maaf, sudah tidak tertanggung perasaan ini. moga-moga selepas luahan  ini, segalanya akan kembali pulih, hati kembali pulang ke pangkal jalan.
kadang  kala kita rasa bersalah, sedangkan kita sendiri tidak tahu dimana dan  apa silap kita. kita terfikir fikir dan tertanya tanya. kita rasa pelik  pun yer jugak. ishh.. kenapa? hati duk bertanya, tapi mulut tidak berani  bersuara. kerna, kita sedar siapa diri kita dan dimana kedudukan kita.  jadi kita diam.
kononnya dengan diam, kita mengharapkan perasaan kita akan terpujuk.  sedang hakikatnya dengan diam, tiada apa yang dapat diselesaikan, yang  kusut makin kusut.
di penghujung tahun ini, aku sedar aku masih tidak mampu melupakan dia  begitu sahaja, sebagaimana dia 'meninggalkan' dan 'menghilangkan diri'  begitu sahaja. kekadang, aku masih mengharapkan dia 'muncul' kembali  berkata 'maaf', atau lebih manis, 'rindu'. aku tidak berjaya memujuk  hati supaya kembali dengan memikirkan yang buruk-buruk sahaja tentang  dia, sebagaimana aku selalu lakukan bila-bila aku kecewa dengan  seseorang. dan selalunya aku berjaya.
tapi, sekarang ada cara lain untuk melupakan dia, dan melupakan  semuanya. dengan memujuk diri, rindu itu bukan untuk aku. aku hanya  melukut di tepian, menumpang seketika kasih yang melimpah barangkali.
terima kasih, atas pengalaman. terima kasih, atas rasa sayang dan rindu. terima kasih.
 

No comments:
Post a Comment