Iklan

Jun 26, 2011

Setengah Jam Lagi

Jam sudah menunjukkan empat tiga puluh tiga minit petang. Diluar langit terang, dan angin bertiup agak kuat. Ianya boleh dikesan apabila kedengaran bunyi-bunyian pelik dan menyeramkan sekiranya malam, yang dibuat dek angin masuk ikut celah-celah bukaan tingkap dan pintu. Padahal pejabat ini hanya di tingkap satu. Kalau lagi tinggi, lagi menakutkan rasanya bunyi angin itu. Seperti ketika di pejabat lama di tingkat lima, atau di rumah pangsa sewaan ketika belajar di Penang tahun 1998 di tingkat sebelas rumah no. lapan. Kalau tidak silap.


Aku di pejabat yang sedang mengadap komputer meja ini sedang cuba juga menahan mata yang sekejap-sekejap mahu tertutup. Sakit kepala yang tadi terasa sudah hilang setelah habis setin hundred plus, dan sebungkus nasi ayam. Tetapi mengantuk pula yang hadir tanpa diundang. Tolonglah mata, bersabar dahulu. Sekejap lagi boss keluar, ambillah sedikit masamu walau sepicing cuma.


4.45 minit petang, boss sudah bergerak ke belakang untuk mengambil wuduk dan solat Asar. Pundi kencing pula penuh ni, bahana setin hundred plus. Permisi sebentar.


Alhamdulillah, segar bugar mata setelah mengadap-Nya. Sakit kepala sikit-sikit masih terasa. Terasa tertekan tidak tahu kenapa. Perlu redakan keadaan, perlu menghadap kehijauan. Maaf dengan kemasukan merapu ini. Sekadar menghalau rasa mengantuk tadi, maka dirancakkan jemari menari di atas papan kekunci. Maka, beginilah hasilnya.


Salam.

Jun 22, 2011

Masihkah Kau Ingat



Ingat tak lagi korang kat lagu ni? Ini lagu lama, masa aku budak-budak lagi. Dah berpuluh tahun, tapi semalam dengar kat radio sinar, terasa sedap sahaja ditelinga. Masih boleh ingat liriknya walaupun memang lama sungguh tak dengar. Lirik yang ringkas tapi padat!


Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Jun 19, 2011

Demam dan Agar-Agar Peach.

Hari Khamis lepas sudah terasa tidak berapa sihat. Sakit kepala berdenyut-denyut setiap kali terjaga dari tidur yang memang acap kali jaganya, akibat hidung yang tersumbat sebelah. Memandangkan malas untuk tidak pergi kerja (hahaha.. ada jugak orang macam ni!), maka telan dua biji actifast, dan sakit kepala itu hilang tidak lama kemudian. Tetapi tubuh masih rasa tidak segar. Teringat kata seorang kawan, sesekali kita kena biarkan demam keluar, jangan cepat sangat telan ubat yang biasanya menahan sakit bukan menyembuh sakit!


Jumaat, saya demam. Demam yang sungguh-sungguh. Tidak main-main lagi. Melepek sahaja sepanjang pagi. Tetapi tengaharinya, disebabkan cuaca yang panas, tiba-tiba teringin hendak makan agar-agar peach yang kelmarinya saya tengok resepi kat internet, tapi lupa di laman mana. Banyak sangat google resepi. Saya ada tulis resepinya, tapi disebabkan keringkasan caranya, maka saya salin pun secara sangat ringkas. Rasa larat nak bangun, saya gagahkan diri ke dapur. Tuang air dalam periuk secukupnya (saya langsung tak sukat), bubuh gula dan serbuk jelly konnyaku yang sebenarnya tertulis sudah ditambah gula tapi saya takut tak manis. Sementara menunggu serbuk jelly hancur, saya blend peach dalam tin dengan airnya sekali. Dah menggelegak air, saya tuangkan peach yang sudah hancur. Angkat, tuang dalam loyang dan sejukkan. Saya terbaring semula di dapur itu. Beralas tikar mengkuang.


Kebenarannya ialah, saya biasanya menggunakan serbuk agar-agar jenama Nona setiap kali membuat puding atau agar-agar. Terpengaruh dengan beberapa resepi dalam internet yang menggunakan serbuk Jelly Konnyaku, saya cuba beli sepaket yang tiada perasa. Saya pernah buat agar-agar milo, tapi disebabkan tak biasa dengan sukatannya (banyak mana serbuk dengan banyak mana air) maka, agar-agar itu menjadi terlalu kenyal. Langsung tidak sedap. Dah lama tu. Selepas itu, saya tidak guna lagi serbuk jelly yang masih banyak itu.

Dan buah peach dalam tin itu juga sudah lama dibeli. Kononnya hendak membuat peach cobbler. Tapi tak buat-buat juga. Kerana takut expired, saya cari jer resepi yang ringkas-ringkas menggunakan buah peach dalam tin.

Jadi, kali ini pun, adalah resepi try and error sahaja la. Kalau jadi, alhamdulillah. Kalau tidak, lainkali saya adjust apa yang patut.

Dalam 2 jam dalam peti ais, saya kononnya hendak membuat lapisan kedua. Susu segar dipanaskan dengan sedikit gula, manakala sesuku susu segar yang belum dipanaskan dicampur dengan tepung kastard. Kacau-kacau kasi hancur tepung kastard, kemudian dituangkan ke dalam susu yang dipanaskan. Didihkan sehingga agak pekat. Ok, saya telah tersilap disitu. Sebab main agak-agak sahaja sukatannya, saya terkurang tepung kastard, menyebabkan lapisan kastard saya tidak membeku.

Oh ya, saya tidak membuat dua lapisan. Tapi sementara menunggu campuran susu sejuk sedikit, saya telah mencedukkan sesudu demi sesudu agar-agar peach tadi ke dalam bekas kecik. Sesudu pula ke mulut. Oh, sedapnya! Sejuknya terus perlahan-lahan turun ke saluran esofagus. Nikmat sungguh dalam cuaca yang panas, dan tubuh juga panas ini.

Kemudian, saya tuangkan pula campuran susu kastard tadi ke dalam bekas berisi agar-agar. Letak semula dalam fridge. Petang bila dikeluarkan, biarpun lapisan kedua tidak membeku dan jadi seperti kuah kastard, tetapi ianya tetap sedap.


Maaf, kali ini tiada gambar. Petang ke malam, saya sangat tidak larat. Baru terfikir untuk ke klinik bila sudah teruk-teruk begitu, tetapi klinik pula saya tidak pasti buka atau tidak pada hari jumaat. Sangat tidak larat sehinggakan saya telan lagi 2 biji actifast. Esok paginya sabtu, saya bangun tidur dengan tubuh yang agak kuat walaupun tidak terasa segar. Saya kena pergi ke public library, giant dan ke kedai emas. Pergi secara cepat, tidak ada toleh-toleh tengok itu ini. 3 jam juga ke tiga tempat itu. Petang saya rehat sahaja, tidak dapat tidur pun kerana sehari sebelum sudah tidur banyak.


Hari ini, saya ok. Sedang menunggu Kek Pisang Cokelat saya masak dalam oven. Dibuat atas permintaan mak kerana pisang banyak di dapur, dan kek yang sama yang saya buat masa Hari Guru yang lepas, sedap.


Sambung nanti. Babai.

Jun 15, 2011

Di situ

..aku melepas rasa 'serabut perut' yang ntah dari mana datangnya...
.. aku sakit kepala..
.. baliknya, sakit kepala kembali mengundang..
.. aku mahu tidur sahaja...

Babai.

Jun 14, 2011

Gambar vadei

Ok.. sajer jer nk letak gambar vadei yang saya buat hari jumaat lepas. Nanti boleh buat lagi, sebab senang dan sedap. Hehe...

Tapi, sori mori lori.. gambar tak cantik. Niat ambik gambar tu pun, sebab nk tunjuk kat adik saya sahaja. Biasa la, kakak dia ni, suka menunjuk-nunjuk kat dia, apa yang kakak dia buat. Hahaha...



Dengan flash, 2 ketul vadei dengan rupa macam jemput2 atau cucur yg biasa2 tu.




Without flash, vadei masih dalam tapisan.. belum dihidang, tapi di 'ngap' dan snap dulu.



Ok, ini bukan vadei. Kalau kata vadei jugak, memang aku tak tahu la nak cakap apa lagi. Ini daun kering, kuning, berguguran atas laluan pejalan kaki yang dijadikan track jogging. Daun pokok sukun. Buah sukun plak, sedap disira. Yummy!! Atau lezat, sekiranya di translate kan ke bahasa Indonesia. Hehe...


Babai.

Membaca Tidak Mudah.

SN A. Samad Said berkata, 'Reading is not easy. Unless you have cultivated the habit, you will not read'. Membaca tidak mudah. Melainkan kamu telah menanam tabiat itu, kamu tidak akan membaca.


Saya sedang cuba mengajar Aisya menanam suatu tabiat dalam diri dia, iaitu membaca. Tapi susahnya ya ampun! Dia lebih berminat dengan Ultraman Tiga, Klik, Tom Tom Bak, dan macam-macam lagi godaan di Astro Ceria, daripada mengadap majalah Ana Muslim, buku Hansel and Gretel atau Heidi, Puteri Santubong dan bermacam-macam lagi buku cerita yang saya belikan untuknya semenjak dia kecil lagi. Apatah lagi buku-buku sekolah dia! Kena pesan setiap hari sebelum ke pejabat. Kalau tidak, dia akan mengadap tv sepanjang pagi sebelum bersiap-siap ke sekolah pada tengaharinya. Jika terlupa berpesan, dia tidak akan membaca dan apabila bertanya kenapa dia tidak membaca (mak mengadu), dia ada jawapannya, 'Mama tak suruh pun pagi tadi'. Aduhai anak mama.....


Sedang saya sendiri berfikir, bagaimana agaknya saya mendapat tabiat membaca ini yer. Kalau hendak mengemas buku dan majalah, memang tidak cukup satu hari sebab saya akan terleka membaca apa yang hendak saya kemas. Hendak membakar sampah pun boleh lagi saya belek surat khabar atau majalah yang hendak dibakar. Kalau tidak ada emak yang menggesa, memang tak siap la kerja itu semua. Sehinggakan masa makan nasi lemak pun, sempat lagi menarik suratkhabar pembalut nasi lemak ke tepi untuk dibaca, sambil mengadap nasi lemak beralas plastik lutsinar.


Dan saya masih ingat, masa saya bersekolah rendah dahulu (di sekolah yang sama dengan Aisya), saya berebut-rebut dengan kawan-kawan meminjam buku-buku cerita di library. Masa tu, buku cerita bukannya banyak sangat, library kecil sahaja. Sehinggakan kami ketiadaan buku untuk dipinjam lagi sebab hampir ke semua buku dah kami baca (kebetulan ketika darjah empat saya menjadi pengawas perpustakaan). Perpustakaan bergerak yang datang beberapa kali sebulan itu (saya lupa kekerapannya) juga antara tempat yang memang tidak mahu saya lepaskan. Tabiat membaca dah ada masa tu, sehingga buku-buku cerita kepunyaan kakak di rumah ini sudah berpuluh kali saya itu ketika itu.


Jadi, kenapa agaknya Aisya tidak mewarisi tabiat saya yang saya rasakan bagus itu?


Jika difikir-fikirkan, dulu memang banyak buku cerita dirumah, sekarang bertambah-tambah lagi. Dulu ada kakak yang menjadi pemangkin (dia suka membaca juga), sekarang saya pasti saya pemangkin yang sepatutnya lagi berjaya. Ini, sesekali sahaja berjaya apabila Aisya bertiarap disebelah saya membaca majalah Ana Muslim sementara saya membaca majalah Intrend. Hehe...


Mungkin saya belum cukup gigih lagi menanam. Perlu siram, baja dan jaga betul-betul. Semoga dia akan menjadi 'ulat buku' dan pencinta ilmu, itu yang paling penting. Dia tahun ini darjah tiga dan keputusan bahasa melayu dia kali ini (untuk OTI sebelum cuti yang lalu) bertambah baik. Oh, saya sebenarnya berdukacita kerana English dan Matematiknya sangat teruk! Saya tahu, saya yang terlebih-lebih berdukacita, rasa serabut seperti saya yang menduduki peperiksaan itu, rasa tidak tahu hendak berbuat apa, hinggakan saya tidur awal malam semalam kerana tidak tahu hendak memikirkan yang bagaimana, sedangkan Aisya elok-elok sahaja menonton tv bersama tokki dan neneknya. Argghhh!!!


Oh, entri ini sudah terlalu panjang. Kena berhenti sekarang sebelum kamu termuntah. Terima kasih kerana sudi membaca. :D

Jun 13, 2011

Tears In Heaven




Masa itu aku first year di universiti yang cantik itu. Tercampak jauh ke asrama baru yang ke dua hujung pagar keluar ke empat universiti. Sedangkan school aku pula, nun jauh ke bawah bukit hujung sana. Bayangkan jauhnya aku kena berjalan untuk ke studio atau ke kelas. Salah satu sebab aku kurus lepas gemuk masa matrikulasi. Okay, bukan itu aku nak citer di sini.


Citer sebenarnya yang berkaitan dengan lagu di atas, masa aku tinggal di asrama tu, ada suatu ketika tu, ada sambutan aper ntah di asrama tersebut, aku memang langsung lupa. Tapi aku tak lupa, ramai la yang terlibat membuat persembahan. Macam-macam ada. Pentomin, nyanyian, lawak jenaka, macam-macamm la.


Tapi, ada sesuatu yang sangat menarik. Yang aku ingat sampai sekarang. Persembahan dari seorang lelaki yang hensom (hahahahaha.. ini yg penting), yang memetik gitar (ini lagi penting ni!) (aku memang minat orang yang pandai main gitar), menyanyikan lagu yang best itu (lagu di atas). OMG! Aku memang bisa jatuh cinta. Err... hati aku cair sekejap. Hehe....



Itu dulu la. Dulu. Aku pun tak tahu siapa lelaki itu. :D


Babai.

Jun 11, 2011

KL Gangster dan Nurkasih The Movie

Ya, kedua-dua filem di atas tidak ada kaitannya, apatah lagi jalan cerita keduanya yang jauh langit dengan bumi. Kata adik aku, kalau nak tengok NURKASIH, kena siap awal-awal bawa tisu. Bukan sebungkus, tapi sekotak. Filem itu sedihnya dari awal cerita sehingga akhir. Kalau anda seorang yang keras hati, hati batu, mungkin tak apa. Itu kata adik aku. Aku tak tahu sebab aku tak tengok lagi. Aku rasa dah habis cerita itu ditayangkan dipanggung. Mestilah aku tak sempat tengok, sebab dimanakah hendak dicari panggung wayang di terengganu ini kecuali di Mesra Mall sahaja, yang jauhnya hampir 2 jam dari sini.


Ok, sungguh, aku sangat teringin hendak menonton filem tersebut. Tapi aku sabarkan hati dulu. Tunggu. :D



KL GANGSTER, aku sungguh tertarik dengan trailernya. Macam hebat sungguh. Harap-harap bukanlah seperti filem KONGSI yang aku tonton minggu lepas di rumah adik. Tak sempat nak faham, tak sempat nak cari lawak sesuai untuk aku gelak habis-habisan. Aku rasa macam terpinga-pinga cari kelucuannya dimana seperti diceritakan seorang kawan yang menonton dipawagam, tup tup dah habis! Pendek bebenor rasanya filem melayu ni yer.

Tak macam citer SALT yang aku tonton malam semalam. Dah la ianya membuatkan aku tidak boleh berganjak dari kerusi depan komputer tu. Bila dah si salt tu berjaya menyelesaikan operasinya, aku ingatkan dah dipenghujung cerita, rupa-rupanya baru separuh! Memang dahsyat dan action tidak putus-putus. Oppss... sori, sangat tidak patut buat perbandingan dengan filem mat saleh. Hehe...

Tak, aku bukan nak bandingkan filem. Masa tu jer.

Harap-harap Kl Gangster mampu beri kepuasan. Yer la, kalau tidak ditapis dimana-mana bahagian la kan. Baca tentang kes saman menyaman ni, aku rasa hampir 90% penonton filem Kongsi tak sedar pun apa-apa kod rahsia ker, kata kunci ker, password ker. Cuma bila dah mereka bising, aku pasti ramai yang ulang tengok sebab nak cari kat mana kod rahsia tu. Kan.


Ok bye.

Vadei


Memang saya tidak ke mana juga sekiranya lesen memandu saya okay. Sebabnya, hujung minggu yang lepas saya sudah ke Kuala Lumpur, bererti sudah 2 minggu tidak mengemas rumah. Tidak menyapu, mengelap, menjemur bantal, dan segala kerja-kerja yang berkaitan dengan rumah. Jadi hari ini, saya kena membasuh kereta, memberus bilik air, menyapu, mengemas almari, menjemur bantal-bantal, dan semua kerja yang biasa seorang bibik lakukan. :D



Sudah dua kali dalam bulan lima saya ke KL dan ketika ke pasar malam Taman Melawati, kuih vadei kegemaran saya tidak dijual. Gerai yang menjual kuih itu tidak ada. Memang, saya gemar kuih itu. Sebagaimana saya suka nasi kandar dan masakan berkari. Tapi, di mana hendak di cari di Terengganu ini? Kalau adapun di Mydin Mall, nasi kandarnya tidak sedap dan kuih vadei pula keras yang entah berapa kali goreng!


Jadi saya terfikir untuk membuat sendiri kuih vadei. Saya ingat lagi pernah menengok resepi itu dalam sebuah buku resepi dulu, dan sebenarnya cara membuatnya sangat ringkas dan mudah. Kebetulan ada kacang dhal dalam peti, yang saya rasa saya beli ketika hendak menyambut raya tahun lepas. Kononnya hendak buat nasi dhal, tetapi beli kacang dhal macam nak buat kenduri nasi dhal untuk sekampung. Hahaha...


Saya sebenarnya suka makanan berasaskan kacang dhal. Dulu (dalam tahun ini juga), saya pernah cuba buat tumpi kacang dhal. Siap beli bekas untuk goreng tumpi atau rempeyek dekat pasar payang. Tapi tak jadi! Tumpi saya jadi keras. Lepas tu saya give up. Tak buat lagi.


Kali ini saya nak cuba buat kuih vadei pula. Tengahari tadi saya dah siap-siap rendam kacang dhal. Jadi petang tadi, ketika memasak lauk untuk makan malam, saya tengok kacang dhal dah kembang. Maka, sambil menunggu tumis air kobis saya menggelegak, dan tumis sardin saya masak, saya blend separuh kacang dhal. Dan tanpa berfikir apa-apa, saya campurkan dengan sedikit air. Bila dah hancur, baru saya terfikir, 'eh, nanti macamana nak membentuk bulat sebab dah lembik?'.


Ada dua resepi yang saya refer semalam, satunya ada dicampurkan tepung gandum, dan satu lagi tidak. Asalnya saya cuma hendak mengikut resepi yang tidak dicampurkan gandum, hanya digaulkan separuh kacang dhal yang dikisar dengan separuh yang tidak dikisar, dan bawang besar (merah), lada kering dan cili kering yang dicincang halus. Resepi itu juga ada memaklumkan bahawa sekiranya mahu, boleh dicampurkan dengan sedikit serbuk kari. Disebabkan kebetulan sudah lama dirumah ini tiada cili kering, sebab cili kering yang dimesin siap-siap ada dijual di pasar dekat rumah dan sedap pula bila menumis, maka saya campurkan sedikit serbuk kari ke dalam campuran kacang dhal itu. Dan kerana masih lembik, saya campurkan dengan sedikit tepung gandum, agak-agak kelihatan seperti hendak membuat jemput-jemput bilis tu.


Saya cuba dulu gorengkan sama seperti menggoreng jemput-jemput. Apabila minyak panas, saya sudukan campuran kuih ke dalam kuali. Agak-agak kekuningan, terbalik ke sebelah lagi. Agak-agak dah masak, angkat. Dan rasa dulu.


Hmmm.


Rupanya memang kurang cantik. Tidak betul-betul bulat dan leper seperti yang biasa dilihat dijual. Tapi rasanya sedap seperti mana yang saya beli di pasar malam Taman Melawati. Saya makan sebelum habis digoreng lagi. Saya bimbang juga mak dan yang lain-lain tidak suka. Ya la.. vadei bukannya kuih tradisional orang melayu. Kuih orang india. Hehe... Tapi, diaorang suka pulak. Kakak ipar yang merasa pun kata sedap. Nampaknya, lainkali boleh buat lagi.


Oh ya.. saya sebenarnya tidak pasti betul atau tidak kuih ini dipanggil vadei. Bila saya surf imej di Google, ada dua jenis yang ditunjukkan. Satu yang bulat leper macam yang saya buat, dan satu lagi yang berbentuk gelang ada lubang kecil ditengahnya. Saya memang suka ke dua-duanya, tapi yang berbentuk gelang itu setahu saya rasanya lain sedikit, lebih lembut seperti menggunakan tepung. Saya rasa kedua-dua punya nama yang lain tetapi mungkin ramai orang melayu panggil kedua-duanya dengan satu nama sahaja, vadei. Kalau ada yang tahu, bagitau lah yer. Bye!

Jun 10, 2011

Lesen Memandu Mati

Lesen memandu saya sudah tamat tempoh sahnya. Kalau dulu, masa awal-awal memiliki kereta sendiri, tarikh sah lesen memandu tamat tempohnya hampir sama dengan matinya road tax kereta. Jadi, memang akan ingat untuk renew kedua-duanya dalam minggu yang sama. Tapi, itu dulu.


Setahun duduk di Skudai, bergelar belajar semula selepas tiga tahun bergelar seorang mama, memiliki kereta sendiri dan telefon genggam sendiri juga. Tahun 1996 hingga 1999 dulu, belum ramai lagi student universiti mampu memiliki telefon genggam sendiri. Ada tak ada, public phone tu la yang menjadi penghubung dengan keluarga yang jauh. Apatah lagi kereta sendiri! Motosikal pun, hanya yang betul-betul mampu sahaja. Saya dulu, cuma ada basikal. Hehe...


Duduk di Taman Universiti, dan berulang alik ke UTM yang dekat, memang jarang terserempak polis atau JPJ membuat roadblock. Paling-paling tidak, yang selalu kena saman, adalah saman parking oleh MPJBT! Jadi, ketika itu saya sengaja melambatkan renew lesen memandu. Walaupun pejabat pos hanya 5 minit dari rumah sewa! Seingat-ingat saya, hampir dua minggu memandu dengan lesen memandu yang sudah mati.


Sekarang, saya bukannya sengaja :( . Saya betul-betul tak sedar dan terlupa walaupun minggu lepas saya sudah beringat. Saya tak sedar tarikh 8 haribulan kerana kebetulan sangat sibuk dengan kerja, hingga tidak sempat memikirkan apa-apa. Dan saya juga terlupa mencatatkan tarikh penting itu di kelendar atas meja pejabat, atau mencatatkan pada stick note dan melekatkannya pada monitor seperti biasa saya lakukan untuk mengingatkan diri sendiri tentang sesuatu yang penting.


Khamis, saya sudah ingat. Saya ke pejabat pos pada waktu makan tengahari, sebelum pergi makan. Orang tidak ramai di pejabat pos, tetapi JPJ offline! Saya terpaksa ke JPJ juga. Selepas makan, saya bergegas ke JPJ tetapi orang terlalu ramai hinggakan nombor giliran menunjukkan ada hampir 30 orang lagi sebelum tiba giliran saya! Saya terpaksa pulang dulu ke pejabat kerana kebetulan saya dengan officemate dan boss pula ada dipejabat. Jam 3.45 petang saya keluar semula dengan seribu harapan. Tetapi, kecewa.... T___T . Di pejabat pos, masih offline dan JPJ pula dah tutup jam 3.30 tadi.


Makanya, hari ini dan esok, saya hanya akan terperap di rumah. T___T



Punah rancangan hendak ke Besut berjumpa sahabat lama sambil melihat babynya yang baru, dan tergendala lagi rancangan hendak ke kedai emas.

Jun 8, 2011

Kejap Ada, Kejap Tiada.

Ini cerita di sebuah restoran yang asalnya hanya menjual kek dan roti (cake and bakery shop) kemudiannya dimajukan dengan menyediakan tempat duduk untuk makan minum di situ, dan ditambah dengan menu-menu tambahan 'ala-ala' cafe'. Ini cerita beberapa bulan lepas, ketika kami kebosanan memikirkan apakah yang boleh mengisi perut kami selain nasi, nasi, nasi. Hari-hari makan nasi pada waktu makan tengahari, memang kadangkala bosan juga.


Makanya pada hari tersebut, kami kononnya hendak menjamah kek (semestinya di Secret Recipe), tapi ketika melakukan dua kali pusingan yang jauh mencari parking kosong, sangat mendukacitakan sekali. Tiada pakring untuk kami, jadi akhirnya kami mengalah sahaja dan menuju ke kedai kek yang tersebut bergambar di atas. Ya, gambar di dinding cafe itu cantik. Saya suka.



Alamak, tiba-tiba rasa bosan. Kena habiskan entri ni cepat-cepat sebelum aku give up dan tekan butang ctrl + A dan delete.


Aku order kopi. Alaaa... caffe late. Dia cakap takder.

Ok, kopi putih (white coffe la). Pun takder.

Akhirnya dia cakap, sumer air yang berkopi takder.


Isshhh.. dah tu, yang pergi letak dalam menu tu apesal. Nak kena cepuk betul la. Aku dah berbunyi, perlahan jer tapi cukup untuk sampai ke telinga situkang ambik order 'Kalau tak ader semua, buang la dari menu!'.. dengan nada geram!!!

Pastu aku order mee aper ntah, dalam gambar dalam menu nampak kering macam mee goreng. Tapi, sangat2 mengecewakan... bila sampai sahaja, ianya seperti mee rebus dalam claypot.



Aku makan tak sampai separuh, terus blah.



Eh, sebelum tu aku bayar dulu. Memang sangat tidak puashati, tapi aku tetap kena bayar. Err.. lainkali sori la nak masuk kedai tu lagi. Lalu kut kakilima pun kalau boleh nak elak.


Babai.

Jun 6, 2011

Dilema Dipagi Hari Pada Hari-Hari Bekerja

Bismillahirrahmanirrahim...


Hai sayang... Lama betul rasanya tidak membuat catatan disini. Minggu lepas sangat sibuk dan tertekan. Minggu ini juga, yang baru bermula hari ini kerana semalam cuti (ganti cuti hari sabtu), dan berada di luar kawasan juga. Hari ini hampir sibuk sepanjang hari (hampir kerana masih sempat menjenguk google reader), sehingga tidak sedar waktu untuk pulang (eceehhh!). Hehehe...


Ok, enough all about work for tonight. Esok baru sambung pasal kerja, dan cuba sedayanya memberesi seterusnya memberi sedikit kelegaan pada diri sendiri. Sekarang mahu bercerita tentang dilema yang sering berlaku di pagi hari, untuk orang seperti saya. :D


Oh.. bukan dilema untuk bangun tidur. Tidak, sebab itu kewajipan jadi secara automatik akan berjaga apabila tiba waktunya. Juga bukan kerenah anak-anak yang ramai, seorang nak makan roti, seorang perlu ditukar lampin, seorang meraung tak nak bangun tidur pergi sekolah. Bukan. Bukan. Saya cuma ada Aisya seorang yang degil juga tetapi gertak sikit-sikit dah cukup dah. Tak perlu menjerit-jerit memekakkan telinga jiran tetangga di pagi hari, sehingga jiran yang sedang siram pokok bunga pun rasa nak baling pasu bunga punyalah hendak marah.


Ini dilema memilih baju untuk dipakai ke pejabat. Ya, saya tahu ini bukan dilema saya seorang. Kawan-kawan saya juga pernah mengalami keadaan di mana bertukar-tukar dua, tiga helai baju semuanya serba tidak kena sehingga akhirnya sarungkan jeans dan t-shirt sahaja. Perempuan, keadaan seperti ini rasanya tidak menghairankan. Kalau lelaki, saya tidak tahu. Mungkin yang bekerja dengan jabatan kerajaan juga, jarang atau tidak perlu mengalami keadaan seperti ini. Sarungkan sahaja baju kurung, kebaya, suit, atau baju mengandung, yang dah siap-siap digosok licin-licin di hujung minggu.

Saya pun pernah berbuat begitu, gosok baju siap-siap lima, enam pasang. Padankan dengan tudung yang sesuai. Gantung siap-siap. Pagi-pagi laju sahaja ke pejabat. Orang lain baru nak panaskan enjin kereta, kita dah sampai pejabat. Hehe.. Tetapi, kekadang.. pun tak kena juga. Rasa tak selesa, tak sesuai dengan mood, atau mungkin kebetulan ada meeting, membuatkan baju yang siap disarungkan, kita tukar dengan yang lain. Kemudian kembali kepada keadaan seperti yang saya ceritakan di atas.

Akhir-akhir ini, saya dalam dilema itu. Pakai baju kurung, rasa rimas. Tukar pada seluar, terkial-kial pula cari baju yang sesuai. Rasa baju dalam almari seperti tidak mengcukupi. Dah bosan pakai baju yang sama. Tidak tahu lagi memadankan skirt dengan baju yang mana. Kerap menyarungkan jeans dan t-shirt, dan ditutup dengan kardigan supaya nampak lebih formal. Oh, memang bosan.


Saya teringin hendak memakai baju labuh seperti jubah yang bermacam-macam fesyen sekarang. Tetapi sayangnya, saya tidak tahu kenapa dikebanyakan kedai, ataupun pengeluar, ataupun tukang jahit, suka benar membuat baju-baju itu seperti semua orang perempuan tingginya lima kaki lebih atau bersaiz L ke atas. Untuk orang seperti saya yang bersaiz M dan ke bawah, atau tingginya sesuku lagi ke lima kaki, bagaimanakah??? Sungguh sedih sekali.. tsk! tsk! tsk! tsk!


Aduhhh... sungguh dilema ini sukar disingkirkan. Esok pagi, dilemanya sudah terasa pada malam yang sepi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...