Iklan

Jun 26, 2011

Setengah Jam Lagi

Jam sudah menunjukkan empat tiga puluh tiga minit petang. Diluar langit terang, dan angin bertiup agak kuat. Ianya boleh dikesan apabila kedengaran bunyi-bunyian pelik dan menyeramkan sekiranya malam, yang dibuat dek angin masuk ikut celah-celah bukaan tingkap dan pintu. Padahal pejabat ini hanya di tingkap satu. Kalau lagi tinggi, lagi menakutkan rasanya bunyi angin itu. Seperti ketika di pejabat lama di tingkat lima, atau di rumah pangsa sewaan ketika belajar di Penang tahun 1998 di tingkat sebelas rumah no. lapan. Kalau tidak silap.


Aku di pejabat yang sedang mengadap komputer meja ini sedang cuba juga menahan mata yang sekejap-sekejap mahu tertutup. Sakit kepala yang tadi terasa sudah hilang setelah habis setin hundred plus, dan sebungkus nasi ayam. Tetapi mengantuk pula yang hadir tanpa diundang. Tolonglah mata, bersabar dahulu. Sekejap lagi boss keluar, ambillah sedikit masamu walau sepicing cuma.


4.45 minit petang, boss sudah bergerak ke belakang untuk mengambil wuduk dan solat Asar. Pundi kencing pula penuh ni, bahana setin hundred plus. Permisi sebentar.


Alhamdulillah, segar bugar mata setelah mengadap-Nya. Sakit kepala sikit-sikit masih terasa. Terasa tertekan tidak tahu kenapa. Perlu redakan keadaan, perlu menghadap kehijauan. Maaf dengan kemasukan merapu ini. Sekadar menghalau rasa mengantuk tadi, maka dirancakkan jemari menari di atas papan kekunci. Maka, beginilah hasilnya.


Salam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...