Iklan

Jun 5, 2013

Ho Chi Minh City : Suatu Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Aku, memang dari dulu bukan seorang perancang yang baik dalam episod berjalan-jalan. Selalunya kalau bab itu, aku lebih suka redah sahaja. Tapi semestinya untuk suatu perjalanan yang jauh dan panjang, memerlukan perancangan yang lebih teliti. Lebih-lebih lagi kalau pergi tempat-tempat yang tak biasa, kan. Sebenarnya sejak bulan 12 tahun lepas, seorang kawan baik mengajak aku join rombongan ke Vietnam. Rombongan yang akan bergerak bulan Mei atau Jun 2013. Biasa la kan, perancangan kena awal. Tapi aku yang banyak songeh, mula-mula nak join, tapi bila fikir 2,3 kali aku batalkan pula. Untuk aku, jangan bagi peluang berfikir banyak dan panjang. Memang lain la jawabnya di kemudian hari.


Siapa pula sangka, bulan April lepas, semasa berbual dengan kawan aku itu di facebook, sekali lagi dia mengajak aku ke sana. Katanya, 2 orang telah menarik diri, maka ada 2 kekosongan. Aku tidak bertanya apa-apa, tidak berfikir panjang dan banyak, terus bersetuju. So, last week aku di sana selama 4 hari 3 malam, bersama-sama 13 orang yang lain. Malah, bersama-sama dengan ramainya orang Malaysia yang lain di sana. Begitulah sebagaimana yang aku dapat tahu, kalau ke Vietnam, sama juga ke mana-mana destinasi percutian di Malaysia, musim cuti sekolah memang raaaaamai orang kita. Maka, bila orang ramai (pelancong), barang yang sepatutnya murah, tidak lagi murah macam biasa. Di sini, di Pasar Payang, pun sama ragamnya. Jadi kalau boleh, elakkan bercuti di musim cuti sekolah. Kalau bolehlah, aku tak boleh sebab aku join geng-geng cikgu-cikgi belaka. Hehe...


Waktu di sana, hanya sejam awal daripada Malaysia. Tak jauh sangat bezanya. Tapi kalau dah berhari kat sana, bila balik sini, jadi bingung juga. Aku la tu. Jet lag la sangat kononnya. Hahahaha.... Padahal, jarum jam kat jam tangan, aku tak tukar pun. Cuma jam kat handphone jer la, automatic bertukar ikut tempat kan. Mungkin juga bingung tu, campur letih lagi. Terlampau letih pula, hingga mata pun tak boleh lelap. Bila dah lelap, tak boleh nak bukak pulak! Hahahaha.... Mujur esok dah khamis, lusa dah weekend. Aku dah rasa sakit tekak sebenarnya, telan air liur pun cam ada batu lekat dikerongkong...


Oh, nanti aku cerita pengalaman di bandar Saigon. Bagi tips and trick kepada siapa-siapa yang bakal ke sana. Aku tahu, ramai yang hendak ke sana. Kawan aku pun hujung tahun ni, mungkin akan pergi juga. Malah kawan yang sama-sama pergi last week juga, sudah mengajak aku untuk trip hujung tahun. Walaupun aku sangat teringin, tapi tak apalah dulu. Aku lebih teringin untuk merasai pengalaman di tempat lain pula. Mana agaknya yer...


Post Office building yang macam muzium.




6 comments:

  1. Waahhh..dah banyak berjalan sekarang yer. Syabassss!

    ReplyDelete
  2. Salam Su,
    waaa bila nak berjalan ke Sg Long ni..
    kalau nak mai roger ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam LW... tu la, bila la ek nk jumpa ni... kalau ke KL, byk sgt ke sana sini.. hehe...

      Delete
  3. Nak juga tempek kat sini utk su..hihi

    Su
    kita bebas mentafsir, berkongsi, bercerita dan bermimpi mengenai perasaan aneh itu, hanya kita mengetahui, hanya kita yang mentafsir, dalam hati kita..
    saya pernah berasa melayang2 sehari suntuk kerana mendapat kata-kata 'manis' dari orang yang pernah diam dalam hati saya..sayangnya tiada penyudah, pun saya masih tetap ingat kata2 nya walaupun ada cedera pada sekeping daging lembut bernama hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks LW, for sharing the feeling. Hehehe... Sangat2 menghargainya. Tang tiada penyudah tu, sama la ngan i sis, pun pernah tercalar hati, tapi perasaan itu tetap disitu. Diam, ada, tidak hilang.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...