Di sini, hujung minggu adalah jumaat dan sabtu. Jumaat macam ahad la di negeri2 yg berhujung minggu pada hari ahad. Tapi, hari isnin diaorang dah bekerja, sedang bagi kami disini (kebanyakannya) hari sabtu kami masih boleh bersantai di rumah. :D
Biasanya orang menghabiskan hujung minggu dengan berjalan2 atau berehat sahaja di rumah. Tapi, aku sangat sayangkan masa aku di hari Jumaat utk berjalan2. Paling tidakpun, aku cuma ke pasar borong membeli sayur-sayur utk dimasak. Perancangan utk memasak memang banyak di hujung, nak buat kek la, puding la, lauk yg special2 la. Kadang2 buat, kadang2 tk cukup tangan.
Kalau dah keluar ke pasar borong, atau ke mana2, dah habis berapa jam pula diluar. Sedangkan banyak kerja sedang menunggu di rumah. Bilik nak kena kemas, debu2 perlu disapu atau disedut dengan penyedut hampagas. Baju2 nak kena basuh, jemur dan lipat atau gantung dalam gerobok. Biasanya hujung minggu juga aku memanjakan diri dengan mandi lama2, bershampoo dan berlulur. Errr.. bershampoo tu, wajib selang sehari. Sebelum mandi, bilik air di sental hingga berkilat, hilangkan segala jeragat dan jerawat di celah2 jubin. Hehe..
Haa.. kereta pun perlu mandi juga. Kalau tak, nak pandupun rasa tak selesa. Hantar kt tempat basuh kereta?? Err.. kurang berminat. Sebabnya aku rasa aku cuci lagi bersih dari diaorg bersihkan kereta aku. Jarang la berpuas hati. Memang penat sikit la cuci sendiri, tapi aku anggap ajer ianya sebagai exercise. Nak harap gi jogging, panjat Bukit Besar ker, aper ker, memang tok sah harap la. Tak terpergi2 walau dah lama rancang. Dulu tu, rajin jugak jogging kat taman kat Batu Buruk tu.
Ada lagi kerja aku di hujung minggu. Aku suka betul mengemas gerobok pakaian yg 2, 3 buah kat rumah ni. Setiap kali menyimpan baju yg dah dilipat, setiap kali itu aku ada perasaan nak kemas baju2 yg kat dalam tu. Tapi, masa sangat dengki dengan aku. Hujung minggu cam ni jer la aku boleh geledah gerobok baju tu. Kebetulan pulak semalam kakak bagitau suruh siap2 pilih pakaian yg tak nak dah, utk dijual kt sekolah dia. Duitnya akan masuk tabung kebajikan. Tak kisah la duitnya kemana, aku kalau boleh nak sedekahkan sahaja baju2 lama yg masih elok ni. Dan semalam, mak dan aku jumpa baju2 ni dalam gerobok pakaian mak yg dah berkurun tu.
Ada lagi sebenarnya, gambar yg aku ambil masa menggeledah almari dan beg plastik besar yg aku kumpul pakaian lama. Pakaian Aisya masa dia masih baby. Dah ada tompok2 kekuningan sebab lama disimpan, tapi aku tetap sayangkan baju2 itu. Kononnya dulu, aku simpan utk 'bakal adik Aisya', tapi sehingga sekarang pakaian itu tidak terusik.
Aku kena berhenti sekarang, sebelum entri ini menjadi lebih melankolik. Permulaannya seperti ceria, tapi kenapa mesti penamatnya perlu berair mata. Hahaha... Dah macam pantun dah.
Bagaimanapun, terima kasih pada yg sudi singgah dan membaca coretan seorang aku ini. :)
Aku kena berhenti sekarang, sebelum entri ini menjadi lebih melankolik. Permulaannya seperti ceria, tapi kenapa mesti penamatnya perlu berair mata. Hahaha... Dah macam pantun dah.
Bagaimanapun, terima kasih pada yg sudi singgah dan membaca coretan seorang aku ini. :)
hmmmm........
ReplyDelete