Kadangkala, bila kita memulakan hari kita dengan begitu baik, contohnya dengan mandi lama2 diawal pagi dengan bauan shower gel yang membangkitkan semangat, bersiap dengan cepat sebab tidak ambil masa yang lama termenung depan almari memilih baju, dan menempek pula SimplySiti C Bright (hehe..) yg baru dibeli sehari sebelumnya, kemudiannya mengadap pula secawan teh panas sementara menunggu enjin en. elly panas. Tiba-tiba telefon genggam berbunyi daripada en. boss yg awal2 pagi dah bersedia sudi bertanya bermacam2 soalan tentang itu ini begitu begini sedangkan kita baru hendak memulakan hari!!!
Sudahnya, mood yg aku bina ceria seawal pagi tadi, terus jatuh merudum. Ranap terus. Dan sudahnya lagi, waktu2 selepas itu, aku langsung tidak menjawab panggilan en.boss. Errr... sebenarnya pagi tadi tu, aku tak jawabpun panggilan boss. Tapi, nampak sahaja nama boss yg terpampang kt skrin Nokia aku, terus aku rasa tensen. Aku dah paham sangat dah boss aku ni. Dia kalu boleh, selepas subuh sahaja nak call tanya macam2, walaupun dia tak nak hadir pun ke sesuatu tempat atau acara tu dan sudah mengarahkan aku supaya mengambil tanggungjawab dia.
Well, aku tak kisah la kan. Dan memang kerja aku. Tapi kalau dah tak nak pergi tu, diam2 dah la boss oiii.. Tak payah la nak tanya tu, tanya ni. Aku nak kena jawab macam2 soalan lagi daripada orang lain karang.
Balik rumah ni, aku dah rasa lenguh2 tubuh. Seram sejuk cam nak demam pun ada. Kejap lagi nak minta tolong Aisya urut2 sikit. Kalau nak demam pun, demam la. Aku rela. Bukankah sakit itu penghapus dosa2 kecil?
No comments:
Post a Comment