Iklan

Jun 6, 2011

Dilema Dipagi Hari Pada Hari-Hari Bekerja

Bismillahirrahmanirrahim...


Hai sayang... Lama betul rasanya tidak membuat catatan disini. Minggu lepas sangat sibuk dan tertekan. Minggu ini juga, yang baru bermula hari ini kerana semalam cuti (ganti cuti hari sabtu), dan berada di luar kawasan juga. Hari ini hampir sibuk sepanjang hari (hampir kerana masih sempat menjenguk google reader), sehingga tidak sedar waktu untuk pulang (eceehhh!). Hehehe...


Ok, enough all about work for tonight. Esok baru sambung pasal kerja, dan cuba sedayanya memberesi seterusnya memberi sedikit kelegaan pada diri sendiri. Sekarang mahu bercerita tentang dilema yang sering berlaku di pagi hari, untuk orang seperti saya. :D


Oh.. bukan dilema untuk bangun tidur. Tidak, sebab itu kewajipan jadi secara automatik akan berjaga apabila tiba waktunya. Juga bukan kerenah anak-anak yang ramai, seorang nak makan roti, seorang perlu ditukar lampin, seorang meraung tak nak bangun tidur pergi sekolah. Bukan. Bukan. Saya cuma ada Aisya seorang yang degil juga tetapi gertak sikit-sikit dah cukup dah. Tak perlu menjerit-jerit memekakkan telinga jiran tetangga di pagi hari, sehingga jiran yang sedang siram pokok bunga pun rasa nak baling pasu bunga punyalah hendak marah.


Ini dilema memilih baju untuk dipakai ke pejabat. Ya, saya tahu ini bukan dilema saya seorang. Kawan-kawan saya juga pernah mengalami keadaan di mana bertukar-tukar dua, tiga helai baju semuanya serba tidak kena sehingga akhirnya sarungkan jeans dan t-shirt sahaja. Perempuan, keadaan seperti ini rasanya tidak menghairankan. Kalau lelaki, saya tidak tahu. Mungkin yang bekerja dengan jabatan kerajaan juga, jarang atau tidak perlu mengalami keadaan seperti ini. Sarungkan sahaja baju kurung, kebaya, suit, atau baju mengandung, yang dah siap-siap digosok licin-licin di hujung minggu.

Saya pun pernah berbuat begitu, gosok baju siap-siap lima, enam pasang. Padankan dengan tudung yang sesuai. Gantung siap-siap. Pagi-pagi laju sahaja ke pejabat. Orang lain baru nak panaskan enjin kereta, kita dah sampai pejabat. Hehe.. Tetapi, kekadang.. pun tak kena juga. Rasa tak selesa, tak sesuai dengan mood, atau mungkin kebetulan ada meeting, membuatkan baju yang siap disarungkan, kita tukar dengan yang lain. Kemudian kembali kepada keadaan seperti yang saya ceritakan di atas.

Akhir-akhir ini, saya dalam dilema itu. Pakai baju kurung, rasa rimas. Tukar pada seluar, terkial-kial pula cari baju yang sesuai. Rasa baju dalam almari seperti tidak mengcukupi. Dah bosan pakai baju yang sama. Tidak tahu lagi memadankan skirt dengan baju yang mana. Kerap menyarungkan jeans dan t-shirt, dan ditutup dengan kardigan supaya nampak lebih formal. Oh, memang bosan.


Saya teringin hendak memakai baju labuh seperti jubah yang bermacam-macam fesyen sekarang. Tetapi sayangnya, saya tidak tahu kenapa dikebanyakan kedai, ataupun pengeluar, ataupun tukang jahit, suka benar membuat baju-baju itu seperti semua orang perempuan tingginya lima kaki lebih atau bersaiz L ke atas. Untuk orang seperti saya yang bersaiz M dan ke bawah, atau tingginya sesuku lagi ke lima kaki, bagaimanakah??? Sungguh sedih sekali.. tsk! tsk! tsk! tsk!


Aduhhh... sungguh dilema ini sukar disingkirkan. Esok pagi, dilemanya sudah terasa pada malam yang sepi ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...