Iklan

May 25, 2010

Masa

...

Bukan tidak ada masa, tetapi tidak meluangkan masa.

Lagipun, internet kt opis dh seminggu tk bleh guna.

Gara2 tk bayar bill.. hehe..

Rindu nak berblog, tapi bila ada sekejap masa, lebih sanggup ngadap farmville walaupun cuma nak besarkan rumah kuda.. nak send, accept dan request gift.. hahahaha...

Err.. ada beberapa draft yg blum siap, harap sempat siapkan sementara tunggu Aisya mandi. Chow!

May 22, 2010

Antara duit dan hati yang senang.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dulu2, mak ayah pernah bergolok bergadai jugak (walaupun tidak sebanyak orang lain), utk menyara persekolahan kami adik beradik. Maklumlah, kami orang susah. Dapat beli sebiji epal, kena potong enam utk merasa sedikit seorang. Err.. ianya benar. Aku masih ingat lagi mak selalu potong apa2 buah yg ayah beli supaya semua dapat makan.

Tapi, kami bahagia. Waktu makan kami terutamanya pagi dan malam, kami bersama2 mengelilingi meja makan yg kecil utk makan bersama2. Kekadang aku dan cik akan duduk bersila di bawah meja sambil mak hulurkan apa2 yg kami nak. Yang paling kecik, busu la, duduk atas meja. Elok jer waktu tu walaupun aku yakin sekarang aku takkan bagi Aisya duduk makan di bawah meja. Hehe...

Aku bukan mengejar duit yang banyak. Ramai yang aku kenal, punya duit banyak dan mudah mendapat duit, tapi hidup mereka tak juga senang lenang. Sentiasa gundah dan resah. Tapi memang aku akui, semua orang hendak senang. Pantang nampak peluang mendapat duit, semua orang berebut2. Mungkin terkecuali sesetengah orang dan keadaan.

Kalau nak mengejar duit yg byk, aku tidak bekerja disini. Boss aku bayar aku berapa sangat. Aku rasa sesuku daripada apa yg aku boleh dapat di Kuala Lumpur dan separuh daripada pejabat lain di sini. Tetapi, kerana selesa dan boss tidak berkira sgt dengan masa, makanya aku stay menjadi 'orang kuat' boss.

Pening? Tensen? Kerja di mana2 pun sama jer. Tiada tempat yg tiada tekanan. Walaupun bekerja sendiri, tekanan tetap ada. Atas keupayaan kita sahaja utk mengendalinya.

Jadinya, hati yg senang, tenang dan lapang adalah lebih baik menjadi pilihan, utk aku. Dan sekarang, apa yg berlaku dan aku buat, masih dalam keadaan hati yg tenang dan berlapang dada.

May 16, 2010

Ber'jalan-jalan di facebook kawan lama

Salam...

Tadi saya berjalan-jalan di facebook kawan2 lama. Membaca status terkini sekiranya ada, dan melihat gambar2 terbaru dan gambar lama juga. Memang, sudah lama saya tidak berbuat demikian. Biasanya saya masuk facebook untuk menjalankan 'tanggungjawab' mengutip hasil perkebunan saya yg sedang pesat menyumbang hasil tidak bernilai. Hanya kadangkala saya menjawab atau menyapa sahabat2 lama yg masih mengingati saya dengan meng'tag' saya dalam gambar2 terbaru mereka.

Saya jadi rindu pada mereka. Dan cemburu pada kehidupan mereka yg tidak saya tahu bagaimana. Untuk menyapa, saya segan. Tapi saya tetap menitipkan pesan di 'wall' mereka, menandakan saya masih mengingati mereka, dan rindukan mereka. Dulu, kami semua pernah sangat rapat. Yang paling saya rindukan, berborak2 kosong di beranda rumah sambil melihat langit yg bertompok awan gemawan dan ditemani bulan dan bintang yg setia!

Sekarang, saya tahu masing2 ada kehidupan tersendiri. Ada tanggungjawab juga yg tersendiri. Seperti saya juga yang jarang mencuri masa untuk bertanya khabar dan menyapa.

Tapi ada beberapa orang sahabat baik, yg tidak saya tahu kenapa mesti menyepi dan membisu sedangkan masing2 dihubungkan di'facebook' itu. Salam saya tidak berjawab. Sapaan saya tidak bersambut. Akibatnya, saya tidak lagi menyapa. Mungkin mereka sibuk, mungkin mereka ada kehidupan yg tidak mahu diganggu. Dan kerana itu juga, ada beberapa orang lagi yg saya kenal tidak lagi saya tambahkan dalam senarai kawan saya. Saya berpendapat, sesetengah manusia memerlukan seorang kawan yg lain kerana kawan mereka itu mungkin berkepentingan dalam kehidupan mereka. Oh, lupakan tentang senarai kawan2 saya di senarai 'kawan game'. Mereka hanya wujud kerana permainan itu sahaja.

Jadi, mungkin saya tidak penting kepada sesiapa, dan saya tidak berkecil hati sedikitpun. Cuma sesekali saya disapa rindu pada kemesraan lalu. Ketika kami beramai2 berjalan mengambil angin petang di bukit belakang USM. Ketika kami beramai2 'window shopping' di Bukit Jambul atau Komtar. Atau makan2 di restoran di sekitar kediaman kami. Juga ketika kami mengelak anjing yg menyalak kuat pada kami ketika kami melintas longkang besar untuk ke pasar malam melalui jalan pintas. Sungguhpun kenangan itu mungkin sudah kabur dari ingatan, sesekali seperti masih jelas segalanya. Ianya kenangan yg terpahat yg semakin pudar, tapi tiada ulang tayang utk sekian kalinya.

Sahabat, saya rindu pada kalian.

May 15, 2010

Mengharapkan segalanya di bawah kawalan

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebenarnya semuanya berlaku bukan dalam sekelip mata. Cuma mungkin ianya terasa cepat disebabkan kesibukan yg melekakan. Sedar tak sedar, sudah pertengahan May 2010. Tapi memang sebenarnya banyak yg perlu dirancang, dilakukan dan disiapkan. Aku masih merasakan semua masih dibawah kawalan, cuma aku tidak suka mendengar kata2 seperti putus asa dan negatif daripada beberapa orang. Keluarga terutamanya. Ianya boleh mempengaruhi semangat aku, dan segalanya yg masih aku rasakan terkawal.

Sungguh, masa berjalan begitu cepat. Yang pentingnya, ada beberapa perancangan yg memerlukan tindakan segera, tetapi masih belum dapat aku laksanakan. Aku berharap, Tuhan mempermudahkan urusan2 aku. Aminn...

May 13, 2010

Antara cikgu dan nurse

Salam...

'Mama, ari ahad ni ada Sambutan Hari Guru. Dania kena beli hadiah ni'.

Haa... itu zaman la ni. Zaman di mana setiap tahun, mak ayah akan pening mencari hadiah utk para guru anak2 mereka. Kalau 5 orang anak bersekolah, setiap seorang ada 7 atau 8 orang cikgu mengajar mereka, bayangkan berapa banyak duit yg mak ayah kena spend utk beli hadiah. Kalu anak yg dah besar, mungkin boleh consider diaorang pandai berfikir dan kreatif. Reka kad saja dah cukup. Kalau macam Dania, ada 9 orang cikgu mengajar dan nak beli utk kesemua mereka. Pastu plak, kalau boleh nak beli cawan (common sgt! ~ aku tukang komen), minyak atar (what!!!), pencil case, jam, pen dan macam2 lagi yg dia sebut. Fuhhh.. berasap poket mama cam ni.


Errr.. Dania bagitau cikgu suruh bawak hadiah. Ishh.. hairan jugak aku. Zaman aku dulu, tak der plak cikgu sebut2 nak hadiah sempena hari guru. Kalau bagipun, terharu sungguh2 la cikgu sebab ada yg sudi bagi. Sedangkan masa tu, gaji cikgu baper sgt berbanding la ni. Cikgu zaman la ni, cikgu sekolah rendah pun rata2 pakai Honda City. Dah gaji besar, kaya sangat berbanding ayah2 budak2 sekolah yg hanya kerja tukang buat rumah tanggung 4, 5 orang anak yg bersekolah.


Tadi pun aku dengar, gaji Sister (pangkat nurse paling tinggi kot!) dah hampir ringgit malaysia enam ribu setengah. Fuhhh...

Aku belajar tinggi2 dapat master pun kena kerja 4, 5 tempat serentak dulu kot, baru dapat gaji sebanyak tu!

May 11, 2010

Mengantuk

Malam semalam tidur awal. Jam 11.


Tak der la rasa letih sangat pun.


Tapi sebab malam2 sebelum tu tak berapa nak boleh tidur.


Nak cuba tidur awal, kot2 best tidur.


Memang la tidur best, saper kata tak best.


Malam ni kul 11 dah rasa nak tidur.


Err.. sebenarnya saya percaya bila kita dah ajar tubuh kita begitu, begitu la kejadiannya. Kalau elok, alhamdulillah. Kalu tak elok, jadi penyakit la.

May 9, 2010

Berhujung minggu bersama anak2 saudara

Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah.. cantiknya pemandangan..

Sudah lama rasanya tidak mengisi ruangan ini dengan cerita bergambar. Ok, saya nak buat laporan formal hari ini, walaupun ceritanya adalah cerita yg sudah basi.

Tajuk peristiwa : Berkelah sambil mandi laut!

Bila berlaku : Ahad lepas, 2hb. May 2010

Waktu : Dari jam 6 petg hingga 7 malam.

Lepas mandi, tekun bermain pasir.

Tempat peristiwa terjadi : Pantai Pandak, Chendering (di tepi muara sungai kuala ibai).

Err.. kalaulah saya juga masih kecil, semestinya saya juga akan melibatkan diri dengan anak2 saudara bermain ombak hingga lencun. Dan sekiranya ada tempat persalinan di situ, mungkin saya juga akan bermain air tanpa mengambil kira usia saya. Memang saya tengok ramai jer orang2 dewasa yg mandi manda di situ, tapi saya tidak terfikir utk berbuat demikian. Tiada tempat persalinan memang punca segala. Saya tidak mahu memandu pulang dalam keadaan basah kuyup dengan air masin!

Biasanya saya ke sana dengan Aisya, mak dan ayah yg sesekali mengikut sama. Paling ramai pun hanya dengan kakak dan anak2nya seramai 2 orang itu. Kali ini, saya mengambil kesempatan mengajak semua adik dan abang membawa anak masing2 ke pantai. Kebetulan adik (yg duduk di kl) dan abang (yg duduk di johor) pulang sempena cuti hari pekerja.

Persiapan, hanya sempat membuat puding roti. Ingat nak buat kek coklat (dah lama tak buat!), tapi macam malas nak 'baking' dalam cuaca yg sangat panas! Petang, kena tinggalkan rumah utk menjaga kedai dan meninggalkan pesanan juga, bawak sekali buah mangga dan pencicahnya! Fuhhh.. meleleh air liur!

Perkelahan sangat berjaya dengan budak2 semua sangat enjoy bermain air laut yg kebetulan surut. Ombak tidak kuat sangat, dan pantainya memang semulajadi landai. Orang ramai, tetapi pantai yang panjang itu tidak sesak langsung.

Err.. dah lewat malam ni, enjoy the picture jer la yer. :D

Lima orang anak saudara (yang besar bukan yer, yang kecik2 jer), yang baby menunggu masa utk memeriahkan suasana dan mengkecohkan keadaan.


Tiga lawan satu?? Mana aci..

Believe it or not? Just believe.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani...




Things are moving so fast. Unpredictable but receiving with open heart and warm welcome. Unplanned, just follow the instinct and the flow that brings me with.



Everything happens with a reason.


And may the reason bring more meaningful life.

May 8, 2010

Orang kampung pun dah pakai 'orang gaji' sekarang.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dulu aku pernah tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur. Terbaru, setahun di negeri paling selatan Semenanjung. Sebelum KL, 4 tahun di pulau mutiara dan setahun di daerah paling lembap, Taiping. Sudah bermacam2 ragam manusia yg aku jumpa di negeri2 yg berbeza itu. Tapi, sebagaimana pepatah, hujan emas di negeri orang. Aku kembali ke pangkal jalan. Tak, tak. Bukan bermakna aku sesat jalan atau ikut ajaran sesat. :D Minta2 dijauhkan semua itu walaupun kekadang sesat jalan juga. Ibarat kata orang, makan langsat. Err... itu diibaratkan utk orang sesat jer yer. Hehe..

Tapi, kalau betul hujan emas kat negeri orang (bukan negara yer!), aku berminat juga nak pegi tadah. Sebesen besar cukuplah, tak bleh tamak2. Sebab berkait lak dengan pepatah, orang tamak selalu rugi.

Err.. back to topic sebelum entri ini menjadi karangan berkaitan pepatah orang melayu. :P

Tadi mak bercerita tentang beberapa orang kampung (yg makan gaji of cos) yg ada mengupah orang mencuci, mengemas, membersihkan rumah diaorang 3 kali seminggu. Bayar rm tiga puluh utk sekali pergi, dan rm lima puluh pd hujung minggu bila kena menggosok sebeban baju2 mak, ayah dan anak2 bagi tempoh seminggu. Ya, cam orang gaji atau pembantu rumah. Tapi tidak tinggal sekali dan bukannya bekerja setiap hari.

Masa mak bercerita tu, aku teringat masa aku duk KL dulu. Yer la, kan ke KL tu kota besar. Nak pergi kerja, seawal 5 pagi dah kena bangun nak bersiap sebab nak keluar awal tk nk tersangkut dalam traffic jam. Pastu kena hantar anak ke rumah pengasuh lagi, tadika lagi. Pastu lagi, cam jiran2 aku dulu atau jiran2 busu (adik aku yg duk kl) sekarang, kul 5 pagi tu dah terdengar kelentang kelentung bunyi menggoreng, menumbuk apa sumer menyediakan sarapan atau bekal anak atau suami atau diri sendiri. Yer la kan, nak berjimat. Banyak duit nak kena pakai duk KL.

Kalau Trg, nak kejar apa bangun jam 5 pagi. Paling tidak bangun jam 6 pagi pun masih sempat masak utk lauk makan tengahari sekali. Bagi yg cekap la kan. Yer la, bawang dah mesin siap2 dalam bekas. Campak2 jer dalam kuali. Tapi memang sempat sgt kalau setakat nak jemur baju yg dah dimesin siap2 malam tadi. Kalau punch card kul 8 pagi, kul 7.45 bertolak dari rumah pun sempat lagi.

Petang balik keja, aku kat kl dulu tak suka balik jam 5 petg. Sebabnya, sah2 tersangkut dalam traffic jam. Yg sepatutnya 10 min jer, dah jadi sejam paling cepat. Jadi aku suka balik jam 7 ke atas. Sekrg pun kalau aku pegi rumah Busu, dan balik ngan dia selepas shopping (sanggup tunggu hingga waktu habis kerja dia sebab malas nk naik LRT) dari jam 5.30 kt opis dia, dekat kul 7 baru sampai rumah. Memang tak banyak masa la. Tapi mlm2 la biasanya orang kl ni membasuh, memasak, menyapu sampah. Jiran aku dulu, kul 12 malam pun kekadang pintu depan still terbuka. Sebab kerja rumah tak siap lagi!

Kat sini, kul 10 mlm dah gelap dah rumah. Paling lewat pun, kul 11 sunyi sepi la kampung. Dah dari 5.30 petg lagi dah tuan rumah ada kat rumah, memasak dan berkebun apa sumer tu. Banyak sungguh masa terluang.

Jadinya, naper ek, orang2 yg duk kampung pun pakai pembantu rumah gak? Err.. boleh diterima jugak la kalau rumah besar cam istana. Tapi, walau rumah cam istana, kalau anak setakt 2 orang kecik2 lagi, takkan seluruh rumah cam kena ribut. Pelik aku...

Orang kl, tak perlu plak orang2 gaji apa sumer walaupun masa diaorg sgt terhad. Terkejar sana, terkejar sini. Haa... sebab tu lah aku sgt tak suka duk kl. Cam sesak nafas!

May 6, 2010

Bukan tak nak dengar!

Ambik Vios la. Yang baru tu. Sesuai sangat dengan awak. Lagipun memang dh lama nak kan.


Honda ok. Sesuai ngan awak. Baru ada kelas.


Tak payah ambik local punya. Tak sesuai la. Ambik brand luar. Baru ada gaya.


Duhhh.. macam2 la. Memang aku minta nasihat orang juga tentangnya yg sesuai dengan orang perempuan, tidak menyusahkan, mudah dijaga, atau aper2 la yg tahan kederat seorang perempuan.

Tapi, kalau nak suruh aku ambik yg sedap bawak, sedap orang pandang (bukan aku pandang), sedap utk aku bergaya, dan korang yg tolong hulur2kan tiap2 bulan, aku no prob. Sangat berbesar hati menerima pandangan korang itu, and of cos berterima kasih juga.

So, bukan aku tak nk dengar yer, pandangan korang sumer.

Mencari

Salam..

Aku log-in i-google. Tgk kat chatlist, tak der. Tak online.

Aku kuar.

Aku log-in facebook lak. Go online. Pun tak der dalam senarai online.

YM aku tak log-in. Aku dah tahu, kalau tak der kat 2-2 tu, sah2 tak der kat ym. Aku malas buka ym, sebab ym melempapkan laptop aku. Sokmo gitu.

Senang sungguh la ni nak cari orang, kan. Online jer. Tak payah drive jauh2, cari rumah, ketuk2 pintu bagi salam, laung2 tak der orang. :D

In a good mood in the morning

I like it when my morning start with a very good mood. How i realize it, is when i have a conversation with everybody in a happy tone, full of smile even in telephone (err.. ur voice can show how's ur mood is), i am laughing a lot (err again.. not like crazy people la) and i can receive any situation (even the bad one) easily.

Oh yer, Chika is expecting to have a baby today. Hope everythings going fine, Insya Allah.

Err.. until this time, 4.50pm, i am still satistified with my day. Alhamdulillah...

May 3, 2010

Sangat sakit kepala

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebab apa sakit kepala? Aku bertanya2 sendiri. Kemudian teringat semula apa yg berlaku hari ini. Pagi tadi ok sangat. Teringat kerja sedikit lagi yg belum siap, terfikir nak cepat2 pergi kerja. Tapi sayang plak nak tinggal anak2 sedara yg cute mute sumer. So, sementara melayan anak2 sedara itu, sempat membuka laptop dan menyiapkan kerja yg tertinggal sedikit sahaja. Siap, lega.

Cium2, gomol2 anak2 sedara, kemudian bergegas memandu ke pejabat. Bukan selalu diaorang balik kg, tapi setiap kali diaorg balik, setiap kali itulah aku lambat ke opis. Hehe..

On the way, boss tepon.

'On the way boss! 5 min sampai'.

Tapi, aku singgah kedai jap, hantar temporary printer. (Yg ini aku citer kemudian. ;) )

Sampai pejabat, discuss serba sedikit ngan boss, kemudian selesaikan calling2 saper2 yg patut sebelum keluar. Nak gi kolam, singgap consultant office, Xerox, dan jam 11pagi, elok2 jer sampai kolam. Janji ngan subkontraktor, diaorang tak der lagi. Duduk rehat tepi kolam sambil bermain2 dgn sauh cedok habuk2 atas permukaan air.

Well, mood sangat ok.

Subkontraktor sampai, Man sampai, 2 orang lagi sampai.

Discuss2, mood mula bertukar. Tiba2. Sangat tiba2.

Sebab benda2 kecik tu la! Aku malas sungguh nak layan. Bagi la something big problem, aku dengan happy cuba settlekan sedaya upaya. Jangan disebut2 benda2 kecil, remeh temeh tu, sakit kepala aku!

Dah la aku lapar. Aku kalau lapar, dan orang plak buat aku marah, memang marah aku berkali2 ganda naiknya. Rasa nak tolak jer diaorang dalam kolam.

Sampai ke petang mood aku tak betul.

Cisss.. sampai hati sungguh diaorang rosak hari aku yg bermula ceria. :(

Sampai la ni aku sakit kepala. :((
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...