Iklan

Feb 4, 2011

Antara yang masih aku ingat

Memang aku lupa banyak. Aku pernah cuba lupakan semua. Kerana, kenangan itu terlalu indah untuk dikenang tapi aku pernah tidak menghargainya. Ianya kekesalan yang cuba dilupakan dan dipadamkan terus dari ingatan. Benci sungguh bila mengingatkan kelemahan diri yang satu ini.

Tagging by a friend atas salah satu gambar yang dimuaturunkan olehnya di facebook, membuatkan aku terpinga-pinga seketika. Rasanya wajah itu sangat dikenali, sangat dekat di hati. Lantas aku bertanya pada teman, dan rupa-rupanya itulah wajah yang sering tidak pernah aku lupa tentangnya. Dia pernah menjadi sahabat baik, rumahnya sering dikunjungi apabila resah mengundang. Paling aku ingat, bubur nasi yang dimasaknya, sedap! Tidur, memang sering sangat bersamanya. Sambil bercerita macam-macam. Dia di bidang yang lain, jauh beza dengan aku. Bukan juga bekas pelajar matrikulasi. Dan, memang aku sedar, aku sering bersahabat baik dengan pelajar yang bukan dari matrikulasi. Aku pernah berkunjung ke rumahnya, dan kini sesekali ke daerah itu, aku cuba mengingati nama kampung halamannya tetapi sungguh, aku lupa.

Jadi, sekarang aku dah jumpa seorang.

Seorang lagi, entah ke mana menghilangnya. Yang tak pernah aku lupa, asalnya dari Pahang, Raub barangkali. Namanya Suzana Ahmad. Dan rasa-rasanya dia mengambil Pendidikan. Dia pernah jatuh sakit dan bercuti selama satu semester. Gambar kami berdua masih ada dalam simpanan dan sesekali aku didatangi perasaan bersalah kerana tidak membalas surat yang dihantarnya suatu ketika dahulu. Kejam sungguh.

Itulah antara mereka yang masih aku ingat, dan sangat aku kenang.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...