Wah.. sungguh tak boleh blah gitu, tajuk entri kali ini. Hehe... Selepas beberapa hari, hari mendung, langit mendung, hati mendung, dan semuanya pun berjangkit nak jadi mendung, hari ini matahari menunjukkan wajah malu2 kucingnya di sebalik awan yg berselerak. Langit masih diliputi awan hampir keseluruhannya. Nampaklah sedikit2 bayang2 pokok di muka bumi yg sudah beberapa hari muram sahaja lagaknya ini. Dan, serba sedikit tapi benar, cuaca dan suasana ini mempengaruhi perasaan aku yang mendung sahaja kebelakangan ini. Mengembalikan senyum pada wajah yg aku rasa tegang sahaja 2, 3 hari ini. Senyum pun cam palsu jer, plastik sangat.
Hari ini aku kembali senyum, dan terasa nak senyum sampai ke telinga. Tapi takut dikatakan pelik plak, jadi kawalan diri adalah perlu. Eh.. senyum2 ni apesal??
Hmm.. tak ada la apa2 hal sangat yg menggembirakan pun. Kehidupan berjalan seperti biasa sahaja. Bergaul dengan orang yang agak baru dikenali salah satu sebab, mungkin. Selama ni, mana sempat nak beramah mesra. Balik dari meeting terus cabut berkejar ke opis lain plak. Hari ini, cool, tenang. Lepas buat progress site valuation, borak2 macam2 cerita kemudian pergi makan kontraktor belanja. Hahaha... Dah lama tak merasa kontraktor belanja sebab dah 4 tahun menjadi kontraktor yg kena belanja konsultan.
Lepas tu balik opis, tanpa singgah di opis sebelah Mydin Mall. Sebab petang karang, kena pergi kolam utk settlekan kerja opis itu. Petang, pergi ke kolam, tunggu orang yg dijanjikan datang, tak datang2 bagaikan tunggu kucing bertanduk, ataupun ayam bertelur emas. Kalau betul tunggu hingga ayam bertelur emas, aku sanggup tunggu sebab lepas tu boleh jual emas tu. Boleh beli beg baru dan sandal baru. Keinginan yg tak pernah nak aku kuburkan. Ni, tunggu orang yg tak datang, membuatkan aku bengang, buat apa. Last2, aku buat keputusan selepas bincang2 dengan beberapa orang. Kerja belum settle, tapi sekurang-kurangnya sudah ada cara penyelesaian. Alhamdulillah.
Kemudiannya aku ke bandar selesaikan beberapa urusan, sebelum terus memandu pulang. Err.. belum jam 5 petang. Tapi tak per, anggaplah waktu ini telah diganti pada waktu2 yg bukan waktu kerja tapi aku buat kerja kerana nak siapkan kerja. Hehe...
Petang ni, langit mula menampakkan warna kebiruannya. Ohh.. aku nak pergi mandi sekarang, dengan mandian baru kesukaan, Secret Garden kaler biru. Tata..
No comments:
Post a Comment