Iklan

Feb 28, 2011

Panas menyengat berpinar

Malam tadi layan novel, sebelum melelapkan mata. Bab Fahri melawan panasnya cuaca hingga jatuh pengsan di depan rumah sewaannya bersama kawan-kawan seperjuangan. Jam 12 lebih, menutup lampu kerana jika di layan novel itu, sampai pagi pun tak apa-apa. Tapi, tidur asyik terjaga, kerana sejuknya cuaca. Sungguh, aku selalu begitu. Tidak dapat tidur lena sekiranya terlalu sejuk. Sekejap-kejap terjaga, sekejap-kejap celik.

Hari ini, panasnya cuaca sungguh. Cuma mungkin tidak seperti panasnya cuaca di Mesir, yang mengundang sakit pada Fahri. Mata yang berspek mata, hanya mampu di buka sepet sebaik selesai mesyuarat jam 11.30 pagi. Kalau semalam, boleh juga melindungi mata dengan spek hitam kerana ber'contact lense'.

Panas yang sedikit ini pun sudah tidak mampu diredah, apalagi panas di padang mahsyar yer. Saya manusia biasa, serba sedikit sungutan tentang cuaca terlepas juga dari bibir. Walau saya sukakan langit terang benderang membiru, dengan sedikit-sedikit tompokan awan, atau malam yang bertaburan bintang bergemerlapan, sedikit-sedikit keadaan itu memberi kesan juga pada kesihatan saya.

Hari ini terasa tenaga habis walau jam baru 2.30 petang.

Feb 26, 2011

Empat malam yang berturutan

Seawal 8.30 pagi saya sudah meninggalkan rumah, sehabis sahaja tanggungjawab pagi iaitu menghantar dan menunggu Aisya menyelesaikan 'mengaji Quran' di rumah jiran sekampung yang jaraknya hanya 2,3 minit dari rumah. Tapi tidak sesekali aku biarkan dia pergi sendiri berbasikal di jalanraya yang agak sibuk itu. Aku tidak cukup yakin melepaskan dia di zaman yang pelbagai insiden yang tidak disangka-sangka ini sering berlaku.

Memandu ke pejabat selepas segelas air milo menjadi pengalas perut di pagi hari.

Kerja tidak sebegitu banyak sebenarnya, hanya kerja luar yang cuba aku beri kosentrasi untuk siapkan dalam masa terdekat kerana mengejar tarikh mati.

Sehingga malam.


Pulang, dan penat.

Dan perlu pula memikirkan beberapa perkara penting, walau tiada paksaan untuk itu. Di celah-celah bacaan 'Ayat-Ayat Cinta', yang tidak habis-habis. Di samping mencari sesuatu, kekuatan dari-Nya atau petunjuk-Nya. Tapi sungguh, aku keliru.


Empat malam berturut-turut.

Karena Ku Sanggup



Biarlah ku sentuhmu
Berikanku rasa itu
Pelukmu yang dulu
Pernah buatku


Ku tak bisa paksamu
‘tuk tinggal disisiku
Walau kau yang selalu sakiti
Aku dengan perbuatanmu
Namun sudah kau pergilah
Jangan kau sesali


Karena ku sanggup walau ku tak mau
Berdiri sendiri tanpamu
Ku mau kau tak usah ragu
Tinggalkan aku
Huuu.. kalau memang harus begitu


Tak yakin ku kan mampu
Hapus rasa sakitku
Ku ‘kan selalu perjuangkan cinta kita
Namun apa salahku
Hingga ku tak layak dapatkan kesungguhanmu


Tak perlu kau buatku mengerti
Tersenyumlah karena ku sanggup

Feb 25, 2011

Cinta itu tiada di mana-mana

.. tetapi aku pasti,

ianya boleh ditanam, biar tumbuh..
dibaja, biar subur...
disiram, biar segar...
dijaga dan dibelai selalu,
biar terus mekar...

Feb 23, 2011

Suatu masa yang lampau



Suatu ketika dahulu, masa itu sekitar awal kemunculan penyanyi cantik jelita di atas tu la, saya seorang budak perempuan yang sedang menuju remaja yang agak berisi. Tak ada la sampai obes, tapi abang yang sulung yang kuat mengusik selalu memanggil dengan gelaran 'debab'. Ya, panggilan untuk orang gemuk. Hehe...

Biasa la, perempuan, memang sentiasa nak nampak cantik dalam pakaian apa sekalipun, walaupun ketika berkembang gantung. Tapi berkembang dengan gaya la, bukan berkembang macam makcik-makcik di kampung. Dengan rambut di sanggul tinggi, menjemur ikan kering atau menjemur kain diampaian, diaorang memang tak kisah tentang cantik atau buruknya penampilan diaorang. Hahaha...

Saya pun nak cantik, macam penyanyi di atas. Sangat fanatik pada Fauziah Latiff yang cantik, langsing dan berambut panjang ikal masa tu. Setiap majalah yang ada cerita dan gambar dia, memang wajib beli. Berangan-angan nak kurus macam dia, supaya pakai apapun nampak cantik terletak. Lebih-lebih lagi kalau pakai seluar jeans, sebab masa tu tengah top fesyen tu. Tapi sebab tak mampu nak beli seluar jeans sendiri, pakailah yang kakak punya. Labuhnya kena lipat banyak, besarnya lagi macam pakai sarung guni.

Bab rambut pun, kalau boleh nak simpan panjang macam Gee. Ikalnya, dah sama dah, tapi panjang memang tak boleh. Masa tu sekolah, pakai tudung separuh hari, tak prihatin pun bab-bab jaga rambut, mana mak nak kasi simpan rambut panjang-panjang.

Semuanya nak macam dia la. Sebab dia cantik. Sekarang, dia lagi cantik. Tapi sekarang saya tak nak jadi macam dia dah. Saya nak jadi diri sendiri. Ehemm.. biasalah, orang dah matang berfikir. Hehe...

Akan tetapi saya masih mengagumi kecantikan dia. Dia suka sukan lasak, bodi dia cantik tidak kurus sangat. Dia masih, pakai apapun tetap cantik terletak. Oh yer.. lagu-lagu dia, dari dulu sampai sekarang masih saya hafal kebanyakannya.

Feb 16, 2011

Kehidupan adalah tentang membuat pemilihan

Life is all about making choices.. saya terjumpa ayat ini dalam ruangan komen salah satu blog yang akhir-akhir ini sering saya hadap, di mana ianya salah satu komen pemberi komen yang bukan anonymous. Kehidupan memang sering berhadapan dengan pilihan. Dan apabila begitu keadaanya, mesti ada deretan pilihan seperti menjawab soalan peperiksaan lagaknya. Harus pilih A kah, atau B kah, ataupun antara A, B, C, D dan E. Apabila dua atau tiga telah dipangkah sama sekali, maka harus memilih antara dua atau tiga yang tinggal. Pangkah lagi, hinggalah membulatkan tekad memilih satu yang terakhir. Jarang berlaku suatu keadaan di mana, tiada pilihan. Kalau 'ya' mesti bersebab, kalau 'tidak' ada alasannya.

Apa yang berlaku selepas membuat pilihan?

Itu yang menjadi persoalan sebenarnya, kerana tepat atau tidak tepat pilihan yang dibuat, bukan lagi sama seperti dalam peperiksaan. Jika jawapannya sebetulnya A, maka yang membulatkan B atau C atau yang lain-lain, tetap SALAH. Tiada sebab perlu diberikan dan tiada tindakan lanjutan perlu dilakukan. Bilamana kehidupan ini bukanlah begitu lagi. Pada perkiraan saya, BETUL atau SALAH pilihan yang kita ambil, hanya diri kita sendiri yang boleh membuat keputusan. Kerana kita, tiada yang sempurna dalam kehidupan. Sekiranya tersilap membuat pilihan, masa tidak boleh kita putarkan kembali ke tempat asal, dan tidak kita boleh berpatah balik untuk membuat pembetulan. Apa yang perlu dilakukan, hanyalah kekuatan kita untuk menghalakan yang SALAH itu, ke arah yang kita pasti BETUL.

Kehidupan ini adalah tentang membuat pilihan, tetapi pilihan kita sebenarnya telah ditetapkan oleh-Nya. Perjalanan hidup kita, telah diatur-Nya mengikut apa yang dikehendaki-Nya.

Rumusnya, tiada yang SILAP dalam membuat pilihan, kerana samada A atau B atau C yang dipilih, sebenarnya itulah yang telah Tuhan tentukan untuk kita. Kita hanya perlu meneruskan kehidupan dengan memBETULkan perjalanan ke hadapan yang panjang.




BETULkah atau SALAHkah?



Feb 15, 2011

Ada beberapa persoalan di sini

dan.. setiap satu soalan yang ingin saya taipkan disini yang timbul di fikiran saya, dijawab dengan tenang oleh hati, dan akal juga menyampuk sesekali. sudahnya, setiap persoalan terjawab sendiri..

akan tetapi, perasaan masih begitu.. takut dan ragu-ragu, ketakutan dan keraguan yang berulang-ulang.



Ya, Allah... janganlah kiranya Engkau pesongkan hatiku, imanku, sesudah Engkau kurniakan kepadaku petunjuk. Anugerahilah aku rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Perkenankanlah.

Feb 14, 2011

Kegigihan itu lagi.

Suatu ketika dahulu, saya pernah gigih untuk perkara yang sama. Setiap petang bermandi keringat secara alam maya. Membanting tulang yang banyak kerat tanpa kenal erti putus asa. Hujan dan panas sudah tidak memberi apa-apa makna. Ribut dan petir sahaja yang sedikit menggugat jiwa.



Gigih sungguh, dan akhirnya penat lelah titik peluh yang mengalir berbayar dengan kejayaan, iaitu mendapat apa yang diinginkan. Berbaloi dan hati puas,



Cerita itu disini.




Sekarang... ianya hendak dibesarkan begini.




Nampak tidak disitu bahawa saya memerlukan empat juta syiling dan seramai 7 jiran lagi.



Sebut pasal jiran, sedih juga rasa. Jiran istimewa itu sudah tiada di senarai kejiranan. T___T

Feb 13, 2011

Kebiasaan itu adalah permulaan kepada sesuatu

Setiap hari pada jam enam petang, seorang kanak-kanak perempuan pasti menjadi pengunjung tetap kolam yang tenang itu. Kata orang, kolam yang tenang jangan disangka tiada gelora. Begitulah ibaratnya kolam itu, setenang-tenangnya, banyak keluarga ikan yang menghuni dasarnya. Beranak-pinak dan bersilih ganti menjadi mangsa pemancing terlarang. Maka disitulah si kanak-kanak itu menghabiskan waktu petangnya membaling roti putih sebagai makanan percuma.



Kiranya, ikan-ikan sudah kenal tuan punya cebisan roti putih yang mengenyangkan perut mereka setiap petang. Agak-agak jam berapa berapa, maka berduyung-duyung dan berbondong-bondonglah mereka timbul ke permukaan mencari kelibat si kanak-kanak pemurah hati.



Petang yang indah itu, kala matahari mula samar di ufuk barat, timbullah ikan-ikan itu di tempat yang selalunya. Melingas-lingas mencari bayang si pemberi rezeki. Tiada. Tidak sehingga ke waktu-waktu seterusnya, hingga matahari mengucapkan selamat malam dan ikan-ikan itu terpaksa berenang ke dasar, menahan lapar dan tertanya-tanya. Kemanakah gerangannya kamu wahai si comel? Tidak muncul pada hari ini, sedang kami mula rindukan roti putih kamu. Kami sudah biasa begitu, dan hari ini kamu pecahkan kebiasaan kami. Sampainya hati kamu. Tidurlah mereka dengan perut yang kosong, perasaan yang rindu dan hati yang berduka.



Sedangkan kanak-kanak itu kebetulannya barangkali ada hal yang perlu disudahi. Misalnya tiba-tiba emaknya meminta tolong dia menjaga adiknya pada petang itu kerana si emak perlu menolong jiranan membuat persiapan kenduri. Misalnya kerja sekolahnya terlalu banyak sehinggakan belum siap-siap lagi di petang yang permai itu. Atau barangkali juga dia telah pergi, dan tidak akan kembali lagi, tanpa dia sedari bahawa sepeninggalannya, ada yang berduka dan ternanti-nanti.


Sedih juga kan.

Feb 12, 2011

Hari yang tidak sepanas biasa

Biasanya hari panas yang amat dengan langit terang membiru dan paginya sejuk dengan kabus tebal. Keadaan yang membuatkan perlu berhati-hati memilih pakaian untuk ke pejabat kerana jika tersilap pilih baju kononnya untuk menahan sejuk di pagi hari tetapi bila tengahari terkial-kial menahan panas. Ya, itu sekiranya keluar dari pejabat. Mujurlah untuk sementara waktu ini, kerja luar adalah sangat dan hampir tiada.

Bagaimanapun hari ini bermula dengan cuaca kurang menyenangkan tetapi alhamdulillah, perlu sentiasa bersyukur juga, angin sejuk bertiup agak kencang untuk mengeringkan kain jemuran. Langit tidak secerah biasa, kerana dilindungi awan-awan gelap bertompokan.

Bacaan novel tidak lancar lagi kerana terganggu oleh kerja yang memerlukan perhatian. Rela dalam paksa boleh diibaratkan. Tetapi kerana mahu menjaga persahabatan dan reputasi juga, maka diteruskan. Kerjanya tidak susah pada saya, dan memang saya suka. Cuma apabila memakan masa dihujung minggu begini yang kurang saya gemari. Saya luahkan semua rasa. Biar sahabat tahu, dan tidak saya hipokrit.

Permisi dulu, perlu tumpukan sebentar pada microsoft excel kerana sudah terbayang-bayang kerja yang belum siap itu. :)

Feb 11, 2011

Buku satu tamat dengan kedukaan

Ketiga-tiga buku yang saya beli tempohari bukanlah sebenarnya buku yang terkini di pasaran atau sedang popular juga. Antaranya memang telah lama popular dan menjadi sebut-sebutan. Dan dua lagi memang sebenarnya buku yang diterbitkan kembali oleh Pustaka Dini, mungkin kerana suatu ketika dahulu ianya pernah tersohor dan menjadi perbualan. Keduanya adalah karangan Allahyarham Prof. Dr. Hamka, yang merupakan tokoh pendakwah yang disegani dan terkenal seluruh Nusantara, sasterawan, pujangga serta ahli falsafah islam.

Satu yang saya suka bila membaca buku dulu-dulu seperti ini, ianya akan membuatkan kita khayal dan hanyut dalam perkisahannya. Malah ianya seperti si pengarang bercerita tentang kehidupan sebenar dirinya. Ayat-ayat yang disusun baris demi baris tidak ada satupun yang membuatkan kita mahu skip, tetapi mahu mengulangnya, mungkin.

Oh, saya sendiri sudah hanyut dengan cara penulisan lama yang saya sungguh kagumi.

Terbitan pertama Di Bawah Lindungan Kaabah adalah pada tahun sebelum ibu bapa saya lahir lagi iaitu tahun 1936. Bukunya nipis sahaja, tidak sampai seratus muka surat, dan jalan ceritanya ringkas juga. Akan tetapi ianya tetap mengambil masa selama dua hari untuk saya menghabiskan bacaan, selain daripada kekangan masa, juga kerana terlalu menghayati. Baris demi baris kalau boleh cuba saya sematkan dalam ingatan kerana keindahan bahasanya.

'hanya kepada bulan purnama pada malam hari adinda bisikkan dan pesankan kerinduan adinda hendak bertemu. Tetapi bulan itu tak tetap datang; pada malam yang berikutnya dan seterusnya ia kian surut..'

'nikmat hati hanya lalu sebagai khayalan belaka..setelah melayap laksana satu bayangan, iapun hilang dan tidak akan kembali lagi..'


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck terbitan pertama pada tahun 1937, iaitu setahun selepas itu. Pertama kali mendengar tentang buku ini adalah melalui kakak yang khabarnya, itu adalah antara buku yang paling menarik pernah dibacanya. Sejak itulah timbul keinginan untuk mencari dan membaca sendiri buku itu.

Buku ketiga memang selalu di lihat di mana-mana kedai buku atau ketika pesta buku. Juga sudah difilemkan dan filemnya sudah saya tonton beberapa kali. Kerana banyak komentar tentang buku itu yang menarik belaka, dan mengaguminya, maka saya rasa saya perlu membaca sendiri buku itu dan membuat ulasan sendiri. Ayat-Ayat Cinta, semoga mengembalikan rasa cinta saya.


Sekian untuk malam ini. Saya perlu keluar sekarang untuk membeli barangan dapur yang sudah kehabisan di Giant. Nanti selepas saya membaca buku seterusnya, saya buat ulasan lagi.

Permisi.

Feb 10, 2011

Burung merpati terbang seribu



Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Sedari kecil saya sudah didendangkan dengan lagu ini oleh emak yang ada waktunya suka berdendang, misalnya ketika menyapu sampah di laman secara beramai-ramai. Oleh kerana demikian juga, lagu ini sangat sebati dengan jiwa saya. Saya letakkan video nyanyian asal dari filem dulu-dulu, kerana ia lebih asli.

Oh ya, ketiga-tiga buah buku yang ditempah, sudah dipangkuan semalam. Sangat gembira rasa hati. Dan akan meluangkan masa untuk hanyut dibawa perkisahan itu walaupun ada kerja lain yang perlu disiapkan. Tunggu, nanti saya rumuskan penceritaannya disini. :)

Feb 9, 2011

Ingin gigih mencari dan meluangkan masa

Sangat gembira apabila secara sengaja bertemu sebuah website menjual buku secara online. Bukan bererti sebelum ini tidak pernah terjumpa, tetapi tiada kesungguhan 'menggeledah' mencari buku-buku yang menepati jiwa. Kebetulan berjumpa buku 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' disitu di mana suatu ketika kakak pernah berceloteh tentang buku zaman dulu-dulu yang paling best padanya. Sejak itulah teringin nak baca cerita itu.

Alang-alang dah jumpa, terus buat order. Dan alang-alang dah order, biarlah sampai ringgit malaysia lima puluh, barulah nampak bersungguh sikit. Hehe... Untuk kesungguhan itu telah tiga buah buku. Tak sabar nak tunggu poslaju sampai rumah. Ordered last week, tapi bila call diaorang cakap lepas Chinese New Year baru diaorang akan check stock and post. Okay, tak aper, alasan adalah sangat reasonable. Seperti order besi, simen, untuk buat bangunan, seminggu before and after raya, baru lori boleh jalan di jalanraya. Hahaha...

Tadi dah call lagi kedai tu, tanya order dah hantar ke belum. Diaorang cakap dah, hari ini atau esok sampai. Pelik jugak, katanya kedai buku online tapi tak ada pekerja yang online pun, email juga tidak berbalas. Tracking number yang kononnya akan diemailkan ke email kita, pun tidak diterima. Kalau hari ini atau esok aku tak terima lagi buku tu, memang aku mengamuk la! Hahaha....

Gelak, gelak pun serius ni. Jangan la main-main, ini jual beli sah walaupun cuma ringgit malaysia enam puluh something jer including postage. Ok.

Feb 8, 2011

Katak oh Katak


Nah... seekor frog prince untuk teman tidur Aisya, dengan harapan supaya tidak lagi tercari-cari mama setiapkali nak tidur..

Oh yer, frog prince itu memang sebesar Aisya dan harganya cuma ringgit malaysia tiga puluh sahaja.. :D

Feb 7, 2011

Tenang ke Rantau Panjang dan mangkuk tingkat

Perancangan awalnya adalah mengikut rombongan pengantin ke rumah pengantin lelaki di Dabong, Jeli. Kemudiannya dari sana kononnya hendak ke Rantau Panjang untuk aktiviti menghabiskan duit. Hehe... Itu sebelum tahu keadaan sebenarnya, di mana rupa-rupanya Dabong itu merupakan sebuah tempat yang sangat jauh sehingga memakan masa 5 jam dari sini sekiranya tidak bertembung dengan kesesakan yang melampau di Bukit Bunga, yang menjadikan perjalanan adalah seperti pergi ke Kuala Lumpur singgah sebentar dan pulang semula!

Dan sekiranya aku ikut rombongan itu pun, sah-sah aku akan berpatah balik dan berjalan-jalan ke mana-mana menghabiskan cuti sehari daripada 'join' kesesakan itu. Hahaha... Yer, aku bolehlah berbuat demikian sebab yang berkahwin hanyalah biras aku sahaja. Kalau ipar duai, sah-sah bermasam muka ibu mertuaku. Hahaha.. Sekiranya ada la kan.

Jadi untuk tidak membiarkan pembaziran berlaku kepada cuti yang sehari cuma, aku bersama seorang kawan jalan-jalan mengambil angin dan menghabiskan serba sedikit duit kepada peniaga-peniaga di Rantau Panjang. Sebenarnya tak mahu kempunan hendak ke sana sebab dah beberapa hari rancang nak ke sana. Mak dan adik hanya mampu berpesan macam-macam sahaja la. Itupun mujur aku ingat nak beli kain gebar (selimut), dan mak pula cakap (bila aku balik dan bagitau harganya cuma RM16 sehelai), apesal tak beli banyak2? Eh eh, mak aku ni, nak jual ke aper? Hahaha...

Tak ada apa sangat di sana sebenarnya sebab baju-baju dan blouse adalah out-dated belaka. Nak cari baju up-to date, baik beli kat pasar malam kat area office aku. Lagi banyak. Tak terfikir pula aku baju-baju sekarang adalah kebanyakannya dari China / Korea dan bukannya dari Siam! Tapi, dalam begitu pun, aku sempat membeli beberapa helai blouse dan bila testing di rumah, tak ada la perasaan menyesal kerana membeli baju-baju tersebut. Yang menarik, mestinya periuk belanga, mangkuk tingkat atau tenong, dan peralatan dapur begitu, sebab memang murah juga la dekat sana.

Nak beli baju, baik lagi ke KL, ke Jalan TAR atau Jalan Masjid India, kemudian SOGO. Baru puas hati shopping!


Nota kaki 1:
Bila adik sebut suruh beli 'tenong', aku tanya balik 'Menda ek tenong?' sambil garu-garu kepala. Sungguh, aku kekadang lupa benda-benda simple macam tu, seperti aku terpinga-pinga bila budak-budak opis sebut 'kuih bekang', langsung aku tak terbayang kuih bekang yang mana satu.
'Alaaa... tiffin la! Tiffinbiru!'.. 'Ooooo... ok ok, hahahaha!'
Kitaorang memang peminat blog Matgebu, dan selalu bercakap pasal resepi2 kat situ. So, bila sebut tiffin jer baru terbayang tiffin biru mat gebu, dan tahu apa itu tenong. Hehe...


Nota kaki 2 :
Perjalanan pergi dan balik sangat tenang. Kenapa ya?

Feb 4, 2011

Azam tahun ini kononnya ingat jejaki semua pulau di Terengganu

Terengganu, semua sediamaklum ada banyak pulau, samada di laut ataupun di darat. Borak-borak dengan kawan di pejabat, terdetik di fikiran untuk mensasarkan beberapa destinasi 'berjalan-jalan' bagi tahun ini. Biasanya asyik ke Kuala Lumpur beberapa kali dalam setahun, apa kata tukar destinasi pula. Tapi... shopping, tetap kena pergi KL, sebab kat sana lebih murah berbanding dekat sini. Tak percaya? Cubalah. Tapi janganlah pula di cari baju sutera batik dekat Terengganu, kemudian cakap aku tipu lak. Yang tu, aku rasa la (sebab aku bukan penggemar batik atau sutera) memang murahlah di sini berbanding di sana sebab di sini pengeluar.

Maksud aku kalau nak shopping beg, kasut, jeans, baju atau blouse, kain baju kurung yang cantik-cantik dan up to date, tudung juga, adalah lebih murah di sana. Sungguh ni, aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri dan bukan sebab dengar-dengar orang kata.

Ok, berbalik kepada cerita asal. Melancong, atau merehatkan minda dalam erti kata sebenar, yang shopping adalah aktiviti yang tidak tersenarai di dalamnya. Hehe.. Pulau di darat di sini, tidak perlu termasuk dalam senarai kerana setiap hari pun boleh pergi ke pulau-pulau itu. Pulau Rusa, Pulau Kambing, Pulau Bahagia, Pulau Duyung, adalah diantara yang terkenal. Yang selalu aku pergi ialah Pulau Kambing sebab kadangkala mengelak jalan sesak di atas Jalan Bukit Kecil ke bandar, atau nak ke Chabang Tiga dari bandar. Pulau Bahagia, dulunya dikenali dengan nama Pulau B.a.b.i.. kena eja, Aisya marah kalau sebut, tak baik katanya.

Yang termasuk dalam senarai, paling dekat Pulau Kapas, pun tidak pernah aku jejaki. Memang sah-sah tidak layak menjadi pemandu pelancong di sini. Hahaha... Hanya Pulau Perhentian sahaja yang pernah aku pergi. Pulau Redang, dari tahun lepas merancang hendak ke sana tapi masih belum terlaksana. Ayah ke sana tahun lepas, cemburu dengan ayah. Hehe.. Pulau Bidong, aku tahupun sebab seorang kawan pernah 'menyelam' di sana. Pulau apa lagi yer?

Pulau Jerjak.. eh, itu di Penang la! Hahaha.. rindu Penang. :')

Okay, kita mula kumpul duit dan bulan tiga atau empat ni bila cuaca sangat baik, kita ke sana yer.. Tata..

Antara yang masih aku ingat

Memang aku lupa banyak. Aku pernah cuba lupakan semua. Kerana, kenangan itu terlalu indah untuk dikenang tapi aku pernah tidak menghargainya. Ianya kekesalan yang cuba dilupakan dan dipadamkan terus dari ingatan. Benci sungguh bila mengingatkan kelemahan diri yang satu ini.

Tagging by a friend atas salah satu gambar yang dimuaturunkan olehnya di facebook, membuatkan aku terpinga-pinga seketika. Rasanya wajah itu sangat dikenali, sangat dekat di hati. Lantas aku bertanya pada teman, dan rupa-rupanya itulah wajah yang sering tidak pernah aku lupa tentangnya. Dia pernah menjadi sahabat baik, rumahnya sering dikunjungi apabila resah mengundang. Paling aku ingat, bubur nasi yang dimasaknya, sedap! Tidur, memang sering sangat bersamanya. Sambil bercerita macam-macam. Dia di bidang yang lain, jauh beza dengan aku. Bukan juga bekas pelajar matrikulasi. Dan, memang aku sedar, aku sering bersahabat baik dengan pelajar yang bukan dari matrikulasi. Aku pernah berkunjung ke rumahnya, dan kini sesekali ke daerah itu, aku cuba mengingati nama kampung halamannya tetapi sungguh, aku lupa.

Jadi, sekarang aku dah jumpa seorang.

Seorang lagi, entah ke mana menghilangnya. Yang tak pernah aku lupa, asalnya dari Pahang, Raub barangkali. Namanya Suzana Ahmad. Dan rasa-rasanya dia mengambil Pendidikan. Dia pernah jatuh sakit dan bercuti selama satu semester. Gambar kami berdua masih ada dalam simpanan dan sesekali aku didatangi perasaan bersalah kerana tidak membalas surat yang dihantarnya suatu ketika dahulu. Kejam sungguh.

Itulah antara mereka yang masih aku ingat, dan sangat aku kenang.

Feb 2, 2011

Dengar dan kagumilah jari jemari itu

Dari dulu, aku sangat suka dan mengagumi jari jemari yang lincah memetik gitar, piano atau apa sahaja music instrument. Aku orang berjiwa seni, aku akui itu. Aku sukakan lukisan tangan yang cantik, musik yang merdu dan unik, bahasa sastera yang indah, dan apa sahaja yang berkaitan dengan seni. Aku suka melukis dan boleh melukis (dulu), dan pernah juga lukisanku dikagumi kawan-kawan. Aku pernah belajar bermain musik, gitar (satu semester), piano (untuk beberapa bahagian lagu sahaja apabila terlalu eager melihat best friend yang dah habis gred belajar piano bermain, dan menggesanya mengajar aku!), belajar menari (untuk satu semester juga) dan pernah memasuki kelas teater juga.

Tetapi aku tidak banyak uang (wang) untuk membeli gitar dan terus memetiknya. Tapi aku sangat teruja dan boleh jatuh cinta melihat seseorang bermain gitar. Of course apabila si pemetik gitar itu adalah lelaki! Hahaha...

Ok, aku jumpa lagu ini dan aku jatuh cinta padanya.



Enjoyz!!

Cukup Tujuh Hari

Assalamualaikumm...

Bismillahirrahmanirrahim...

Nampaknya pemadaman blog ini hanya bertahan selama tujuh hari sahaja. Hahaha... Aku tidak tahan untuk terus tidak menaip sebarang luahan perasaan atau cetusan idea yang kadangkala datang tidak diundang dalam fikiran.

Awalnya aku bercadang hendak meneruskan sahaja penceritaan di blog baharu aku(yg dah agak lama tetapi terbiar bersawang), tetapi entah macamana jiwa aku tidak ada disitu. Macamana mahu menaip sekiranya asyik merenung kosong pada monitor dan jari jemari di papan kekunci menari tanpa jiwa. Songsang dan tunggang terbalik jadinya. Jiwa aku ada di sini nampaknya.. nampak tidak betapa lajunya jari jemari runcing ini menaip sekarang? Tak nampak? Go and check your eyes.. ada something wrong somewhere kot disitu.. hahaha...

Err... bercerita pasal mata, hari ini pakai contact lense semula after quite few years tak pakai contact lense. Dulu memang pakai, berselang seli dengan spek. Yang bagusnya, power kerabunan tidak naik selepas beberapa tahun pakai contact lense. Tak macam pakai spek, selepas beberapa lama mesti naik power. Jadi hari ini rasa janggal sikit tanpa spek mata, rasa pelik bila sentuh mata atau hidung tak ada halangan. Hahaha....

Okay, kembali ke pangkal jalan sekarang, cerita Cukup Tujuh Hari. Nak kata rindu ke blog ini, tak adalah sangat sebenarnya. Tetapi memang tidak pernah lupa kerana di sini sebenarnya banyak cerita suka duka hidup seorang aku ini. *Membuang blog ini selama tujuh hari bukannya idea asal pun sebenarnya, sebab sekiranya ada niat begitu mestilah adalah satu entri penamat atau pengucapan selamat tinggal ke apa ke. Ianya adalah tindakan reflect daripada gambaran jiwa yang sebenar. Hahaha.. Aku sendiri tidak faham dengan ayatku di sini. Tidak apa, abaikan.

Semoga dengan kemunculan semula aku di sini, ianya lebih menenangkan jiwa yang meronta-ronta nak menaip ini.

Nah, ambil lah.





Dictionary of the day
*Rujuk kamus DPB, delete adalah buang, tapi tidak ada pula perkataan undelete sebagaimana yang aku buat untuk blog ini, tekan undelete this blog yang setepatnya bererti mengembalikan semula dokumen atau apa-apa sahaja ke tempat asalnya iaitu restore.
Contohnya, bila kamu delete sebarang file di dalam komputer kamu, kamu boleh restore semula file tersebut ke tempat asalnya selagi kamu tidak membersihkan tong sampah yang berkenaan.
Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...