Iklan

Jan 23, 2011

This is it.

Leave them broken.

Relationships are like glass.

Sometimes it is better to leave them broken
than try to hurt yourself putting it back together.



The greatest pain that comes from love is loving someone u can never have.



Yours truly,
Me.

Lub Dub Getaran Jiwa

Kenapa heartbeat aku semacam ajer ari ni?

Getaran apakah ini? Kekadang aku sendiri tidak mengerti,
tentang gerak hati yang berbicara tanpa suara, pada rasa.
Aku tidak faham dengan diri sendiri, keliru.
Aku dongak ke langit, lihat awan bertompok berarak,
kemudian aku tunduk ke bumi tumpul rumput bumi dipijak tapak kaki.
Dimana aku? Apa yang aku cari?
Dunia berputar ligat disekeliling aku.
Satu persatu memeta dalam hidupku.
Seorang demi seorang juga meninggalkan aku.
Yang tinggal hanya bayang.
Yang ada hanya sepi, bisu, pada bayang itu.

Telah aku padam,
telah aku hitamkan,
seluruh tali penghubung.
Tapi ianya masih jelas, di latar yang putih bersih.
Masih berbekas pada luka yang tinggal.

Aku cuba isi segala kekosongan, ruang yang ada.
Jelasnya, ianya hanya mengisi masa.
Hanya mengisi sepi.
Bukan mengisi ruang kosong itu.
Harus bagaimana lagi.. perlu aku lakukan..

Love and Dandelions

"So put your hand in the hand of mine, and we'll spread this love like dandelions." TobyMac

Bila baca love quote ini yang terbayang di fikiran saya adalah ini...



Saya suka tengok ice ige.. Aisya pun.. hehe..


Sid
juga... :D

... masa kecik dulu, selalu tengok, tapi sekarang tak ada dah. Dandelions ke apa tak tahu la kan, tapi macam dandelions lah.

Love to see dandelions flying by the wind
Dancing with the breeze in the air...

Jan 22, 2011

Movie di petang hari

Memandangkan terpaksa bekerja menghabiskan hampir seluruh masa lapang di waktu siang hari ini, di luar dan ke sana ke mari di dalam kereta, terasa sangat penat untuk memenuhi aktiviti yang hanya mampu di rancang, iaitu jogging atau membasuh kereta. Kedua-duanya memerlukan tenaga yang bukan sedikit.

Balik petang tadi selepas mengambil Aisya dari kelas Qafa, terus melepek depan tv sambil membayangkan burger yang sedap apabila menonton favourite channel, AFC. Tetapi memandangkan tiada apa di dapur yang mampu menjadi apa-apa seperti burger, maka hanya mampu menelan air liur. Hingga ke malam ini pun masih terbayangkan burger gerai tepi2 jalan yang sedap. Gurlppp.. telan air liur lagi. Satu tabiat yang sukar di ubah, tengok apa-apa yang sedap di tv, mesti teringin nak makan. Ishh... mujur bukan mengidam.

Layan movie lah, daripada layan rasa nak makan.

Maaf, saya tahu movie ni bagi sesetengah orang dah basi dah. Dah lama sangat. Tapi saya tidak peduli sangat hal orang, sebab saya belum tengok dan at least, daripada cakap-cakap orang yang dah tengok, saya dengar cerita ni best. Saya memang jarang nak tengok movie yang tidak direkomenkan oleh sesiapa, ataupun sebelum membaca review yang menarik. Jadi petang tadi, saya tonton Twilight Saga. :P

Oh, saya suka. Dan jatuh cinta. Esok sambung dengan New Moon lak. ;D

Tabung, tabung dan tabung

Menabung amalan yang sihat. Menabunglah untuk masa depan yang gemilang. Hahaha.. membuka bicara dengan ayat skima seperti memberi nasihat kepada budak sekolah. Seperti berpesan kepada Aisya, 'apabila bawa bekal sepatutnya Aisya boleh simpan lima puluh sen dalam tabung'.. hahaha... Ye la, zaman saya dulu-dulu, dapat menabung sepuluh atau dua puluh sen sehari bersekolah pun sudah besar rahmat. Sebab biasanya kalau makan pagi di sekolah, waktu rehat terpaksa berlapar, atau sebaliknyalah. Ingat-ingat semula, macam nak nangis.. T____T

Dah lama tahu idea ini, iaitu membuat tabung untuk apa-apa yang kita nak (kehendak yang bukan keperluan, apa lagi keperluan asas!). Biasanya tengok mat saleh buat macam tu. Contohnya, tabung untuk menjelajah Eropah. Jadi, bolehlah buat tabung untuk menjelajah Terengganu, dengan berbasikal selama sebulan misalnya. Hahahaha..

Ok, ini antara azam tahun ini. Bukan azam lama yang brough forward, tapi suatu keinginan yang dijadikan azam. Tetapi ianya tidak semestinya dilengkap dalam tahun ini, dan boleh di carried forward pula ke tahun akan datang. Hahaha... Prinsip mana entah yang saya pakai. Ok, ianya adalah beberapa tabung untuk memenuhi keinginan. Beberapa? Woiii.. banyak tu! Err.. kalau dua pun, boleh dikategorikan beberapa jugak kan. Hahaha...

Satu, tabung untuk membeli kamera baru, DLSR misalnya. :P Memandangkan ianya hanya keinginan semata, maka apabila dimaklumkan ada orang itu orang ini hendak menolak kamera mereka dengan harga murah sedikit daripada harga asal, ianya tidak menarik perhatian langsung. Lebih-lebih lagi apabila harganya lebih kurang ringgit malaysia dua hingga tiga ribu, lengkap dengan tambahan-tambahan aksesori. Ahh.. ianya keinginan semata. Tidak perlu berkejar-kejar untuk itu.

Dua, tabung untuk ke Langkawi atau Sabah. Dah pernah beberapa kali ke Kedah tetapi tidak ke Langkawi, dan tidak pernah lagi menjejakkan kaki apalagi tangan di Negeri Bawah Bayu itu. Tetapi tabung ini mungkin boleh bertukar bila-bila mengikut keinginan saya sebab keinginan yang ini selalu ada, sering dipenuhi dan bertukar-tukar. Hahahaha....

Tabung? Oh, di sini ada banyak pulak tabungnya. Hahaha... Tabung cendawan, duit kertas Aisya yang kadangkala dicampur dengan duit kertas mama. Tabung Up Disney, juga Aisya punya ada tiga slot iaitu spend, save and share. Yang tu, Aisya seorang yang mengisi duit syiling baki duit sekolah sekiranya ada. Tabung harimau Maybank, duit syiling yang dijumpai merata yakni atas meja solek, atas lantai masa mengemas, dalam poket seluar mama, atas meja tulis, di ambil dari beg-beg mama yang banyak apabila sesekali rajin mengemas beg, baki beli aiskrim atau bawang apabila singgah beli masa balik dari ambik Aisya sekolah, dalam bekas pensil, dan banyak lagi la. Ok, satu lagi tabung Ladybug yang kecik comel, sekejap ajer isi dah penuh.

Bila nak penuh kalau camtu? Takpe, kita tengok akhir tahun nanti macam mana. :P

Keinginan lain? Misalnya nak beli oven baru, spek mata baru dan nak tinted cermin Mr. Black Elly? Oh, yang itu saya tunggu 'duit ssepak'. Letak duit kat bawah sekarang, biar saya sepak. Hahaha....

Jan 20, 2011

Important reminder about your best friend

Ini peringatan penting, kepada diri sendiri dan sesiapa sahaja yang singgah bagi mendapatkan ilmu disini. Ya, saya pasti sesekali ada juga serba sedikit ilmu yang saya kongsikan di sini selain rapuan dan luahan yang tiada faedahnya pada kalian.

Ianya tentang manusia-manusia yang paling rapat dengan kamu.

Sentiasa perlu beringat bahawa kawan baik kamu yang banyak menyimpan rahsia kamu boleh menjadi orang yang paling perlu kamu berhati-hati. Sebab, dia boleh pada bila-bila masa menikam kamu dari belakang dengan senjata ataupun rahsia yang dia ada tentang kamu.

Dan musuh kamu (sekiranya ada) ataupun orang yang paling kamu tidak suka dan jauhi adalah orang yang tidak perlu kamu bimbangi langsung. Sebab kamu sedari awal sudah menjauhi atau berhati-hati supaya dia tidak dapat menganiaya kamu.

Begitulah, kadangkala kita leka dengan kehidupan kita, dengan sahabat-sahabat kita. Kita merasakan hidup kita tiada apa yang perlu dirisaukan. Kita tidak berdendam dan beriri hati dengan sesiapa dan kita selesa dengan kehidupan kita. Tapi,tapi, tapi... kehidupan tidak selalu begitu. Ada waktu kita mungkin kita akan tersepak batu di jalan yang hari-hari kita lalui. Err.. pepatah apakah ini. Hahaha...

Malam ini waning gibbous moon is hiding its shine through a creepy clouds. no more full moon or new moon until next month..

Jan 19, 2011

Bulan oh Bulan!



Saya pernah ceritakan, betapa saya suka tengok langit, tak kira malam atau siang. Siang, dengan langit membiru gemilang dan awan yang memutih seperti kapas. Dan malam pula, indahnya malam dengan bulan terang dipagari bintang berkerdipan. Dan saya suka tidur berbumbung langit malam di bawah cahaya bulan.



Malam ini malam full moon. Bulan penuh bersinar terang gemilang sedari maghrib lagi tadi. Sungguh mengujakan hati ini. Tetapi sayang sungguh, sejak dulu, sejak ada kamera kecil hijau ini, tidak pernah berjaya mengambil gambar bulan dengan cantik. Tengoklah tiga hasilnya disini, sungguh mengecewakan. T_______T



Kamera masih elok, kecuali penutup lense di hadapan tidak lagi ditolak ke atas ke bawah untuk on off kamera. Kerana, kamera akan bergegar siap dengan bunyi lagi apabila berbuat demikian. Makanya, untuk on off sekarang tekan sahaja butang power di atas. Alasan yang tidak cukup kuat untuk membeli kamera baru.

Tapi sungguh terkilan, melihat bulan penuh terang cantik dan tidak bisa merakamkan gambar yang cantik juga. T____T

Semoga masih bernafas untuk bulan penuh akan datang.

Oh, hafiz memang best lah!

Pertama kali dengar lagu 'Noktah Cinta', dah suka dah. Dengan vokal yang mantap lagi. Memang best. Dapat plak masuk final AJL 25, pastu menang plak vokal terbaik.



Walaupun aku tak layan sangat muzik-muzik dan anugerah juara lagu sejak 2000-an ini, tak macam zaman dolu2, zaman ramlah ram pakai baju ada hati warna merah besar kat baju dia.


Search ramlah pakai baju tu, jumpa2 gambar ni, pipi merah dan rambut kembang. Pesal ek, orang dulu suka solek pipi merah. Cuba check gambar mak kita sanding (kalau ada gambar la), mesti pipi merah kan. Hehe..

Zaman tu, memang layan lah!

Tapi aku tetap sokong keputusan juri tentang juara lagu dan vokal terbaik, padahal nak kata minat, memang tak minat sangat pun hafiz dan ana raffali. Memang lagu 'tolong ingatkan aku' makin lama dengar, makin nak dengar jadinya. Macam berhantu pun iyer. Kalah lagu berhantu 'pulangkan' misha omar.

Eh.. eh, pesal bercakap pasal artis ni, tak pernah-pernah. Err.. tak der idea sebenarnya. Tengah dengar lagu 'awan nano' hafiz.. sedap gak.




Dictionary of the day,
Yours truly, Despicable me - Aku yang hina. Teehee... :P

Jan 18, 2011

Loves again..

"It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone... but it takes a lifetime to forget someone."

Tadi sebelum maghrib, sempat menggodek resepi kek pisang dalam internet bila mak memaklumkan bahawa ada pisang bertimbun-timbun di dapur yg sudah masak ranum. Cari resepi secara cepat melalui blog kegemaranku, hehe.. blog mat gebu lah.. dan dari sana menjelajah ke blog-blog masakan kawan-kawan mat gebu. Membuat secara cepat, dan membiarkan di dalam oven butterfly sementara mandi dan solat maghrib.

Sekarang, baru sahaja sudah makan, dan mak dan Aisya kata sedap! Err... maaf sesangat, aku kurang gemar kek pisang sebenarnya atau apa-apa masakan berasaskan pisang. Aku lebih prefer pisang yang belum diproses. Aku buat pun, sebab mak yang menyebut boleh buat kek pisang dan aku pulak pantang ajer kesempatan macam tu. ;P

Okay, sebab kek pisang menjadi, esok boleh buat lagi untuk diagih-agihkan pada jiran tetangga. Hahaha...

Okay, sekarang Aisya nak tengok Magika lak.. bye.

Jan 15, 2011

Wow.. cepatnya masa berlari!

Today is 15th of January already, half month of the first month of 2011. This week is busy week, or I can say, every week is busy week, hahahaha... I'm hoping today will fill with sunshine all day long, cos it's fun bermandikan cahaya matahari pagi walaupun cuba protect my face dengan memakai topi, while washing my Mr. Black Elly. Yelah kan, last weekend, it was raining. Ingatkan nak basuh kereta di dalam hujan lebat tetapi tidak sempat sebab sibuk memasak dan mengisi perut, hahahaha... Semalam pula awal-awal pagi dah merayap ke pasar borong. Merayap sebab berjalan pun jammed di lorong tempat menjual sayur, menjual buah, dan semua loronglah. Kereta, apatah lagi kan. Entah dari mana orang beramai-ramai ini datang sedangkan biasanya awal atau hujung bulan ajer pasar borong jadi sepadat itu.

Blogging while listening to 'Tolong ingatkan aku' or 'Please remind me'.. hehehe.. nak translate jugak tu! Makin lama dengar, makin sedap jadinya lagu ni.. Lebih lagi kalau tahu lirik dan faham maksudnya..

Harap-harap cuaca akan berterusan baik begini. Aku mahu merancang untuk kembali aktif jogging seperti dulu-dulu. Bukan mahu mengurangkan berat badan, sebab baru naik atas penimbang IKEA tadi dan berat aku masih macam dulu, sekitar 45kg sahaja. Tapi mahu menikmati hari-hari yang cuacanya diharapkan cantik dengan langit biru dan angin petang sepoi-sepoi bahasa.

Oh ya, semalam diberikan satu tugas berat. Memikirkan satu perkara. Ya, bukankah berfikir itu satu tugas berat. Dan membuat keputusan adalah tugas yang lebih berat. Jadi, berhenti sekarang berblog sekarang dan berfikirlah..

Hmmm.. (sedang berfikir ni.. )

Hehehe... errr, ok ok, serius sekarang. Bye.

Jan 13, 2011

Kena banyak makan kismis

Bila aku buka blog ini pada hari aku publish entri yang kedua di bawah (lupa dan malas nak view blog untuk check date), aku terkejut.

Eh, bila masa lak aku tukar design template blog aku ni? Lupa tapi suka.

See, nampak tak betapa sibuknya aku hinggakan lupa benda-benda yang kurang penting ini. Hahaha... Nak kata tak penting, penting jugak blog ni sebab kat sini la aku membebel tentang apa-apa yang tidak terkeluar dari mulut ini, ataupun bila-bila tak ada siapa untuk aku bercerita. Nak kata penting sangat, pun tak boleh jugak sebab bukan blog ni yang bayar gaji aku. :P

Harap tahun ni sebaik tahun lepas walaupun ada beberapa perkara yg sangat 'sakit' berlaku tahun lepas. Tetiba. :D

Dah seminggu tak menjenguk facebook dan tiada keinginan untuk menjenguk ke sana. Asalnya jadi begitu adalah kerana, begini ceritanya....

Suatu ketika dahulu, aku melayan facebook hanyalah untuk bermain tanam-tanam pokok, sayur, bela macam-macam binatang tanpa sedikitpun menjejakkan kaki ke tanah. Dan aku memang jarang sangatlah add siapa-siapa walaupun aku kenal. Bukan sombong, tapi tidak menjalinkan apa-apa ukhuwah pun apabila masing-masing lepas jadi kawan di facebook, tetapi diam beribu-ribu perkataan. Kekadang lepas aku accept siapa-siapa, aku akan remove semula orang itu bila masing-masing diam je.

Sekarang jumlah kawan yg ada semakin sedikit sebab asyik dibersihkan ruangan senarai kawan. Ya, aku sangat mengaku, aku memang seorang yg tidak ramai kawan. Yang ada, yang itu je la dari dulu.

Kemudiannya, aku perasan sesuatu yang sangat mengecewakan aku, sekaligus membuatkan aku seperti tertanya-tanya dan berfikir semula.

Sejak dari hari itulah, yang mana ianya adalah sekitar hujung tahun lepas, aku sudah malas untuk menjenguk ke sana lagi, walaupun untuk melawat tanaman terbiar. Tak aper, tidak ada kerugian di situ. :P

Jadi, disinilah aku sekarang, meneruskan ayat-ayat merapu bagi menghilangkan serba sedikit perasaan yg terpendam, tidak terluah dan menghuraikan kekusutan. Biarpun beberapa entri dulu-dulu, sangat-sangat memberi hint kepada seseorang, tetapi tiada maklumbalas apa-apa. Kesimpulan mudahnya, sedar dirilah wahai diri. Hehehe...

Makan kismis banyak-banyak, sebab kismis menguatkan daya ingatan sekaligus mengingatkan tentang masa yang berlalu, dan hidup mesti diteruskan.....

Ingatkan aku

Ya... ingatkan aku, bahawa banyak sungguh yang mengecewakan, walaupun perakhiran tahun lepas dan pengawalan tahun ini adalah sangat memberi kesyukuran.. Alhamdulillah. Tetapi bukan dari segi pasangan hidup, di mana dari segi itu, adalah sangat mengecewakan sekali. Sungguh-sungguh.

Jadi, tolong ingatkan aku yer.. tentang dan kisah 'kita', biarpun ianya hanya dalam lipatan memori ajer.


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita



Jan 11, 2011

Kesibukan yg menakutkan

Ya, minggu ini minggu yang sangat mengsibukkan sekali. Ada banyak sangat kerja berbentuk dokumen yang perlu disiapkan untuk diserahkan kepada yang empunya hak. Sangat seronok apabila langsung tidak berkesempatan menjengah perkarangan mukabuku, walaupun pasti mungkin ada beberapa berita terkini dan mungkin sensasi juga telah ketinggalan. Tetapi sangat tidak seronok apabila tidak menaip sebarang kemasukan baru di sini. Biasalah, dalam kesibukan ada pro dan kontranya juga.

Bila begini, segala masalah-masalah yang sepatutnya difikirkan hilang melayang di telan masa dan hari. Terbiar beku dan melenyap barangkali. Tak apalah, redha sahaja.

Okay, nak sambung kerja. Tataa.

Jan 8, 2011

Jarak itu bukan penghalang

"Distance between two hearts is not an obstacle...rather a beautiful reminder of just how strong true love can be."

Jarak antara dua hati bukanlah penghalang, malah peringatan yang indah betapa kuatnya cinta sejati boleh jadi..

Hahaha.. straight translation.

Tiada lagi hujan di luar

Yang ada cuma angin yg bertiup agak kencang dalam cuaca yang sangat mendung dan sejuk. Petang tadi, hujan tumpang lalu sekejap, agak lebat tetapi sebentar cuma. Awal pagi tadi, angin tiba-tiba bertiup sangat kencang hingga mengejutkan aku dari tidur. Sangat kuat ok, hinggakan aku berdoa-doa dalam hati supaya pokok kelapa yang tinggi melayut paling dekat dengan rumah, tidak tumbang dan menghempap rumah. Itupun, aku perasan tentang pokok itu bila baru-baru ini ketika berbual-bual kosong dengan mokteh (jiran depan rumah), dia menyebut tentang pokok nyor itu. Katanya, takut tengok pokok itu setiap kali angin kencang.

Sambil berdoa, sambil terbayang sesuatu yang buruk itu bagaimanakah sekiranya ianya benar-benar berlaku. Akan matikah aku dan Aisya? Yang itu memang susah untuk dielak, suka berimagina perkara yang bukan-bukan.

Oh yer, aku masih ingat akan bunyi pokok nyor terbalik akibat angin kencang berpuluh tahun yang dulu. Masa itu aku masih kecil dan pokok nyor itu punya akar yang timbul tinggi atas permukaan tanah, seperti busut yang besar. Bunyi akar itu terbongkas dari tanah sungguh kuat hinggakan semua terjaga dari tidur, tapi sambung tidur sebab dah agak mesti ada pokok nyor tumbang lagi.

Dulu memang banyak sungguh pokok nyor keliling rumah, tapi banyak yang dah ditebanglah. Yang itu pun ayah ada perancangan dah nak tebang tapi belum kesampaian lagi.

Semua yang dulu, aku masih ingat, seperti rumah ini yang ditolak (dialih dari tempat asalnya), yang mana asalnya tanah dibelakang rumah adalah lebih luas, dan kami tanam bermacam-macam di tanam yang aku rasa dulu adalah sangat luas hinggakan dari hujung ke hujung dah lenguh kaki berlari. Tapi mungkin sebab masa tu langkah pendek-pendek sebab masih kecik, dan pandangan juga tidak jauh, jadi rasa luas. Sebab sekarang rasa macam sempit jer tanah belakang rumah ni.

Yang aku tak ingat, Busu buat apa yer masa aku tengah seronok menikmati zaman budak-budak dulu? Hahahaha....

Jan 7, 2011

Its raining outside

Yaa.. semua orang tahu, berita dah siarkan sejak malam tadi lagi, pahang dan kelantan dah banjir dan beberapa tempat di sini. Jadi, tak payah kau kecoh-kecoh Su.. T___T

Oh, sungguh sejuk hingga terasa nak pakai sarung tangan. Stoking, dimana kau? Terpaksa cari stoking yg dipakai sejak semalam, tapi buka sekejap-sekejap sebab nak pergi berpayung panggil Aisya kat rumah jiran, atau pergi check banjir di rumah tokwan yg telah called earlier kononnya kalau banjir nak kena pergi mana, tak sedar rumah tu rumah kayu dan ada tiang setinggi 3 anak tangga simen. T___T. Ok, dah jumpa stoking.

Hujan dah agak mereda di luar, dan perut di dalam pula minta di isi. Aisya datang bersungut 'bosanlah mama', lupa diri yang baru balik dari rumah tokwan dan sempat bergembira sakan bermain air depan rumah tokwan bersama Qasyrina dan Qayyis bagaikan main ombak tepi pantai. Mujur diingatkan air tu air tidak bersih, jadi tidak boleh berendam, baring bagai. Tapi Qayyis tetap basah kuyup. Hahaha....



Ok, idea. 'Aisya pergi kutil-kutilkan isi jagung dari pulurnya, dan kita buat cupcorn.'

Ok, tarraaa... ini hasilnya. Sedap di makan musim-musim hujan diluar dan lapar di dalam ini. Hehe....

Jan 6, 2011

Sarapan pagi Khamis

Hujan, reda, hujan lagi, angin, hujan dan angin, reda, hujan lagi, dan begitulah seterusnya.

Malam tadi ditimpa hujan secara sengaja.

Hari ini, sarapan pagi dengan ini...

Padanol actifast, 2 biji cukup. Kalau makan 8 biji, nak mampus namanya.

Rasa tak nak demam, sakit kepala, dan lenguh-lenguh tubuh. Tapi tetap kena hadir ke pejabat sebab kerja sedang menambun! Berselimut dengan pashmina, singgah beli air kuat, 100 Plus di Tujuh Sebelas di bawah pejabat.

Sekarang nak sambung kerja. Nanti dah siap kerja, rancangnya nak cabut awal, cabutkan diri dari pejabat. Ok, bye.

Jan 3, 2011

Oh yer.. azam.

Satu jer azam aku untuk tahun ini, 2011.

Setakat ini, itulah. Satu jer.

Kalau ada lagi, aku buat senarai nanti.


Ini, peringatan pada diri sendiri.

KURANGKAN atau BERHENTI MENGADAP FACEBOOK, TERUTAMANYA DI TEMPAT KERJA!!!!! KALAU BOLEH BUANG JER ACCOUNT FACEBOOK. (yang ni tak kot, sebab ada beberapa benda penting terutama online shopping kt situ!!)

:D

Seorang emak memadamkan muka anaknya

Dialog ini kedengaran ketika sedang menunggu Aisya pulang dari sekolah. Lokasi adalah di luar pagar sekolah dengan aku berada di dalam kereta yang dimatikan enjin sebab minyak petrol hampir habis, cermin kereta diturunkan dan motor-motor mak-mak dan bapak-bapak budak berkerumun di depan, tepi kiri kanan dan belakang kereta.

Tidaklah jelas sangat perbualan mereka, tambahan pula aku bukannya jenis yang suka jaga tepi kain dan seluar orang apatah lagi memasang telinga pada perbualan orang kerana lebih baik sumbat telinga dengar lagu hindi, lagu citer 3 Idiots misalnya. (seminggu channel fiesta duk asyik ulang cerita 3 idiots hinggakan lagu yg tak best tu, dah kedengaran best pulak!).

Entah apa yang mereka bualkan, tapi rasanya mestilah perihal anak masing-masing.

Tiba-tiba terdengar suara agak kuat berkata.

'Dah padam muka mu tu, dok belajar sangat!'... dan bicara seterusnya bersambung. 'Mu' di situ ditujukan pada anaknya kerana dia nampaknya sedangkan menceritakan tentang anaknya pada yang lain-lain. Dan kata-kata itu adalah kononnya apa yang dia katakan pada anaknya apabila anaknya mungkin mengadu sesuatu.

Perbualan selanjutnya sudah tidak berasa jelas lagi. Tetapi apa yang aku dengar itu, cukup tidak aku gemari.

Tak baik sungguh seorang emak mem'padam muka'kan anaknya. Sedangkan itu anaknya dan sepatutnya mereka berkata yang baik-baik sahaja kerana bukankah kata-kata itu adalah suatu doa, dan doa seorang emak sangat mujarab.

Nauzubillah. Semoga kata-kata yang keluar dari mulut untuk satu-satunya anak aku, adalah yang baik-baik belaka. Aminn.

Jan 2, 2011

Kurang pakaian, kuranglah kena kemas, kan.

Tapi.. mahu ke hendak mengurangkan pakaian? Sedangkan selalu sahaja terliur-liur menelan air liur supaya tidak meleleh keluar dan nampak tidak senonoh, apabila tengok baju-baju cantik kat internet ni. Itupun sebab tidak banyak masa untuk keluar window shopping ditambah lagi dengan kurangnya kedai-kedai jual baju cantik kat sini. Ataupun mungkin aku yang tak jumpa kot. Senang cerita, 'window shopping' sahaja depan laptop sambil makan hati sebab tak boleh testing, dan terbeli juga sehelai dua, tapi kemudiannya separuh menyesal sebab sehelai sangat suka dan sehelai lagi hanya separuh suka.

Hasilnya, bertambahlah lagi pakaian-pakaian yang perlu dibasuh, dijemur, dilipat dan disimpan dalam gerobok pakaian. Dan makin lama, gerobok terasa semakin mengecil sedangkan aku, besar ni jugak. Dan aku rasa sudah acap kali juga ops nyah dilakukan dalam setahun bagi mengeluarkan dan mensedekahkan baju-baju yang masih elok tetapi tidak lagi dipakai. Keputusannya, sekejap sahaja gerobok ini nampak besar dan kosong. Tidak lama selepas itu, kembali mengecil dan terus mengecil. Macam gerobok mainan dah. Tapi bukan berwarna pink. T__T.

Aku adalah seorang yang suka menggeledah dan menyusun pakaian dalam laci dan almari, tetapi tidak punya banyak masa untuk tujuan tersebut kecuali di hujung minggu. Terlebih-lebih lagi bila dalam lima hari langsung tidak berkesempatan menyusun pakaian-pakaian yang dilipat dengan membiarkan timbunan pakaian berlipat itu di atas katil kosong, bangku kosong dan juga rumah kosong, eh.. opss! Bukan, bukan, tak der rumah kosong yang disini, kecuali rumah kosong yang hampir roboh di sebelah. Jadi, hujung minggu dihabiskan dengan menyusun pakaian-pakaian tersebut ke dalam almari dan laci, di tempat masing-masing.

Sepagi suntuk mengemas pakaian, pun belum siap-siap. Dan bersungut dekat mak, apa ni, belum siap-siap lagi mengemas pakaian ni? Dan mak memberi sedas jawapan tepat di dahi, 'kalau tak nak kemas banyak, jangan beli banyak baju!'.

Tersengih sambil gigit jari.

Err, yang tu kena fikir banyak kali tu mak.

Jan 1, 2011

Ada apa pada 1.1.11

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 1.1.11, setepatnya sekitar jam 2.30 petang, Aisya mencapai umur 8 tahun walaupun akan menduduki kelas 3 Arif pada hari lusa. Tarikh tersebut yang jatuh pada hari sabtu juga membuatkan segalanya boleh dibuat dan dirancang dengan teliti. Tetapi minggu sebelum itu yang sangat sibuk dengan kerja yang perlu diselesaikan ditambah pula dengan kesesakan bandar Kuala Terengganu dengan ibubapa yang membuat persiapan terakhir persekolahan anak-anak membuatkan hadiah tidak sempat dibeli. Dan menambah pada alasan tersebut, setiap hari hujan turun dengan lebatnya, jadi cubaan untuk keluar ke bandar pada malam hari asyik terbantut.

Sehari sebelum itu, iaitu hari terakhir dua ribu sepuluh, aktiviti bermula sedari pagi dengan membasuh dua buah kereta hitam dan putih di tengah-tengah hujan yang sederhana lebat. Kemudiannya keluar ke Mydin Mall membeli serba sedikit yang keperluan tambahan membuat kek. Petang berehat-rehat dan malamnya memulakan aktiviti masak memasak.

Aktiviti memasak berlarutan sehingga 1.1.11 seawal jam 8 pagi, terus ke sekitar jam 2.00 petang tanpa sedar tidak keluar sedikitpun dari dapur. Entah masak apa yang jadi sebegitu lama. Hahaha...

Ok, saya buat ini..



Kek coklat dengan topping, cubaan pertama membuat triffle, puding roti marble, malam sebelumnya kek lapis karamel, mak masak pulut kuning, dan saya masakkan ayam beriani istimewa mama (reka sendiri, jadi nama lauk pun kena reka jugak la), air oren mak buat, gula-gula beli kat mydin mall, dan itu saja. :P

Hadiah? Opss.. kena beli esok atau lusa. Sorry sayang mama yer.

I love u.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...