Iklan

Nov 6, 2012

Sedikit Kerisauan Yang Remeh

Bismillahirrahmanirrahim...

Beg tidak beli lagi. Pada mulanya saya rancang untuk membeli beg galas baru. Beg galas yang biasa saya usung ke sana ke mari setiap kali ke KL, Johor, dan akhir sekali ke Langkawi beberapa bulan dulu, sudah koyak sedikit. Dekat atas, dekat dengan zip. Dan kebarangkalian untuk koyak lebih teruk adalah besar sekiranya beban yang ditanggung bertambah. Errr.. beg free jer pun sebenarnya. Satu lagi beg galas free yang asalnya konon boleh mengambil tempat beg galas yang mula koyak itu, awal-awal lagi telah di'cop' Aisya untuk dijadikan beg sekolah. Hahahaha.... Dan saya hanya mampu geleng kepala saja tengok beg sekolah princess dia yang tidak dipedulikan lagi sejak pakai beg galas free mama. Aduhai la anak....


Tak per, saya pakai sahaja mana-mana beg yang ada nanti. :D


Saya sebenarnya tidak suka sangat merancang awal percutian saya. Sebab biasanya jarang apa yang dirancang berjalan sebagaimana perancangan! Last minute planning selalunya lebih menjadi bagi saya. Cuma kalau melibatkan hotel, kena tempah hotel  lebih awallah mengikut keadaan. Kalau cuti sekolah, sebulan sebelum cuti, dah kena tempah hotel siap-siap. Kalau sekadar hujung minggu, seminggu sebelum tu pun tak der hal.


Memandangkan saya tidak pernah ke luar dari Malaysia, makanya untuk percutian kali ini, ada sedikit rasa risau tentang persiapan.


Tapi, saya seperti biasa, malas hendak merunsingkan kepala dengan hal yang saya rasa remeh temeh. Nanti saya capai sahaja mana-mana pakaian yang sesuai, beberapa helai. Tak cukup karang, saya beli sahaja di sana dan terus pakai. Senang. Macam biasa.


Oh.. tiba-tiba saya terindu pada seorang kawan lama.


7 comments:

  1. Saya selalu siap2 beli di sana. Lagi2 bila bab baju tidur. Selalu ambil kesempatan menambah jumlah bilangan baju kelawar:)

    Beg galas free paling sedap pakai:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang2 nak shopping sikit2 kan, jadinya beli dan terus pakai adalah cara terbaik! Ye... untuk baju tidur pun, selalunya begitu juga saya.

      Sebab percuma! Hahaha...

      Delete
  2. Su,
    saya cadangkan kalau nak beli beg galas untuk backpack, beli yang kukuh dan tahan seperti jenama deuter..hai top pun ok tapi tak tahan lama..
    kalau jenama mountain pun bagus juga..kalau saya, saya pilih deuter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih LW, atas cadangan. Sangat hargai dan akan dipertimbangkan salah satu. Mungkin lepas2 ni, gi KL dan cari. Cuma untuk kali ni, tak sempt nk cari.

      Banyk keja nk kena siapkan sebelum bercuti panjang!

      Delete
  3. Wahhh...teringin nak tau..Su nak ke mana yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err... malu nak cakap, sebab dekat2 jer pun. Hahaha..


      Nanti 2 minggu akan datang, saya buat entri meneka melalui gambar. Hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...