Bismillahirrahmanirrahim...
Hampir tengahari tadi, aku menamatkan pembacaan novel Noor Suraya, Jaja dan Din. Memang aku mengaku la, aku ni kalau bab-bab membaca buku cerita, lambat sikit habisnya berbanding orang lain. Sebabnya, aku akan baca dan hayati betul2 setiap ayat yg ditulis. Biasanya, siap membuat gambaran di minda lagi bagaimana wataknya, tempatnya, dan peristiwa2 yg berlaku.
Semalam, balik dari kedai jam 11.15 minit malam, aku mengadap nasi lemak yg aku beli di gerai sebelah kedai. Aku lapar sebenarnya, sebab masa berbuka aku makan spaghetti sahaja (sepinggan berkongsi dengan Aisya) dengan ayam goreng, dan hot lemon tea. Lepas tu, aku bergegas ke kedai sebab cik telah memesan beberapa barang yg perlu dibeli, tanpa sempat menjamah nasi kuning yg diberi oleh mokteh (jiran depan rumah) sempena pernikahan anak dia hari ini. Jadinya, jam 10 malam perut aku dah mendayu menyanyi lagu keroncong. Tapi aku tahankan sahaja sebab tak suka makan di kedai. Itu yg balik2 sahaja terus melantak nasi lemak. Hehe...
Jaja dan Din, pun menemani aku di kedai. Salah satu alasan aku membiarkan perut berlagu, sayang utk meninggalkan Jaja dan Din. Aisya pula, aku hidangkan dengan movie Senario di komputer meja, jadi dia langsung tidak mengganggu aku, Jaja dan Din.
Selepas menghabiskan sebungkus nasi lemak, dengan perut yg penuh, aku mengelak utk berbaring. Sekali lagi, Jaja dan Din menemani aku bersandar pada tiang rumah. Sekalipun aku teringin sungguh menamatkan pembacaan malam tadi, mata yg berat sungguh tidak terlawan. Jam 2 pagi, aku baring akhirnya di sisi Aisya.
Dan pagi tadi, aku tidak berganjak utk mandi dan breakfast sebelum menghabiskan cerita Jaja dan Din. Jam 10 pagi, aku menamatkan episod mereka dengan air mata bergenang. Sungguh dramatik sekali seorang aku. Err.. memang biasa begitu pun. Hahaha...
Memang sinopsis cerita mereka biasa, selalu sahaja cerita begitu disiarkan dalam slot cerekarama atau drama2 di tv. Pagi tadipun, cerekarama yg diulang tayang di TV3 tentang seorang wanita yg mewah dan sosial, dikahwinkan dengan seorang penggembala kambing dan warak. Last two week pun, cerita isteri yg sosialnya tidak surut walaupun berkahwin dengan ustaz. Tapi, Jaja dan Din, digambarkan secara teliti tentang perasaan, jiwa dan raga. Ya, mungkin sebab ianya novel, boleh diceritakan begitu, begini. Digambarkan begitu, begini. Cuma, Jaja dan Din (novel ini), membuatkan aku terfikir banyak perkara. Tersedar banyak perkara. Dan tiba2, keinginan utk bersuami kembali singgah di hati.
Errr.. tak tahulah yer, keinginan ini sampai bila. Mungkin sampai malam ni sahaja, sampai esok, lusa, atau sekejap lagi dah tak terfikirpun. Hahahaha..
P/s : Bacalah (tolong promosi ni!), anda tidak akan menyesal. :D
pinjam...hehehehe......
ReplyDeletemarah pengarang nanti, kalau semua orang duk pinjam, camner nak laku buku dia.. hehe..
ReplyDeleteamal jariah.....
ReplyDelete