Bercakap pasal shower cream Secret Garden kaler biru, sebenarnya itu yg terbaru. Yg lama belum habis pun lagi. Satu habit yg sukar dikawal, suka membeli shower cream atau shower gel yg pelbagai jenis. Dalam bilik mandi sekarang ada 4 jenis shower cream. Pagi nak pergi kerja pakai yg lain, malam kang pakai yg lain lak. Jadinya memang la satu2 jenis lambat habis.
Masalahnya, bila dah agak lama pakai satu2 jenis tu, yg pada mula2 digunakan setiap kali mandi rasa bagai diawan-awangan dengan bauanya, hidung dah mula lali dengan bauannya sehinggakan macam tak berbau langsung. Itu yg membuatkan bila ke mana2 dan terpandang shower gel yg lain, hati pun meronta2 teringin.
Dulu aku ingat lagi, secret garden kaler hijau (dengan pegaga dan halia ke aper ntah) memang menjadi kesukaan sungguh. Bauannya yg seperti pergi membuat urutan tradisional sangat menenangkan hari2 yg keletihan. Tapi, bila dah lama2 pakai, cam dah kurang buih lak. Sebab yg shower cream olay total effect lebih berbuih barangkali. Jadinya, secara auto membuat perbandingan dan olay menang dari segi buih. Awal2 dulu, olay memang menyenangkan dengan buih yg mewah dan bau yg harum, dah lama2 bau pun cam tak bau jer. Masalah hidung barangkali.
Ada satu lagi yg dalam botol kecil sikit kat bilik mandi tu. Yg tu untuk testing. Biore' kaler purple. Aku mengharapkan ketenangan semasa mandian dengan bauannya. Tapi agak mengecewakan, ianya kurang memberangsangkan. So, habiskan sebotol tu dan tak beli dah lainkali. Tak macam secret garden, dah baper kali habis dan berapa kali beli dah.
Lagi satu yg memenuhkan kamar mandian aku (ecehh.. kamar tu!), pencuci muka pula ada 3 jenis. Itu belum lagi yg kat rak kt luar ada lagi 2 jenis. Yg ulang pakai dari dulu, anew avon dan scrub whitening st. ives. Yg lain sekadar, cobaan.. :D
Ni, kat depan aku, ada sebotol shower gel jernih. Botol kaca dengan empat penjuru. Ada lakaran bunga timbul pada permukaan botol kaca itu. Aku dapat ketika tahun 1999, dihadiahkan oleh seorang kawan. Sayang nak guna punya pasal, sampai la ni masih elok di dalam botol. Bauannya sangat wangi. Tertulis di situ, ibaso naturale. A product of Holland. Selepas sekurang2 tinggal 2 jenis jer mandian dalam bilik mandi nanti, aku nak guna la yg ini. Sayang nak gunapun, takut lama2 bauannya langsung hilang terus. Baru padam muka aku. Ni pun dah 11 tahun. Botolnya nanti aku nak isi dengan bintang banyak2. :D
No comments:
Post a Comment