Iklan

Jul 7, 2010

Aku : Jaja dan Din

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya

=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu

=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia

=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

Tandakan bulat bagi jawapan anda. Jaja pilih C. Jawapan yg sangat menakjubkan pada aku. Mungkin juga jawapan dalam keadaan terdesak. Aku tak tahu. Aku belum habis pun baca novel Noor Suraya ini. Aku baru baca malam tadi, selepas balik dari kedai, sebelum tidur. Waktu itu sahajalah pun yg aku ada untuk diluang pada novel2 atau majalah atau tv.

Tapi, siang ini di pejabat, aku teringat2 pada Jaja dan kisah 'pertemuan'nya dengan Din. Baru beberapa helaipun aku baca, belum lagi tahu bagaimana pertemuan sebenar Jaja dengan Din. Sebab-sebab seperti inilah yg kekadang membuatkan aku tidur jam 2, 3 pagi. Bila dah mengadap novel, sampai pagipun mata ini tak akan kenal istilah mengantuk.

Err... agaknya kalau berjumpa dengan lelaki idaman yg menepati segala kriteria yg kita nak, jawapan yg manakah kita nak tandakan yer. Aku rasa aku nak cuba jawapan C juga la, pasti mencabar kan. Hahaha....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...