Iklan

Mar 30, 2016

Masanya untuk tukar bateri.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...


Ingat lagi cerita aku tentang 'bateri kereta pecah'?  Banyak hit juga rupanya entri itu. Errr.... banyak la bagi blog picisan macam blog aku ni kan. Hihi... Tapi aku rasa ramai yang hit tu main google je, mungkin sebab nak tukar bateri, atau mencari bateri kereta yang sesuai.


Cerita itu tahun 2014. Sekarang 2016. Aku tiba-tiba teringat bateri kereta aku dah lama dan malas nak check tarikh dekat bateri tu. Mencari tarikh yang sesuai untuk tukar bateri. Jadi aku teringat pada entri yang pernah aku tulis itu. Bagus juga rupanya diari terbuka aku ni ya. Hahaha.... Ya, ianya berlaku pada 28.08.2014. Jadi, sekitar Ogos nanti aku kena tukar bateri, sebelum kejadian serupa berlaku. Takut aku bila diingat-ingatkan. Dan peringatan untuk diri sendiri juga supaya tidak lagi menukar kepada bateri Yokohama. Enough is enough.


Err... mungkin aku tukar bateri tu sebelum Ogos. Lebih baik awal dari terlewat, kan.

Jodoh dan TakdirNya, Yang Merubah Segala

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..


Lamanya. Lama sungguh tidak menulis (menaip) di sini. Bukan itu sahaja, blog sesiapa juga jaaaraaanggg sangat dijenguk. Kalau nampak suatu tajuk yang penting untuk diketahui sahaja, baru dibuka dan dibaca. Kenapa? Tiada alasan yang tepat. Senaraikan semua alasan, memang ada kena mengena. :)


Dan tiba-tiba dipenghujung Mac 2016 ini, terasa ingin menulis (menaip) kembali. Terasa idea melimpah dan banyaknya hendak bercerita. Terasa ingin meluahkan sesuatu di sini. Ianya gara-gara menjenguk blog kawan-kawan yang dulu. Membaca coretan mereka membuatkan keinginan untuk mencoret sesuatu kembali membuak.


Apa yang hendak diceritakan?


Banyak. Terlalu banyak sebenarnya. Kalau dulu, sebelum September 2015, tiada apa yang hendak diceritakan. Hari-hari mengulang rutin yang sama. Bahagia dengan apa yang ada disekeliling. Menikmati hidup seadanya. Tetapi September itu, Tuhan telah merencanakan sesuatu untuk aku. Sesuatu yang langsung tidak terlintas dalam fikiran aku. Sesuatu yang tidak dijangkakan. Aku yang tiba-tiba rasa berdosa kalau tak berusaha dan tak nak kahwin. Walaupun dah lama pasrah dan berserah, sesekali terdetik rasa berdosa itu. Kerana itu, aku telah berbuat sesuatu yang telah 5 tahun tidak aku peduli untuk lakukan lagi. Tanpa sedar ianya telah Tuhan rancang....



Segalanya bermula sekitar penghujung bulan Ogos tahun lepas, apabila aku 'gatal tangan' mendaftar disebuah laman sesawang mencari jodoh muslim. Tak, aku tak pernah jumpa dan mendaftar di situ dulu. Seminggu kemudian baru aku membuat pembayaran bagi menunjukkan kesungguhan, tanpa harapan pun sebenarnya. Aku cuma nak hilang sedikit rasa berdosa aku dengan secebis usaha. Membalas salam dan memberi salam kepada beberapa orang, kemudiannya aku dah malas nak jenguk dah laman itu.


Dipendekkan cerita yang tak berapa panjang pun sebenarnya ni, tapi kalau aku bercerita memang automatically jadi panjang berjela..hahahah.. aku bersetuju untuk berjumpa seseorang pada 12 September 2015, sabtu. Aku yang membuat keputusan di mana dan jam berapa. Dan aku lambat lebih kurang 10 minit daripada waktu yang kami janjikan. Si dia, hadir ditemani dua orang anak perempuannya, yang mana terus menggembirakan aku kerana memang aku mengelak untuk berjumpa secara berduaan. Tak lama, lepas breakfast yang mengambil masa lebih kurang 30 minit itu, dia terus pulang. Aku? Dia balik, aku pun blah la kan.


Selang sehari kemudian, ketika dia call sekitar jam 8.00 pagi, aku terus mengatakan persetujuan. Dan dia berkata akan datang ke rumah berjumpa mak dan ayah sebelum hari raya korban nanti. 22hb. September 2015, dia datang bawa ke rumah dengan abang sulongnya, membawa sepersalinan pakaian lengkap dengan tudung dan stoking, dan aku balas dengan satu bag kertas berisi makanan. Hihi... Esoknya sehari sebelum raya korban, kami berjumpa sekejap di kedai emas membeli sebentuk cincin yang terus diserahkan pada aku sebagai cincin tunang. Lapan belas hari kemudian, kami selamat dinikahkan disebuah majlis yang ringkas di rumah aku. Tanpa hantaran, tanpa pelamin dan tanpa alas tempat duduk pengantin. Hanya ada yang wajib iaitu mas kahwin, tok kadi, abang dan adik aku sebagai saksi aku, wali aku iaitu ayah, pengantin of course la kan dengan baju beli kat jakel.. hahahaha..., saudara-mara dia dengan saksi-saksinya sekali, dan sedikit jamuan ringan nasi minyak yang aku tempah untuk 50 orang. Itu sahaja.


Bahagia aku, dapat kahwin dalam majlis seringkas itu. Hahahaha... tak pening kepala!


Majlis itu bertarikh 11.10.2015 yang aku anggap hadiah harijadi aku yang ke-39 (ya.... aku sedang menuju 40-an!) in advanced, sebab harijadi aku yang sebenarnya adalah 2 hari selepas itu. Tepat 30 hari selepas pertemuan pertama kami. Itu hadiah paling agung. Terima kasih Tuhan.



Dan kehidupan aku terus berubah hampir 99% selepas itu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...