sekarang, serba sedikit. Tidak perlu detailing sebab berulang kali aku berbalas tanya, dia tidak langsung bercerita tentang kehidupannya. Alaaa.. ianya cuma seperti ini. 'Kau tinggal di mana sekarang? Kerja kat mana?' So, aku jawab dan bertanya semula, 'Kau plak camner?' Last2 bila dia langsung tidak menyebut tentang dirinya, aku tidak lagi membalas message2 daripada dia.

Tup2, 2 hari lepas ada lagi message daripada dia. Gara2 aku meletakkan status 'single' di fesbuk aku. Message yg berbunyi lebih kurang 'lama tak dengar cerita.. (sebagai pembuka kata sahaja)' dan disusuli dengan 'bila aku tgk gambo2 dalam fesbuk kau, sian pulok. dania sambut besday.. cam sedih jer.. dania dok tanya ke ayah dia?'.

Aku tidak tahu apa niat dia. Tapi, message itu sangat mengundang kemarahan aku hinggakan aku membalasnya dengan ayat2 yg agak macam marah, but still under control. Kemudian, boleh pulak dia membalas message aku dengan pembuka kata 'bagus aya.. bagus!!'

Arghhh... apa ni?? Kenapa dengan aku hinggakan dia sangat kasihan pd aku. Perlu ke aku dikasihani dengan ayat2 seperti itu. Tolonglah, aku sangat tidak suka dipandang seperti tidak cukup makan pakai. Sebab aku cukup segalanya. Aku tinggal dgn parents aku. Aku ada kereta yg dah habis dibayar utk ke sana ke mari. Aku ada kerja yg aku suka. Aku bercuti acap kali juga dalam setahun. Setakat ini, alhamdulillah, aku boleh makan apa sahaja dan di mana sahaja mengikut selera aku. Dan beberapa benda lagi yg tak perlu aku sebutkan disini sebab takut menjadi riak la plak kan.

So, tolong la. Adalah lebih baik kita mengasihani dan memandang sedih kepada bayi2 yg dibuang, isteri2 yg dipukul suami, anak2 yg didera, mangsa perang, mangsa gempa bumi, dan lain2 daripada kasihan kat aku yg sedang berbahagia dengan kehidupan aku seadanya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...