Iklan

Apr 6, 2010

Saya berharap perasaan ini akan berkekalan

Perasaan apakah agaknya tu?


Perasaan gembira sepanjang masa, tidak tergugat perasaan itu dengan apa-apa sekalipun. Contohnya disini, walaupun projek di Kubang Parit lintang pukang dengan subkontraktor lari ke, tiles tak cukup ke, ataupun seperti semalam, sorang subkont tu call bercakap marah2, perasaan saya tetap tidak tergugat. Segalanya dihandle with care, tak akan pecah. Bercakappun dengan nada penuh diplomasi. Agaknya kan, subkont tu pun pelik dengar nada suara saya yg relaks jer walaupun dia dah marah2.

Well, sebenarnya saya rasa saya ni seorang yg cepat marah sesekali. Emo pun yer. Tapi.. kali ini sangat berlainan.

Saya rasa, walaupun kolam renang pecah, ataupun bumbungnya runtuh (nauzubillah...), utk kali ini saya boleh bersikap selamba dek ajer. Dan menyelesaikan segalanya dengan penuh hemah. :D
Sangat berlainan seorang saya sejak akhir2 ini.

Satu lagi yg sangat menarik, saya sangat aktif. Sepanjang pagi saya boleh ke sana ke mari tanpa lelah. Sekejap ke bandar, selepas itu ke kolam renang. Siap panjat tangga ke bumbung lagi. Pusing2 kolam, ke bandar lagi. Tak pun ke Kubang Parit plak. Pastu, ke kedai. Jam hampir 12 tengahari, baru saya ke opis, utk makan dan membuat serba sedikit kerja di opis. Jam 2 ke opis lain lak. Sampai petang. Pukul 5 petang, kawan2 ajak minum atau kak long ajak tengok perabot atau nenek ajak ke rumah tokwan.

Kalau dulu, kalau dah masuk opis jam 9 pagi, dah duduk di kerusi kuning empuk itu, udara sejuk air-cond menyejukkan badan, boss suruh ke kolam renang, saya dah malas nak bergerak. Malasnya nak memandu, malasnya nak kena terik matahari. Tapi terpaksa jugak pergi, makanya pergi dalam keadaan yg kurang rela. Semangat pun, kureng la.


Selain itu, saya sangat tidak emosional. Saya jadi tidak kisah dengan apa2 sahaja anggapan atau perbuatan orang kepada saya. Itu sebenarnya memang dah jadi prinsip saya, cuma selama ini saya rasa ada waktu2nya saya sedikit emo. Sejak akhir2 ni, saya dah tak peduli dah. Orang tak peduli saya, saya jadi lagi tak peduli. Orang2 yg pernah permainkan perasaan saya dulu, akhir2 ni saya jadi tak kisah. Biasa la, kekadang ada sahaja kedengaran cerita2 yg berkait dengan diaorang. Kalau dulu, dengar nama sahaja, tercuit sedikit hati. Sekarang, bukan tidak tercuit, tapi cuitan itu tidak memberi kesan.


Sungguh la, saya sangat suka keadaan ini.

Sangat berharap agar ianya berkekalan.

Sebab hati dan perasaan sangat tenang sekarang.

Alhamdulillah.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...