Iklan

Feb 24, 2009

Sedikit tekanan di pagi hari dan penawarnya

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi ini, aku rasa sedikit tertekan tanpa sebab yang munasabah (boleh ker camtu?Hmm..). Aku menghantar Aisya ke sekolah, dan sempat berlagak seperti cikgu di dalam kelasnya (cheewaahh.. padahal tak pernahnya berangan nak jadi cikgu!). Aku suruh Aisya menyapu sampah yang banyak di merata kelas (tak der la sampai tak nampak lantai pun!). Kemudian Aisya memberitahu tentang 'Duty Roster' yang terdapat di notice board di hadapan kelas. Aku mengadap notice board itu, menyuruh Aisya berhenti menyapu sampah sebab bukan hari dia bertugas dan kemudiannya menyebut nama murid yang bertugas dengan kuat. Tidak menghairankan bila seorang murid mengikut arahan sementara seorang lagi yang bertugas membersihkan kelas belum hadir. Isshh.. berlagak la plak. Hahaha..

Kemudian selepas mengambil tupperware semalam dalam laci meja Aisya (dia tertinggal tupperware tu), aku kembali singgah dirumah. Biasanya aku meletak tupperware di dalam sinki dan terus ke pejabat. Tetapi tidak pada hari ini. Kerana rasa serba tidak kena yang melanda, tanpa tujuan aku ke belakang rumah melihat nenek (mak aku) menyiram sayur-sayurannya yang subur menghijau (macam skrip untuk program dokumentari pertanian la plak). Ada sawi (banyak), kangkung (sikit), bendi (beberapa pokok) dan pokok naga yang tidak berbunga-bunga sejak sekian lama. Dah jenoh menunggu! Bercakap-cakap kejap dengan nenek tanpa topik yang pasti (ayat apakah ni!), kemudian baru pergi kerja.

Sampai di pejabat, aku seperti biasa membuka pc (bukan membuka segala skru yer! I mean turn on my pc.. :D) dan menge'check' email. Sempat mengadap blog seseorang yang biasa aku baca. Dan aku terjumpa sesuatu yang sangat menggelikan hati seterusnya membuatkan aku ketawa dan tersenyum dan ketawa, senyum lagi (eeii.. giler ke apa nih!). Oppss.. aku masih waras yer. Tapi betul kelakar. Ianya pasal 'Hawaii Chair'. Kalu nak tengok, klik di sini. Kalu tak nak tengok, tak payah ler rajin2 nak klik. So, itulah penawar aku untuk pagi ini. Hehe..

Arghhh... insert link tak jadi! Tak pernah buat, this is my first time. Tak jadi!

Camner ni?

Camner ni?

Hahaha.. akhirnya menjadi jugak. Alhamdulillah.

Feb 23, 2009

Entri yang ntah aper2.

Bismillahirrahmanirrahim...

Boring betul la malam ni. Dah baper ari tak jenguk blog pun. Tak sempat sebab cam banyak jer keja. Ader jer benda nak dibuat walaupun bukan keja yang penting pun. Contohnya tengok citer Rozanna. Aku tengok citer tu kat Youtube jer. Tetap nak tengok sebab suka tengok Rita Rudaini. Jadinya, dah baper ari jugak la langsung tak dang menjenguk blog-blog yang sokmo aku kunjungi. Malam plak tido awal jer.

Malam ni, ngadap laptop, teringin plak nak tengok My Sassy Girl. Sempat la tengok kejap sebelum layan chatting. Nak kena cari masa betul-betul sorang-sorang, tanpa gangguan. Kata adik aku, citer tu kesinambungan citer Windstruck. Tu yang aku beriya-iya nak tengok ni.

Aku suka Windstruck tu. Aku rasa mungkin 3,4 kali jugak kot aku tengok citer tu. Ni dah lama la tak tengok. Dan aku rasa, aku kena tengok balik la citer tu lepas habis tengok My Sassy Girl ni. Mesti.

Eii.. aper aku ni. Buat entri yang ntah aper-aper!

Feb 21, 2009

Tag di FB

Bismillahirrahmanirrahim...

Ni.. sajer la ni. Kira-kiranya cam sesi pengenalan diri jugak la. Tag di facebook di copy paste kan disini. Tapi jawapan disini lebih terperinci lagi. Siap bergambar bagi menceriakan suasana. Hahaha..

Ye. Jawapan aku dari hati.

1) Were you named after anyone?
Pernah tgk citer Air Mata Duyung. Alaa.. citer hitam putih zaman dolu2. Lakonan Nordin Ahmad dan Suraya Haron. Haa.. my name was after that Suraya Haron. Yer la..takkan Nordin Ahmad lak kan.

2) When was the last time you cried?
Before CNY ari tu. Sob. Sob. Sebab satu berita gembira yang membuatkan aku sedikit terasa. Terasa apa? Pahit? Masam? Atau kelat? Hmm.. 'kelat ssebak!' (kelat yang teramat).

3) Do you like your handwriting?
Sometimes. Bila menulis dlm keadaan rileks tulisan tangan aku masih cantik.

4) What is your favourite lunch meat?
No favourites. Fikir nk makan aper pun rasa cam susah dah.

5) Do you have kids?
A daughter. Dania Aisya, 6 yrs old.

6) If you were another person, would you like to be friends with you?
Yes. Of course. Saya baik aper... susah tahu nak jumpa orang macam saya.. hahaha..

7) Do you use sarcasm?
I don't think so. Kecuali masa bergurau. Aku seorang yang lebih suka berterus terang.

8) Do you still have your tonsils?
Rasanya tidak.

9) Would you bungee jump?
Maybe. Depends on situation. Mungkin situasi itu memerlukan aku berani, dan aku boleh menjadi seberani itu. Aku rasa la.

10) What is your favourite cereal?
Hmm.. no favourite cereal rasanya.

11) Do you untie your shoes when you take them off?
Tak suka kasut bertali. Sekarang langsung takder kasut bertali. So, no need to untie.

12) What is your favourite ice–cream?
Yang ada rasa mint. Alaa.. yang kaler hijau dan rasa cam ubat gigi tu. Ditambah plak ngan taburan coklat chips or chocolate rice plus kacang. Hmm.. esok nak cari la. Terliur dah ni.

13) What is the first thing you notice about people?
Their smile kot. Kalau orang senyum, bleh nampak ikhlas ke tak senyuman tu. Kalu dibuat-buat, tak perlu la kita cakap lebih-lebih. Kot-kot orang tu ada masalah.

14) Red or pink?

Pink. Tak der la minat sangat pun sebenarnya, sebab lebih suka putih. Tapi, kalu beli baju, mesti berkenan warna pink.

15) What is the least favourite thing about yourself?
I don't know. I love everything about myself. Hahaha...

16) Who do you miss the most?
One of my friend. Lama tak jumpa, mesti rindu dan terbawa-bawa dalam mimpi. Tak tahu naper. Sigh. Tak suka. :(


18) What colour of trousers and shoes are your wearing?
Jeans, blue or black. Kekadang slack hitam. My 2 inch sandal.

19) What are you listening to right now?
Afghan - Tanpa Batas Waktu

20) If you were a crayon, what colour would you be?
Purple

21) Favourite smells
Fresh morning smell - by all greeny tree around my house.

22) The last person you talked to on the phone?
My older sister - tanya nak gi supermarket tak sebab dia nak pesan beli susu untuk anak dia sekali. Tapi aku memang tak ke supermarket, sebab aku ke pantai. Wahahaha...

24) Favourite sports to watch?
Hmm.. sukan yang Dania Aisya ada sertai. Yg tu jer kot boleh dipanggil favourite. Yg lain bergantung pd situasi. Musim bola, tengok bola. Musim badminton, tonton badminton. Bla..bla..bla..

25) Hair colour?
Black

26) Eye colour?
Black

27) Do you wear contacts?
Kadang-kadang.

28) Favourite food?
Hmm.. sayur air bayam kat restoran kt bawah opis. Sedapnya. (itu sahaja yang terfikir tentang ini saat ini)

28) Scary or happy endings?
Happy of course. Ada ke org suka scary ending?

29) Last movie you watched?
Baru petang td tengok Spiderwick. Sejak akhir2 ni, suka tengok chronicles.

30) What colour of shirt are you wearing?
White.

31) Summer or winter?
Summer

32) Favourite dessert?
Puding. Homemade.


33) Most likely to respond?

My office's client.

34) Least likely to respond?
Hahaha.. subcontractor.


35) What books are you reading?

Bedtimes story for Dania Aisya. Cerita Freddy Fox and friends.

36) What is on your mouse?
Mouse? My palm la.

37) What did you watch last night?
Rona Roni Makaroni final episode! Yes, berjaya tengok final episod!

38) Rolling Stones? Beatles?
Beatles

39) Do you have a special talent?
Yes. I can sing (Aku baru tahu ni). Hehehe..

40) Where were you born?
Kat rumah ni. My parent's house.

Feb 19, 2009

Imaginasi yang melampau

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam (orang Terengganu panggil 'maring') gi site visit kat Kg. Padang Tengir, Manir. Untuk projek pengairan Nerus dengan Jabatan Perparitan dan Saliran. Ramai sungguh kontraktor yang pergi site visit tu. Aku agak-agak ada la dalam 80 orang. Fuhhh..

Kampung tu sangat jauh pada aku yang tak pernah masuk kawasan tu la kan. Tapi, aku suka. Banyak pokok dan kawasan yang belum diterokai. Sebenarnya tak ader la jauh sangat, sebab masih dalam daerah Kuala Terengganu. Tapi, bagi yang tidak pernah sampai ke situ, rasa macam sesat ke kampung mana ntah.

Memandangkan nak buat pengairan baru kan, jadi site visit ni ke kawasan pengairan la. Sebenarnya punca air adalah daripada Sungai Nerus, disalirkan ke tali air kawasan Manir itu untuk pertanian (tanam padi). Tempat berkumpul itu adalah di muka pintu tali air itu di mana air akan mengalir ke dua cabang tali air yang lain.

Disinilah imaginasi aku mula meliar. Hahaha.. Dari pintu tali air itu, terdapat pipe culvert di bawah tanah yang menyalurkan air ke 2 tali air tadi. Jadi, air akan membuak-buak naik. Aku pergi tengok air yang membuak-buak itu. Dan aku membayang sebenarnya yang membuak-buak itu adalah naga besar sedang menunggu masa untuk naik! Aku bayangkan, tiba-tiba ketika kitaorang sumer sedang serius mendengar taklimat orang JPS, tiba-tiba naga besar itu timbul. Dengan bunyi yang kuat. Ada sayap yang besar. Mungkin keluar api dari mulutnya yang luas.

Bila aku cerita benda tu (khayalan aku tu) kepada Man dan Joe (aku pergi dengan diaorang), diaorang bantai gelakkan aku.

Tapi, nak buat camner. Imaginasi itu memang melampau.

Hehe...

Kisah artis dan perasaan menyampah.

Bismillahirrahmanirrahim...

Ada seorang kawan bertanya sesuatu hari ini. Tentang seseorang. Dan aku hanya menjawab, 'Ntah, aku tidak tahu. Aku tidak ambil tahu, dan aku tak nak tahu'.

Ya, aku tipu. Aku sebenarnya tahu dan ambil tahu.

'Aku tak boleh tengok nama dia. Nyampah!'. Itu katanya bila aku bertanya kembali kenapa tiba-tiba nama seseorang itu muncul dalam perbualan kami.

Ya. Menyampah. Menunjukkan perasaan meluat ataupun tidak suka yang amat.

Sebagaimana seorang artis (eceehh.. citer pasal artis la pulak!.. ishh..ishh..)yang baru habis edahnya. Kononnya dia berkata tiada hubungan istimewa dengan lelaki yang selalu bersama dia (bergambar plak siap pegang-pegang bahu, dan sangat rapat). Mungkin dia juga menyampah tengok atau dengar tentang bekas suami dia. Kenapa?

Kenapa boleh ada perasaan menyampah atau meluat seperti itu?

Agaknya kalau kita cuba berfikir positif tentang seseorang, tentu tidak ada perasaan seperti itu bukan. Yes, i'm always remind myself to think positive. At least i am trying. Kan.

Ya. Aku faham. Mungkin perasaan itu timbul kerana macam-macam perkara yang kita tahu, dan orang lain mungkin tidak tahu. Tapi, katakanlah sekiranya orang lain itu sebenarnya lebih tahu dari kita. Tidakkah itu hanya membuatkan orang lain pula yang meluat tengok atau dengar kita menyampah kat orang lain yang sebenarnya kita tahu tidak sebanyak orang lain itu tahu. Abaikan sekiranya tidak faham ayat aku yang berbelit-belit ini.

Jadi, kesimpulannya kalau kita menyampah tengok atau dengar tentang seseorang, rasanya lebih baik diam jer. Lagi la sekiranya orang yang kita menyampah itu tidak mengganggu gugat hidup kita. Tak perlu kita pula yang ter'over-over' menyampah dekat dia. Nanti orang lain tengok kita pula jadi menyampah.

Macam artis tu la. Dulu orang kesian pada dia. Sekarang ramai yang dah menyampah dah.

Manusia. Macam-macam.

Feb 17, 2009

Bila perah idea, tapi idea tak nak mai..

Bismillahirrahmanirrahim...

Memandangkan malam ni idea tak nak mai, aku nak memperkenalkan diri sendiri lagi la. :D

Selepas SPM, aku merantau ke luar Terengganu. Buat pertama kalinya jauh dari keluarga terchenta. Ke Taiping, Perak Darul Ridzuan. Kakak yang belajar kat UKM yang hantar. Setahun di Sekolah Raja Tun Azlan Shah, aku belajar cakap loghat Perak. Lagi la aku duk sebilik ngan junior form 5. Ramai junior budak Perak. Hari-hari duk dengar, 'Kat ateh' (atas), 'kt keleh' (kelas), 'ayor' (air) dan macam-macam lagi la.

Kemudian, sambung belajar ke Pulau Pinang, Minden. Haa.. 4 tahun duk sana. Betul-betul dah jadi cam orang utara dah aku. Tahun pertama di Desa Gemilang. Habiskan matrikulasi di situ. Tahun pertama bergelar pelajar Housing, Building and Planning, aku duk Desa Kembara. Dan rapat ngan geng yang berniaga di cafeteria di desa itu. Diaorang sumer orang pure utara Kokdiang, Kedah. Lagi la pekat bahasa utara aku belajar ngan diaorang. 'Ketegaq piaq', 'hang', 'ayaq', dan semua la loghat diaorang dah termasuk dalam percakapan harian aku. 'Mai' dan 'sat' sampai la ni masih aku guna.

Kemudian tahun-tahun seterusnya menyewa di luar bersama kawan-kawan di apartment Permai Indah. Pernah ketika aku berkunjung ke rumah saudara angkat kawan aku (temankan kawan) di Kelang, Selangor, diaorang ingat aku orang utara!

Habis belajar, 4 tahun menjadi warga Kuala Lumpur. Cakap pun cara orang KL la. Hehe.. Sampai la ni, kalau aku tak biasa ngan seseorang, ataupun orang tu berpangkat lebih besar dari aku, automatically bahasa aku bertukar jadi bahasa KL. Hahaha.. tak tipu ni. Aku pun tak tahu naper jadi cam tu. Dah jadi habit.

Setahun di Johor, UTM Skudai tidak memberi apa-apa perubahan dalam percakapan harian. Loghat diaorg sama cam KL jer. Bahasa standard.

Ok la. Time to sleep. Esok keja. Cukup la merepek untuk malam ini.

Selamat malam semua!

Feb 16, 2009

Lagu ini membuatkan aku terbayang-bayang Desa Gemilang di USM

Bismillahirahmanirrahim...

Ketika itu aku 19 tahun. Tahun 1995. Matrikulasi tahun 2 di USM, Minden. Aku duduk di Desa Gemilang. Tingkat paling atas, tingkat 3 atau 4 aku sudah lupa. Sebilik dengan aku, Suram dan Subang. I really miss both of them. Kedua-duanya bernama Suhana dan ketiga-tiga kami dipanggil Su sebelum itu. Tapi bila tiga Su dalam satu bilik, kami kena mencipta nama panggilan baru. Jadi, wujudlah Aya, Suram dan Subang. Katil aku ditepi tingkap. Tingkap yang bercermin cerah itu menyajikan kepada kami satu pemandangan yang sangat menarik, padang yang luas, bukit-bukit belakang USM, laut dikejauhan, langit yang terbentang luas dan biru, bulan yang bersinar terang, kapal terbang yang terbang naik turun, dan macam-macam.

Dan bila lewat malam, bulan mengambang terang, aku biarkan langsir ditarik ke tepi. Masing-masing melayan buku-buku masing-masing, di meja studi masing-masing sambil mendengar lagu ini.

Have You Ever Really Loved A Woman

To really love a woman
To understand her - you gotta know it deep inside
Hear every thought - see every dream
N' give her wings - when she wants to fly
Then when you find yourself lyin' helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman you tell her
that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

To really love a woman
Let her hold you -
til ya know how she needs to be touched
You've gotta breathe her - really taste her
Til you can feel her in your blood
N' when you can see your unborn children in her eyes
You know you really love a woman

When you love a woman
you tell her that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
she needs somebody to tell her
that you'll always be together
So tell me have you ever really -
really really ever loved a woman?

You got to give her some faith - hold her tight
A little tenderness - gotta treat her right
She will be there for you, takin' good care of you
Ya really gotta love your woman...

Then when you find yourself lyin' helpless in her arms
You know you really love a woman
When you love a woman you tell her
that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman? You got to tell me
Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman?

Best kan lagu tu?? :D

Secebis kisah di tengahari isnin.

Bismillahirrahmanirrahim...

Tadi lunch hour, aku turun ke bawah untuk membeli makanan. Biasa la, ngan Nor. Tu pun jam dah hampir kul 2 petang. Mulanya, ingat tak nak makan. Tapi, takut perut sakit. Perut ini semenjak dua menjak ni kureng skit. Makan lambat pun dah sakit perut yang teramat sebab masuk angin. Apa lagi kalau skip main meal. Bertambah-tambah-tambah la sakitnya nanti. Tergolek tak bangun-bangun karang. Isshhh.. nauzubillah.

Seperti biasa (cara perempuan waktu lunch), tinjau lauk dulu. Hehe.. Ok, lauk boleh tahan. Terliur tengok ada sup ayam. Lagipun, dah malas nak pergi jauh-jauh, walaupun tak der jauh mana pun. Beli bungkus kat situ jer la, bawak naik makan kat opis sebab dah lewat.

Ketika menunggu giliran untuk makcik tokey kedai tu kira, aku melihat ke keluar kedai. Nampak 2 orang budak sekolah berbaju kurung putih, tudung putih pendek dan berkain susun biru muda. Kain baju kurung, orang terengganu panggil 'kain susun' (yang dilipat-lipat dan disusun dikiri atau kanan). Diaorang berdiri dekat dengan pondok telefon yang ada dekat situ, tapi tak nampak plak seperti menggunakan telefon awam. Salah seorang sedang bercakap di telefon bimbit. Aku nampak dengan agak jelas telefon di tangan kanannya yang didekatkan ke telinga kanan. Nampak macam telefon yang bukan koman-koman la. 'Koman' tu, orang terengganu gunakan bagi mengatakan sesuatu benda yang mungkin terlalu murah, tidak bermutu, senang dapat dan yang sewaktu dengannya la.

Jadi aku pun berkata, 'Tengok la budak-budak sekolah zamang la ni, dah la buleh pakai handset. Handset plak, bukang calang-calang.'
Makcik tokey kedai mendengar, dan menyampuk, 'Alaa.. Maring lagi la. Depang-depang ni jer duk bercium. Dok malu lasung!'.
Haaa??? Aku dengan Nur dah ternganga mulut. Mujur tak der lalat masuk. Terkejut tu.

Isshhh.. tak der rasa malu dah ker?

'Dah macang negeri mat saleh pulok dia buat. Dok malu lasung ke orang lalu-lalang!'.
Makcik tokey kedai membebel lagi.

Dan kemudian, aku ngan Nur naik.

Makan.

Nota kaki : Tiba-tiba teringat sepasang kekasih (biasanya suami isteri tak bercium dikhalayak ramai) bercium di tepi kolam air pancut depan KLCC, dikelilingi orang ramai. Si perempuan memakai tudung. Masa tu aku tengah makan di foodcourt (tingkat berapa ntah) yang boleh nampak air pancut tu.

Feb 13, 2009

Mimpi itu kenapa?

Bismillahirrahmanirrahim...

Mimpi itu kenapa
Mengganggu lenaku
Hampir setiap malam
Mengusik hari-hariku
Menyuntik rasa itu

Rasa itu
Seperti duri yang menusuk
Dalam hati yang merintih
Diam dan terselindung
Sakit dan pedih
Mengusik waktu-waktu tenang itu

Tenang itu
Hanya pada wajah yang menipu
Cuma atas rasa yang melihat
Tanpa pengertian pada yang tersirat

Dan yang tersirat itu
Aku juga tidak mengerti
Aku juga tidak memahami
Yang tersurat,
dan tersirat
pada mimpi itu.

Mimpi itu kenapa?

Aktiviti di awal pagi ini sebelum melelapkan mata

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah. Malam ni, eh di awal pagi ini telah berjaya membuat beberapa perkara.

Senarai perkara tersebut untuk peringatan kepada diri sendiri,
1. Mengubah setting blog ini. Sebenarnya dah lama nak buat, tapi tak terbuat-buat, sehinggalah hari ini selepas 'melatah' sedikit.

2. Menambah seorang kawan lama di Facebook.

3. Menetapkan font size and colour di ym.

4. Membaca my favourite blog and leave a comment there dengan niat hendak memberitahu aku masih wujud. Haha.. (niat sebenarnya ialah to tell her that i am always and still follow her blog)

5. Menghabiskan cerita Madagascar 2 yang langsung tidak membuat aku ketawa itu.

6. Hmm.. oh yer, menghabiskan entri ini.

Rancangan untuk esok (pagi ini selepas subuh) ialah;

1. Selepas solat subuh, terus keluar ke pasar tani. Oppss... nak buka gerai berniaga kah sebegitu awal??

2. Mungkin singgah melihat sun rise di tepi bendang. Where i always see sunrise every morning on my way to the office.

3. Membeli ikan ker haper ker yang hendak dimasak untuk tengahari.

4. Nak buat kuih!

Ok la. Dah ngantuk. Nak tidur. Selamat malam semua. Semoga mimpi yang indah-indah. Dan semoga mimpi malam semalam tidak datang lagi. Syuuhhh... pergi jauh-jauh la mimpi-mimpi seperti itu.

Feb 12, 2009

Kisah seorang sahabat yang sarat.

Bismillahirrahmanirrahim...

Awal-awal tahun ni ramai sahabat yang mendapat berita bakal menimang cahayamata. Lepas seorang, seorang. Bagai satu penyakit yang menular pula. Akhir tahun nanti, mereka-mereka ini akan dipanggil mama, mami, ibu, emak, ummi, dan bermacam-macam panggilan lagi. Menurut meksi-meksi di hospital juga (diterengganu jururawat dipanggil meksi, atau staf nurse), hujung dan awal tahun merupakan bulan-bulan yang paling sibuk. Ramai yang bunting pelamin selepas berkahwin pada musim cuti sekolah yang panjang!

Sahabat di pejabat sebelah juga akan mula membuat kad pemeriksaan kandungan mulai minggu depan. Bererti kandungannya mungkin sudah menjejak 3 bulan. Kalau bersalin dihospital kerajaan, kad perlu dibuat mulai kandungan memasuki usia 3 bulan. Kemudian pemeriksaan akan dibuat secara berkala. Sebulan sekali mulai usia kandungan 3 bulan sehingga 6 atau 7 bulan. Seterusnya 2 minggu sekali dan pada bulan-bulan terakhir sebelum bersalin seminggu sekali. Seingat aku la tu. Yer la, pengalaman lama. :D

Disini, di mana-mana klinik desa tempat pemeriksaan kandungan, mereka mempunyai jadual yang telah ditetapkan. Contohnya, pemeriksaan kandungan hanya dibuat pada hari Ahad dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Klinik desa lain, mungkin hari lain dan waktu yang berbeza. Jadi, bayangkan sahajalah betapa ramainya yang mengusung perut masing-masing. Ada yang mengandung anak sulung dan tentu juga ada yang mengandung kali ke-2, ke-3 dan seterusnya. Ada yang besar perut kerana dah hampir sampai masa bersalin dan ada juga yang baru awal bulan.

Memang ramai. Bayangkan mulai jam 8.30 pagi sudah berduyun-duyun datang kerana berebutkan nombor giliran yang awal. Kalau dulu, aku suka pergi lewat tengahari. Jam 11.30 pagi baru bertolak dari pejabat. Tak sampai 5 minit kemudian, aku sudah mengambil nombor giliran. Eh.. itu ketika rutin pemeriksaan Aisya. Sistemnya sama. Sehari dalam seminggu dan masa terhad. Ketika aku mengandung, aku tidak berkerja. Tetapi aku tetap pergi lewat sebab biasanya waktu itu orang sudah tidak ramai.

Teringat aku kisah seorang kawan rapat. Aku mengikuti setiap perkembangannya setiap kali dia pergi check-up. Dari perutnya kecil tersembunyi disebalik baju kurung sehingga baju kurung terpaksa ditukar kepada baju untuk orang mengandung.

Setiap keluhan dan aduan dia, akulah pendengar setia. Bukan keluhan kerana mengandung. Isshh.. tak baik tu. Tapi, keluhan kerana keletihan menunggu terlalu lama. Bayangkan dia punya nombor giliran 7, tapi bayangkan betapa lembapnya sistem di klinik kesihatan itu. Jam 11 pagi pun belum tentu lagi giliran dia tiba. Dia ambil nombor giliran itu jam 8.00 pagi, jadi bayangkan berapa lama dia menunggu disitu. Dan ketika perutnya memboyot pun, perkara yang sama masih berulang sehinggakan aku sendiri terasa hendak memanggil Harian Metro bercerita tentang masalah di klinik kesihatan kerajaan itu.

Pernah sekali, dia bercerita. Dia berdiri di kaunter dan menghulurkan kad check-up. Penjaga kauntter disitu sedang berborak dengan kawan-kawannya yang juga bekerja disitu. Aku sudah lupa apa yang diperlukannya sahabat aku itu. Tetapi dia perlu menunggu meksi itu berbuat sesuatu yang sepatutnya mengambil masa tidak sampai 5 minit. Tetapi kerana sibuk berborak, sambil memegang kad check-up sahabat aku itu, maka hampir 20 minit dia terpaksa berdiri disitu. Akhirnya suaminya mendekati dan memarahi pekerja tersebut.

Lihatlah betapa tidak prihatinnya mereka kepada orang mengandung. Bukan itu sahaja, mereka sepatutnya memberikan perkhidmatan dalam rupa yang lebih manis. Ini mukanya masam mencuka. Bukan sahaja orang mengandung tidak diberi perhatian dan keistimewaan, malah pelanggan lain juga dilayan begitu.

Itu dulu. Sekitar tahun 2004. Aku ingatkan tahun berlalu, perkhidmatan kerajaan (terutamanya meksi) bertambah baik. Rupa-rupanya tidak. Harian Metro hari ini ada berita tentang seorang pelanggan yang dilayan buruk di sebuah klinik kesihatan daerah. Dia disergah dihadapan pelanggan-pelanggan yang ramai kerana kesilapan hari untuk ujian HIV sahaja. Dan dia cuma bertanya sahaja.

Begitulah.

Feb 11, 2009

Cinta plastik, atau cinta spastik?

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi tadi, on the way to my office, aku asyik mendengar 'hot chat' di Hot FM, seperti di pagi-pagi yang lain juga. Selain suka mendengar celoteh si Fara dan Faisal, aku suka hendak tahu apa topik 'hot chat' setiap pagi. So, topik hot chat pagi tadi ialah cinta plastik atau cinta spastik, lebih kurang camtu la bunyinyer. Yang pastinya ianya tentang cinta palsu antara manusia, bukan dikalangan haiwan atau tumbuhan. Opss...

Ok. Nampaknya ramai wanita yang menelefon berkongsi cerita di hotfm berbanding lelaki. Dalam tempoh lebih kurang 15 minit itu, ketika kereta comelku mencecah parking lot biasa di hadapan bangunan pejabat, baru ada seorang lelaki menelefon. Dan aku sudah malas untuk mendengar cerita seterusnya.

Kesimpulan daripada hot chat itu, aku rasa tidak salah kalau selama ini aku berkata kebanyakan lelaki sukar untuk dipercayai. Hey, aku tidak berkata semua yer. Memang ada di antara kebanyakan lelaki itu yang baik atau bagus, tetapi kalau sekadar seorang atau dua, memang la sukar untuk dikesan.

Yer, sebagaimana sukarnya Alex nak mengecam Marty ketika Marty berada dikelilingi oleh zebra-zebra yang banyak itu. Walaupun akhirnya berjaya, tetapi kesukarannya lebih kurang begitulah. Aku baru tengok citer 'Madagascar : Escape 2 Africa' sebenarnya tadi. Itu yang perbandingannya ke situ tu. :D

Selama ini aku selalu ditegur bila berkata, sukarnya hendak mempercayai lelaki. Ramai yang hanya mempermainkan perasaan wanita. Biarpun aku berkata berdasar pengalaman aku yang terlalu banyak, aku tetap tidak disokong. Tetapi itulah hakikatnya yang aku hadapi.

Walaupun aku sendiri mencari erti cinta itu dalam diri, aku juga mencari seseorang yang boleh mengelonjakkan rasa cinta dalam diri aku itu. Wooo.. rasa cam ayat power skit kat situ. Hahaha..

Ok la. Stop dulu.

Untuk lelaki-lelaki yang pernah singgah dihati aku.

Bismillahirrahmanirrahim...

(i)
Lelaki itu
kawan aku
kawan baik suatu ketika dulu
entah kenapa bila hendak memulakan ini
aku teringat pada dia
tapi aku suka dia, dan pernah mengharap padanya
dan ianya terluah,
tidak kupendam
tapi, katanya dia sudah berteman istimewa
dan dia mengerti kekecewaan yang aku rasa
kami berkawan, lama, sehingga dia sudah bertunang
dan putus hubungan selepas dia berkahwin
dia tiba-tiba muncul semula seketika dalam hidup aku
ketika aku kembali bersendirian, dan sempat memberi secebis harapan
harapan yang kembali diragut selepas itu
mengajar aku supaya tidak lagi perlu berharap
itu dulu
lama dulu

(ii)
lelaki itu
aku sangat senang dengannya
aku sangat suka padanya
aku sangat puja caranya
dia juga kawan
yang ada hati juga perasaan
yang ada kekasih pujaan
dan aku hanya terlambat mendatang

(iii)
lelaki itu
aku sukar melupakannya
aku sering mimpikannya
aku rindu bayangannya
dan rindu itu terhapus walaupun sekadar melihat bumbung pejabatnya
atau kereta mewahnya
tapi aku tahu, aku perlu cuba melupakannya
mengelak bayangannya
menjauh dari bumbung pejabat atau kereta mewahnya
kerana
ianya membuatkan hati aku sakit
hati aku pedih
hati aku merintih

(iv)
lelaki itu
sudah lama aku buang wajahnya
sudah lama aku campak hatinya
aku geram, aku marah,
kerana, tika aku memerlukannya, dia tiada
tika aku selesa tanpanya, dia ada
dan ketika aku memberi ruang sebagai sahabat
dia hilang bagai bayang-bayang
apa? kenapa? kau hendak apa sebenarnya?

(v)
Kerana lelaki yang ke (iv) itulah, aku buat entri ini
Terima kasih kepadanya

Feb 9, 2009

Kurang sihat

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku tidak tahu siapa yang dijangkiti siapa. Mungkin panas dalam yang tidak keluar membuatkan aku rasa tubuh bagaikan tidak larat untuk tempoh yang agak lama. Dah seminggu. Mungkin keadaan cuaca juga mempengaruhi.

Sekarang, pagi sudah kurang sejuk. Tapi, tengahari matahari membahang terik. Itupun, ketika aku baring melepaskan lelah selepas penat sehari suntuk mengemas, membasuh, memasak, di katil yang sekarang di tepi tingkap yang terbuka luas mengarah ke bendang yang kosong, aku rasa seperti hendak berselimut di tengahari yang panas itu. Angin yang bertiup masuk, sejuk sungguh.

Dan sekarang, Aisya pula kurang sihat. Hampir-hampir tidak dapat ke sekolah. Tetapi mujurnya, pagi dia segar dan katanya hendak pergi sekolah. Kasihannya, balik tengahari menangis-nangis kerana sakit gigi dan demam. Semalam aku mengambil dia dari sekolah. Tak lama selepas makan ubat, dia kembali segar bugar. Malamnya kembali layu. Kasihan sungguh.

Aku pula diserang sakit tekak bila malam menjelang. Peritnya rasa yang amat. Malam tadi, aku bancuh dua sudu madu dengan dua sudu air limau nipis. Sedapnya! Tekak yang perit dan batuk ini memang jarang disuakan ubat batuk. Aku sangat tidak suka ubat batuk yang hitam pekat itu. Dan aku sangat tidak mempercayai keberkesanannya berbanding cara tradisional. Paling tidakpun aku akan buat air asam jawa pekat-pekat dan kurang manis. Kalau demam panas, kami adik beradik sudah biasa diajar membasahkan kepala dengan air lendir daun bunga raya. Tapi. jam 2 pagi tadi ketika aku terjaga dan merasa tubuh Aisya yang panas yang amat, aku cuma mengambil 'Magic Pad' yang ada dalam peti ais dan diletakkan atas dahinya. Kemudian, bila Magic Pad itu dah kurang sejuknya, aku gantikan dengan 'Cool Fever'. Mudah. Takkan aku nak turun ke tanah mengambil daun bunga raya jam 2 pagi!

Alhamdulillah. Pagi ini aku boleh menghantar dia ke sekolah seperti biasa. Dan harap-harapnya keadaan kurang memberangsangkan itu tidak berlanjutan.

Feb 7, 2009

Kalau aku berada di tempat dia.

Bismillahirrahmanirrahim...

Motor. Kalau disini, terengganu, motosikal dipanggil dengan panggilan motor jer. Di sini juga, budak-budak sekolah (sekolah menengah), dah ramai yang bermotor ke sekolah zaman sekarang. Muda-muda lagi dah diajar membawa motor (sejak sekolah rendah) dan bila besar sedikit dimanjakan dengan diberikan motor sendiri.

Ok. Aku bukan hendak bercerita tentang motor. Aku hendak bercerita tentang orang yang membawa motor.

Ceritanya begini.

Ketika itu aku dalam perjalanan ke tempat kerja. Pagi, sekitar jam 8. Aku sudah lupa ketika itu aku bersendirian ataupun Aisya ada bersama (untuk dihantar ke tadika). Dengan kelajuan sederhana meredah jalan biasa ke pejabat. Di sekitar sebuah kampung, aku terlihat ada sebuah motor yang agak buruk dan ditunggang oleh seseorang yang agak berisi tubuh badannya. Aku agak mungkin lelaki kerana motor itu adalah jenis motor 'sekereng' (jenis-jenis motor RXZ, aku kurang arif tentang jenis-jenis motor ni).

Akan tetapi, bila aku memotong motor yang tidak dibawa laju itu, aku silap! Dia adalah seorang perempuan, dan dihadapannya (di atas tangki motor yang besar dan buruk itu) ada seorang budak kecil. Dengan selamba dia menuju ke destinasinya (mungkin ke tempat kerja, dan budak itu dihantar dulu kemana-mana).

Mungkin bagi sesetengah orang mungkin itu adalah pemandangan biasa. Tetapi, tidak bagi aku. Apa yang aku lihat ialah seorang wanita yang gigih dan sangat kuat barangkali. Kenapa. Kerana dia sanggup membawa motor yang aku pasti buruk itu dan sangat tidak sesuai untuk dibawa oleh seorang wanita. Dan ditambah pula membawa seorang budak kecil dihadapannya. Aku tidak rasa ramai wanita sanggup berbuat seperti apa yang dia lakukan. Banyak benda yang mengatasi. Perasaan malu. Marah juga (kerana mungkin si suami yang sepatutnya berbuat begitu). Dan sekiranya aku berada ditempatnya, adakah aku sanggup berbuat begitu?

Sekarang cuba kita bayangkan sebuah situasi yang memaksa dia berkeadaan begitu. Mungkin dia tidak mempunyai kenderaan lain, dan itu satu-satunya alternatif yang cepat dan mudah, dan juga termampu. Mungkin si suami pergi bekerja dengan van yang mengangkut pekerja. Dan si isteri ini tidak mahu menyusahkan suaminya. Tanpa bersungut, menggunakan alternatif yang ada untuk pergi kerja dan mungkin singgah dahulu dirumah ibu ayahnya atau pengasuh anaknya.

Sedang kita? Ke sana ke mari dengan kenderaan yang beratap ini, masih bersungut tentang minyak petrol yang naik harganya dan tidak terfikir untuk berjimat dengan cara mengurangkan perjalanan. Menghantar anak-anak ke tadika persendirian tetapi masih berkira tentang yuran yang mahal perlu dibayar bulan-bulan.

Dan, masih ada juga yang masih berkira untuk menghantar anak ke program motivasi yang memerlukan perbelanjaan lebih sedikit sedangkan membeli pinggan mangkuk baru, cadar langsir baru, langsung tidak kisah apabila melihat jiran-jiran mula menukar langsir dan set pinggan mangkuk baru.

Aduhai. Nampaknya di kampung-kampung yang cuma dipinggir bandar ini juga masih ada yang berpendirian begitu.

Feb 5, 2009

The latest novel i read.

Bismillahirrahmanirrahim...

Chinese New Year yang lalu busu sekeluarga balik kampung. Biasa. Memang selalu jer cari peluang balik kampung. Cam aku dulu2 jugak masa duk kl. Kali ni dia cuti lama. Seminggu. So, alang2 dah balik tu, aku pesan la dia bawak balik novel dia yang aku belum baca. Ok.

Novel kali ini karya seorang pengarang terkenal. Aku rasa semua pembaca novel di Malaysia kenal penulis ini. Aku mula baca karya penulis ini semenjak tingkatan 4 atau 5. Dulu novel-novelnya sangat menarik minat aku. Dan aku ada mempunyai beberapa koleksi novelnya yang dulu-dulu itu.

Novel yang ini adalah sequel daripada novel yang busu pernah beli dan aku juga telah baca. Walaupun aku ingat2 lupa jalan cerita novel yang dulu, aku still boleh ingat sikit.

Tapi. Sungguh la. Aku sangat kecewa bila membaca novel ini. Apalagi di penghujung cerita. Ye. Aku mengaku. Memang aku lompat-lompat membaca dari pages to pages. Bukan boring. Kerana tidak sabar untuk mengetahui penghujungnya.

Finally, the ending is very disappoint me! Ianya sangat kelam kabut. Dan seperti hendak dihabiskan cepat2. Sehinggakan kita boleh terasa hendak berkata 'Eh..eh.. apa ni? Apa ni woii?? Apa ni???'.

Tapi, kiranya kita berkata begitu, kita diibaratkan (waa.. ada pepatah lagi disini yer.. :D) 'bagaikan anjing menyalak bukit'.

Dah la tidur lewat semata2 nak tahu penamat cerita camner. Tup, tup. Mendukacitakan sangat.

Aduhh. Sakit bahu. Better stop here.

Le bye et revoient u.

Feb 3, 2009

Cerita pasal siput lagi.

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku bukan nak ulang-ulang cerita pasal 'siput' tu. Tapi aku tiba-tiba teringat pasal semalam.

Aku on the way balik ke rumah jam 6 petang. Sebenarnya waktu opis hanya sehingga pukul 5. Tapi aku malas pulang waktu itu kerana jam itulah jalan yang kena aku lalu 'jem'. Biasanya aku balik jam 6 kerana kononnya waktu itu kereta yang bersusun-susun itu sudah berkurangan.

Ok. So, aku pandu la kereta kecik aku tu dengan kelajuan lebih kurang 60km/jam. Jalan Pasir Panjang tu jalan yang agak sibuk. Itu adalah kelajuan lazim di jalan itu. Paling hebat pun, 70km/h jer la. Tapi, sekitar suatu kawasan, di depan aku ada sebuah Toyota Hilux kalau tak salah, berwarna hitam dan berdebu sangat, dibawa dengan kelajuan 40km/h!

Aduhh! Apa kena kereta besar camtu slow cam siput! Mulanya aku ingat mungkin ada kereta atau motosikal yang slow kat depan. Tapi, aku tengok tak der plak.

Akhirnya.
Aku nampak through the side mirror of the car, pemandu yang agak berusia tu sedang bergayut di handphone! Adusshhh! Patut la!

Nak memotong tak bleh sebab kereta bertalu-talu di lorong sebelah dan jalan pulak agak tidak lurus. Jadinya, aku follow jer la. Sekitar 30km/h. Sigh.

Eh. Eh. Pakcik tu dah letak handphonenya. Ok, mungkin laju skit lepas ni.

Tapi... argghh!!
Slow cam tu jugak.

Aku sempat menengok melalui cermin pandang belakang. Bersusun kereta. Panjang.

Dan aku terfikir.

Dia tidak rasa bersalahkah? Kerana memandu begitu perlahan dan membiarkan kereta bersusun-susun dibelakangnya. Langsung tidak memberi peluang untuk memotong.

Kalau aku.
Dah menggelabah dah kalau tengok belakang ada kereta. Walaupun sebiji. Kalau kereta belakang laju, aku bagi peluang dia memotong. Kalau tidak, aku yang akan melajukan pemanduan dulu.

Tidak rasa bersalahkah dia??

Feb 2, 2009

Kagumkah atau mengejekkah?

Bismillahirrahmanirrahim...

Terengganu sangat cerah semenjak dua menjak ini. Matahari bersinar membahang mulai awal pagi membawa ke petang. Tapi, Subhanallah, cuaca di awal pagi sangat sejuk. Kabus tebal dan untuk menyelak selimut bagaikan hidup segan mati tak mahu.

Oh yer, baru-baru ini di pantai Batu Buruk ada ekspo apa ntah. Ramai orang menjual pakaian dan segala bagai lagi dan kebanyakkan orang Thailand. Bagaimana aku tahu? Alaa.. dengar dia orang terhegeh-hegeh nak menjawab apabila kita bertanya sesuatu pun dah sangat ketara orang Thailand. Tapi, kenapa yer peniaga Thailand yang datang berniaga? Bukan pengusaha tempatan? Dalam kehairanan aku itu, sempat juga aku sambar sehelai baju kemeja putih dan skirt labuh 'Made in Thailand'. Hahaha...

Ada sesuatu yang agak mengejutkan ketika kunjungan kali pertama. Erkk... aku pergi 2 kali ajer yer. Jangan pula diingat bila disebut kali pertama, aku telah pergi berkali-kali. Ingat aku dah tak der keja lain dah nak dibuat! Hehe.. (Sebenarnya, merbahaya pergi tempat seperti itu untuk seorang seperti aku. Sekali pergi mesti sambar sehelai baju. Kalau 10 kali pergi, tak ke jadi 10 helai, didarab pula RM30. Argghh.. habih kat orang siam jer karang duit gaji aku!)

Ok. Actually it's something normal. Di hadapan astaka di situ dibina satu pentas yang dikendalikan oleh sekumpulan daripada mana aku sendiri tidak pasti. Mungkin RTM Terengganu. Mungkin juga badan persendirian. Dan diadakan rancangan apa, aku juga tidak pasti. Tetapi kebetulan ketika aku singgah disitu ada acara karaoke dijalankan.

Dua orang gadis kecil molek sedang menyanyikan lagu 'Cinta'. Bunyinya bergema di sepanjang pantai Batu Buruk yang dipenuhi dengan manusia yang amat ramai bagaikan semut menghurung gula. Tapi, tidak ramai yang menghiraukan mereka yang sedang menyanyi di atas pentas itu. Masing-masing sibuk ke sana ke mari, membeli ataupun hanya menjenguk jualan.

Ketika aku berpatah balik, kedengaran suara seorang perempuan mendendangkan lagu dangdut nyanyian Inul. Orang kelihatannya berpusu-pusu untuk melihat siapakah yang menyanyi. Aku tidak berminat untuk menjenguk di celah-celah orang yang ramai. Jadinya, aku terus berjalan di hadapan pentas itu, dibelakang penonton-penonton itu. Seketika di ruang yang tiada orang, aku memandang ke arah pentas.

O..o..o... Patutlah aku dengar ada yang ketawa dikalangan penonton. Ada juga yang mukanya nampak semacam. Ada juga bermuka tiada perasaan. Siapakah yang menyanyi itu? Yer.. seorang gadis yang berisi tubuh badannya, berpakaian agak seksi, dan bergelek!!! Aku bukan terkejut kerana tidak pernah melihat. Pernah. Tapi bukan disini. Di Kuala Lumpur. Di celah-celah keriuhan peniaga dan pengunjung 'up-town' di Danau Kota.

Yer. Disana, itu semua biasa. Tidak menghairankan. Tidak mempedulikan. Tidak pelik. Tapi, ini Terengganu. Terengganu yang pernah dikira kolot, nampaknya tidak kolot lagi. Sudah ada macam-macam. Termasuk mat-mat rempit yang tidak takutkan sesiapa. Gadis-gadis pembonceng yang berbaju sendat dan menampakkan lurah punggung. Dan itu, gadis bergelek tanpa segan silu di khalayak ramai.

Hmm.. Terengganu sudah 'maju' nampaknya..

Sigh.

Masa lapang yang perlu diadakan.

Bismillahirrahmanirrahim...

Yer. Kita kena mengadakan masa lapang itu. Bukan mencarinya. Kalau cari, sampai bila-bilapun mungkin kita tak jumpa, kan kan kan. Masa tu, bukannya sesuatu yang boleh dipegang, dilihat, disentuh cam guli. Eh.. kenapa guli yer yang tumpang lalu kt situ? Kenapa bukan bola ker, kayu ker, komputer ker ataupun sabun ker? Hahaha.. tangan aku yang menaip, so ikut tangan ini la nak taip aper, kan. Lagipun rasanya tak der yang sensitifpun pasal membanding masa dengan guli walaupun antara dua tu langsung tak der perkaitan.

Dah..dah.. merepek la plak.

Ok. Camner yer nak mengadakan masa lapang itu? Aku rasa camni, kita kena padatkan aktiviti dalam satu masa dan menjimatkan serba sedikit masa lain. Jadinya, pada penghujung masa (dalam 24 jam itu), akan ada masa yang terluang.

Kenapa beria-ria nak mengadakan masa lapang ni?

Hehe.. sebabnya aku nak tengok movie. Banyak movies yang telah selamat diselamatkan ke dalam laptop. Dan aku mengharapkan movies itu selamat ditonton pada masa yang diselamatkan untuk tujuan tersebut itu.

Dan aku rasa juga, masa terluang itu akan diselamatkan dan diadakan diantara jam 10 malam sehingga 12 malam. Itupun sekiranya Aisya telah selamat tidur dan aku juga tidak terselamat tertidur bersama Aisya. Kan. Kan. Kan.

Feb 1, 2009

Perampas suami orang sekejamm zionis???

Bismillahirrahmanirrahim...

Topik hari ini dipetik daripada satu ruangan soaljawab atau tanya pakar di dalam myMetro hari ini. Saya tahu semua orang punya pendapat masing-masing tentang topik ini. Apa yang hendak saya tuliskan disini bukan bererti saya menyokong si'perampas' suami orang. Bukan juga bererti saya menyokong kenyataan 'Hamba Allah' yang mengatakan siperampas suami orang itu sekejam zionis. Saya hanya memberikan pendapat saya berdasarkan pengamatan saya daripada sekeliling (worlds around me), pengalaman kawan-kawan, juga diri sendiri.

Yer, saya tahu semuanya bermula daripada masalah 'Puteri Kota'. Dia yang berumur 18 tahun terus terang mengakui menggoda suami kakak angkatnya sendiri. Dia yang pada pendapat saya masih muda remaja, memang terang-terangan menaikkan kemarahan sesiapa sahaja yang membaca luahan masalahnya itu. Apabila bila dia langsung tidak dilayan oleh yang digoda, dia tercari-cari dimana silapnya. Dia juga malah makin mengagumi 'si suami' kerana sikap sisuami itu yang 'kuat iman'. Si Puteri Kota juga berterus terang tentang nafsu seksnya yang sukar dikawal, tentang beronani dan menghantar sms berbaur lucah.

Apa yang saya nampak disini adalah seorang remaja yang bermasalah. Dia mungkin bukan remaja hingusan atau pelajar sekolah, tetapi saya rasa dia berada dipertengahan usia dimana kekeliruan antara kehendak nafsu serta keinginan diri dan pendirian sebagai seorang muslim sedang berperang didalam diri. Saya rasa dia perlu dibantu, dibimbing, bukan dihentam.

Kerana itu saya sangat geram bila membaca maklumbalas sipenulis dan 'Hamba Allah' yang masih bersekolah itu. Penulis terutamanya, pada pendapat saya tidak memberi nasihat yang sepatutnya. Betul semua apa yang sipenulis balas, tapi kenapa perlu disenaraikan kelemahan-kelemahan dia. Satu persatu dihentam. Itu belum lagi sipenulis yang menyokong kenyataan 'Hamba Allah'. Si 'Hamba Allah' itu cuma seorang budak sekolah, yang masih dalam peringkat merangkak untuk mengenal erti hidup. Menggunakan bahasa yang kasar dan sebegitu keras menghentam seorang yang dalam kekeliruan adalah salah dan tidak patut digalakkan.

Yer, saya tahu ramai isteri-isteri yang menyokong kenyataan itu. Semestinya mereka marah sekiranya suami mereka dirampas. Seketika ini, saya teringat kata-kata Dato' Rahim Razali dalam filem 'CINTA', 'Isteri itu bukan hakmilik, tapi anugerah'. Bagaimana kalau perkataan 'isteri' itu ditukar kepada 'suami'? Menjadi tak ayat itu? 'Suami itu bukan hakmilik, tapi anugerah'. Yer, seorang lelaki boleh berkahwin sehingga 4 orang. Islam membenarkan itu.

Saya mempunyai beberapa orang yang masih belum berkahwin pada usia 30-an ataupun akhir 20-an. Yer, ada yang terus terang bercinta dengan suami orang. Yer, ada juga yang sangat mengelak untuk berkawan dengan suami orang. Saya juga kenal baik beberapa orang yang menjadi isteri ke-2 atau ke-3. Tidak, mereka tidak merampas suami orang, mereka cuma berkongsi dan menumpang kasih sayang. Tidak, mereka tidak kejam, malah mereka juga bahagia bersama keluarga besar mereka. Tidak, mereka tidak salah, tetapi sudah jodoh mereka begitu.

Seorang kawan juga pernah bercerita tentang suami orang yang selalu mendekati. Elak punya elak, akhirnya tersangkut juga. Sempat bercinta untuk seketika sebelum hubungan diputuskan atas alasan yang dia tidak sanggup untuk pergi lebih jauh. Maksudnya, dia tidak sanggup untuk menjadi isteri ke-2.

Tiada manusia yang sempurna. Susah juga untuk seseorang itu berterus terang tentang keburukan sendiri. Dan sekiranya ada, bantulah dia. Jangan dihentam kerana kita tidak berada ditempat dia. Kita tidak tahu bagaimana rasanya. Bagaimana perasaannya, dan hatinya. Dan, agaknya bagaimana kalau kita sendiri berada ditempatnya? Lebih baik atau lebih teruk?

Daripada pemerhatian saya, tidak mudah untuk seseorang membuat keputusan menumpang kasih orang atau dalam ertikata yang kasarnya, 'merampas suami orang'. Dan sekiranya seseorang itu kelihatannya mudah mengambil keputusan itu, percayalah, itu betul-betul jodohnya yang sudah ditetapkan Azzawajalla.

Wallahualam. Sesungguhnya kita tidak tahu, sedang Dia lebih mengetahui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...