Iklan

Dec 31, 2010

Cinta itu

Malam sunyi sepi, dengan bunyi-bunyian rintih hujan renyai di luar, disulami suara sang cengkerik saling bersahutan, rintik hujan berbunyi kuat menitik atas daun barangkali, dan tiada apa lagi. Bulan yang hampir penuh tidak menonjolkan sinarnya malam ini, disini, tidak seperti malam semalam yang dengan gahnya menyimbahkan cahayanya ke wajah aku ketika aku tidur. Sesuatu yg sangat aku gemari, seperti dulu-dulu. Tidur di bawah cahaya bulan. Dan pastinya lebih mempesonakan sekiranya aku dapat merenung terus ke langit malam, pada bintang yg berkedipan, pada bulan yg gah, pada alam yang misteri.

Itu cinta pada alam. Itu cinta yang tidak mengharapkan pembalasan.

Dan begitu juga dengan cinta dari hati ini.

Yang dinamakan cinta itu, hanya kebahagiaan perasaan apabila melihat yang dicintai berbahagia. Mungkin pelik kedengarannya, tapi cinta itu pada aku, benarlah, tidak semestinya bersatu. Ianya tidak akan mati, mekar statik dalam kenangan terindah. Macam dibekukan dalam bentuk lilin dan disimpan di kawasan berhawa dingin dua puluh empat jam, tujuh hari seminggu, tiga ratus enam puluh lima hari setahun. Tidak semestinya didakap selalu, tetapi sesekali menjengah, hati menari lagu paling indah.

Bila melihat dia tersenyum, ketawa, dan gembira, dan kita rasa bahagia kerana itu, maka itu cinta. Juga bila dia gelisah, resah, gulana, ketawa kita sirna, merudum kerana itu, maka itu cinta.

Kerana itu, biarlah aku begini. Hidup dalam kenangan cinta daripada mengejar cinta tetapi asyik kecewa dan sakitnya sungguh-sungguh.

Aku tidak benci, pada yg pernah menfitnah.
Aku tidak benci, pada yg pernah meludah.
Aku tidak benci, pada yg iri.
Tapi aku benci,
pada kecewa.
Sangat.
Sungguh.

Suatu kisah di hujung tahun 2010

maaf, sudah tidak tertanggung perasaan ini. moga-moga selepas luahan ini, segalanya akan kembali pulih, hati kembali pulang ke pangkal jalan.

kadang kala kita rasa bersalah, sedangkan kita sendiri tidak tahu dimana dan apa silap kita. kita terfikir fikir dan tertanya tanya. kita rasa pelik pun yer jugak. ishh.. kenapa? hati duk bertanya, tapi mulut tidak berani bersuara. kerna, kita sedar siapa diri kita dan dimana kedudukan kita. jadi kita diam.

kononnya dengan diam, kita mengharapkan perasaan kita akan terpujuk. sedang hakikatnya dengan diam, tiada apa yang dapat diselesaikan, yang kusut makin kusut.

di penghujung tahun ini, aku sedar aku masih tidak mampu melupakan dia begitu sahaja, sebagaimana dia 'meninggalkan' dan 'menghilangkan diri' begitu sahaja. kekadang, aku masih mengharapkan dia 'muncul' kembali berkata 'maaf', atau lebih manis, 'rindu'. aku tidak berjaya memujuk hati supaya kembali dengan memikirkan yang buruk-buruk sahaja tentang dia, sebagaimana aku selalu lakukan bila-bila aku kecewa dengan seseorang. dan selalunya aku berjaya.

tapi, sekarang ada cara lain untuk melupakan dia, dan melupakan semuanya. dengan memujuk diri, rindu itu bukan untuk aku. aku hanya melukut di tepian, menumpang seketika kasih yang melimpah barangkali.

terima kasih, atas pengalaman. terima kasih, atas rasa sayang dan rindu. terima kasih.

Dec 29, 2010

Kembalikan hati aku II (tetiba ada sambungan.. haha)

Pernahkah kamu jatuh cinta? Mengerikan bukan? Ianya membuatkan kamu tidak kebal. Ia membuka dada kamu dan membuka hati kamu, dan ianya bererti seseorang boleh masuk ke dalam dan mengkucar-kacirkan kamu. Kamu membina semua pertahanan, kamu membina sut baju kebal, jadi tiada siapa yang akan mencederakan kamu, kemudian seseorang yang bangang yang tiada bezanya dengan orang bangang yang lain, berkelana ke dalam kehidupanmu yang bangang.. Kamu memberikan mereka sekeping dari hati kamu. Mereka tidak meminta. Mereka berbuat sesuatu yang bisu suatu hari, seperti tersenyum padamu, kemudiannya kehidupanmu bukan lagi milik kamu. Cinta menjadi sandera. Ianya masuk ke dalam kamu. Memakan diri kamu dan meninggalkan kamu menangis dalam kegelapan, jadinya ungkapan ringkas seperti 'mungkin kita sepatutnya hanya menjadi kawan' bertukar kepada serpihan kaca bertebaran ke hatimu. Ianya menyakitkan. Bukan sekadar di imaginasi. Bukan sekadar di fikiran. Ianya jiwa yang sakit, sebenarnya ada kesakitan yang menusuk ke hati mu dan mengoyakkannya. Aku benci cinta.

.. diterjemahkan daripada ayat berikut...

"Have you ever been in love? Horrible isn't it? It makes you so vulnerable. It opens your chest and it opens up your heart and it means that someone can get inside you and mess you up. You build up all these defenses, you build up a whole suit of armor, suit of armor, so that nothing can hurt you, then one stupid person, no different from any other stupid person, wanders into your stupid life...You give them a piece of you. They didn't ask for it. They did something dumb one day, like smile at you, and then your life isn't your own anymore. Love takes hostages. It gets inside you. It eats you out and leaves you crying in the darkness, so simple a phrase like 'maybe we should be just friends' turns into a glass splinter working its way into your heart. It hurts. Not just in the imagination. Not just in the mind. It's a soul-hurt, a real gets-inside-you-and-rips-you-apart pain. I hate love"

Salin dan tampal dari tawaran cinta hari ini (love quote of the day) di Google. Hehe...

Best plak menterjemah ni.. guna plak kamus dewan online.. memang syok ah.. ada sapa2 nk upah terjemahkan apa2.. saya suka. untuk menerimanya :D

Bersendirian

Nak kena keluar ke bandar.

Dan nak keluar seorang diri.

Kadang-kadang, kita perlu masa bersendirian juga kan.

Dua hari lagi

Alamak..
aku nak masak apa untuk kali ini.
Kek coklat?
Cuba membuat cheese cake?
Kek lapis keladi, macam yang aku makan dekat jamuan serah projek baru ni, sedap sangat! Tapi kalau aku buat, boleh ke sesedap itu? Hmm...
Godek resepi kat blog en.mat gebu. Hari-hari. Tiap hari.
Tapi, masih tak tahu nak masak apa.
Cup cake? Aku tak suka cup cake. Kurang suka.
Tapi dia mesti suka kan. Tapi aku tak reti buat. Dah la cari cawan kertas yg macam orang buat tu, tak ada di mana-mana. Giant, tak ada. Mydin, ille. Sabasun, naraa.
Dah lama nak buat kek marble yg warna hijau tu. Tapi cari perasa Mint pun, ille di mana-mana.
Aduhh.. camner ni.

Ini last year punya, buat sendiri. :D



Kamus hari ini.
Ille - tarak (bahasa tamil)
Naraa - kosong kot, aku hentam jer.

Dec 28, 2010

Aku tunggu

Aku lihat kamu
Hanya pada nama, yang menyala hijau,
Bukan pada jasadnya, dengan mata kasar
Bukan pada zahirnya, walau hanya gambar
Hanya itu
Tapi, aku tahu
Aku suka lihat itu
walau setakat itu,
Aku rasa sedikit bahagia,
jauh kat sudut hati.
Aku tunggu kamu
Bulan jatuh ke riba
Aku tunggu lagi
Bintang jatuh ke riba
Bulan dan bintang jatuh ke riba
hanya dalam mimpi
Nyatanya, aku tunggu bayang
Aku peluk bayang
Aku rasa makin jauh pandanganku,
aku perlu tidur barangkali,
....

Dec 26, 2010

Desiran buluh perindu

Aku tak tahupun buluh perindu tu macamana sebenarnya. Buluh lemang pun aku tidak kenal, tapi aku dengar-dengar buluh lemang adalah buluh yang ruasnya panjang-panjang. Buluh meriam, yang besar-besar barangkali.

Buluh perindu?

Buluh untuk orang rindu ker? Tapi untuk apa?

Agaknya buluh yang tak ada ruas kot, kosong jer sepanjang-panjang buluh tu. Dan kemudiannya disambungkan ke orang yang dirindu.

Kemudiannya boleh berbisik;

'Hello orang di sana, orang di sini rindu la'.

Agaknya la kan, sebab tu di panggil buluh perindu.



Cinta, tidak mengharapkan pembalasan. :)

Dec 25, 2010

Bosan yang berturutan

Malam ini bosan mengundang lagi. Malam tadi dah datang berkunjung. Suka benar nampaknya bosan berkunjung ke sini, menjenguk hati aku yang kosong. Mentang-mentang untuk hujung minggu yg bertambah sehari ini aku tidak merancang apa-apa, kerap benar bosan datang menjengah. Mujur bosan tidak bertandang siang. Mungkin sebab sepanjang siang semalam dan hari ini, banyak pula aktiviti aku nak kena buat. Menyediakan sarapan, menjemur pakaian, menyapu dan mengemas, membersihkan cermin nako, menukar langsir, memasak, memberus bilik air, membasuh kereta, menonton siaran ulangan masterchef, menjahit atau istilah lebih tepat, belajar buat baju, membeli belah sedikit dan berkunjung ke rumah orang yg jauh sebab dua harian ini tidak mengantuk atau letih penangan nescafe pekat di pagi hari.

Tangan pun dah luka-luka tika semangat membasuh kereta bila sudah 2 hari hujan tidak mencurah turun. T___T Pedih!!

Bila dah mula bosan tu, buat aper pun, semua tidak kena. Baca novel pun rasa bosan, main game pun bosan, makan bosan, tengok tv fuhhh.. laaaagi bosan. Dah la mata cam bulat semacam tak mahu tidor.. Adeehhhh!!! Apa nak buat ni...

Dec 24, 2010

Rutin setiap akhir tahun sejak dua tahun lepas

..ianya adalah persiapan persekolahan anak walaupun tidak seteruk seperti dua tahun lepas semasa mula-mula hendak masuk sekolah atau empat tahun akan datang apabila hendak naik ke sekolah menengah.

Checklist tahun ni :-

1. Beg sekolah - dah ada 3 beg! Bertayar, galas dan kecil sedikit. Biru, pink dan hijau. Semuanya masih elok.

2. Kasut sekolah - 2 pasang, masih muat lagi dan elok.

3. Pakaian - kain masih elok tapi baju kena cari yang lain. Baju sedia ada dah senteng-senteng semuanya.

4. Buku tulis - semua dah ada.

5. Alatulis - pun semua dah ada.

6. Tudung - dah tempah banyak sekaligus tahun lepas.

Tu jer kot, tapi kan, berbeza skit tahun ni adalah baju sekolah. Entah apa ceritanya, teringin pulak nak cari baju siap. Dan baru tahu, rupa-rupanya baju sekolah ni, selain daripada jenama Canggih yg keluar iklan kat tv tu, ada banyak lagi jenama lain. Unggul la, G-trend la, dan macam-macam lagi la. Dan baru tahu juga, baju-baju itu harganya berbeza mengikut saiz, selain daripada kain jenis yg elok atau kurang kualiti mengikut jenama. Dan mahal juga rupanya baju yg siap ni yer. Sehelai baju untuk saiz Aisya iaitu 12 1/2 jenama Canggih adalah berharga RM20.00! Kalau beli 3 helai, dah RM60.00! Fuhhh.. rabak juga poket mama hujung tahun ni nampaknya.

Oleh yg demikian mahalnya.. hahaha.. jenama lain tak berkenan sebab kain kurang berkualiti, maka beli kain ela dan suruh mak ajer jahitkan lagi dua pasang. Hehe...

Terfikir juga, kalau pandai menjahit kan.. mesti boleh jahit sendiri setakat baju kurung tu. Dan bukan setakat boleh jahit baju sekolah anak, baju sendiri pun boleh jahit. Jimat RM26 untuk upah menjahir sepasang baju kurung yg kainnya RM30 jer. Banyak tu!

Err.. hari ni dah start belajar dah. Hahaha.. jahit dan potong baju biasa-biasa jer menggunakan kain reja. Nanti saya upload gambar dlm next entry yer. Bye dulu!

Dec 23, 2010

Dengar lagu 'niat - elyana' dan terniat satu perkara

..iaitu.. nak potong rambut!

Macam anak patung jer!

Sebab.. macam dah bosan lak berambut panjang ni, dan hujan2 ni, sejuk nak mandi, apetah lagi nk cuci rambut, tapi terpaksa kena cuci!



Hari tu masa pergi cuci kt salon pun, pekerja dia sarankan potong sikit, konon katanya 'Susah nak jaga rambut panjang ni'. Dalam hati aku jawab la, 'Alaaa.. kau dengki rambut aku panjang tu, sebab rambut kau pendek. Tu yang kau suruh aku potong', tapi yg terkeluar kat mulut aku, 'Sayang la nak potong'.




Sebelum ni pernah jugak memperdengarkan niat nak potong tu kat mak, tapi mak kata potong sampai kat bahu ok dah. Sedangkan niatnya kalau dah potong, nak potong macam ni...


Alang-alang dah potong, biarlah sampai ke telinga. Tapi kalau rambut cantik macam si Keira ni, ok jugak kan.


Niatnya tadi nak potong biarlah lebih kurang macam ni. Still boleh tocang, kan.



Pernah juga terasa nak buat rebonding. Mesti rambut cantik cam dia ni, walaupun dia rambut macam mana pun tetap cantik.

Tapi, mak kata tadi, tengok dari belakang macam sayang plak kalau potong. Sebab nampak cantik beralun. Yer lah, sebab baru lepas dari sanggul, memang ler nampak cantik beralun. Ce cuba tengok masa keringnya, pontianak pun takut kot. Hahaha...

Tapi lagi.. sebab mak cakap cam tu, maka anak ini rasa, ikut jer la cakap mak. Nanti tunggu tension-stress, potong la. At least, ada sesuatu nak dibuat untuk hilangkan stress. Sekarang belum lagi. Malah perasaan tengah riang gembira. ;D


Lagipun, rambut panjang beralun ni, seksi jugak kan. :P
Err.. cam teringin nak kaler plak cam gambar ni lah.
Eh.. dah-dah la mengarut tu.


Dah, pegi tidur lagi baik.

Dec 22, 2010

Imaginasi di suatu waktu yg sibuk

Ada tak suatu-suatu ketika anda terfikir sesuatu yg tidak logik? Hey.. rasanya semua orang pernah lah! We are human being right, with full of imagination. Hahaha...

So, dalam angin kipas yg bertiup sepoi-sepoi kurang bahasa hingga terpaksa di tindih segala kertas-kertas conteng, senarai v.o., correspondence letter, schedule of rate, apk, app, ke apa lagi yg ada atas meja ni. Dalam cuaca yg selalu disalahkan mempengaruhi mood, awal-awal pagi matahari bersinar terang tapi tup tup hujan turun mencurah-curah kemudian matahari muncul lagi, dan hujan lagi, dan lagi dan lagi. Dalam kebosanan mengadap microsoft excel membuat permohonan kkh. Lagu hindustan berkumandang di corong speaker secara tidak berapa kuat.

Haa.. disinilah tiba-tiba muncul keinginan luar biasa, terbayang padang hijau luas terbentang dengan bukit bukau. Matahari bersinar memancar dan langit biru memayung. Berbaring dan bergolek di padang rumput, bestnya!!!! Hahahaha...


Dec 20, 2010

Kata-kata yang paling menyiat hati

Sama ada gembira atau berduka.



Berduka. 'Saya tak sayangkan awak lagi'.



Gembira. 'Saya rindukan awak'.



Rasa nak menangis, kan.

Dec 19, 2010

Dan tiba-tiba aku tersedar..

Aku sebenarnya terlalu takut. Untuk menaruh harapan kerana takut dikecewakan. Untuk mempercayai kerana takut tertipu. Untuk ketawa kerana takut menangis. Untuk menggengam kerana takut terlucut. Untuk menyayang kerana takut ditinggalkan. Untuk bercinta kerana takut terluka.

Dan tiba-tiba aku tersentak...

Ketakutan adalah musuh manusia yang paling utama. Kerana takut, kita tidak memberi peluang. Pada diri sendiri dan juga orang lain.


Tapi.... bagaimana kalau terluka lagi?

Dec 17, 2010

Jumaat yg tenang dalam hujan yang renyai-renyai

Assalamualaikummm....

Beberapa hari lepas terfikir untuk membiarkan sahaja blog ini tanpa sebarang tambahan berita-berita terkini apalagi sensasi. Sebab hati tak ada, jadi idea susah tidak untuk datang lagi. Err, idea datang dengan hati ker, bukan akal? Idea tu memang dari akal lah, tapi kalau tak der hati nak jengok blog pun, tak jadi jugak kan. Hehe... Selalu jer terfikir camtu bila dirasakan blog diabaikan untuk beberapa lama. Mujur tak rasa camtu kat anak sendiri.. hahaha... Tapi of course tidak sempat terfikir begitu untuk anak sendiri, sebab anak yang takkan membiarkan mamanya sendiri.. hahaha...

Beberapa hari yang sangat hangat hinggakan nak keluar lunch berfikir berpuluh kali sebab malas nk masuk 'sauna' dulu sebelum air-cond sejuk, tambahan pula tiap kali lepas kenyang-kenyang makan nasi, mengantuk datang tanpa diundang hingga nak buka mata pun tak boleh, hari ini hujan turun dengan tidak selebat mana. Menyejukkan sedikit hari-hari lepas yg hangat tak ingat.

Mengadap laptop selepas beberapa malam membiarkan habuk menempek kt warna hitam laptop ini. Sambil menghidangkan diri sendiri dengan lagu-lagu Elyana yang rancak. Entah naper sejak akhir-akhir ini sangat suka melayan lagu-lagu rancak itu. Agaknya sebab nak hiburkan hati sendiri kot. Tapi, adalah suatu kepuasan apabila dapat memandu sambil menggegarkan kereta dengan bunyi-bunyian lagu rancak dan melepaskan seluruh perasaan dengan turut mengsumbangkan suara sekuat-kuat hati.

Lega sungguh!

Err, bukan tak minat Maher Zain, lagu-lagu dia memang sedap. Tapi, sebab merasakan dia adalah suatu fenomena yg tiba-tiba semua orang duk terminat2 kat dia hinggakan kat wall fb sumer duk sibuk2 nk g konsert dia, sebab lagu islamic dan dia hensom, jadi kurang berminat untuk sama2 minat dia. Tunggu la dia dah kurang popular skit nanti, baru aku nak cari lagu-lagu dia. Hehe.. ada jugak orang macam aku ni kan. ;P

Dec 10, 2010

Kembalikan hati aku

Aku ingin kembali rancak bercerita di sini, tetapi hati aku tidak ada. Aku terasa sungguh tidak berperasaan atas apa-apa kecuali untuk bekerja sahaja kerana itu kewajipan. Hati aku tiada di sini dan tidak tahu berada di mana. Hujung tahun ini sangat muram tanpa hati...

Hati, pulanglah kembali ke asalmu, dan selepas itu akan aku kurung kamu dalam sangkar emas. Tidak perlu terbang ke mana-mana lagi yg kamu suka. Tak baik tahu, tinggalkan tuan kamu tanpa hati. :D

Dec 7, 2010

Kesejukan dan stoking

Biasa la, musim-musim sejuk camni tidur malam mesti nak kena pakai stoking. bukan nak berlagak ke apa, tapi kalau aku nk berlagak tak sejuk kemudian aku sendiri tak lena tidur malam buat apa kan. buang masa jer. karang tak pasal-pasal kena bangun semula sebab nak cari stoking. nampaknya memang mampu berangan sajer la nk main salji. setakat nak main hujan boleh la. hehe..

Sejak rabu lepas hujan hampir setiap hari membasahi bumi Terengganu. Haaccchooomm... alhamdulillah. maaf, bersin susah nak berhenti pulak malam ni. oh ya.. salam maal hijrah. tahun baru islam dah masuk hari kedua. harapan tahu baru, semua mengharapkan yg lebih baik. kamu, aku, mereka semua. tiada yg mengharapkan menjadi lebih teruk lagi. semoga kita semua berbahagia dan bersyukur sentiasa.

Dec 1, 2010

Hari Pertama Bulan Terakhir Dua Ribu Sepuluh

Memang masa cepat sungguh berlari sekarang. Hari sabtu rasa sedih sebab esoknya adalah ahad dan kena pergi kerja. Bila dah ahad, tak sempat fikir apa-apa tentang masalah dalaman ke apa ke, tiba-tiba dah tiba hari khamis yg menggembirakan sebab esoknya cuti dan boleh kononnya relaks bergolek depan tv tengok 'Masterchef US'. Begitulah jika boleh diibaratkan. Pelarian masa sungguh tidak berkejar. Kekadang rasa sesuatu itu macam dah lama jer berlaku, tapi bila ingat-ingat balik dah lama la sebenarnya. Takpun macam baru semalam jer berjumpa, padahal dah berbulan tak bersua muka. Hinggakan kalau tak tengok gambar, dah tak boleh bayangkan macamana muka orang yg kita rasa dah lama tak jumpa itu. Errr.. sebenarnya itu tanda-tanda otak dah semakin lemah dan perlu dicergas dan dicerdaskan semula. Eh, cergas dan cerdas tu, bukan sama jer ke maksudnya. Apa-apalah.

Sebenarnya tengah tunggu Purple Pod Peas masak ni, cam lambat la plak.

Hari kedua bulan terakhir dua ribu sepuluh ini yakni esok ada debaran sedang menunggu. Berdebar-debar macam apa dah hati ini. Tolonglah hati, cuba bawa bertenang sikit, barulah ada keyakinan. Pencapaian tahun ini.. satu, dua, tiga.. eh, belum masanya. Tapi tahun lepas adalah tahun yg sangat malang. Kalau diingat-ingat, seperti langsung tidak ada yang menggembirakan. Tapi dah ingat-ingat lupa, hinggakan apa yg berlaku tahun lepas, macam dah berlaku bertahun-tahun sudah. Padahal baru tahun lepas, lukanya masih ada dan parut pun belum pulih sepenuhnya.

Ok, nak tidur dah, esok nak bangun awal. Nak bertolak awal pagi.

Kuala Lumpur, jika ada rezeki, kita bersama lagi. :D

Nov 29, 2010

Aku memohon

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Semoga aku diberikan kekuatan untuk membuat Istikharah.

Nov 24, 2010

Terakhir



Kerana hati ini tak mungkin bersatu
Menjalani cinta ini
Meski aku takkan pernah bisa lagi melihatmu
Cinta ini takkan hilang
Sampai mati kan kusimpan....

Tiba-tiba rasa nak nangis

..ada apa hal?

Ya.. akulah itu
Yang tidak diperlukan sesiapa
Yang tidak diingati sesiapa
Yang dirasakan kuat melawan perasaan
Yang kononnya tidak akan menitiskan air mata
Yang berusaha kuat melupakan
kerana terasa tidak dipedulikan
Yang perasaannya sakit di dalam
Yang hatinya meronta terpendam
Yang rasanya tidak keruan
Yang cuba kuat untuk membuang
jauh dari ingatan
Yang sebenarnya terbuang jauh
pada hatinya kian menjauh
Yang tidak mahu mengalah lagi
pada diri diseru kuat berdiri
.
.
.
lama....
.
.
.
Yang tiba-tiba terdetik rindu
pada yang pernah di hati
titik.

Nov 21, 2010

Amir Khan memang lah!

Dah lama donwload movie tu lepas terpengaruh dengan preview kat sini. Dah lama sangat, tapi tak tengok-tengok, sebab kononnya tak ada masa. Kemudiannya one day tengok adik sedang tonton movie tu kat pc dia, daripada yg aku donwload tu la. Tanya dia best tak? Dia cakap, best! Pastu menggelupur cari waktu sesuai nak tonton sendiri.

Jadinya, semalam tengok citer tu kat pc kat rumah. Told you, aku sentiasa kagum dengan Amir Khan yg sekarang. Yang dulu2 aku suka sebab dia cute. Hehe..


Memang superb la citer '3 Idiots' ni. Tapi, bagi yg suka citer cam ni lah. Hehe.. Citarasa manusia ni kan beza-beza. Tapi, aku dah paksa kakak tengok, dan lepas ni nak paksa adik tengok lak. Hahaha....

Nov 16, 2010

Lembu besar gajah??

Esok hari raya korban. Malam ni, tak buat apa-apa pun, cam biasa hari-hari raya korban dulu-dulu. Kalau nak 'main' masak-masak pun, esok sahajalah. Lagipun cuti raya korban kat sini dua hari bersambung dengan jumaat dan sabtu, dah jadi empat hari. Lama tu! Macam-macam boleh rancang nak buat ni. Tapi, tak rancang apa-apa pun. :(

Ok. Nak juga rancang, skit pun tak per la.
1. Nak masak-masak kek ke, biskut ke, atau buat puding buah naga ke.
2. Nak bawa Aisya jalan-jalan.
3. Nak tepon TM pasal streamyx yg sejak akhir-akhir ni pesal susah sangat nak identify nama dan password aku. Sangat tak puas hati pasal ni!
4. Nak habiskan masa tengok movie la.
5. Err.. cukup la tu kot, untuk 4 hari.

Ayah cakap, esok kat taman apa ntah kat batu 10, ada lembu besar nak dikorbankan. Dengar-dengarnya ayah kata, harga lembu tu RM11,200 seekor, maka jatuh atas satu bahagian RM1,600 kalu dibahagi kepada tujuh bahagian. Dengarnya lagi, lembu itu besarnya sehinggakan muat atas lori tayar empat tu, dia seekor sahaja dengan kepalanya kena kepala lori dan ekornya rapat ke bahagian belakang lori.

Ishhh.. tu memang dah sebesar gajah tu! Tak masuk paper ker ek?? Hmm.. nak kena buat tinjauan ke tak ni yer.

Err.. salam aidiladha semua.

Nov 14, 2010

Luka itu



KNIFE, CUTS LIKE A KNIFE

You touched my life
with a softness in the night
my wish was your command
until you ran
out of love
I tell my self I'm free
got the chance of living just for me
no need to hurry home
now that you're gone
Knife
cuts like a knife
how will I ever heal
I'm so deeply wounded
knife
cuts like a knife
you cut away
the heart of my life
When I pretend wear a smile
to fool my dearest friends
I wonder if they know
it's just a show
I'm on a stage day and night
I go through my charades
but how can I disguise
what's in my eyes
I've try and try locking up
the pain I feel inside
the pain of wanting you
wanting you
-

Nov 11, 2010

Penamat yg sungguh baik.. Chinta!

Banyak juga pengajaran daripada cerita Chinta ini. Sejak awal episod lagi, memang aku sudah tertarik dengan jalan ceritanya yg pada aku lain dari yg lain. Lain orang lain citarasanya, jadi tidak hairan ada yg tidak suka, sebab Fasha Sandha yg berlakon atau sebab cerita biasa, buat jahat dan menyesal. Tapi, aku tidak melihat yg itu.

Antara dialog yg aku ingat, bukan sebab nak ingat tapi sebab punya maksud mendalam, 'Dia marah pada Tuhan', 'Saya tahu dan sedar dosa yg saya buat, tapi adakah makcik sedar dosa makcik', dan banyak lagi la. Sangat berterus terang, jelas dan tidak hipokrit. Hinggakan kalau penonton sedar, ada part dialog kena mute dalam beberapa episod awal dahulu. Mungkin sebab terlalu sensitif.

Dan Chinta mati akhirnya, dan ianya adalah ending yg aku suka. Aku tidak suka sangat cerita happy ending sebab realitinya dalam kehidupan tidak semuanya berakhir dengan bahagia. Jika ada yang berbahagia, pasti ada yg menderita. Dalam hati, dalam diam. Dan pastinya yg berbahagia tidak peduli lagi pd yg menderita, kerana dia sedang berbahagia, dengan kehidupannya yg bahagia.

Hari yang biru

Pagi, langit biru. Berjeans biru, baju baru biru dan selendang baru juga biru. Mujur kereta hitam, kalau tidak mungkin orang pura-pura terkejut tengok apakah itu yg memecut berwarna serba biru di bawah langit biru. Hahaha.. over tau!

Hari yg agak membosankan macam loser sangat-sangat. Dah memang loser la bila rayuan tidak diendahkan dan tetap kena bayar RM1550 pada tokey cina yg baik tapi sedikit mencekik darah itu. Err.. dia pun bisnes, aku pura-pura faham sedang dalam hati berbunga layu.

Dan petang ini juga perasaan agak tidak tenteram tanpa tahu arah tujuan ketidaktenteraman. Terasa masa begitu lambat merangkaknya.



Tiba-tiba jumpa lagu ini, dan aku sangat suka, dengan suaranya yg mendayu2.

Eh, jadi la. Tak pernah jadi letak youtube kt sini. Suka, suka.

Nov 10, 2010

Johor, apa ada padamu. (II)

Rasanya sudah hampir 5 bulan tidak memandu jauh. Mungkin lebih. Last tu, ke Kuala Lumpur, pun bersama Aisya dan mak. Kemudiannya merancang juga untuk pergi lagi, sendiri, tapi asyik tertangguh dan akhirnya rancangan terkubur tanpa batu nisan. Hehe.. Bertolak sekitar 9.30 pagi dari rumah, cuaca cerah, tidak panas sangat, juga tidak hujan. Elok-elok sahaja.


Keluar dari Terengganu sekitar jam 11.30 pagi. Itupun selepas berhenti 2 kali di stesen minyak untuk ke tandas. Cuaca yg redup, dengan aircond yg sejuk, membuatkan pundi kencing asyik terasa penuh walaupun tak minum banyak air pun. Memang sangat tidak selesa memandu dalam keadaan itu, lebih2 lagi dengan seat belt menekan perut. Hahaha...


Kerana sudah lama tidak melalui jalan2 yg dulunya sangat fasih, sekarang memang dah blur. Terpaksa merujuk sungguh2 pada GPS, juga kerana langsung terlupa hendak study google maps terlebih dahulu. Hinggakan jalan hendak ke Pekan juga sudah lupa. Yang diingat ialah dari jalan utama, akan masuk simpang ke Pekan Bandar Diraja. Bila mak sebut Permatang Badak, baru ingat bahawa dulunya selalu menggunakan jalan shortcut tersebut. Dan nasib baik sungguh, sebab memang terus jumpa dengan simpang Permatang Badak dan masjid dimuka simpang yg dulunya pernah menjadi tempat memandikan Aisya (yg kecik lagi masa tu) yg muntah2 dan cirit2.

Keluar dari Permatang Badak, terus nampak signboard ke Pekan. Fuhhh.. sangat lega.

Dulu memang Pekan adalah tempat permainan aku (ecehhh....kononnya lah..hehe) sebab dulu setiap 2 minggu aku akan turun ke Pekan dari Kuala Lumpur, tetapi turun dengan flight la kan. Kekadang kalau nak terus balik kampung, drive la. Tapi masa tu, jalan lama dari KL. Tak ada lagi highway LPT tu. Acap kali juga la masa tu meredah banjir utk sampai ke Terengganu. Dan jalan ke Pekan juga. Pernah sekali on the way ke Pekan dari airport dengan teksi, teksi tak berani nak meredah banjir yg melimpah ke jalanraya. Terpaksa berpatah balik ke pejabat arkitek, dan meeting terus diadakan di sana sahaja. Sekarang, jalan dah baru dan ada 2 lorong setiap laluan. Sangat menjimatkan masa bagi yg memecut laju. Hehe...


Oh yer, bangunan yg kelihatan itu adalah Kolej Antarabangsa Automotif. Dahsyat Pekan sekarang, dah ada international college tu! Err.. dulu pun dah dahsyat dah, kan Pekan Diraja kan. :D

Nov 9, 2010

Ulat buku akan dijumpai bila kita belek-belek buku lama

Ciri-ciri ulat buku:

11. Lupa makan, jika sedang kusyuk membaca. - memang sungguh tidak patut, tapi begitulah kejadian alam. :D

12. Bersedia mengeluarkan wang untuk menyediakan rak-rak untuk penyimpanan buku - aku bercita-cita hendak mempunyai perpustakaan sendiri. :D

13. Tidur dengan buku - err.. biasa, lebih2 lagi masa bergelar student. Dekat bawah bantal dan hujung kepala penuh dengan buku.

14. Apabila bersama buku, hati menjadi tenang dan kesedihan menjadi sifar - betul la, tetapi kekadang jadi bertambah sedih sebab baca buku cerita yg sedih2. Meleleh2 air mata ni. :((

15. Sakit hati jika melihat orang lain tidak menghargai buku - hmm.. Aisya pun masih belum pandai menghargai buku dan kena selalu ditegur. Adalah pantang aku letak buku kt hujung kaki.

16. Membaca buku dengan ruh hingga mempengaruhi emosi - yg ni sebenarnya bahaya, tetapi memang benar terjadi. Kekadang emosi jadi terganggu sebab apa yg dibaca seakan menyerap masuk ke dalam diri.

17. Sangat prihatin dengan kesalahan ejaan, tulisan, muka surat dan cetakan pada sesebuah buku - aku sangat tidak suka bila aku rasa cerita tidak di edit secara bersungguh2, sekejap2 'aku', sekejap2 'nama'.. ishh, sayang sungguh sedangkan jalan cerita menarik!

Ok, banyak lagi sebenarnya ciri2 yg diulang2, dengan maksud yg sama. Dan daripada analisa ke atas diri sendiri, memang sah aku ulat buku yg berbentuk manusia dan bukan ulat, dan makan nasi tidak makan kertas atau daun. Sekian.

Anda ulat buku? Jom kita check!

Assalamualaikumm...

Seingat aku, sejak kecil aku memang suka membaca. Antara pendorong utama adalah buku-buku cerita kepunyaan kakak yg sangat banyak. Yg keduanya sebab kat sekolah dulu, kita kena rekod seberapa banyak buku cerita yg kita baca, dan pada akhir tahun siapa yg membaca buku paling banyak akan mendapat hadiah. Aku memang dapat hadiah, tapi aku masih ingat betapa frustnya aku bila kawan aku yg muda setahun lagi banyak buku yg dia baca.

Ok, hari ini aku nak check samada aku ni boleh digelar ulat buku ke tak. Aku ada subscribed satu blog tu. Rujuk sini. Dan tadi, selepas beberapa hari tak check google reader, akak tu ada menyenaraikan ciri-ciri ulat buku. Jom kita check satu-satu!

1. Suka membaca dan membeli buku ~ betul sangat, cuma buku2 yg menarik sangat terhad di sini. Kena beli secara online sekiranya hendakkan buku2 yg terkini atau buku2 lama.

2. Mempunyai koleksi buku-buku peribadi ~ yer, dan aku masih berkira2 nak mencari buku2 yg dah lama aku nak. Antaranya novel2 Arenawati yg pernah aku baca masa study di USM.

3. Setiap kali ada wang atau gajian, akan terus menuju ke kedai buku terlebih dahulu ~ disebabkan buku menarik terhad disini, aku lebih tertarik pd majalah. :D Dan sungguhlah, aku tidak dapat menahan kaki utk ke kedai mencari majalah setiap akhir bulan (biasanya majalah keluaran terbaru akan keluar setiap minggu terakhir setiap bulan).

4. Kerap membeli buku walaupun buku lama yang baru dibeli belum habis dibaca ~ err.. biasa ni. :P

5. Teruja jika ada potongan harga yang ditawarkan di kedai-kedai buku ~ sangat true!

6. Membuat persiapan awal untuk menghadiri pesta-pesta buku yang akan berlangsung ~ hmm..camner diaorg tahu ek? hehe... Antara persiapannya adalah menyediakan wang yang mengcukupi. Hahaha...

7. Sangat sayang pada buku dan lokek jika ada orang yang ingin meminjamnya ~ of course la kan, harta tu! Hehe... Aku sangat sayang buku cerita aku!

Memandangkan senarai yg hendak diperiksa terlalu banyak (ada 40 ciri), maka saya pilih yg benar sahaja. :D

8. Disetiap sudut rumah akan kelihatan buku-buku ~ betul, buku2 sekolah dulu2 pun masih disimpan sebab sayang nak buat. Ilmu semua tu! Jangan tak percaya, buku sains sekolah menengah kepunyaan abang yg sulung (sekrg umur dia dah 41) pun masih ada!

9. Sering lewatkan masa tidur dan rela bersengkang mata untuk menghabiskan bacaan ~ aku ni kan, kalau dh baca satu2 buku, dan sangat tertarik dengan jalan cerita, memang sanggup sampai ke pagi la. Pernah sampai kul 3 - 4 pagi baru tidur sebab baca buku cerita.

10. Membaca buku yang sama berulang-ulang ~ hehe.. kekadang sampai dah boleh hafal ayat-ayat yg menarik. Buku2 cerita Enid Blyton tu pun aku hafal tau, sebab dari kecil sampai ke besar ni selalu ulang baca.

Sambung lagi lainkali.. tak larat dah. Nak tidur dah. Selamat malam Terengganu.

Johor, apa ada padamu. (I)

Salam..

Johor ada Badai Semalam. Tetiba. Tapi aku memang tidak pernah lupa novel karangan Khadijah Hashim itu, yg mula2 aku baca sekitar umur aku di bawah 12 tahun. Itulah pertama kali aku kenal Johor dan pantai aper ntah dalam novel itu. Novel kepunyaan kakak itu dah hilang, dah lama. Tak tahu siapa yg pinjam dan tak pulangkan. Mesti sepupu2 aku ni.. (hey.. tak baik tuduh!).. opss!! Sorry! Hehe...

Johor memanggil dan merayu-rayu. Dan akhirnya aku layu, selepas dijanjikan akan ditampung kos minyak petrol yg baru sahaja naik beberapa hari lepas. Hehe.. Memang pada mulanya tiada langsung semangat nak berjalan. Lagi pula, niat nak pergi memang tak adakan. Tapi, bila dah buat keputusan, hari Jumaat tu jadi bersemangat pula. Bersemangat hendak memandu jauh sebab itu memang kesukaan aku.

Petang Jumaat, sempat membawa tokwan ke Pasaraya Seri Intan. Kononnya tokwan nak membeli 'bakul' baju. Disebutnya bakul, memanglah yg terbayang adalah bakul baju kotor. Tapi bila tokwan bagitau nak simpan baju-baju yg dah dilipat, yg terbayang pula adalah kotak plastik besar yg biasa aku gunakan untuk menyimpan towel, blanket dan cadar tebal. Tokwan sendiri tidak tahu yg mana satu dia nak. Jadi bila dah dibeli dan dibawa pulang, rupa-rupanya yg tokwan nak sebenarnya adalah laci-laci bertingkat yg plastik tu! Sepupu aku punya pasallah ni, beli barang baru sikit pun nak dicanangnya pada tokwan. Sebut pun dah tak betul.

Jadi, malamnya barulah aku berkesempatan untuk membuat kek, yg kononnya untuk dijadikan bekal ke Johor. Kek coklat itu, aku letakkan serbuk badam dan baunya semerbak ke seluruh rumah malam itu. Sementara menunggu kek coklat masak, aku berkemas dua beg, satu untuk aku dan satu lagi untuk Aisya. Seperti biasa, aku lebih suka mengurangkan seberapa banyak pakaian yg boleh sekiranya ke mana-mana. Dan sekiranya aku sudah merancang untuk shopping, maka lagi sedikit pakaian yg akan aku bawa. Tapi untuk kali ini, aku sedikitpun tidak merancang untuk shopping. Jadi, baju mesti cukup untuk 2 hari di dalam kereta, 1 hari di sana dan 2 malam.

Oven lama butterfly yg banyak berjasa, tapi tuannya sedang berkira2 hendak menukarkannya dengan oven baru yg lebih canggih walaupun kekadang buat biskut masih tidak canggih2. Hahaha....

Yang penting, telefon, travel charger, kamera dengan bateri yg penuh (biasanya tahan seminggu), GPS (perlu sebab dah lupa jalan ke Johor) dan semestinya duit dan lesen memandu, mesti ada. :D

Nov 4, 2010

Kerana Chinta Chandury

Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

Kamu, kamu dan kamu... aku mahu kuburkan kamu semua, tapi mampu kah aku..

Nov 1, 2010

Kekasih yang tak dianggap

Mendengar lagu ini aku teringat seseorang. Tapi, lupakan sahaa tentang itu. Memang lagu itu sekarang yg sedang berdentum-dentam secara perlahan tetapi cukup jelas di telinga aku. Kerana, speaker di pusing ke arah aku sahaja supaya tidak mengganggu orang lain. Ya, memang susah bekerja di ruang yg luas ini tanpa bilik sendiri selepas hampir 7 tahun bekerja dan mempunyai bilik kerja sendiri. Kurang selesa jadinya.

Kecewa itu sakit, semua orang tahu itu. Tapi mempunyai suatu rasa yg indah, di dalam hati, dan tidak mampu terluahkan adalah lebih sakit. Aku pernah merasakannya, dulu. Dan aku juga pernah berbuat sesuatu yg tidak terjangka akan aku buat. Iaitu meluahkan perasaan suka kepada seorang lelaki. Mungkin sesetengah orang perkara itu adalah biasa, tetapi tidak bagi seorang aku. Aku memang jenis yg segan nak mampus kalau bab-bab nak approach dulu seorang lelaki. Tapi kalau bermula dari kawan, segala-galanya mudah untuk diluahkan. Secara bergurau, secara serius, semuanya boleh diluahkan tanpa segan. Sebab kita kawan.

Coretan ini berlaku kerana mimpi semalam. Perasaan ditinggalkan dengan suatu perasaan yang tidak terluah. Dalam mimpi itu aku menangis dalam hati dan menunggu giliran untuk mandi. Sebab nanti ketika air membasahi kepala, aku mengharapkan air mata akan keluar dan turun bersama-sama air shower, seperti biasa. Tetapi aku terjaga dari mimpi sebelum sempat ianya berlaku dan akibatnya sebaknya membawa hingga ke alam jaga. Kenapa ya, hidup aku begini?

Oct 31, 2010

Angin moonson sudah tiba

Sejak semalam hujan renyai-renyai walaupun tidak lebat sudah mula turun dan jarang berhenti. Langsir nipis baru di dalam bilik mula melayang-layang terbang bersama tempias air hujan. Biasanya masuk sahaja Oktober aku sudah perlu risau tentang hujan dan perkaitannya dengan kehidupan kami. Terutamanya dari segi beg sekolah bertayar Aisya dan kasut sekolahnya. Memang teruk keadaannya sejak bangunan lama sekolah diruntuhkan dan bangunan baru yg dalam pembinaan belum-belum siap dan sepatutnya sudah lama kontraktornya ditamatkan kontrak. Err.. aku jelas tentang ini sebab aku berkerja di bidang ini sejak dulu. Beg sekolah bertayar terpaksa diganti dengan jenis bergalas dan kasut sekolah yg lagi sepasang hendaklah dipastikan sentiasa kering. Tapi tahun ini nampaknya mulai esok aku baru perlu risau tentang itu. Itupun hanya untuk dua minggu sahaja lagi. Kerana kemudiannya, cuti sekolah akan bermula. Ya, musim hujan tahun ini agak lambat.

Tentang hal lain, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana aku memang suka hujan. Hujan seperti biasa selalu turun dengan idea yang mengcurah-curah kepada aku. Sekiranya boleh digambarkan ibarat apabila aku berada di dalam hujan dan mendongak ke langit, merasa titik-titik hujan menikam muka, idea itu bagai menyerap masuk terus ke dalam badan, mengalir di seluruh urat saraf. Musim hujan juga adalah musim merapatkan ikatan kekeluargaan pada aku. Dan ini sejak kami adik beradik kecil lagi di mana setiap kali musim hujan tiba yang selalu di hujung tahun cuti persekolahan, kami punya banyak waktu di rumah setelah selesai beberapa hari menanam padi secara beramai-ramai bermandi selut dan bergelut dengan lintah dan pacat. Semua kami adik beradik pernah merasai akan ini kecuali yang bongsu barangkali. Bendang menjadi riuh rendah dengan suara kami adik beradik. Dan sehabisnya hari-hari dibendang, kami menghabiskan masa dirumah dengan bermacam-macam aktiviti, sambil mengadap kopi panas dan ubi kayu atau ubi 'setele' rebus. Untuk aku, air milo atau teh sebab aku tak suka air kopi. Dan sekarang, walaupun mungkin ianya hanya aku, adik, mak dan ayah, dan Aisya, apabila hujan diluar, kami di dalam rumah akan berkumpul di satu tempat, di kerusi panjang depan tv misalnya, atau di bilik aku di atas katil sambil melihat rintik hujan diluar dan ada sahaja cerita akan keluar nanti. Begitulah.

Tadi petang aku ke belakang, mencari-cari kura-kura yang emak kata ayah jumpa dekat bendang dan telah ditunjukkan dekat semua cucu-cucu tanpa sedarku kerana aku sedang asyik mengadap komputer, dan telah dilepaskan di situ sahaja. Tak jumpa, tapi aku seronok bermain angin moonson yg kuat bertiup. Mendongak ke langit dan melihat awan mendung laju bergerak melindungi langit biru. Mendengar desir dedaun buluh yg bergisiran sesame sendiri. Tuala di bahu juga hamper terbang ditiup angin. Rambut yg aku rasa pendek, tiba-tiba terasa panjang. Dan tiba-tiba aku rasa sayang pulak untuk potong.

Oct 28, 2010

Jawapan soalan-soalan itu

Ini bukan jawapan periksa atau apa. Aisya sedang dalam hari-hari menghadapi peperiksaan akhir tahun, dan aku rasa ini masanya untuk memberi jawapan pada soalan-soalan itu, dulu. Ya la kan, orang tengah jawab soalan periksa, aku pun nak jawab gak soalan bukan periksa. Hehe...

Inipun main rembat jer. Err.. percaya tak, ayat pertama yg keluar dari mulut seseorang apabila dia menjawab satu-satu soalan yg sukar dijawab, adalah lebih benar daripada apabila dia memperbaiki ayatnya itu. Aku rasa la, sebab aku biasanya begitu. Dan sekiranya mahukan jawapan tulus ikhlas dari hati, jangan ditanya lebih dari sekali sebab jawapan yg pertama adalah dari hati, sedangkan yg kedua dari akal yg berfikir acap kali. Hehe.. Begitulah, yg aku percaya, sebab aku, begitulah.

Apa yang aku nak dalam hidup?

Err.. rasanya tak boleh diungkaikan disini. Sebab di sini ada yg kenal aku dan boleh menggunakan kenyataan aku untuk menikam aku semula nanti. Hahaha...

Apa yg aku cari sebenarnya?

Masa kecil-kecil dulu, aku seorang yang lasak. Mengikut abang dan adik lelaki dan kawan-kawan diaorg bermain segala jenis permainan lelaki seperti memanjat pokok, main bedil, mengutip buah getah, melastik burung, memanjat bukit, dan macam-macam lagi. Bila dah besar dan dewasa ni, memang jarang berpeluang dah untuk buat semua tu. Tapi ketenangan dan rasa itu, ketika berada di tengah-tengah belantara atau di puncak bukit, sangat menyenangkan hinggakan aku sekarang rindu untuk merasa kembali ketenangan itu.

Aku takut lautan, sebab aku selalu merasakan di dalam lautan yg luas itu ada binatang yg besarnya sebesar pulau dan berpura-pura menjadi pulau supaya dapat menelan manusia-manusia yg singgah di situ dengan sekali nganga sahaja.

Aku tiada jawapan pun sebenarnya.

Ikhlas,
Dari jari yg menari tanpa henti.

Alhamdulillah. Syukur padaMu Yang Maha Pengasih.

Salam... jumpa kt facebook, dan copy and paste kat sini sebagai peringatan kepada diri sendiri bahawa setiap kali cium dahi Aisya sebelum pergi kerja, dah dapat pahala kat situ. :) Insyaallah.

1.Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.

2.Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.

3.Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.

4.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.

5.Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.

6.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak

perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

7.Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.

8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

9.Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.

10.Barangsiapa membekalkan anak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahala anak-anak.

11.Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".

12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.

13.Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian shirath.

Oct 23, 2010

Antara dynamo dan lux, apa persamaannya?

Dua-dua adalah pencuci. Satu tu pencuci pakaian, dan satu lagi pencuci badan. Hahaha...

Beberapa minggu lepas ketika berjalan-jalan di Giant sambil menghabiskan sedikit duit, aku tiba-tiba terfikir untuk membeli mandian baru. Tahu sajer la kan, aku memang suka bertukar-tukar buih mandian ni. Dua mandian dalam bilik mandi dah habis digunakan. Tidak puas hati kerana seperti tiada pilihan yang banyak ketika mandi, itu yang membuatkan aku terfikir untuk membeli yang lain. Dan tiba-tiba pula teringatkan iklan si cantik manis menggoda memikat dan memang lawa sungguh bini si hensom anak Amitab Bachan. Hahaha... Alaa.. iklan yg terpeluk maid tu!

Jadi, terfikir la nak cuba lux sekali. Serius, sebelum ni aku tak pernah beli krim mandian lux. Kalau sabun, pernahlah pakai buat cuci tangan kat pejabat. Tu pun sebab Ain atau Nur yang belikan. Hehe.. Eh, tapi tak tahu plak yang mana satu si cantik tu pakai. Hentam jer la..

So, balik-balik rumah, semangat la nak mandi sebab nak cuba mandian baru. Letak atas sponge, tarik nafas panjang-panjang, ehhhhhh... pesal macam bau dynamo jer ni????? Aduhhh... naik pening lak sebab bau cam pencuci dynamo di sapu seluruh badan. Hahahaha....

Selesai jer mandi, bagi mandian tu kat Aisya. Suruh dia mandi dengan yang tu dalam bilik air yang satu lagi. 'Bagi balik kat mama mandian Secret Garden kaler biru'. :P

Bagi Aisya dan mak, bau dia okey jer pun. Wangi. Cuma mungkin tak kena dengan selera hidung aku. Sampai ke sudah aku pastikan gel mandian tu tak di bawa masuk ke dalam bilik mandi yang selalu aku gunakan.

Dan hari ini, aku beli krim mandian lux yang baru. Tak cuba lagi, tapi aku telah pastikan yang inilah yang digunakan oleh menantu Amitab tu. Memang la tak bertukar cantik macam dia, tapi sambil mandi boleh la berangan kan. Hahahaha....

Aiswarya Rai.. pesal la nko cantik sangat ek???

Kejatuhan bermukabuku dari hati aku

Sejak sekian lama aku semakin bosan dengan laman sesawang perhubungan sosial yang semakin popular sejak bila tidak aku peduli, di mana rata-rata manusia termasuk makcik pakcik kat kampung juga sudah berminat membuka akaun di situ, iaitu mukabuku. Yang agak menariknya sekarang di situ juga menjadi tempat berhubungan sekeluarga di mana mungkin semua ahli keluarga membuka akaun mukabuku masing-masing. Hahaha.. jangan berebut tanah kat dinding yang boleh bercakap itu sudah, kan.

Memang ianya nampak menarik di situ jika dipandang dari sudut yang sihat. Mungkin boleh mengeratkan silaturrahim sesama saudara-mara, berlebih-lebih lagi yang tinggal jauhnya beribu-ribu ringgit malaysia tambang kapal terbang, ataupun yang di alam nyata hanya sekadar mengangkat tangan tanda salam dari dalam kereta dan tersenyum tetapi boleh bergurau senda di alam maya.

Tetapi awas juga, pastikan tiada perkara sulit atau berkias-kias di bincangkan di alam maya ini. Banyak bahayanya di situ. Aku pernah lihat dan merasakan bahangnya.

Beberapa hari lepas, seorang kawan memberikan salam mengundurkan diri daripada perhubungan sosial mukabuku di dinding profailnya. Tidak langsung menyentuh tentang sebab dan alasan, tetapi meminta maaf dan mengharapkan persahabatan tidak terputus. Dan kemudian aku melihat, dia sudah 'hilang' daripada senarai kawan di mukabuku aku.

Aku, tidak punya ramai kenalan pun di mukabuku. Memang, mula-mula 'bertemu' ramai kawan-kawan lama dahulu di situ, aku agak teruja. Bayangkan, lebih sepuluh tahun, malah ada yang sudah aku lupa langsung tentang kewujudan mereka, tiba-tiba 'melihat' nama dan gambar mereka di mukabuku, aku seperti tersedar dari mimpi yang panjang. Tapi, apabila ditambah ke dalam senarai kenalan, berbual-bual dan bercerita beberapa kali di alam maya itu, kemudian mereka dan aku juga senyap seperti tidak kenal masing-masing lagi. Persahabatan erat suatu ketika dahulu, terjalin semula untuk seketika sahaja di alam maya itu.

Dan, aku mula jadi bosan. Memang selama inipun, aku tidak mencari kenalan baru di mukabuku. Aku cuma menambah kenalan baru sekiranya mereka ada kepentingan sahaja, seperti menjadi jiran di farmville sahaja. :D Tetapi, adakalanya melalui permainan di alam maya itu, daripada tidak kenal langsung, kami menjadi kenal dan mesra, lebih daripada kawan-kawan yang pernah ketawa dan menangis bersama dahulu.

Errr.. aku tidak jadi menutup akaun mukabuku aku kerana;

1. Aku suka membeli belah bertingkap secara alam maya di situ.

2. Aku suka baca komen-komen dan tip-tip masakan di situ.

3. Semestinya aku sayang ladang aku di farmville. Hehe....

Itu sahaja.

Oct 19, 2010

Hari Kejadian

Rasa terharu bercampur baur menjadi satu juga. Sebabnya, ada beberapa orang kawan baru yg tidak pernah kenal muka melainkan melalui gambar sahaja, saling membantu dalam game di alam maya, mengucapkan 'Selamat Hari Jadi'. Ye.. hari ini hari kejadian aku di atas muka bumi dalam berbentuk berjasad. Dalam bentuk rohnya, dan entah jadi entah tidak adalah 9 bulan sebelum itu. Mungkin ucapan itu adalah biasa sahaja bagi sesetengah orang, tapi bila ianya lahir dari kawan seperti yg aku sebutkan itu sedangkan kawan-kawan yg pernah bertepuk tampar bahu, yg pernah menangis dan ketawa bersama, yg pernah berkongsi makan minum, buat tidak endah sahaja untuk 'just wish', jadinya agak membuatkan rasa terharu-haru itu melebih-lebih pulak.

Saya cuma berharap dapat memakan sepotong cheese cake sejak sekian lama seperti mengidam, tapi tak dapat2 dan bercampur malas nak parking jauh2 sebab tak ada parking depan Secret Recepi. Bertambah2 lagi tidak bersemangat sebab tak ada orang yang ajak.

Semalam bermimpi mendapat 4 hadiah besar. 1 – sejambak mawar merah daripada entah siapa2. 2 – gambar hiasan di dinding daripada adik yg kononnya aku nak sangat. 3 & 4 – tak tahu sebab tak sempat buka. Hahaha… ada jugak kes macam tu.

Sebenarnya tak pernah mengharapkan untuk meraikan hari kejadian semenjak menjejak angka 3 dihadapan. Hahaha…

Tapi sungguh, sangat2 teringin makan cheese cake, dan ianya hendaklah daripada secret recepi sahaja. :P


 


 

Oct 16, 2010

Siapa pendampingmu bila kamu bersendirian?

Menurut orang tua-tua, tidak elok tinggal bersendirian. Mungkin semua sudah sedia maklum tentang ini, tetapi kekadang kita terlalu leka dengan kehidupan sediada sehinggakan kita leka, lupa tentang pesanan orang tua-tua.

Melalui seorang kawan, dia bercerita tentang pesanan seorang makcik yang berjualan di sebuah pasar di Batu Enam. Makcik itu berpesan, tidak elok tinggal bersendirian. Bukan sahaja di rumah, di pejabat, juga maksudnya tidak berumahtangga. Kerana apabila hidup bersendirian, yang sangat rajin mendampingi kita apabila kita kesunyian adalah syaitan dan jin. Apabila sudah selalu dia bersama kita, dia semakin sukar untuk berenggang. Dan yang paling teruk, apabila dia sudah masuk ke dalam darah daging kita, menjadi sebahagian dari kita. Nauzubillah....

Ada betulnya cakap makcik tu bila kita renung-renungkan. Sebab itu Nabi sangat menggalakkan umatnya mendirikan rumahtangga. Supaya kita tidak hidup bersendirian.

Tetapi ada beberapa persoalan di sini, yang memerlukan jawapan bijak pandai.

'Tapi macamana bagi kita, perempuan ni yg umurnya semakin lanjut dan tiada siapa datang meminang, ataupun sekurang-kurangnya mengajak berkahwin?'.

'Dan apabila telah lama bersendirian, membina kerjaya, berdikari atas segala-galanya, dan setelah memcuba mencari jodoh tetapi asyik dikecewakan, kita sudah malas untuk mencari dan menganggap jodoh itu tiada dalam kamus hidup kita. Salahkah kita?'

'Jesteru apabila melihat kehidupan orang lain, gembira dan bahagia dengan anak, suami atau isteri, kita merasakan kehidupan ini sungguh tidak adil pada kita. Tuhan tidak sayang pada kita?'.

Kalau ada yg punya jawapan, jawablah. Terangkan. Kerana, ada waktu-waktunya, kita sudah terlalu jauh hanyut dalam kehidupan itu yang kita rasakan tiada penghujung, kecuali mati.

Oct 10, 2010

Tarikh keramat apakah?

Ramai orang berkahwin hari ini, bertunang juga. Sebabnya sangat jelas, 10.10.10. Tarikh keramat apakah? Kalau orang tua-tua, diaorang lebih prefer melihat tarikh dalam kelendar islam. Hari ini 02 Zulkaedah 1431H.

Hari ini bosannya ya ampun. Keluar dari pejabat hanya untuk makan brunch sahaja. Bila dah begitu keadaannya, sah2 la lunch hour hanya terperuk di pejabat sedang semua yg lain keluar entah ke mana. Ya Allah, sampai bilalah agaknya kehidupan ini akan begini sahaja. Aku kena cari jalan keluar nampaknya.

Ok, sebelum itu, ada dua soalan besar yg memerlukan jawapan.


Apa yg aku cari dlm hidup?

Apa yg aku nak?

Mencari rindumu di angin lalu

:P.. title memang tak bleh blah..

Semalam seorang anak jiran meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun. Budaknya kecil lagi, baru darjah enam, tapi sakit dah agak lama cuma sakitnya tak ada la hinggakan dia tak boleh bangun. Sesekali teruk, masuk wad juga, tapi bila dah segar sikit nampaklah dia sesekali mengayuh basikal perlahan-lahan pusing-pusing di jalan depan rumah. Kasihan dia, tapi dah nyawanya dipinjam hingga selama itu sahaja, kita kena redha sahajalah bukan.

Beberapa bulan lepas, emak dia yang dia panggil ma meninggal dunia. Dua minggu sebelum itu, pak saudaranya yang rumahnya betul2 depan rumah aku pergi dulu mengadap Ilahi. Abahnya sudah beberapa tahun juga pergi. Sekarang dia juga pergi menyertai mereka di alam sana. Memang sedih mengenangkan semuanya, tapi begitulah kehidupan. Tiada yang kekal di dunia ini kecuali Dia yang satu.

Dan kepada aku pula, setiap kali mengadap kematian, setiap kali itulah aku beringat untuk tidak berdendam dan memaafkan dalam erti kata tidak lupa untuk menziarahi selagi nyawa mereka-mereka dikandung badan. Jangan apabila dah tinggal jasad sahaja, baru nak terhegeh2 menziarah. Masa tu tak boleh buat aper dah, nak minta ampun maaf pun dah tak boleh.

Tapi itulah, apabila teringat-ingat apa yang pernah berlaku..hati berat sedikit hendak memulakan langkah. Bermacam-macam alasan pula diberikan pada diri sendiri bagi memujuk hati. Ishh..
Semoga Tuhan ampunkan dosa aku, dosa kedua ibu bapaku, dan mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Aminn.

Oct 8, 2010

Hanyut, tenggelam takut, timbul sesak!

Terapung ditengah-tengah, nak timbul rasa sesak, nak tenggelam kan, takut plak.

Hanyut, cam lagu Faizal tahir tu, or lagu citer Ahmad Durrah. Suka lagu tu. Cerita Ahmad Durrah, boleh la. Tak ada la rasa nak tengok dan takut tertinggal mana2 episod. Sebab ceritanya macam slow dan panjang lagi. Mungkin lambat lagi nak habis, jadi tak per la tertinggal mana2 episod awal2 ni.

Tak macam cerita Chinta. Alaaa.. Chinta Canduri tu. Hahaha.. best lak nama tu. Cam klasik jer. Cerita tu cam laju sajer. Cam nak cepat2 kasi habis. Haha..

Ok, serius. Part yang paling aku ingat ialah skrip ini, 'Dia marah kat Tuhan', (Dia tu merujuk kepada Chinta). Aku rasa aku pernah berhadapan dengan situasi itu, dengan beberapa orang kawan yg juga meluahkan rasa mereka. Cuma mungkin, marah itu tidak kemana kerana mereka tidak berdendam. Marah mereka dapat dipujuk dengan beristighfar banyak2. Semua orang pernah rasa marah, cuma bagaimana mereka melepaskan dan mengawal rasa marah itu, berbeza2.

Err.. hanyut lagi sekejap.

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa....

Oct 5, 2010

Cemburu atau terasa dipinggirkan?

Orang kata, cemburu tu kerana sayang. Tapi kalau dah sayang, kenapa nak cemburu2 plak kan. Sebab sayang tu dah menunjukkan sanggup menerima apa sajer, walaupun pakwe atau makwe kita usung orang lain ke sana ke mari dan kita plak hanya berputih mata, mata hitam entah ke mana melihat situasi tersebut. Hahaha... Itu belum lagi gigit jari tangan dan kaki, makan hati berulam jantung, buah pinggang dan tulang rusuk, patah hati dan hempedu, dan...err, apa lagi yer yg melibatkan organ2 dalaman kita. Hahaha...

Err.. maaf, terlebih buat lawak plak. Padahal hati sedang bergundah gulana, macam biasa dia jarang bertenang. Susah nak dipujuk. Biarkan dia.

Cemburu itu bukan kerana sayang. Tetapi cemburu atau dengki sebab mungkin orang lain lebih dari kita. Orang ada kereta besar, kita naik motor ke sana ke mari. Tak sedar plak yg si drebar kereta juga cemburu dengan kita sebab kita senang cilok dalam jalan yg sesak. Tengok orang ada berjawatan tinggi dan dihormati di pejabat, kita jeles tak pasal2 tanpa sedar orang yg kita jeleskan berharap kepalanya tak perlu pening2 fikir banyak perkara macam kita. Haa.. begitulah contoh2nya.

Cemburu sebab pakwe kita ngorat orang lain, atau bersama orang lain? Itu bukan cemburu tu, itu perasaan terasa dipinggirkan. Dipinggirkan keinginan kita, dibiarkan perasaan kita, kerana kita inginkan perhatian dia jugakkan. Pakai2 lawa, dan mekap apa sumer, alih2 dia duk layan orang lain berborak. Hahaha....

Tapi, kalau kita ada perasaan itu, adakah ianya bermakna kita sayang?

Oct 3, 2010

Oktober datang lagi

Bismillahirrahmanirrahim...

10 sama dengan Oktober. Aku buat satu keputusan dan aku betul-betul bertekad. Sebabnya, ianya bukan aku yg begitu. Aku yg lahir pada bulan ini 34 tahun yg lalu....

Semua orang ada kesukaan tersendiri, dan bakat-bakat masing-masing. Aku juga. Yang membezakan kita, antara kemahuan dan kemampuan. Seorang anak kecil mungkin sedari kecil memperlihatkan minatnya pada muzik, tapi si ayah hanya mampu menghantarnya ke sekolah biasa yg hanya mengajar bermain recoder lagu 'do re mi...' dan bakatnya tidak berkembang. Sedang seorang anak kecil yg lain pula suka melukis dan si papa mungkin nampak kelebihannya dan menghantarnya ke sekolah melukis terkenal di London. Kononnya.. begitulah.

Nampak bukan, antara kemahuan dan kemampuan.

Tapi bila dah besar, dewasa, ada anak begini, bakat apa lagi yg boleh diasah? Hahaha....

Bukan begitu.. ceritanya begini..

Bila dah dewasa, mungkin si anak yg tidak mampu ketika kecil dulu untuk belajar muzik, belajar dan belajar.. sehingga masuk universiti. Di uni pula, ada persatuan muzik dan minat yg tidak pernah hilang sejak kecil itu kembali hidup. Dia boleh belajar bermain gitar misalnya, dengan guru muziknya dan kawan-kawan yg tidak lokek ilmu.

Ceritanya lebih menarik mungkin, apabila dia dah habis belajar dan bekerja, dia mampu untuk memiliki gitar sendiri. Jadi, dia beli gitar dan selalu memetik gitar itu ketika lapang sepulangnya dari kerja. Hatinya mungkin terhibur dan tenang dengan cara begitu.

Errr.. cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yg hidup, apalagi yg dah mati. :D

Jadi, rasanya tidak salah untuk aku berbuat apa yg aku suka sekarang. Perhabis duit sendiri hasil titik peluh akibat panas boss kedekut pasang aircond secondhand kat opis selepas memandu kurang sepuluh minit dari opis satu lagi yg enaknya tiada kerja hingga nak bergerakpun dh jadi malas.

Tapi, bukankah lebih baik bersederhana dan beringat akan hari muka. Sesekali release tension dengan menghadiahkan diri sendiri dengan sesuatu, ok jer. Tak per. Tiada yg kisah sebab tiada yg peduli. ;D

Sep 28, 2010

Sakit yg sakit

Rasa sedikit relaks hari ini


sebab


balik sekejap dan berehat dirumah masa lunch hour for about 2-3 jam. Eh, terlama plak.. hahaha..


tapi, kalau lagi lama, memang sah2 tk pergi semula ke pejabt dah.

Sep 27, 2010

Penghujung September yg bisu

Diam dan tanpa suara. Memang la kan, bila diam sah2 la tak bersuara. :P

Bisu ini bererti kurang bercakap. Tapi dalam meeting tetap bising melawan cakap. Hahaha.. teruk betul seorang aku. Kekadang aku terfikir, adakah suara aku macam orang nak cari gaduh walaupun aku rasa macam sudah sehabis nafas mengontrol suara?

Pernah jugak la aku bertanya pada kawan2 rapat, 'suaru aku cam nak cari gaduh ker?'

Tapi diaorang kata 'Eh, mana ada. Suara mu dalam tepon sedap, merdu lagi!' Err.. diaorang kata la. Hahaha...


Dah tu, pesal plak orang2 yg bermeeting ngan aku atau yg berdiskas melalui tepon ngan aku, selalunya membalas cakap aku cam nak gaduh. Orrr... diaorang memang ajak gaduh kot. Aku jer yg buat2 tak paham. Hahaha...


Err.. cam hepi jer entri, tapi hakikatnya, sipenulis sedg kelam, selam, peram, dan aper2 'am' lagi.

Sep 22, 2010

Di suatu senja yg bulan mengambang hampir penuh

Dalam sebuah kereta hitam yg dipandu sederhana laju, menuju pulang.


Seorang budak perempuan bersungut pada mamanya yg sedang cuba menajamkan prihatin pada jalan tar hitam.


'Mama ni, ada jer kereta besar.. tapi anak seorang sahaja!'



Hahahahahaha....



Maaf, tapi aku rasa kelakar. :D

Satu Dua Tiga

Ya.. ini hanyalah percubaan pertama..


 


 

Aikk.. pesal tukar plak font.. aper ni aper ni..


 

Ok, nk publish camner lak ni..


 

Ok.. ok..jumpa.


 

Testing go on..

Mencari dan pencarian

Assalamualaikummm....

Aku mencari

untuk bercerita apa yg aku rasa

sebenarnya

tentang hidupku

... siapa yer?

Sep 21, 2010

Nak naikkan berat badan lebih susah dari nak turunkan berat badan

Assalamualaikummm....

Kurus sangat tak cantik. Tak der potongan kata orang. Bagi lelaki, diaorang kata nak peluk tak sedap sebab terasa tulang di sana sini. Hehe.. Tapi gemuk sangat pun, tak elok jugak. Bukan saja sangat mengalukan kedatangan penyakit (termasuk penyakit malas dan cepat mengah) malah nak bergaya cam model pun susah. Jadi, bukankah elok besederhana sahaja? Lagipun sebagai orang islam, kita juga digalakkan besederhana dalam kebanyakan hal. Kan? Termasuk la dalam bab tubuh badan ni.

Biasanya kita selalu dengar kan orang bersungut susah nak turunkan berat badan. Haa... sekarang dengar pula, rungutan orang kekurangan berat badan. Hehe.. Bukan nak bersungut sangat, sebab tak baik bersungut, tapi nak berkongsi jer la.

Sebenarnya orang yg kekdg kita tengok kurus macam tiang lampu tu, sebenarnya susah nak naikkan berat badan diaorang. Makan banyak mana sekalipun, badan cekeding jugak. Ada pula tu, yg memang kuat makan. Memang makan ajer kerjanya, tapi tubuh camtu jugak. Telan aper2 vitamin pun. Hasilnya, duit jer makin kurang tapi isinya tak nampak dimana-mana.

Ini kes saya la sekarang ni. Rasa lapar dan nak mengunyah ajer, tapi 1 kg pun tak naik lagi. Aper lagi 4kg. Tapi takper, perlahan-lahan mungkin kembali cam biasa. Ye la, kekadang kita tak suka dengan keadaan kita, tapi kita kena terima la juga dan bersabar sedikit. Asalkan ada usaha. Kan.

I love 'mint'

Assalamualaikumm...

Lama tak menjenguk ke ruangan new post di sini. Sebabnya, kekurangan idea sudah otak ini walaupun masa drive or cooking or bathing or sleeping (eh.. masa tidur pun fikir jugak!!), idea datang bertalu-talu bagai dihambat sang belang. Kalau menjenguk ke blog pun sekadar nak menjenguk ke blog2 yg disenaraikan disebelah. Saya tak bookmarks sebab tak nak menyemakkan browser Mozilla Firefox saya.

Tadi singgah bersahur.. eh tak, singgah menjengah blog orang yg seperti biasa la, tunjuk kek lawa2 dan nampak sedap. Hehe.. Serius nampak sedap sebab kaler hijau. Saya tak suka kalau kek atau biskut atau aper2 dessert berwarna merah. Sebab biasanya ianya adalah perasa strawberri atau sirap yg selalunya manis. Saya suka hijau. :D

Hijau adalah segar. Hijau perasa ubat gigi, err.. begitulah kebiasaannya orang kata kalau ada perasa mint. Mesti dikaitkan dengan ubat gigi yg pedas berflourida. Tapi saya suka. Rasa segar mint itu sedap. Lebih2 lagi aiskrim perasa mint. Sedap!

Hijau juga adalah alam. Daun, rumput, pokok2. Dan.. pistachio! Kek atau biskut yg berwarna hijau juga biasanya berperasa pistachio yg cerdik. Adik saya panggil itu kacang cerdik. Malah dah lekat nama tu pada kacang pistachio dikalangan kami semua. Biskut yg berkacangkan pistachio sangat sedap. :D

Err.. ingt nak cari esen peppermint la. Nak buat kek cam dalam blog ni.

Sep 11, 2010

2 Syawal 1431H

Assalamualaikumm...

Hari kedua berhari raya aidilfitri. Semalam telah menjelajah hampir kesemua rumah sanak saudara yg terdekat, di kampung sebelah dan dikampung ini juga. Telah kenyang perut sesungguh hati lepas minum air rumah tu, naik tangga rumah ni dan makan biskut raya lagi. Yer la, dah rumah sepupu sepapat mak dan pak saudara semuanya sebelah menyebelah jer. Paling jauh pun, jalan sikit lintas jalan raya yg berderet kereta jem dari simpang utama kampung. Walaupun kekenyangan, aku suka menjenguk keindahan biskut raya dan merasa kesedapannya. Kalau yg nampak menarik dan sedap, masuk ke perutlah barang sebiji.

Jadinya hari ini, hanya duduk dirumah melayan tetamu. Paginya, tetamu bertali arus la jugak. Hingga ke tengahari. Dah ke petang sikit, rumah dah jadi sunyi sepi. Baring depan tv layan Mohabbatein la plak. Dan ianya sungguh-sungguh mengingatkan aku pada raya tahun 2000.

Tahun itu aku bekerja di Baharuddin Ali & Low, Taman Maluri. Berkawan rapat dengan beberapa orang budak melayu disitu. Antaranya seorang yang dianggap adik angkat, Nurkamarulnisah. Dia tinggal di Kuala Lumpur itulah. Aku masih dapat bayangkan jalan-jalan menuju ke rumahnya itu sebab memang acap kali juga aku kerumahnya hinggakan keluarganya juga sudah kenal rapat dengan aku. Tapi setahu aku, sekarang keluarganya dah kembali ke negeri asal mereka, Negeri Sembilan. Daerah Seremban barangkali. Dia buat rumah terbuka tahun tu, selepas aku menghabiskan cuti raya di kampung. Bukankah orang di KL benar-benar menghabiskan tempoh sebulan untuk berhari raya? Tahun itu juga cerita Mohabbatein sedang panas lagi. Sambil tetamu menjamu selera, video clip dari cerita itu di tayangkan di tv. Memang bertambah-tambah meriahlah jadinya. Hmmm..

Sekarang aku dah lost contact pun dengan Nur. Berita terakhir aku dengar dari seorang kawan lama yg merupakan abang angkat dia, dia dah kahwin. Aku doakan dia berbahagia dimana sahaja dia berada.

Bosan sebenarnya hari ini. Bosan sungguh. Hendak berjalan-jalan, jalan raya di kampung-kampungpun sesaknya mengalahkan KL.

Nampaknya beginilah raya aku tiap-tiap tahun pun. Sangat membosankan sekali. :(

Sep 10, 2010

Malam 1 Syawal 1431H

Assalamualaikummm...

Menjelang satu syawal iaitu semalam lagi, ada berlaku satu kekecohan. Ianya tidak melibatkan aku, tetapi sipi-sipinya terkena juga. Tapi aku okay, malas nak mengambil perhatian sangat. Banyak lagi perkara lain perlu diselesaikan. Hari ini kekecohan masih bersambung, dan tempiasnya masih sedikit-sedikit terkena. Sambil mengacau adunan kuih siput, aku sibuk juga melayan panggilan telefon yang agak bertalu-talu.

Selepas kuih siput, kek coklat pula. Sebelum tu, tukar langsir yg sedia dipakai kepada yg lain. Bukan yg baru, cuma bertukar sahaja. Langsir baru cuma di dalam bilik aku. Hehe.. Dah lama rancang nak beli langsir baru.

Petang tadi tak memasak kecuali sambil aku membuat kek, mak memotong daging dan ayam untuk aku masak malam nanti. Untuk makan malam, lauk masak lemak cili api semalam masih banyak. Untuk berbuka, ayah dah beli makanan di pasar. Cukuplah untuk dihabiskan malam nanti. Kalau terlebih memasak, esok lusa pastinya menjadi habuan ayam jer. Hari raya, bukannya orang makan sangat nasi putih.

Selepas berbuka, perang mercun bermula. Tak putus-putus mercun disana-sini berbunyi. Sungguh meriah sekali. Aku rasa, kalaulah tiada orang yg bermain mercun, pasti sunyi sepi malam raya. Rumah belum berkemas sepenuhnya tapi aku perlu memasak untuk esok. Kalau aku masak pagi esok, takut lambat pula. Ayah tak suka makan pagi lambat.

Jadi selepas isyak, aku siap-siap menyediakan bahan untuk membuat rendang daging. Siap rendang di atas dapur, aku perap pula ayam untuk masak kerutup ayam. Lepas masak semua, aku rasa lapar. Aku biar mak potong timun, carrot semua untuk dibuat acar sambil aku memasak sebungkus meggi. Hahaha.. mak kata, 'pesal makan meggi padahal ketupat dah ada, rendang dah masak?' 'Entah la mak, tetiba terasa nak makan meggi'. :D

Selamat hari raya semua.

Sep 8, 2010

2 Days before

Hahaha... mengira macam dalam cerita orang puteh tunggu meteor jatuh ke bumi atau sebelum hari perkahwinan Lex dengan Lana. Err... terpengaruh dengan Smallville skit sebab sejak bulan puasa, marathon tengok series Smallville. Orang lain marathon khatam Quran, aku marathon tengok Smallville. Nampak kan, betapa tidak menjadinya Ramadhan tahun ini pada aku.

Mungkinkah kiamat sudah dekat? Sebab aku tengok dan perati, bulan puasa tahun ini ramai yg lemah dan tak larat sungguh. Tapi aku tak lupa baca Quran walaupun tak khatam satu Quran sepanjang bulan Ramadhan yg barakah ini.

Ramai yg sudah selamat balik kampung. Adik aku, petang kali barangkali baru sampai dari Kuala Lumpur. Mak bungkus tapai hari ini. Sebelum aku pergi kerja pagi tadi, mak sedang kukus beras pulut. Aku tinggal banyak pesan kat Aisya supaya banyak menolong neneknya. Kesian mak, macam tak larat jer. Aku? Tak berapa nak sempat menolong. Tengok, pagi ni pun aku masih mengadap kmputer di pejabat. Ada kerja kena settle sebenarnya, kalu tak aku pun tak datang dah kerja. Ni pun lepas taip entri ni, nak balik dah. Nak singgap mydin jap, beli lampu lip lap.

Malam tadi, bertungkus lumus aku menarik wayar extension nak pasang lampu lip lap. Bila switch on jer, tak nyala. Arghh.. geram sungguh. Mungkin sebab lampu tu dah lama kot. Kesian rumah aku, tak der lampu lip lap. Dah la pelita langsung tak pasang kali ini. Sebab tak der orang nak layan. Rumah orang lain meriah sajer dengan pelita dan lampu lip lap segala bagai tu. Last-last, aku cucuh jer lilin dan letak sekeliling rumah. Seronok kejap tengok cahaya lilin bersinar menyimbah kaler kuning. Kejap jer la, lilin raya kan pendek jer. Kejap jer habis la.

Ok, la. Nak balik dh la. Orang lain sumer dh cuti. Selamat bercuti dan berhari raya sumer!

Sep 6, 2010

3 Hari menjelang 1 Syawal

Again, counting days... hahahaha...

Sebenarnya aku lebih menunggu hari rabu daripada hari jumaat. Sebab hari rabu, si kecil ini akan pulang. Lambatnya rabu... :(


Counting days

Assalamualaikumm...

Orang lain mengira hari untuk pulang ke kampung, untuk menyambut raya bersama ibu ayah. Tak sabarnya nak balik kampung, seminggu lagi nak balik dah siap-siap masukkan kain baju dalam beg. Pastu, bila nak pergi kerja, tercari-cari tudung nak pakai. Laa.. dah termasuk dalam beg nak balik kampung. Hahaha...

Itu bagi yg jauh di perantauan. Samada yg mencari rezeki untuk menyuap mulut sendiri atau yg sedang menimba ilmu bergelen-gelen.

Bagi kami, yg sedia duduk di kampung, atau lebih tepat lagi yg memang duduk dengan mak ayah, atau yg jarak rumah sendiri dengan rumah mak ayah tak sempat habis satu lagu kat radio, lain pula kiraannya.

Hari raya jatuh pada hari Jumaat di mana memang cuti la kat sini kan. Hari bekerja, sah-sah rapat sehingga khamis. T_____T

Aduhhh.. kasihan sungguh pada mereka-mereka yg punya boss tidak prihatin tentang persiapan hari raya oleh staff-staff perempuannya. Kalau staff lelaki tu, tak per la kan. Bukannya boleh tolong banyak pun.

Errr... aper-aper hal pun, esok aku nak mula cuti. Nak buat kuih raya. Kalau ada emergency kat opis, baru aku pergi kerja. :D

Sep 5, 2010

4 Hari sebelum Syawal 1431

Assalamualaikumm...

Ramadhan cuma tinggal 4 hari sahaja lagi. Cuti sekolah di sini sudah bermula sejak jumaat yg lalu. Dan seminggu yg lepas, kami sudah membeli belah segala kelengkapan memasak untuk Syawal nanti sebab kononnya tidak mahu bersesak membeli belah di saat-saat akhir. Tapi kemudiaanya baru perasan benda penting yg patut di beli sudah terlupa diletakkan dalam senarai! Beras nasi dagang dan rempah untuk gulai nasi dagang! Entah macamana boleh terlupa sedangkan kami sudah elok-elok ke pasar payang minggu lepas dan mendapat parking yg sangat elok (betul-betul belakang pasar).

Satu lagi perkara penting yg hampir aku terlupa, baju raya Aisya. Masyaallah, bagaimana boleh terlupa. Sebenarnya bukan betul-betul terlupa. Aku sebenarnya merancang untuk membeli 'nanti-nanti' di mana-mana pasaraya di sini sahaja, sambil sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa tahun ini aku tidak mahu berbelanja sakan, dan minggu terakhir adalah waktu larangan untuk masuk bandar kerana tidak mahu sesak dengan jem. Dua perkara yg sangat bertentangan! 'Nanti-nanti' itu mujur diingatkan oleh mak bahawa minggu terakhir adalah minggu ini!!! Jadinya, semalam awal-awal pagi aku ditemani mak dan Aisya mencari baju raya untuk Aisya.

Alhamdulillah, dalam menyesal kerana tidak membeli baju raya untuk dia siap-siap di Kuala Lumpur seperti tahun-tahun sebelum ini, aku tetap berpuas hati dengan hasil beli-belah baju raya dia kali ini. Cumanya, untuk masa akan datang, aku akan pastikan aku tidak mengulang kesilapan ini. Baju-baju disini mahalnya yang amat untuk yang sedikit berjenama.

Untuk 4 hari lagi, aku berharap selera makan aku akan kembali pulih. Sungguh, bulan puasa tahun ini sangat teruk bagi aku. Selera makan jatuh merudum. Aku hilang 4kg!! Sebungkus nasi dagang berharga RM2.50, separuh pun susah untuk aku habiskan. Sebekas polisterin nasi ayam, hanya sesuku bahagian sahaja yg termampu masuk. Sungguh sadis sekali. Pernah aku langsung tidak menjamah nasi langsung selepas berbuka dengan laksa. Bersahur pun hanya dengan air. Lepas raya ini, aku nak cari vitamin. Mesti!

Oh ya, mulai semalam rasanya dah ramai yg mula balik kampung. Seronok kan, perasaan balik kampung untuk beraya. Aku pernah merasakannya dulu. Untuk hampir sepuluh tahun. Sekarang, aku setiap hari balik kampung. :D

Selamat balik kampung semua. Hati-hati di memandu.

Aug 31, 2010

Labelkan supaya mudah untuk dicari

Assalamualaikumm...

Saya, kalau bab-bab hal-hal pejabat, surat-surat keluar masuk, tuntutan dan pembayaran, dan apa-apa sahaja perihal yg berkaitan kerja, pandai pula nak susunatur, sistematik segala, fail dan label. Sama juga yg dalam komputer, segala file elok diasing-asingkan dalam folder masing-masing. Siap label segala. Senang nak minta tolong nur carikan apa-apa jika kebetulan saya tiada di pejabat.

Tapi, blog ni, segala entri dibiarkan berterabur tidak dilabel langsung. Dah tu, bila nak cari entri lama sebab nak buat entri baru takut dah pernah bercerita perihal yg sama, susah yg amat. Nak kena cek semula banyak tu!

Jadinya, mulai hari ini.. nak kena labelkan jugak la. Cam orang lain buat. Hehe...

Aug 30, 2010

Yahoo Massenger chat room

Assalamualaikumm...

Zaman sekarang, berchatting di yahoo massenger chat room mungkin tidak lagi menjadi pilihan ramai. Seperti juga mIRC atau kampung chatroom atau macam-macam lagi chatroom yg wujud ketika internet baru popular di Malaysia. Saya rasa la kan. Sekarang yg paling popular dan tengah ngetop semestinya facebook.

Tadi, disebabkan sangat mengantuk saya mencari sesuatu untuk dibuat atau seseorang untuk dibualkan di mana-mana di alam siber. Tidak ada. Jadi, saya tiba-tiba terfikir untuk masuk ke chatroom yahoo massenger. Maka merapu la saya seketika di chatroom Terengganu sebelum disapa beberapa orang secara private message.

Memang membosankan sebenarnya berbual-bual secara formal seperti disapa dengan soalan-soalan rasmi. Asal dari mana. Tinggal dimana. Kerja di mana. Kerja apa. Umur berapa. Dah kahwin belum. Ada bf tak. Aduhhhh... bosannya. Tak boleh ke buat sapaan yg luar biasa sikit seperti 'Semalam aku berbuka dekat luar, tak sedap sungguh makanannya, membazir jer duit aku sebanyak rm200. Nko berbuka kat mana semalam?'. Contoh la kan. Makan apa sampai rm200 sorang2!

Tapikan, ada satu lagi tambahan soalan perbualan rasmi yg baru disini. Mungkin dah agak lama, tetapi sebab dah lama tak berbual dengan orang asing, maka ianya masih baru kepada saya. Selepas soalan, 'Ada bf tak?' yg merujuk kepada boyfriend atau kawan lelaki, mereka akan terbalikkan perkataan 'bf' tu menjadi 'fb' merujuk kepada facebook. Haaa... rupa2nya itu tambahan soalan formal baru, 'Ada fb tak?'. Hahahaha...

Agaknya sekarang dah jadi macam orang asing kot kalau tak ada fb. Hehe...

Aug 28, 2010

Lagenda Budak Setan

Salam...

Macamana nak buat supaya rasa gembira dan bersemangat nak pergi kerja? Saya sungguh tidak bersemangat. Saya seperti sudah bosan dengan kerja saya. Mungkin sebab kerja tidak banyak sekarang. Makanya saya sangat sediamaklum, apabila kerja berkurangan, kebosanan akan melanda.

Maka apa yg perlu saya buat?

Semalam saya dibuai-buai dengan lagu daripada cerita "Lagenda Budak Setan". Saya ulang-ulang lagu tu sepanjang saya online. Malam ni, bila saya online sahaja, telinga saya seperti terngiang-ngiang lagi lagu tu. 'Bila cinta....'. Agaknya jiwa saya kosong kot sekarang, sebab tu saya rasa hidup saya bosan.

Aug 26, 2010

Ramadhan 16th

Assalamualaikum....

Aisya baru ponteng puasa sebanyak satu hari. Err.. bukan ponteng, disuruh berbuka oleh mama disebabkan terkena food poisoning. Walaupun diberi upah sebagai pemangkin semangat, tapi nampak sangat dia bukan berpuasa disebabkan upah seringgit sehari itu. Dia berpuasa sebab semua orang berpuasa, semua orang tak makan.

Yang bagusnya, Aisya sangat mudah bangun sahur. Seperti biasa yg diajar dan dididik ayah sejak kecil, kami adik beradik memang di'wajib'kan bangun sahur biarpun sekadar untuk minum seteguk air. Dulu masa aku kecik, ada waktu-waktunya sangat mengantuk hinggakan untuk buka mata pun susah. Lepas tu mula la malas bangun sahur. Tapi selagi tak bangun, selagi tu la telinga ni dengar suara mak panggil dari dapur dan suara ayah membebel-bebel. Akhirnya, bangun dan minum segelas air. Cukuplah. Hehe..

Aisya, aku kejutkan sahaja, mesti terus bangun walau mengantuk macamana sekalipun. Err.. mungkin dia bangun itu lebih kerana takutkan mama tinggalkan dia daripada untuk bersahur.

Aisya ada satu tabiat yg agak merisaukan aku. Dia susah hendak lena sekiranya tiada sesiapa baring disisinya, dan dia akan mengamuk sekiranya apabila dia terjaga dari tidur dan tiada siapa disisinya. Sebab itu setiap kali aku terjaga untuk ke tandas pada waktu malam, aku akan pastikan dia tidak terjaga dan aku akan cepat-cepat kembali ke bilik. Aku takut dia terjaga dan menjerit malam-malam buta!

Sahur tiada masalah nampaknya pada Aisya. Berbuka? Aku akan mengikut seleranya sebagai meraikan kemenangannya melawan nafsu makan minum sehari suntuk. Kekadang dia bersungut juga dahaga, tetapi aku dan mak memujuknya bersabar kerana dia sudah besar. Alhamdulillah, dia makan dengan berselera apa sahaja yg aku masakkan untuk dia, as long as aku yg masak. Bukan beli. Aku juga cuba mengelakkan makanan berat-berat dibeli dibazar ramadhan. Aku lebih yakin dengan yg dimasak sendiri. Kuih juga cuba dibuat sendiri biarpun memang tidak dapat menghalang tabiat ayah yg suka ke pasar membeli kuih-kuih. Alhamdulillah juga, pembaziran makanan agak kurang ramadhan kali ini.

Malam esok anak saudara comel dari Johor akan pulang. Tak sabar nak peluk cium si kecik tu. Raya nanti diaorang (abang sekeluarga) tidak dapat pulang kerana abang tidak mendapat cuti untuk tahun ini. Sebab itu mereka pulang pada bulan puasa. Rindu juga pada baby di KL.. rindu sangat!!

Aug 22, 2010

Gudang mercun meletup, seorang meninggal..salah siapa?

Dalam aku membaca berita itu di sini, masih kedengaran gedebum-gedebam di merata-rata kampung, samada di kampung ini atau kampung-kampung sekitar. Kuatnya bagaikan mereka tidak kisahpun dengan kejadian sadis yg telah berlaku, yg setahu aku adalah kejadian pertama di sini (terengganu) Ramadhan tahun ini. Ataupun mungkin mereka tidak tahupun tentang kejadian itu, atau ibu bapa mereka tidak ambil peduli untuk melarang mereka.

Aku bercerita berdasarkan pengalaman. Bukan pengalaman terkena mercun, atau bunga api, atau apa. Tak. Aku bukannya berani sangat untuk bermain mercun-mercun segala ni, walaupun bunga api yg apinya cantik beribu bintang tu, yg artis-artis selalu main dalam rancangan hari raya dalam tv tu. Yang apinya tersembut ke depan sahaja tu, aku berani la sebab yg tu apinya tidak kena tangan. Tupun pegang hujung-hujung jer.

Ini pengalaman berhadapan dan dikelilingi budak-budak bermain mercun. Sungguh, aku tidak suka dengan meriam buluh yg bunyinya aku rasa boleh menyebabkan aku sakit jantung. Sangat mengejutkan ok. Memandangkan belakang rumah ini adalah baruh dan tiada kediaman melainkan sebuah rumah yg hanya menunggu masa menyembah bumi, tempat itulah dulu menjadi sasaran untuk budak-budak melancarkan meriam buluh mereka. Masa itu Aisya kecil lagi dan of course aku menjerit juga pada mereka supaya bermain jauh-jauh.

Sekarang, aku dengar pula mak bercerita ada berlaku perbalahan antara mak bapak budak yg bermain mercun dengan mak budak yg dilarang bermain mercun. Budak yg bermain mercun tu bermain sekitar rumah mak budak yg dilarang bermain mercun. Marahnya dia (yg umurnya muda dari aku) sehingga menyerang rumah mak bapak (yg lebih tua banyak dari aku) budak yg bermain mercun.

Aku tak ambil peduli sangat as long diaorang tak main sekitar rumah ni, sudah cukup rahmat. Cuma aku terfikir juga, mak ayah budak yg main mercun tu cam langsung tak kisah anaknya main mercun yg dibuat sendiri dengan buluh tu Meriam buluh la tu! Diaorang tak risau ke putus tangan ke, kaki ke cam berita-berita yg pernah berlaku tahun-tahun sebelum ini. Ni lagi la, pecah kepala tu!Kesian sungguh, budak yg tak bersalah jadi mangsa.

Walaupun malam ni agak kurang bunyi mercun (mungkin sebab dah lewat malam), aku harap pihak polis mengambil langkah yg lebih ketat mengawal keadaan. Baru ni aku ada terbaca kat mana ntah perihal polis rondaan di tambah bilangannya bagi mengawal keadaan di bulan puasa ni. Tapi yg silapnya di sini, kot polis-polis tu sendiri seronok melayan budak-budak main mercun. Ishh.. macam-macam la.

Aug 19, 2010

Catatan 9 Ramadhan

Assalamualaikumm...

Aku agak kecewa dengan ramadhan kali ini. Kecewa dengan diri sendiri yg nampaknya agak lemah dan lembap. Ada separuh lagi ramadhan dan aku cuba perbaiki diri.

Petang tadi dalam perjalanan pulang, perut sakit sekali. Ya, gastrik menyerang lagi setelah sekian lama tidak singgah kerana aku selalu beringat untuk menjaga makan minum. Alasannya mudah. Waktu sahur awal pagi tadi, aku cuma menjamah sepotong pisang sira. Aisya juga makan sepotong. Sedang semalam, makan untuk berbuka hanya sedikit kuih kemudiannya tidak makan apa-apa lagi. Akibat terlalu mengantuk, aku malas hendak makan nasi ketika bersahur.

Perut terasa bagaikan pusat ditarik rapat menyentuh tulang belakang. Kemudiannya seperti ada satu urat perut diregang dan ditarik kuat tidak mahu dilepaskan. Aku terus memandu pulang biarpun sakitnya seperti memaksa aku berhenti sahaja di tepi jalan. Teringat suatu ketika dulu, aku pernah diserang sakit yg sama ketika berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Aku terduduk di kerusi dan tidak mampu untuk berdiri.

Aku berharap perkara itu tidak akan berulang. Aku sangat sedar, ianya salah diri sendiri. Kerana mengikut nafsu sungguh. Mengantuk.

Benci ah.

Aug 18, 2010

Adik beradik kamu berkahwin, apa perasaan kamu?

Eh, ini bukan cerita bila akak, abang atau adik kahwin, kemudian kamu pun terliur nak kahwin sama. Tak, bukan. Ini tentang perasaan sebagai adik beradik. Yer la kan, selama ini adik atau akak atau abg kamu tu tempat kamu bermanja atau bergaduh dan yg memeriahkan suasana setiap hari. Ataupun mungkin yg selalu diharapkan utk ke kedai membeli gandum kerana kamu hendak membuat jemput-jemput tapi dah siap-siap potong bawang, siang bilis, baru kamu sedar gandum dah habis. Ataupun bila rumput sekeliling rumah dah panjang hinggakan kamu sendiri takut hendak berjalan dalam rumput kerana bimbangkan ular, ada dia (abang atau adik) yg rajin menyembur racun hingga ranap semua rumput-rumput termasuk pokok bunga kamu.

Jadi, bila tiba-tiba kamu melihat dia dengan seorang perempuan, berbincang seolah-olah perkara penting akan berlaku, terdetik sesuatu di hati kamu.

Nanti bila dia dah kahwin, siapa yg boleh diharapkan untuk ke kedai atau meracun rumput?

Sedih jugak kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...