Hari bertenang hanya satu hari dan jatuh pula dipertengahan minggu. Hari bertenang adalah sebagaimana kaki di atas yg nampak seperti tenang. Dua hari kelam kabut, satu hari bertenang, dan dua hari lintang pukang lagi sebelum jatuh ke hujung minggu yg biasa. Kononnya hari ini boleh relaks sepuas hati dirumah sambil mengacau tepung untuk dibuat kek, tapi ianya hanya impian indah semata. Kerja tetap memanggil dengan setia bagaikan sekecil bayi yang memerlukan perhatian sebab lampin basah. Menangis la dia selagi tidak diberi susu. Err.. tiada kaitan. Tak aper. Begitulah dapat diibaratkan.
Oleh itu, bangun seperti biasa dan bersiap seperti biasa, seperti hari2 kerja yg lain. Setia bertemankan beg hitam yg dibeli di Sogo masa sale, getah rambut biru untuk mengsanggul rambut sebelum pakai tudung dan spek mata berbingkai hitam yang dah rasa seperti perlu ditukar. Cuma, lebih bertenang di hari ini sebab hari ini adalah hari bertenang. Tiada panggilan daripada mana2 boss sekalipun. Hahahaha...
Selepas kerja 'menyusu dan menukar lampin selesai', aku enjoy! Memandu dengan tenang (bukankah hari ini hari bertenang?) mencari salon yg beroperasi pada hari ini. Banyak juga rupanya kedai2 meraikan hari bertenang dengan mentutup operasi. Tak apa. My favourite salon is on. :D
Sesi mencuci rambut berserta treatment bermula.
Err... sebenarnya ini first time aku cuci rambut dan buat treatment kat sini selepas warna rambut hari tu. Dah lama sungguh tak cuci rambut kat salon. Teringat lagi masa duk KL. Hampir setiap bulan aku berkunjung ke favourite salon aku untuk cuci rambut. Tarikannya? Sebab tukang cuci rambut tu, minah indon yg pandai urut2 kepala, leher, bahu dan belakang. Hehe..
Biasanya sambil rambut dicuci, sambil membaca majalah. Tapi pada hari bertenang ini, aku malas nak mengadap majalah. Aku lebih selesa menikmati setiap picitan demi urutan di kepala sambil memejamkan mata sampai tertidur. Eh.. eh.. tak. Tak ada la lena sampai nak minta bantal tilam semua tu.
Teringat kamera ada dalam beg, jadi aku snap la gambar dari dalam cermin besar kat depan aku. Yer la, nak bergerak banyak2 kan kena marah dek amoi tu kan. Kan nanti dia kata, ni nak cuci rambut ke nak ambil gambar? Kalu nak ambil gambar, saya nak posing cantik2 ni. Hahaha..
Oh ya.. selain cuci, aku potong sikit hujung rambut. Untuk kesihatan rambut sebagaimana aku baca dalam majalah. Betul la tu kot, sebab seperti pokok, kalau kita selalu cantas dia cepat besar. Tak percaya, cuba buat. Tapi jangan la pulak potong pokok tu hingga ke pangkal. Tu namanya tebang terus, tak tumbuh2 dah!!!
cantik......
ReplyDeleteaper yg cantik?
ReplyDelete