Iklan

Jun 22, 2012

Dejavu di Kinabalu

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru bercuti ke Langkawi dua minggu yang lalu (pertama kali), saya sudah teringin pula ke sini selepas 'ter'menonton siaran Akasia (kot) 'Dejavu di Kinabalu' jam 7 malam (kebetulan minggu saya cuti solat!) episod satu. Kalau dah menonton episod satu, semacam wajib la pulak menonton episod seterusnya.

Ye.. saya hendak ke sana (azam untuk kumpul duit.. datang lagi)....

Gambar ambil kat facebook Tiz Zaqyah, dan kat sini, http://tizzaholic.tumblr.com
Rupanya Tiz Zaqyah pandai melukis! Oh.. boleh menyanyi, berlakon, melukis, ambil gambar cantik-cantik.. Betul-betul orang seni.. (jatuh cinta!)

Jatuh cinta dengan Tiz, dan dengan Aqasha juga, juga tempat yang sangat menarik itu. Saya tak sebut Gunung Kinabalu, sebab saya tidak rasa stamina yang ada sekarang cukup untuk sampai ke puncak. Hanya mampu berangan kat kaki gunung dah la.

Oh.. masih adakah orang yang bisa buat saya jatuh cinta (hmm..)



Dan oh ya, sebelum itu, ianya selepas saya mendapatkan ini...


Ini gara-gara melihat seorang kawan (arkitek) menyangkut benda alah kecik ni di leher dia masa site visit last week. Sangat kecik dan comel! Dan saya jatuh cinta juga.. Err.. cuma saya tak pasti sebenarnya GF berapa yang dia guna tu, dan terlupa pula untuk bertanya. Yang pasti saya nak dapatkan yang boleh captured gambar full moon dengan cantik!


Harap-harap impian kali ini menjadi. Aminn.

2 comments:

  1. a nice camera indeed. Hope to see some good photos in this blog.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...