Iklan

May 13, 2010

Antara cikgu dan nurse

Salam...

'Mama, ari ahad ni ada Sambutan Hari Guru. Dania kena beli hadiah ni'.

Haa... itu zaman la ni. Zaman di mana setiap tahun, mak ayah akan pening mencari hadiah utk para guru anak2 mereka. Kalau 5 orang anak bersekolah, setiap seorang ada 7 atau 8 orang cikgu mengajar mereka, bayangkan berapa banyak duit yg mak ayah kena spend utk beli hadiah. Kalu anak yg dah besar, mungkin boleh consider diaorang pandai berfikir dan kreatif. Reka kad saja dah cukup. Kalau macam Dania, ada 9 orang cikgu mengajar dan nak beli utk kesemua mereka. Pastu plak, kalau boleh nak beli cawan (common sgt! ~ aku tukang komen), minyak atar (what!!!), pencil case, jam, pen dan macam2 lagi yg dia sebut. Fuhhh.. berasap poket mama cam ni.


Errr.. Dania bagitau cikgu suruh bawak hadiah. Ishh.. hairan jugak aku. Zaman aku dulu, tak der plak cikgu sebut2 nak hadiah sempena hari guru. Kalau bagipun, terharu sungguh2 la cikgu sebab ada yg sudi bagi. Sedangkan masa tu, gaji cikgu baper sgt berbanding la ni. Cikgu zaman la ni, cikgu sekolah rendah pun rata2 pakai Honda City. Dah gaji besar, kaya sangat berbanding ayah2 budak2 sekolah yg hanya kerja tukang buat rumah tanggung 4, 5 orang anak yg bersekolah.


Tadi pun aku dengar, gaji Sister (pangkat nurse paling tinggi kot!) dah hampir ringgit malaysia enam ribu setengah. Fuhhh...

Aku belajar tinggi2 dapat master pun kena kerja 4, 5 tempat serentak dulu kot, baru dapat gaji sebanyak tu!

1 comment:

  1. aku pun dulu tak sangka gaji jururawat leh sampai 5/6 ribu..memang betul tu..jururawat tahap sister gaji mereka banyak sebab ada elaun kritikal..ramai kakitangan awam tak puas ati dengan elaun kritikal yg diberi secara tidak adil ni.15% dari gaji pokok..bayang kan gaji seorang sister u32/36 yang kerja dlm 20 tahun basic dah 4000 tambah lak elaun krikal 600 partu campur elaun lain mmeg dapat la 5000 ke 6000..celaka betol la..gaji aku yang ada ijazah sarjana muda pun tak sampai tu..padahal dulu penat jer belajar dah la susah..nurse ni dah la belajar free,senang lak tu,,kerja lak guna fizikal lebih dari otak..nasib la

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...