Iklan

Nov 4, 2012

Budak Baru Nak Bertatih

Bismillahirrahmanirrahim...

Suatu ketika saya pernah berangan hendak ke Kundasang, Sabah gara-gara Dejavu di Kinabalu. Saya pernah bercerita tentang itu di sini. Saya menyimpan impian itu, suatu hari nanti akan ke sana juga. Suatu ketika juga, seorang kawan baik yang sudah lama tidak berjumpa, hanya berhubung melalui facebook, mengajak saya menyertai dia dan suaminya ke Indonesia, backpacking. Memang menarik, tapi saya menolak kerana kononnya sudah ada rancangan lain pada masa yang dia rancangkan. Betul ada rancangan lain, tapi sebenarnya ianya cuma hendak pergi ke Kuala Lumpur sahaja! Sudahnya, menyesal yang amat bila tengok gambar-gambar dia di sana, dengan kos yang lebih kurang ringgit malaysia satu ribu sahaja! Sebenarnya saya tidak cukup kuat untuk memaklumkan pada mak ayah (sepertinya meminta izin sedangkan saya sudah boleh membuat keputusan!). Kerana tinggal bersama mereka, saya selalu merasakan perlunya meminta izin untuk ke mana-mana, walaupun untuk keluar malam!


Memang menyesal, dan saya luahkan rasa itu pada dia. 'Tak per Aya, lainkali kalau ada planning ke mana-mana, aku ajak mu'.


"My friend once said, 'you are very unpredictable person".


Bila ada jemputan daripada kawan (yang sama) beberapa bulan yang lepas untuk mengikuti rombongan yang dibuat oleh dia dan suaminya, saya tidak berfikir panjang. Terus menerima dan membayar duit muka. Tanpa memberitahu dan meminta izin pada sesiapa. Sebulan sebelum tarikh saya 'berjalan-jalan' saya ada memberitahu emak secara sambil lewa sahaja. Minggu lepas, saya mencuri sedikit waktu sebelum ke Wisma Negeri (atas urusan kerja), ke bangunan di sebelahnya, Wisma Persekutuan. Sejam kemudian selepas selesai urusan di JKR, ianya sudah siap. Seminggu sebelumnya, saya melencong ke bandar selepas jam lima, membuat gambar pasport.

Yang pasti, gambar ini lebih cantik dari gambar pasport saya, kehkehkeh!

Saya seperti baru hendak bertatih melangkah melihat dunia luar. Saya bagaikan rama-rama yang baru hendak membuka sayap untuk terbang. Saya seperti kura-kura yang lama menyorokkan kepalanya dalam cengkerang. Saya ibarat katak yang takut-takut menjenguk keluar tempurung.Sedangkan angan-angan sedari kecil hendak menjelajah ke seluruh dunia. Merasa dinginnya putih salji, menghirup segarnya musim bunga, menikmati keindahan alam ciptaanNya yang sangat luas! Angan-angan..... sedangkan Terengganu ini sendiri tidak pernah habis saya terokai. Hahahaha....


Akhirnya! "Bawa daku pergi... Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh".. Lagu yang saya tidak suka ini juga yang terngiang-ngiang di corong telinga. Haishh...

Dalam tempoh dua tahun (cukuplah dulu), saya perlu merancang sekurang-kurangnya menjelajah lima lokasi. Berbaloilah seratus ringgit membuat pasport kan. Hehe...Cukuplah dulu. :D.

6 comments:

  1. Salam Su,
    jalan je kalau rasa nak ke mana-mana..lihat keindahan bumi Tuhan..dulu saya langsung tak terfikir nak keluar berjalan jauh sikit..alhamdulillah ada rezeki lebih dan berpeluang ke eropah dan asia..terus rasa addict nak berkelana lagi..la ni hari-hari dok kira tabung cukup ke tak travel lagi...kalau nak datang KL, singgahlah kat windsor..teringin juga jumpa blogger dari KT ni..hehe. Saya nak p travel minggu ke tiga ini, last trip for this year. Untuk next year, masih mengira bajet..:)

    Jom travel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam LW,

      betulkan, bila dah pandai melangkah.. rasa nk berlari pula! hehe..
      insyaallah... selepas ini, saya kena pandai2 budget utk travel lg.

      insyallah, saya singgh windsor. biasanya ke kl rumh adik jer, kena luangkan masa utk kawan2 juga. hehe...

      Delete
  2. Wahhhh...dah ada buku merah. Semoga RM100 tu berbaloi. Berjalanlah Su, tengok betapa luas dan indah bumi ciptaan Allah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru ada, orang lain dah ulang2 renew.. Tapi tak per. Biar lambat asal selamat. :D

      Nak jln2 tgk salji kt tempat u, tak mampu lagi rasanya, berangan2 jer la yg mampu.. kehkehkeh..

      Delete
    2. Su...never to late to do anything or something..even buat passport. Syabas!

      Betul kata LW, berangan tu penting :) saya dulu pun berangan jugak..akhirnya jadi kenyataan.

      Delete
  3. Su,
    tak pe berangan dulu..kemudian jalau jadi kenyataan, satu bonus kan. Segala-galanya bermula dengan angan-angan, tak rugi pun..hehe..saya memang suka berangan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...